BAB 49

Romance Series 11496

Jeon So hye yang keluar shopping dengan kawannya berniat ingin singgah ke butik cawangan Heddiston Company..

Tiba-tiba dia terdengar seorang pekerja wanita yang bekerja sebagai seorang saler di butik itu menjerit memarahi seorang pelanggan nenek tua dan kelihatan miskin yang masuk ke dalam butik itu bertanyakan harga sehelai baju yang berada di situ kerana berniat ingin membeli untuk hadiah hari jadi cucunya yang telah lama meminta kepadanya membelikan baju baru dan mahal.

Namun duitnya tidak mencukupi kerana harga baju tersebut jauh lebih mahal dan apabila dia ingin beredar dengan wajah yang sedih dia secara tidak sengaja telah terpegang dan mengotorkan baju tersebut. Pekerja yang melihat bertindak memarahi dan menghina pelanggan tersebut yang telah banyak kali meminta maaf.

Kebetulan So hye terngagam melihat Herra yang baru melangkah masuk ke dalam butik tersebut terhenti melihat keaadaan itu dan So hye cuba memerhati dari jauh.

Herra yang datang bersama Minzu berniat ingin singgah sebentar ke butik tu sebelum pergi makan malam bersama Sae hyun and the members terdiam melihat cara pekerja tersebut melayani pelanggan yang berusia itu, Herra menahan Minzu pergi ke arah mereka.

Namun Herra yang segera mendapatkan nenek itu yang ingin beredar dengan wajah yang kesian setelah dihina yang dia tidak lagak masuk ke dalam butik itu.

"Halmeoni?" Herra cuba tersenyum hatinya sangat tersentuh melihat wajah tua itu.

"Halmeoni neoui sonnyeoneun eotteon keugilo ibgo issni?" Herra bertanya saiz apa yang dipakai oleh cucu perempuan nenek itu.

Nenek itu terkebil-kebil memandang Herra sambil menjawab saiz S. Herra meminta nenek itu menunggu sebentar dan segera mengambil baju yang di tanya oleh wanita itu tadi serta mengambil beberapa helai baju lain dan seluar saiz yang sesuai juga mengambil sekali baju yang sesuai untuk nenek itu secara random.

Pekerja wanita tersebut yang tidak mengenali Herra juga terkebil-kebil dan mengekori Herra yang menyuruhnya memegang baju yang diambil tadi dan setelah itu Herra memberi arahan segera membungkuskan semua dan memberikan kad kredit untuk membayarnya.

"Halmeoni neowa ne sonnyeoleul seonmulhala.." Herra memberikan beberapa beg kertas itu dan memberitahu itu adalah hadiah daripadanya kepada nenek itu dan cucunya.

"Omo!" Nenek itu terkejut dan bersungguh menolaknya tetapi Herra juga bersungguh ingin memberikan. Nenek itu berasa sebak menerima pemberian sebegitu yang mungkin dia tidak akan pernah mampu membelinya seumur hidup.

Melihat keikhlasan Herra nenek itu menerima dengan niat ingin membayar dengan semua duit yang dia ada. Herra menolak dan menyakinkan itu adalah hadiah daripadanya juga meminta maaf atas kekasaran pekerja wanita itu tadi.

Setelah nenek itu pergi dengan berbanyak ucapan terima kasih, Minzu dan manager serta pekerja wanita tadi mendekati Herra. Keduanya yang telah pun mengetahui siapa Herra menundukkan kepala kerana takut dengan renungan tajam Herra dan tidak menyangka gadis itu adalah CEO of Hiddeston Company yang datang ke butik itu secara mengejut. Manager butik mereka meminta maaf bagi kesalahan pekerja di bawahnya.

"Send her to the training, she need more to learn how to respect people especially our customer no matter who is and no matter what. Understood?" Suara serius dan aura tegas Herra membuatkan keduanya terdiam tidak berani mengangkat kepala memandang wajah Herra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience