BAB 20

Romance Series 11496

Tiba-tiba ada seseorang merempuhnya dari belakang, Herra yang tidak sempat mengelak terdorong sedikit mengakibatkan kakinya terseliuh, ketika Herra mengerang kesakitan dia tidak dapat mengimbangi diri menyebabkan tubuhnya jatuh ke dalam swimming pool yang berada dibelakangnya.

Herra yang terjatuh menjadi panik di dalam air kerana dia tidak dapat menggerakkan pergelangan kakinya untuk berenang naik ke permukaan air.

Dan saat itu ada seseorang yang terjun untuk menyelamatkannya. Dalam keadaan begitu Herra sempat menatap wajah orang itu, JEON SAE HYUN??

Sae hyun menarik tubuh Herra dan membawanya naik ke permukaan air. Setelah itu, Sae hyun segera mengangkat tubuh Herra untuk keluar dari swimming pool tersebut dan meletakkan tubuhnya di atas lantai. Herra yang masih cuba untuk bernafas normal terbatuk sedikit.

"Herra ssi?? are you okay??" Sae hyun menolong menepuk perlahan belakang tubuh Herra. Wajahnya jelas terlihat kebimbangan begitu juga suaranya. Beberapa orang yang melihat kejadian itu turut bertanya ada yang merakam dan mengambil gambar idol pujaan ramai mereka yang menjadi hero!

'Kenapa setiap kali bertemu mesti ada perkataan ARE YOU OKAY yang terkeluar dari mulut dia? Huh! pathetic sungguh aku! Tapi kenapa 3 patah perkataan itu boleh membuatkan hati aku berbunga siap ada rama-rama hinggap! Wait? What? Seriously Herra?' Mahu sahaja dia menepuk dahinya sendiri ketika ini.

Herra yang tidak menjawab merasakan tubuhnya agak terdedah sedikit dia segera memeluk tubuh juga kerana berasa kesejukkan. Sae hyun yang menyedari juga segera mengambil coat baju yang sempat dia tanggalkan tadi dan menutupi tubuh Herra.

"Gomabseubnida.." Herra sedikit tersentuh dengan pertolongan yang diberikan oleh Sae hyun..

"Daliga apayo? Neoneun geoleul suisseo?" Sae hyun bertanya seperti mengetahui Herra tidak boleh berjalan kerana pergelangan kakinya terseliuh.

"Ehm, aniyo gwaenchanha.." Tipu Herra, dia yang tengah duduk cuba untuk berdiri ingin berjalan namun sekali lagi dia mengerang kesakitan..

"Ouch!"

"Herra ssi! your ankle is sprains. okay look! are you trust me?" Soalan Sae hyun membuatkan Herra mengerutkan dahi licinnya..

"What?"

"Okay just trust me!"

Herra terkejut! Tanpa sebarang amaran Sae hyun mendukung tubuhnya dan berjalan ke arah teksi yang sedia menunggu penumpang, membawanya masuk dan meminta pemandu teksi tersebut segera bergerak pergi ke hospital yang berdekatan. Orang sekeliling juga peminat Sae hyung yang melihat merakam dan mengambil gambar mereka dari tadi menjerit terkejut dan teruja.

Sang woon yang sedang mencari kelibat Herra terdengar jeritan itu dan dia tahu itu adalah jeritan peminat Sae hyun yang mengetahui Sae hyun berada di majlis itu.
Sang woon terkelu saat mendengar perbualan hangat orang yang melihat kejadian itu dan dia pasti gadis yang jatuh ke dalam swimming pool itu adalah Herra. Huh! Sang woon segera mengeluarkan telefon dan mendail no phone Sae hyun namun tidak berjawab. Dia mengeluh gelisah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience