BAB 4

Romance Series 11496

Herra menekan loceng rumah banglo yang berada di perumahan mewah bandar Seoul itu. Selepas sahaja sampai ke rumah itu Herra meminta Minzu terus beredar kerana tidak mahu ada orang melihat mereka bersama.

Gate rumah terbuka. Pembantu rumah datang menyambut Herra dan dipintu rumah Clara sedang menunggu dengan wajah terkejut dan kelihatan ada air mata yang bertakung ditubir matanya.

Sebaik sahaja Herra melangkah mendekati dia terus dipeluk erat oleh Clara dan terdengar sedikit bunyi tangisan. Herra cuma mendiamkan diri tiada riak diwajahnya.

"Herra? my daughter.. How are you sayang? You're adult now! and you're so beautiful honey.." Clara merenung wajah dan tubuh anak gadisnya sambil menyeka air mata.

Begitu banyak perubahan terhadap anak gadisnya. Rambut tebal berwarna blond pendek paras bahu dulu telah panjang dan telah diwarnakan pada warna hitam pekat. Wajah cantikknya lebih matang. Dia begitu rindukan satu-satunya anak kandung perempuan yang dia ada.

"I'm good but please don't waste your tears for your daughter like me." perlahan jawapan Herra dengan pandangan kosong. Clara menarik tangan kanan Herra lembut cuba untuk bersuara namun....

"Well, look at here who is back? but what are you doing here? Do not say you'll stay here.." Suara Han ah-rie anak tiri Clara kedengaran agak sinis dari belakang.

"Han ah-rie stop it" Clara bersuara.
Herra cuma diam, tidak berminat untuk menjawab kerana dia pun tidak berminat untuk tinggal di rumah itu lagi.

"Wae? Neoneun naleul mag-eul gwonliga eobsda!" Ah-rie meninggikan suaranya yang angkuh.

"Noona??" Anak bongsu lelaki Clara bersama suaminya iaitu Han seung jae yang sudah berumur 10 tahun datang mendekati dan memeluk Herra. Turut berada di belakang Bapa tiri Herra Han ryun won tersenyum gembira.

"Seung jae ah? oh gosh..you're big boy now! i miss you baby..." Herra tersenyum manis membalas pelukkan adik tirinya itu.

"Good to see you back honey.." Han ryu won bersuara gembira melihat Herra kembali. Dia tahu isterinya sangat menyayangi dan merindukan anak gadisnya. Walaupun pernah berapa kali isterinya ke sydney melawat Herra namun ketika itu Herra langsung tidak mahu berjumpa dengan isterinya.

"Annyeong hasimnika.." Herra menyapa sambil menunduk hormat.

Malam itu Herra makan malam bersama mereka. Ah-rie sering menjeling dan menyindir Herra, dari dulu dia memang membenci Herra sejak pertama kali Herra menjejak kaki ke rumah itu begitu juga dengan Clara kerana dia rasakan kedua beranak itu mahukan harta keluarganya setelah menyangka keluarga Herra muflis selepas kematian daddy Herra serta dia sangat mencemburui kecantikkan Herra dari dulu.

Pelbagai cara dia gunakan untuk menyingkirkan mereka dari rumah itu dan kadang kala dia membuatkan Herra lagi membenci mummy nya sendiri.

Namun Han Ryu Won tidak tahu perangai anak gadisnya yang sebenar. Dia cuma menganggap yang Ah-rie perlukan kasih sayang seorang ibu dan menjaganya walaupun dia tahu anaknya itu seorang yang degil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience