BAB 59

Romance Series 11496

Selepas sahaja pengebumian Trisha di Malaysia, Herra kembali semula ke Seoul bersama Sae hyun yang menemaninya.

Sae hyun mengajak Herra menonton movie di rumahnya, dia perlu membuat sesuatu untuk memulihkan semangat Herra. Sedang keduanya khusyuk menonton tiba-tiba iphone Herra berdering, dia melihat nama pemanggil. IM SANG WOON.. Sae hyun yang berada di sebelah hanya memandang sekilas.

"Nae.." Herra menutup talian sebaik sahaja perbualannya dengan Sang woon tamat. Sang woon ingin berjumpa dengannya secepat mungkin. Dia tahu Sang woon telah mengetahui tentang kejadian itu yang melibatkan pembantu peribadi mereka yang sudah ditahan polis dan sedang di siasat.

Sentuhan tangan Sae hyun membuatkan Herra menoleh memandang wajah orang yang tidak pernah meninggalkannya bersendirian dan sanggup menangguhkan kesemua jadual mereka untuk berada di sisi Herra buat masa ini.

Herra tersenyum, dia harus mengakui dia sudah mula mencintai lelaki itu sepenuh hatinya. 'He's owner of my heart' bisik hati Herra..

"Waeyo.." Sae hyun bertanya apabila melihat senyuman manis Herra kepadanya..

"Saranghae.." Herra secara tidak sedar meluahkan perasaannya, Sae hyun terkelu! Perkataan itu membuatkan hatinya seperti ingin terbang ke langit mencapai bintang untuk gadis yang baru sahaja meluahkan rasa cinta kepadanya.

Herra yang baru menyedari perkataan cinta itu keluar dari mulutnya menahan malu. Wajahnya mula kemerahan..

Sae hyun tersenyum lebar sambil merenung wajah Herra kerana dia juga mencintai gadis itu! Gadis yang berjaya mencuri hatinya. Dia terasa bahagia apabila mengetahui mereka mencintai antara satu sama lain.

Saat Herra ingin beredar meninggalkan Sae hyun kerana malu ditenung begitu, terkejut apabila Sae hyun segera mencapai tangan Herra dan memeluk pinggangnya serta menarik tubuh Herra untuk dekat dengannya.

Wajah mereka terlalu dekat sehinggakan setiap hembusan nafas mereka dapat di dengari. Pandangan mata mereka begitu redup dan degupan jantung mereka tidak begitu stabil ketika itu.

"Saranghamnida.." Sebaik sahaja luahan cinta itu diucap oleh Sae hyun pelahan bibirnya menyentuh bibir Herra dan Herra yang pada mulanya terkelu hanya membiarkan dan kemudian membalasnya, lama mereka berkeadaan begitu seperti masing-masing meluahkan rasa cinta yang mendalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience