BAB 40

Romance Series 11496

Sang woon yang diam sejak tadi di dalam bilik mesyuarat itu meraup wajahnya. Dia binggung menghadapi masalah syarikat yang baru sahaja dia dengar tadi.

Syarikat mereka mengalami kerugian yang besar akibat daripada kesilapan sesetengah pihak dan perlaburan saham syarikat mereka menurun secara mendadak.

Kesemua pihak pelabur syarikat mereka juga mengalami kerugian yang banyak dan itu menyebabkan ada pihak pelabur termasuk pelabur terbesar di luar negara ingin menarik semula pelaburan mereka terhadap MAL Group. Jika itu terjadi Syarikat mereka akan mengalami kerugian besar berlipat ganda dan boleh menjatuhkan syarikat.

Ayah Sang woon sebagai Chairman dan ibu sang woon sebagai salah seorang pengarah MAL group juga kesemua di dalam bilik mesyuarat turut terdiam dan wajah masing-masing tegang.

"Tujajaege yeonlaghasibsio, ulineun ganaeunghan ppalli geudeul-eul mannal pil-yoga
issseubnida!" Ayah Sang woon memberikan arahan untuk menghubungi pelabur berkenaan dan ingin berjumpa dengan mereka secepat mungkin.

Sang woon mengangguk menerima arahan tersebut meminta setiausaha nya menghubungi untuk berjumpa dengan CEO syarikat besar itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience