BAB 6

Romance Series 11498

DUA BULAN KEMUDIAN...

"Omo...Argghh, JEON SAE HYUN !!"

Suara orang ramai yang dijemput kelihatan teruja melihat seorang lelaki yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam event fashion show tertutup yang dianjurkan oleh syarikat MAL Group dimana syarikat kedua selepas Han Group Herra bekerja sebagai designer itu pun kerana dia ingin mengambil pengalaman bekerja di syarikat orang yang telah dicadangkan oleh kawan sekolahnya dahulu Hyo mie semasa mereka sekolah menengah yang juga bekerja di syarikat itu sebagai pegawai pemasaran.

Setelah sekian lama tidak berjumpa mereka berjumpa secara kebetulan semasa Herra duduk bersendirian minum di cafe dan mereka terus menghabiskan masa bersama. Sejak itu mereka terus berhubung dan akhirnya menjadi agak rapat.

"Geuneun nugu-ibnikka?" soal Herra ingin tahu kerana dia merasakan seperti pernah melihat lelaki itu melalui cara jalan dan bahasa tubuhnya.

"Geu salam nugunji molla?" soal Hyo mie kembali hairan..

"Molla..nugu?" Herra fokus kan pandangan ke arah lelaki itu yang sudah duduk di barisan vvip seat berhadapan tempat mereka berdiri.

"Omo jin-jja mollayo?" Hyo mie betul-betul terkejut.

" Yes! can you just tell me? who is he?" Herra merenung tajam wajah Hyo mie menunggu jawapan.

"Herra yah.. He's is main vocalist from famous group band BXS. Their known not only on south korea but over the world. His real name Jeon Sae Hyun also known by his stage name Saehyun. He is singer, lead rapper, songwriter, record producer, and entrepreneur. Then the most important things he is so good looking, have a good body, nice, hotter and adorable at the sametime. You should research more about him.." Jawapan Hyo mie panjang lebar sambil tersenyum lebar melihat lelaki itu dihadapannya.

"Ohh really? emm not bad.. but sorry i'm not interested" Herra tersengih melihat Hyo mie tergagam mendengarnya..

"Omo jeongmal? yahh Herra ssi neo oegyein-iya?aigoo! but we should meet him after this." Hyo mie yang teruja itu sempat mengutuk Herra.

Alien?? Herra ketawa pelahan dan pergi ke belakang pentas cuba fokus semula ke beberapa orang model yang memakai baju yang direkanya untuk diperagakan sebentar lagi.

Setelah habis sahaja diperagakan semua designer dan ketua event fashion show itu dijemput untuk naik ke pentas. Mereka cuma tersenyum menerima sejambak bunga setiap seorang dan tepukan gemuruh daripada para jemputan yang hadiri.

Tiba-tiba Herra terpandang lelaki yang bernama Jeon Sae hyun itu sedang merenungnya lama. Namun Herra cuma membiarkan dan terus berpaling ke arah lain. Tidak selesa ditenung begitu.

Saat itu juga Herra terpandang seorang lelaki yang kelihatan merenungnya tajam dan mustahil dia lupa siapa lelaki itu. Im Sang Woon! lelaki yang pernah menjadi teman lelakinya semasa sekolah bersama dan dia tahu lelaki itu sangat menyayanginya serta menerima dia seadanya namun putus begitu sahaja kerana keluarga sang woon tidak menyukainya kerana dia kononnya dari keluarga tidak sempurna, miskin akibat muflis serta mummy nya di tuduh wanita gatal dan curang sebelum bercerai dengan daddy nya dulu.

Sampai sekarang Herra masih belum menemui jawapan dari mana keluarga Sang woon mendapat maklumat seperti itu akibatnya dia dipandang hina oleh orang lain dan keluarga sang woon.

Sehari sebelum dia terbang ke Sydney 7 tahun lalu dia dibawa berjumpa dengan keluarga Sang woon oleh pembantu peribadi keluarga itu tanpa pengetahuan Sang woon. Selepas dia dihina dan maruahnya seperti di pijak-pijak, mukanya dilemparkan beribu duit won untuk menjauhkan diri dan meninggalkan Sang woon. Herra cuma mampu mengalirkan air mata dan cuba mengutip duit di atas lantai untuk memuaskan hati mereka. Setelah itu dia dihalau keluar.

Sepanjang perjalanan balik dengan berjalan kaki dia menanggis semahu-mahunya bukan kerana dia dipaksa berpisah dengan Sang woon tapi kerana keluarganya dihina teruk. Perasaan benci terhadap Clara bertambah kuat kerana menganggap Clara la penyebab segalanya. Setelah puas dan penat menanggis dia pergi kepada orang-orang gelendangan dan memberikan semua duit yang dikutip tadi.

Tiba-tiba dua buah kereta mewah berhenti di belakangnya. Keluar seorang lelaki bersama beberapa orang bodyguard yang tubuh seperti MMA FIGHTER itu..

Herra yang terkejut cuba mengecam lelaki segak berkot biru yang sedang menunduk hormat dihadapannya ketika itu. Beberapa saat kemudian Herra tersenyum gembira dan terus memeluk Samuel..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience