Bab 8

Romance Completed 102547

Aisha menilik dirinya yang sudah berada dalam sepersalinan jubah berwarna merah hati. Hmmm…cantik jugak jubah ni. Aisha menilik pula wajahnya yang sudah siap disolek oleh dirinya sendiri. Done!
Yang berlawa-lawa ni nak pi mana Cik Aisha oiii!!! Tak pergi mana pun cuma hari ni keluarga pihak lelaki datang masuk meminang aku. Ada yang datang nak menyunting bunga di taman hari ni. Tak lama lagi, aku akan bergelar tunang kepada Zachary.
“Wow…you nampak cantiklah dengan jubah ni!” puji Sophea bila meliha Aisha yang sudah berada dalam persalinan jubah.
“Betul ni? Tak perli I kan?” manalah tahu sebenarnya aku nampak buruk dalam jubah ni tapi diorang ambik hati aku je cakap aku ni cantik.
“Sumpah tak perli. You memang nampak cantik. I yakin bakal tunang you pun mesti terpegun dengan penampilan you kejap lagi.”
Aisha mencebik kecil. Yelah tu…aku yakin kami berdua kejap lagi mesti akan bertengkar punya. Aku dengan mamat tu memang tak sebulu pun dari awal jumpa lagi.
Tak lama kemudian, suasana di ruang rumah mula riuh. Tania, Sophea dan Sara keluar dari rumah menjenguk ruang tamu rumah dari tingkat atas. Oh…pihak lelaki dah sampai rupanya.
“Aisha, bakal suami you yang mana satu?” soal Tania.
“Kejap I cari…” matanya ralit memerhatikan satu persatu ahli keluarga Zachary yang masuk ke dalam rumahnya. Tak lama kemudian, dia ternampak Zachary yang memakai baju jenama Polo berwarna putih dan dipadankan dengan seluar slack warna hitam.
“Tu yang pakai baju Polo warna putih tu…” jarinya dihala tepat ke arah Zachary yang duduk di sebelah adiknya, Aqil.
“Seriuslah Sha?” Aisha mengangguk.
“Weyh!!! Hensem kot! Ya Allah…hamba mau pengsan!” Sophea buat gaya pengsan sebelum Tania menepuk kuat bahu Sophea.
“Jangan nak propa sangat!” tapi memang betul pun bakal suami Aisha memang hensem. Padanlah disepadankan dengan Aisha. Memang sesuai.
“Untunglah you Sha dapat suami yang hensem macam tu. Ya Allah…ya sebelah dia tu sapa?”
“Yang sebaris dengan dia tu semua adik-adik dia. Dia anak sulung…”
“Ahlami! Boleh arrr ambik satu buat suami. Semua hensem-hensem!” Sophea tersengih lalu kepalanya ditolak kuat dari belakang.
“Berangan je you ni!” ujar Tania dengan nada meluat.
“Apa salahnya kalau berangan?” Sophea buat flip hair.
“Hesy korang ni! Jangan buat bising boleh tak?” tegur Aisha. Tekun dia memandang upacara yang sedang berlaku di ruang tamu rumah. Sesi berbalas pantun mula kedengaran.

“APA yang lambat sangat ni? I dah malas nk tunggu!” bentak Aisha lalu melabuhkan punggungnya di sofa. Tak boleh ke terus sarung cincin? Tak payahlah nak bermadah helah pantun-pantun apa segala ni.
“Sabarlah Aisha. Tak lama lagi nak habis dahlah tu,” sambil mengusap perutnya yang dah membesar, dia melabuhkan punggung di sebelah Aisha.
“I dah tak larat ok. Rimas!”
“Kejap je lagi tu. Sabarlah…mungkin tengah bincang tarikh nikah, nak buat majlis dekat mana dengan hantaran balaslah tu. Macam-macam nak kena bincang sebelum berlangsungnya perkahwinan.”
Aisha hanya mengeluh. Cepatlah habis! Aku dah mengantuk sekarang ni.
“I nak tidur dulu boleh tak?”
“Eh! Jangan nak buat kerja gila Sha. You ni ada pulak nak tidur time-time macam ni,” Tania bersuara sambil menghampirinya.
“Tak habis lagi ke?” suara Aisha dah fed up.
“Belum…”
Namun tak lama kemudian, Puan Suzie naik ke atas dan menghampiri Aisha. “Aisha, jom turun nak sarung cincin…”
Finally! Aisha bangun lalu mengemaskan jubahnya sebelum melangkah turun ke ruang tamu. Ketika dia turun, kesemua mata memandang ke arahnya. Dah kenapa semua pandang aku macam tu? Oklah, aku lupa aku nikan cantik. Mesti semua orang terpukau dengan kecantikan kecuali…
Keperasanannya terhenti bila terpandangkan Zachary yang memandang beku ke arahnya. Huh! Mamat tu memanglah. Tak payah cakap aku tahu memang di mata dia aku sorang je hodoh.
“Cayalah along. Cantik bakal bini along,” bisik Aqil perlahan di sebelah Zachary.
“Ye ke? Biasa je along tengok.”
“Along ni kan memang spesis yang tak ada perasaan…” giliran Danish pula bidas alongnya.
“Memang pun,” kenyataan Danish disokong kembarnya, Raycarl.
Puan Julia menyarung cincin ke jari manis Aisha. Aisha menunduk mencium tangan Puan Julia. Kalau mama tak bagitahu, tak adanya aku nak salam bagai ni. Entah-entah tengah blur nak kena buat apa lepas dah sarung cincin.
“Cantik Aisha hari ni,” puji Puan Julia ikhlas.
Aisha tersenyum bila Puan Julia memujinya. Kembanglah juboq tu kena puji cantik. “Terima kasih auntie.”
“Zach, Aisha, ambik gambar dulu…” ujar Puan Suzie. Aisha pula buat muka dekat mamanya. Dah kenapa pulak nak kena bergambar segala ni? Bukannya kahwin pun! Tunang je.
Tanpa banyak bunyi, mereka melangkah ke arah pelamin yang sudah siap dihias. Simple but nice.
“Aisha, kenapa muka tak senyum tu? Senyum sikit sayang,” tegur Puan Suzie bila perasan anaknya hanya berwajah biasa. Langsung tak senyum.
Aduh mama ni…nak suruh aku senyum bagai. Apa? Nak tunjuk kata aku ni happy? Walhal dalam hati ni langsung tak happy pun. Melihat renungan mama dan papanya membuatkan Aisha terpaksa akur. Nak tak nak dia terpaksa jugak senyum.
“Kalau ye pun terpaksa or tak suka, tak payahlah tunjuk sangat,” ujar Zachary dalam nada berbisik.
“Diamlah…” balasnya turut dalam nada berbisik.
“Dahlah muka macam siput sedut, ingat lawa sangat kot,”ujar Zachary selamba tapi dalam nada perlahan. Aisha di sebelah dapat menangkap setiap patah perkataan yang dikatakan Zachary.
“You cakap apa?”
“Siput sedut!”
“Berani you cakap I macam siput sedut?!” aku dah berasap dah ni. Mamat ni memang sengaja buat darah aku menyirap!
“Beranilah…”
“Aku syak kan along dengan kak Aisha tengah berperang sekarang ni,” kata Raycarl. Danish dan Aqil turut fikir benda yang sama. Tengoklah muka masing-masing. Memang tak ikhlas langsung.
Selepas selesai bergambar dengan keluarga, mereka dijemput untuk menikmati hidangan yang telah dimasak oleh Puan Suzie sendiri. Bibik pula ditugaskan untuk menyiap barang-barang yang perlu digunakan untuk masak. Di meja makan, keadaan Zachary dan Aisha masih lagi sama. Masing-masing dengan perasaan tak puas hati. Kalau bertentang mata je, mesti akan menjeling.
Usai menikmati juadah, Zachary meminta diri untuk mengambil angin di luar rumah. Hadap muka si siput sedut tu lama-lama buat hati ni rasa meluat pulak. Ingat cantik sangat kot. Rolling eyes.
“Oi!” tiba-tiba suara Aisha kedengaran. Siput sedut ni mai dah.
“Apa oi oi? Aku ada nama ok…” balas Zachary.
“I don’t care what your name is. Apa yang I tahu I tak puas hati dengan you. Suka-suka hati you je cakap muka I yang cantik ni macam siput sedut!”
Zachary ketawa sinis sambil memandang Aisha. Sengaja nak sakitkan hati Aisha. Biar perempuan ni berapi sikit.
“Ingat aku kisah ke kau puas hati ke tak? Lagipun muka kau tak adalah cantik mana. Kalau letak muka kau sebelah, siput sedut sebelah, hmmm aku bet siput sedut menang lagi.”
“Tak apalah dari muka kambing you ni.”
“Oh…kau mengakulah yang muka kau ni macam siput sedut. Hahaha…oh ya muka aku macam kambing? Aku dah lama tilik muka aku ni dan aku nampak muka aku ni muka manusia lagi. Alhamdulillah…”
Makin berapi Aisha dibuatnya. “Then? Mata you tu buta ke tak reti nilai muka I ni? Dikatanya siput sedut pulak.”
“Hmmm…dengan kau je mata aku ni terbalik sikit. Aku rasa aku ni allergic tengok muka kau yang perasan cantik ni. Sorry…”
“Eiii you ni kan!”
“Apa? Hensem? Terima kasih!”
“Geli I dengar! Muka you ni…” jari telunjuknya dilarikan di hadapan muka Zachary. Zachary membuat riak ‘apa? Muka aku apa?’ “Sama je macam ikan koi mama I!” Aisha terus berlari masuk ke dalam rumahnya. Lagi lama aku hadap mamat tu, lagi meletup aku dibuatnya.
“Oi! Sedap je kau kata aku macam ikan koi!” kurang asam punya minah. Kalau samakan aku dengan ikan laga hensemlah jugak dari ikan koi yang bertompok tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience