BAB 34

Romance Series 11498

Herra yang telah masuk semula bekerja mengeluh di ruang meja kerjanya walaupun rakan-rakan designer yang lain sibuk memujinya kerana begitu berani di atas pentas peragaan tempoh hari dan membongkar perbuatan Eun-byul dan rakan subahatnya masa itu juga tidak memberi kesan kepada Herra yang dilanda rasa bersalah terhadap Sae hyun. Dia tahu dia telah membebankan satu lagi masalah kepada Sae hyun.

'Argghh! kenapa mulut laju je menjawab benda yang tak betul Herra? Kau tahu kan mereka berdua berkawan rapat! Jangan sebab kau mereka bergaduh..' Dari semalam Herra mengutuk dirinya sendiri atas keterlanjuan kata-katanya dan dalam masa yang sama turut malu pada Sae hyun.

Tiba-tiba telefon di atas mejanya berbunyi. Herra angkat dan wajahnya berubah kemudian dia menjawab tenang dan meletakkan kembali gagang telefon tersebut. Dia bangun mahu berniat untuk turun ke lobby di mana Eun-byul menunggunya.

Security guard yang bertugas di bahagian lobby memaklumkan pada Herra bawa Eun-byul dari tadi berkeras ingin berjumpa dengannya namun dia tidak dibenarkan masuk kerana sejak kejadian itu dia telah dipecat serta merta oleh Sang woon dan dilarang untuk menjejakkan kaki ke dalam bangunan itu.

Sang woon juga telah membuatkan Eun-byul dan wanita yang bersubahat dengannya tempoh hari tidak diterima lagi di mana-mana syarikat fashion dan design seluruh negara. Peguam yang telah dilantik oleh Herra telah membuka kes untuk mendakwa kedua wanita itu.

"Why i should trust you? do you have proof that Han Ah-rie is the one who planning all of this?" Sinis pertanyaan Herra walaupun dia tahu memang Ah-rie yang bertanggungjawab atas semua kejadian itu.

"Nae, i have a record of all our conversations including past events in the Han Group before" Eun-byul mengeluarkan pendrive dari beg tangannya dan menghulurkan pada Herra.

"And why you telling me all of this?"

"Because i have to.. She does not want to be responsible and help me anymore so the last choice is i came to you.. i'm so sorry, i just follow her instructions because i need more money.. I'm begging to you please pull back the case.. i have a family.." Eun-byul berkata jujur, ada air mata yang mengalir di pipinya.

Herra tidak terus menjawab dia hanya mendiamkan diri sambil memerhatikan wanita yang dihadapannya kini. 'Patutkah dia bersimpati pada wanita ini?'

"I will think about it and my lawyer will contact you soon. So after this please do not appear in front of me again because i don't want to see you anymore.." Herra berdiri mengambil pendrive itu dan beredar dari tempat yang mereka duduk bersama tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience