BAB 70

Romance Series 11496

Setelah mendengar semuanya Herra yang memang sudah lama mengalirkan air mata tidak dapat menahan lagi perasaannya. Dia berlari keluar meninggalkan Clara dan menuju ke kereta.

"Ms. Herra.." Minzu memanggil dan mengejar dari belakang..

"Give me the key!" Herra menjerit merampas kunci kereta daripada bodyguard mereka yang berada di situ.

Sebaik sahaja dia masuk dan menghidupkan enjin kereta Herra memecut laju kereta yang dipandunya ke jalan raya. Tanpa mempedulikan Minzu dan bodyguard yang menghalangnya.

"Argghhhhhh!!!" Herra menjerit! Dia memandu kereta itu tanpa tujuan dalam keadaan tidak sedar dia memecut dan memotong laju semua kereta yang berada dihadapannya saat itu.

'Daddy! How could you! I trust you all this time dad! How could you doing this to me! I hate you! i hate you! i hate you! arrrrghhhhhhh!'

Selama ini Herra mempercayai bahawa Clara adalah yang bersalah kerana meninggalkan mereka demi seorang lelaki. Namun disebalik penceraian keduanya adalah disebabkan setelah kelahiran Herra, Bromn telah menerima satu surat yang berisi kandungan sama seperti surat yang dilemparkan ke arah Herra iaitu surat Dna antara Bromn dan anak yang selama ini Bromn tidak tahu kewujudannya.

Walaupun terkejut Bromn cuba mencari kebenaran daripada bekas teman wanitanya sebelum dia berkahwin dengan Clara dan ternyata memang benar anak kecil yang berumur 3 tahun itu adalah anak kandungnya namun dia tidak akan menerima anak itu sebagai Hiddeston kerana tidak ingin Clara iaitu isteri yang dia sangat cintai mengetahuinya.

Bekas teman wanitanya mengugut ingin memberitahu Clara jika Bromn tidak memberikan jumlah duit yang dia inginkan dan Bromn telah memberikan segalanya dengan syarat jangan muncul lagi dalam kehidupan mereka selepas itu.

Namun setelah Herra berumur 14 tahun akibat daripada sedikit kecuaian Clara mendapat tahu perkara itu dengan terjumpanya surat Dna itu dan juga pada saat itu Bromn mendapat tahu tentang penyakit kanser yang dia hadapi. Dia hanya mengakui perkara itu tetapi tidak memberitahu perkara sebenar termasuk penyakit yang dia hadapi.

Clara berasa sangat kecewa apabila mendengar pengakuan tentang kewujudan anak luar nikah Bromn bersama wanita lain. Hatinya hancur! Ketika itu dia tetap bersabar demi masa depan Herra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience