BAB 41

Romance Series 11498

"Babe! Where are you? Let's meet..

"What! You are in Malaysia right now?

"Yeahhh! just landed in KLIA.."

"Oh my goddd! Really babe? you are not joking right?"

"I'm serious! I'm here just because i miss you a lot.."

"Fine! i trust you.. alright just wait there! i'm coming.."

Herra tergelak sebaik sahaja Trisha menutup talian telefon. Trisha adalah kawan baiknya sejak kecil selama mereka menetap di Malaysia dulu. Daddy Herra dan Ayah Trisha juga berkawan baik. Mereka sekolah di tempat yang sama namun sejak Herra dibawa tinggal bersama Clara di south korea mereka seperti terputus hubungan.

Tetapi sejak Herra di bawa tinggal di Sydney mereka berhubung kembali namun tidak pernah berjumpa hanya video call. Herra menganggap Trisha adalah satu-satunya kawan baik yang dia ada, tapi Herra tidak pernah menceritakan perihal wasiat daddy nya, harta kekayaan dan Heddiston Company kepada Trisha.

Trisha hanya mengetahui yang keluarga Herra telah muflis dan disebabkan itu Herra di bawa pindah oleh Clara dan setelah 3 tahun Herra tinggal di rumah Aunt Anna di Sydney.

Herra menarik nafas panjang. Dia rindukan malaysia! Dia rindu segala kenangan dia dan daddy nya di negara itu. Herra ingin berjumpa dengan Trisha sekali gus bercuti di situ sebelum dia membuat keputusan untuk kembali ke Sydney meneruskan kehidupannya seperti biasa.

Jeon Sae hyun? mereka berhubung setiap ada masa terluang untuk Sae hyun. Dia mengakui merindui lelaki itu dan sedang menunggu Sae hyun kembali ke South Korea dalam masa beberapa hari lagi ,sementara itu dia datang ke Malaysia.

Herra datang ke Malaysia bukan berseorangan, dua orang bodyguard nya ada bersama, minzu wanita jepun itu yang meminta begitu. Tapi Herra meminta mereka mengikutnya dengan jarak yang jauh. Dia tidak mahu menjadi perhatian orang ramai dengan mempunyai bodyguard di sisi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience