BAB 60

Romance Series 11496

"I'm sorry for lost Herra.." Sang woon yang baru mendapat tahu perkara itu terkejut sebaik sahaja pembantu peribadi mereka di tahan polis atas kesalahan jenayah melanggar dengan niat membunuh.

Dan orang yang dilanggar itu adalah teman baik Herra. Dia dan polis memaksa pembantu itu berterus terang memberitahu perkara sebenar. Dia tercengang apabila mendapat tahu niat sebenar adalah untuk cuma ingin mencederakan dan memberi amaran kepada Herra namun orang suruhannya yang dibayar untuk menolak Herra ke jalan raya menyangka Trisha adalah Herra kerana gaya rambut mereka sama ketika itu dan pembantu mereka yang juga menyangka begitu terlambat menekan break kereta yang dipandu kerana terkejut bukan Herra yang berada di jalan raya tersebut.

Namun apabila di tanya siapa yang menyuruh untuk merancang semua itu pembantu mereka berkeras tidak mahu bersuara cuma mendiamkan diri.

Betapa marahnya Sang woon ketika itu kerana dia tahu siapa yang memberikan arahan tersebut. Ibunya! Sang woon balik ke rumah dengan keadaan mabuk akibat terlalu kecewa ibunya sanggup berbuat perkara itu terhadap Herra dan disebabkan itu ada nyawa yang tergadai. Malam itu juga dia mengamuk berhadapan dengan ibunya yang gelisah ketakutan jika perkara itu terbongkar ke pengetahuan Herra dan polis.

"Herra ssi.. Please talk to me.." Herra yang cuma mendiamkan diri hanya memberikan pandangan kosong.

"You should say something.. I'm really sorry.." Sang woon tidak berputus asa, dia
perlu membuat apa sahaja untuk memohon kemaafan dari gadis itu dan dia sanggup mendengar kemarahan Herra ketika itu.

"I have nothing much to say, like you said i lost Trisha.. Yes! you know how i feel? Sadness, anger, depression, regret, sorrow but i know all of that cannot bring my best friend back.. and you know what? i was wonder what i did until people want to killed me? why? i have no anwers for that so why not you go home and ask your mum for me!"

Herra mula beremosi dia menahan rasa sebak dihatinya, dia segera beredar bersama minzu meninggalkan Sang woon yang terkejut kerana tidak menyangka Herra mengetahui ibunya adalah orang yang bertanggungjawab terhadap kejadian itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience