BAB 1

Romance Series 11496

10 TAHUN YANG LALU...

"Daddy.!!!" Panggil Herra dalam tangisan kuat sambil memeluk daddy nya.

"I'm sorry sayang.. Daddy have to go first.. Please take care yourself and your mum, you have to strong baby. Promise me?" Tersekat-sekat suara Bromn Hiddeston yang sedang nazak akibat penyakit kanser yang dihadapinya.

"i promise dad but please never leave me! Daddy please..! Daddy noooo.. no!!!" Jeritan dan tangisan Herra menjadi sia-sia apabila akhirnya tubuh yang tadinya nazak itu telah menembus nafas yang terakhir.

Mayatnya telah diterbang ke Sydney untuk dikebumikan di sana kerana Bromn adalah Warganegara Australia tetapi menetap di Malaysia bersama isterinya dulu yang warganegara Malaysia dan berdarah campuran korea. Namun mereka bercerai setelah Herra berumur 15 tahun tapi sampai sekarang Herra masih tidak tahu punca penceraian mereka.

Selepas pemergian Bromn, Herra cuma mendiamkan diri dan kadang kala menangis. Anna iaitu adik kepada Bromn sentiasa ada di sisi Herra untuk menemaninya. Herra juga tidak ingin bertemu langsung dengan mummy kandungnya iaitu Clara Jeong yang telah berkahwin dengan lelaki lain iaitu Han ryu won berbangsa korea selepas setahun bercerai dengan Bromn dan menetap di Seoul South Korea.

Herra sudah lama membenci mummy kandungnya sendiri apatah lagi sekarang kerana juga merasakan Clara adalah salah satu penyebab kematian Bromn dan cuma datang ke situ hanya untuk harta. Namun dia terpaksa mengikut Clara untuk tinggal bersama atas kehendak Bromn dalam wasiat yang baru sahaja dibacakan tadi.

Menurut wasiat itu, semua harta kekayaan dan Syarikat milik jutawan itu 88% diwasiatkan ke atas nama anak tunggalnya Herra Hiddeston namun dengan syarat Herra harus tinggal bersama Clara sehingga Herra berumur 20 tahun dan harta yang akan diwariskan kepadanya dibekukan sementara kecuali Syarikat. Manakala 7% diwasiatkan ke atas nama adiknya Anna Hiddeston dan 5% diwasiatkan ke atas bekas isterinya Clara Jeong. Serta syarat lain isi wasiat tersebut cuma boleh diketahui oleh orang yang berada dalam bilik itu sahaja. Tidak boleh dihebohkan kepada orang lain.

Syarikat mereka di Malaysia akan di jual dan Syarikat lain yang berada di Sydney iaitu Hiddeston Company akan diuruskan sementara oleh Anna dan dibantu dengan Samuel iaitu Pembantu Peribadi Bromn. Semua hanya mengganguk faham namun tiada siapa yang faham perasaan Herra ketika itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience