BAB 28

Romance Series 11496

Setelah tiga minggu diberi masa maka hari ini adalah hari yang ditunggu oleh semua yang menyertai pertandingan itu.

Semua masing-masing sibuk dengan model mereka termasuk Herra yang baru sahaja masuk kerja semalam setelah pergelangan kakinya sembuh.

Peragaan akan dimulakan sebentar lagi. Tetamu dan wartawan yang dijemput sudah memenuhi tempat duduk masing-masing.

Kelihatan Sae hyun, Sang woon dan beberapa juri pertandingan peragaan tersebut sudah bersedia untuk memberikan tumpuan penuh terhadap pentas peragaan.

Bermulanya seorang demi seorang model memperagakan pakaian yang direka untuk pertandingan itu, setelah selesai setiap peserta bersama model mereka akan tampil naik ke pentas untuk menjelaskan konsep design yang direka dan jenis material yang digunakan.

Kini tibanya giliran Herra untuk naik ke pentas saat itu namun belum sempat dia bersuara tiba-tiba ada suara lain yang kedengaran agak lantang.

"Meomchwo! geuneun nae dijain-eul bontteunda!" kata seorang wanita yang tiba-tiba berdiri menuduh bahawa Herra meniru design nya.

Semua yang berada di situ terkejut termasuk Sae hyun dan Sang woon. Wartawan mula merakam dan mengambil gambar wanita itu.

Herra mengeluh, again?? namun reaksinya hanya tenang seperti sudah mengetahui perkara itu akan berlaku dan Herra cuba melayan drama korea yang bersiaran langsung di hadapannya sekarang.

"Neo museun tteus-iya? geuneun jeongmallo dangsin-ui dijain-eul mobanghago issseubnikka?"
Seorang wartawan yang meluru ke arah wanita itu bertanya kalau pertuduhan itu betul.

"Nae! geuneun nae dijain-eul hyungnae naessda. Oneul ibgoissneun os-euni syeocheuui dijain-eul jeungmyeonghabnid!" Wanita itu menjawab dengan angkuh yang Herra meniru baju rekaannya dan buktinya adalah baju yang dia pakai sekarang adalah sama dengan baju yang model Herra pakai di atas pentas itu.

Wanita itu menambah lagi yang Herra memang suka meniru rekaan orang lain kerana sebelum dia pernah meniru rekaan designer lain dan sebab itu telah dia di pecat serta merta dari Syarikat Han Group.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience