BAB 51

Romance Series 11496

Setelah makan malam bersama mereka semalam Herra meminta tolong sesuatu untuk memberi kejutan hari jadi kepada Trisha. Sae hyun tersenyum sambil mengangguk bersetuju bersama yang lain dan gembira menolong Herra buat kejutan untuk peminat mereka.

Kebetulan esok BXS dijemput membuat performance di Family Concert sebuah syarikat dimana BXS adalah salah satu Duta syarikat itu.

Herra mengarahkan Minzu untuk menjemput Trisha di lapangan terbang esok dan membawanya datang ke tempat di mana konsert tersebut diadakan.

Keesokkannya seperti yang dirancang Minzu telah membawa Trisha dengan matanya ditutup dengan kain. Trisha yang pada mulanya agak kekok dengan wanita jepun yang menjemputnya itu terpaksa menurut kerana dia tahu Herra yang mengarahkannya.

Sebaik sahaja sampai di satu ruangan bilik di belakang stage yang di telah dihias sedikit, Minzu membuka ikatan kain yang menutup mata Trisha dan..

"Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday happy birthday happy birthday to you Trisha! wooo..."

Nyanyian diikuti dengan tepukan itu membuatkan Trisha sangat terkejut dalam masa yang sama sebak dan telah mengalirkan air mata kerana Favorite Kpop idol nya yang menyanyikan bersama Herra yang sedang memegang kek untuknya.

"Annyeonghaseyo.. Saeng-il chughahae!" Sae hyun and the members menyapa dan memberi ucapan haji jadi sambil tersenyum lebar serta menghulurkan tangan ingin menyalami Trisha..

"Ne! kamsahamnida, kamsahamnida..Thank you so much guys!" Trisha menyambut salam mereka dan menjawab dengan suara gugup membuatkan Herra tertawa dan melihat reaksi Trisha dia tahu teman baiknya itu sangat menyukai kejutan yang dia rancang. Dia segera mendapatkan Trisha meminta meniup lilin dan kemudian memeluknya .

"Babe! Are you plan all of this?! Its really freaking owesome! i'm so surprised! i can't breathe! Nak pengsan boleh?" Semuanya tergelak mendengarnya walaupun ayat akhir itu mereka kurang faham namun mereka tetap merasa kelakar melihat reaksi Trisha.

"Well, like i said before anything for you babe.. Do you like it? Happy birthday! i love you so much.." Herra memeluk Trisha sekali lagi.

"Aawuu of couse i'm really like it babe! Love you too so much. Thanks for all of this! I appreciate it" Trisha yang excited tersenyum membalas pelukan Herra..

"Okay now let's take a photo together.." Herra menarik Trisha bergambar bersama the boys..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience