Bab 32

Romance Completed 102547

“Zach…” panggil Aisha.
“Ya?” Zachary memandang sekilas Aisha di sebelahnya sebelum fokus kembali pada pemanduannya.
“I nak tanya you something boleh?” Aisha memandang jarinya yang saling bertaut. Rasa macam tak kena pulak aku nak tanya soalan ni.
“Kau nak tanya apa?”
“Emmm…tak apalah. I tak jadi nak tanya.”
“Lah…kau nak tanya apa? Cakap jelah.”
“Tak apalah Zach. I tak jadi nak tanya,” kalau aku tanya, mesti Zach akan cakap aku ni jeles. Isy! Cancel! Cancel! Jangan tanya!
“Aisha…kalau ada benda yang mengganggu fikiran kau… then tell me. Jangan pendam sorang-sorang kau.”
“Tak ada apa pun. I cuma nak tanya pasal Adira je.”
“Adira? Ada apa pulak dengan Adira?” tak pernah-pernah pun Aisha bukak mulut nak tanya pasal Adira. Sekarang ni tiba-tiba je.
“You dengan Adira dulu bercinta ke?” jangan tarik balik Aisha. Kau dah tanya pun.
“Kenapa? Kau cemburu?”
Aku dah agak dah mesti Zach akan cakap macam ni dekat aku. “Tak adalah I cemburu cuma I tertanya-tanya je. Manalah tahu I ni rampas you dari dia ke?”
“Come on Aisha. Ini bukan drama ok nak cakap pasal hak rampas-merampas. Ini pasal jodoh. Dah jodoh aku dengan kau, that’s mean sampai ke tua sekalipun jodoh aku tetap dengan kau. Oh ya pasal Adira tu. Aku tak pernah pun bercinta dengan dia. Aku hanya anggap dia sebagai kawan aku je. Tak pernah lebih.”
“Adira mesti anggap you lebih dari seorang kawan.”
“Itu hak dia. Lagipun aku dah pernah cakap dekat dia yang aku hanya anggap dia sebagai seorang kawan. Aku dah cakap awal-awal. Kalau dia tak faham jugak, lantak dialah. Kenapa? Kau cemburu ke kalau ada orang lain sukakan aku?”
“Bohonglah kalau I tak jeles. Yelah, suami I ni dahlah mix blood, hensem, rambut perang gittueww…tambah pulak anak mata you tu warna biru laut dengan kulit you putih macam mat salleh ni. Perempuan mana je tak suka you?”
“Maknanya kau suka akulah kan?”
“Bodohlah I kalau I tak suka. Haih you ni…”
“Aisha…”
“Ya?”
“Aku nak mintak maaf kalau selama ni aku sakitkan hati kau atau aku buat benda yang kau tak suka tambah-tambah lagi pasal aku sentuh kau. Sorry, I was out of my control that time.”
Diam. Aisha menggigit bibirnya perlahan. “Tak apalah Zach. Benda dah jadi pun. Kalau I menangis air mata darah sekalipun, I takkan dapat balik apa yang you dah ambik dari I.”
“I’m so sorry…”
“You don’t have to sorry. Tak apa, I ok. I dah tak nak ingat pun benda-benda yang dah lepas. Lagipun, I dah boleh terima you sebagai suami I sekarang. Apa yang you buat dulu you hanya jalankan tanggungjawab you sebagai suami I. I mintak maaf sebab tengking you. Bila Mak Inah tegur I haritu, baru I sedar I salah. I tak sepatutnya tengking you macam tu. Entahlah Zach, I kadang-kadang tak faham dengan diri I sendiri. Ya, apa yang I nak dari dulu sampai sekarang I dapat tapi entah I rasa kosong dalam hidup I.”
Zachary mencapai tangan Aisha lalu digenggamnya erat. Dia faham perasaan Aisha.
“Maybe I rasa macam ni sebab I tak cukup kasih sayang. Yelah dulu mama dan papa I hantar I ke London untuk belajar dan I hidup berdikari dekat sana selama 2 tahun. Selepas dari 2 tahun tu, barulah family I datang London dan stay dekat sana sampai I habis belajar then balik Malaysia balik. Masa dekat London, I tak dapat kasih sayang yang I nak. Mama dengan papa always busy with their business.”
“Syhhh…enough. Dah…jangan bukak buku lama. Sekarang ni kita dah bukak buku baru dan enjoy life yang baru.”
Kepalanya dilentokkan pada bahu kiri Zachary. “Thank you Zach sebab selalu ada dengan I dan selalu layan je kerenah I yang bodoh tu.”
“Welcome…dah jangan nak goda aku. Kalau aku berhenti kereta tepi jalan ni, nahas kau aku kerjakan!”
“Eiii!!!” Aisha mencubit kuat lengan Zachary. “Gatalnya you ni! Sejak bila you jadi gatal macam ni hah?!”
“Sejak kau tayang habis aset kau tu. Tu…paha dengan betis kau yang gebu tu pun dah cabar iman aku.”
Cepat-cepat Aisha mengambil jaket yang disangkut pada penyandar kepala dan diletakkan atas pahanya. Zachary pula ketawa riang. Seronok dapat kenakan Aisha sebenarnya.
“Hah tahu pun takut. Itu baru dengan suami sendiri, kalau orang luar lagi bahaya dari aku tau!”
“Bencilah! Selalu kenakan I!” Aisha tayang muka merajuk.
“Alah, bukan selalu aku kenakan kau. By the way, kau lapar tak? Yelah, kita belum breakfast lagi.”
“Tak adalah lapar sangat. Tak apalah, you straight sampai KL jelah. Nanti dah sampai sana baru makan.”
“Sure kau ok? Yelah, kau kan ada gastrik.”
“I ok.”
“Oklah kalau macam tu…”

SARA membuka matanya perlahan-lahan. Tekaknya terasa kering. Dia menoleh ke sebelah. Matanya terpandang Rayan yang sedang lena di sofa. Dia temankan aku ke?
Perlahan-lahan Sara bangun dari katil lalu bersandar pada kepala katil. Tangannya mencapai gelas dan air mineral dalam botol tersebut lalu dituangkan ke dalam gelas. Rakus dia meneguk air dalam gelas. Memang dahaga sangat-sangat.
“Sara?” hampir terlatah Sara dibuatnya bila tiba-tiba Rayan menegurnya. Tadi bukan dia tidur ke? Dia memandang Rayan yang sedang menghampirinya lalu duduk di kerusi sebelah katilnya.
“Awak jaga saya dari semalam ke?”
“Hmmm…”
“Kenapa?”
“Saja…”
Pelik. Ada pulak saja? “Kalau awak nak balik, baliklah. Saya ok dekat sini.”
“Tak apa, saya jaga awak. Lagipun, saya datang sini lepas Subuh. Emmm awak lapar tak? Tadi mama ada kirim nasi dengan sup ayam untuk awak.”
“Laparlah jugak.”
“Kejap ye…” Rayan mengambil bekas Tupperware yang berisi nasi dengan sup ayam yang dibekalkan mamanya tadi.
“Nah…” bekas Tupperware serta sudu diserahkan kepada Sara.
“Terima kasih…tapi saya nak tanya, anak saya macam mana?”
“Alhamdulillah, anak awak sihat. Awak dapat baby boy. Nak saya bawakkan ke?”
“Nak!”
“Awak makan dulu. Saya pergi ambik anak awak kejap…” Rayan segera beredar keluar dari wad menempatkan Sara.
Tak lama kemudian, Rayan melangkah masuk dengan baby boy. Sara tersenyum bila Rayan menyerahkan anaknya. Perasaan sebak, gembira semuanya bercampur. Ya Allah anak ibu! Dahi si kecil itu dikucup lembut. Bibirnya tersenyum mekar. Aku tak nafikan muka anak aku ni iras lebih kepada bekas suami aku, Fariq.
“Sara…saya nak mintak izin boleh?”
“Mintak izin apa?”
“Mintak izin untuk azankan anak awak? Saya ingat nak azankan masa awak dah melahirkan tapi saya tak buat sebab takut awak tak izinkan.”
Sara mengangguk perlahan tanda mengizinkan. Apa salahnya kalau aku bagi Rayan azankan anak aku daripada aku mengharap Fariq yang sememangnya takkan muncul dan…aku dah tak ada hati dekat dia.
Rayan mengambil baby dari dakapan Sara lalu berdiri di tepi tingkap. Bibirnya didekatkan pada telinga baby lalu kalimat azan dilaungkan. Sara yang mendengarnya terasa sebak. Menitis air matanya. Ya Allah…di saat aku tak ada sesiapa yang ingin menolongku, Kau hadirkan Rayan dan keluarganya untuk menolong aku. Malah, Kau jadikan Rayan sebagai penyelamatku dikala aku susah. Aku bersyukur pada-Mu ya Allah atas segala bantuan yang telah Engkau berikan padaku.
“La Ilaha IllAllah…” kalimat azan yang terakhir dibisikkan pada telinga baby. Rayan mencium pipi baby sebelum diserahkan kembali kepada Sara.
“Terima kasih Rayan sebab banyak dah tolong saya. Saya tak tahu saya nak balas jasa awak macam mana.”
“Tak apa Sara…mungkin hari ini hari awak…manalah tahu esok-esok hari saya pulak yang memerlukan bantuan awak? Selagi saya boleh tolong, saya akan tolong.” Sara hanya tersenyum kepada Rayan. Insya-Allah Rayan, kalau esok-esok awak memerlukan bantuan saya, saya akan sedia menolong.

“HAI Sara!” Aisha berlari-lari anak mendapatkan Sara yang tersenyum gembira ke arahnya. Tubuh Sara dipeluk erat.
“I’m so happy for you! You ok?”
“I ok je Aisha. You macam mana pulak dengan Zachary? Ok dah sekarang ni? I nampak muka you happy sangat. I tak pernah tau tengok you happy macam ni.”
“Alhamdulillah…so far so good I dengan Zach,” matanya teralih pula pada baby yang berada dalam dukungan Rayan. “Oh my God! Anak you ke tu?”
“Yelah…takkan anak abang you pulak kan?”
“Hehehe…boy or girl?” soal Aisha sambil menghampiri abangnya. Baby tengah tidur.
“Boy of course.”
“Wow…he’s so adorable and amazing cute! Tapi, muka dia ada iras Fariq.”
“Yes I know that.”
“Are you okay?”
“Yes I’m okay. No need to worries. Anak ni pun anak Fariq jugak kan.”
“Yayaya that damn stupid man. Anyways…apa nama baby boy ni?”
“Muhammad Aiman Ziqri…”
“Nice name,” tangannya galak mencuit pipi tembam Aiman. Geramnya aku!
“Yang kau ni excited terlebih…bila nak ada anak sendiri?” pertanyaan abangnya terus buatkan Aisha down.
“I don’t think so.”
“What do you mean?”
“I am not ready yet,” jawabnya selamba tanpa menghiraukan Zachary yang sedang mendengarnya.
“Sampai ke tualah alamatnya dengan not ready yet kau tu!” selamba badak Rayan menembak Aisha.
“Don’t care…” malas nak ambik port.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience