Bab 12

Romance Completed 102547

Bab 12

Semasa dalam perjalan pulang, Aisha menyuruh Zachary membawanya ke Pavilion. Ada benda dia nak beli. Zachary tanpa banyak soal meneruskan pemanduannya ke Pavilion.
Selepas parking keretanya, Zachary dan Aisha sama-sama melangkah masuk ke dalam Pavilion. Aisha dah menjauh ke hadapan. Excited sangat bila masuk Pavilion. Macam-macam benda yang dia nak beli. Zachary pula hanya memerhati suasana di Pavilion tersebut. Ramai orang datang shopping dekat sini even barang-barang dia mahal. Branded lah katakan.
Zachary membelek wallet lelaki jenama Polo. Wallet tu satu saja dah beratus ringgit melayang. Tapi akhirnya nanti koyak rabak jugak wallet tu. Kesimpulannya, janganlah demand yang mahal-mahal sangat. Pakai yang murah pun tahan lama.
Dia mencari kelibat Aisha. Hmmm…aku tak tahulah minah tu dah ke mana. Punyalah seronok nak beli barang sampaikan aku ditinggalkan di belakang. Perempuan dengan shopping memang tak boleh berpisah. Nampak lawa je beli, nampak hodoh je tak beli.
“Zach?” ada gerangan yang menegurnya dari tepi. Zachary menoleh.
“Eh? Adira??? Buat apa kat sini?” Rania Adira, kawannya masa zaman universiti dulu. Sejak dah graduate, masing-masing bawak haluan sendiri dan tak pernah berjumpa sampailah sekarang baru jumpa balik. Itu pun sebab terserempak.
“Sepatutnya soalan tu saya tanya dekat awak. Awak buat apa dekat sini? Bukan awak tak suka shopping ke?” pelik jugak bila ternampak Zachary dekat Pavilion ni.
“Bukan saya shopping pun tapi teman tunang datang shopping kejap…adalah tu benda yang dia nak beli.”
“Tunang?” entah kenapa tiba-tiba hatinya rasa sedih. “Sejak bila awak tunang?” sebenarnya dari dulu lagi dia menyimpan perasaan dekat Zachary tapi tak pernah bagitahu. Yelah…malu kot.
“Beberapa hari yang lepas. Oh ya, macam mana dengan your life?”
“Macam ni jelah. Tak ada apa yang berubah pun. By the way congrats atas pertunangan awak. Mesti isteri awak cantik kan?”
“Alhamdulillah cantik…” tapi perangai tak cantik! Sambungnya dalam hati. Walaupun perangai Aisha teruk macam mana sekalipun, maruah dan aib Aisha perlu dijaganya. Yelah, Aisha tu bakal isteri aku jugak jadi tak eloklah aku cakap buruk-buruk pasal dia dekat orang.
“Untung awak dapat bakal isteri cantik.”
“Rezeki Allah nak bagi. Awak pulak macam mana? Tak ada yang berkenan lagi ke? Mustahillah tak ada yang berkenan. Awak ni cantik apa?” puji Zachary. Yelah, dengan rupa Adira yang cantik dan putih ni tak mustahillah untuk lelaki terpikat dengan dia.
“Jodoh saya tak sampai lagi kot.” balasnya senang.
Dari jauh, Aisha hanya memerhati gelagat Zachary dan perempuan yang tak dikenalinya. Sapa pulak perempuan tu? Kawan Zachary ke? Ke ex-girlfriend Zachary? Yelah…aku tengok ramah semacam je Zachary dengan perempuan tu?
Aipp??? Kau jeles ke Aisha?? Eiii! Sapa kata aku jeles hah? Aku tak jeles pun. Aku cuma tertanya-tanya sapa perempuan tu. Itu je.
Iyelah tu!
Eh! Diamlah otak! Jangan nak kenakan aku sangat eh!
Aisha membetulkan rambutnya lalu menghampiri Zachary dan Adira. Dia cuma tersenyum kepada Adira dan Zachary.
“Hai…ni sapa Zach?” soal Aisha lembut. Cantik! Pujinya…Aisha menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Adira. Adira menyambut huluran Aisha.
“Ini kawan saya. Nama Adira dan Adira…ini tunang saya, Aisha…” panggilan aku-kau segera diubah kepada awak-saya. Tak naklah nanti Adira fikir macam-macam pulak kalau aku gelarkan diri aku, aku dekat Aisha.
“Ohhh…hai Adira.”
“Hai…” Adira membalas senyuman kepada Aisha. Dia menilik penampilan Aisha yang seksi. Perempuan ni ke jadi pilihan Zachary? Macam tak percaya je? Sebab setahu aku Zachary tak sukakan perempuan seksi.
Aku syak minah ni tengah scan penampilan aku. Yelah, kalau nak dibandingkan penampilan aku dengan dia, harus dialah yang menang sebab berjubah dan bertudung labuh berbanding aku yang hanya pakai skirt paras lutut dengan singlet dan jacket ja dekat badan aku ni.
“Emmm Zach, saya rasa saya nak kena pergi dulu. Nice to meet you and your fiancé…”
“Ok. Drive safe!” ujar Zachary. Adira hanya mengangguk lalu pergi dari situ.
Senyuman Aisha mati lalu memandang Zachary secara berhadapan. “Sapa Adira tu? Ex-girlfriend you ke?”
“Kenapa kau nak tahu?”
“Saja. Yelah…I tengok pemakaian dia ala-ala muslimah macam tu. Mesti you sukakan? Yelah, I ni reti pakai skirt je.”
“Kenapa kau fikir macam tu? Well, I smell someone is jealous right now.”
Aisha mencebirkan bibirnya. “I tak jeles ok cuma I cakap benda yang betul. Dahlah…you hantar I balik. Malas nak layan you.”
“Aisha! Kalau jeles mengaku jelah!”
“I tak jeles ok! Just shut up! Buat apa I nak jeles sedangkan I tak suka you pun. You just not my type sebab mulut you yang celupar ni.”
“Ada aku kisah?” kata-katanya membuatkan angin Aisha naik mendadak. Kalau boleh, dia nak hempuk Zachary dengan beg mahalnya ni. Geram!

AISHA menghumbankan tubuhnya ke atas katil. Melepaskan nafas beratnya. Haih! Dah kenapalah dengan aku ni? Kenapa aku cakap macam aku tengah cemburu dengan Adira tu tadi? Tak pasal-pasal si mangkuk tu fikir aku tengah jeles dengan Adira.
Entahlah…tapi aku tengok gaya Adira yang berjubah dengan tudung labuh memang sesuailah dengan Zachary tu. Yelah, lelaki mana je kan yang tak suka dengan perempuan berjubah dan bertudung litup bagai ni. Macam aku ni lelaki mata keranjang je yang suka. Huh!
Tapi, asal pulak aku nak rasa macam ni? Aisha! Aisha! Wake up! Wake up! Kau dah jauh sangat ni. Kenapa pulak kau kisah kalau Zachary tu suka dekat Adira? Eh suka hati dialah kan dia nak sukakan sapa pun? Ingat Aisha! Kau dengan dia kahwin sebab family je dan sebab kau nak jauhkan diri daripada Fariq yang gila tu.
Entahlah…tapi aku betul-betul tak suka kalau Adira atau Zachary ada perasaan suka antara satu sama lain. Kalau diorang suka sama suka, kedudukan aku tergugatlah! Tak…maksud aku kalau Zachary tiba-tiba batalkan perkahwinan ni dan nak kahwin dengan Adira macam mana? Habislah plan aku nak jauhkan diri dari Fariq! Sila-silap makin kerap Fariq akan kacau aku.
Hah no, no! Si Adira tu tak boleh rosakkan plan aku yang dah tersedia dari dulu lagi. Dan Zachary pun tak boleh putuskan perkahwinan ni sebab nak kahwin dengan Adira je!
“Aisha, aku harap apa yang aku nak cakap dekat kau ni, kau tak marahlah. Sebenarnya aku nak batalkan perkahwinan kita dan aku nak kahwin dengan Adira.”
“What?!”
“Ye…aku nak kahwin dengan Adira.”
No! Plan aku ni tak boleh musnah macam tu je. “Noooooooooo!!!”
“Oiii! Apa yang no panjang sangat tu?” Raya menegurnya di hadapan muka pintu. Aisha terus tersedar dari alamnya dan memandang abangnya.
“Apa?”
“Kau tu dah kenapa no panjang sangat? Berangan?” Rayan mengambil tempat di sebelah Aisha.
“Tak ada apa-apalah. Adik terberangan yang buruk je tadi,” bohongnya. Takkanlah nak cakap aku terberangan pasal Zachary pulak kan? Muka hensem macam Zachary tu memanglah boleh buat modal untuk berangan.
“Tak payah nak tipu akulah.”
“Betullah! Ni, abang buat apa datang bilik orang ni? Nak apa?”
“Mama dan papa panggil kau turun makan sekali.”
“Adik tak nak makan.”
Kepala adiknya disekeh kuat. “Kau tak payah nak buat perangai diet melampau sangat eh? Badan pun dah macam papa nada hati nak diet lagi? Dah! Jom! Turun makan!”
“Tak nak!” aku tak nak makan malam! Nanti gemuk!
“Jom!” tanpa amaran, Rayan menarik tangan Aisha turun ke ruang makan.
“Eiii abang ni!!!” Aisha menarik muncung bila dipaksa untuk turun makan jugak malam tu.

SARA menuang air kosong ke dalam gelasnya. Tengah-tengah malam macam ni tiba-tiba pulak tekak ni haus. Tangannya menarik kerusi meja makan lalu duduk di situ.
“Astaghfirullahalazim!” serentak itu jugak lampu bahagian ruang makan dan dapur dipetik oleh Rayan.
Sarah hanya memandang Rayan yang sedang mengurut dadanya.
“Sara rupanya. Saya ingatkan sapa tadi,” ujar Rayan lalu menuju ke dapur untuk mengambil gelas.
“Sorry kalau awak terkejut…” bukan niat aku nak bagi sapa-sapa terkejut tapi sajalah malas nak bukak lampu sebab lampu dinding yang dah dipasang pun still boleh nampak keadaan dalam rumah ni.
“Tak apa…”
Sara menghabiskan air di dalam gelasnya lalu menuju ke sinki untuk basuh. Tak selesa pulak duduk lama-lama dengan Rayan. Rayan kan bukan mahram aku.
“Sara…” baru saja dia nak melangkah pergi, Rayan memanggil namanya. Sara berhenti melangkah.
“Ye?” Sara memusingkan badannya menghadap Rayan. Rasanya tak elok kalau belakangkan dia ketika tengah bercakap.
“Check-up esok pukul berapa?”
Kenapa pulak Rayan nak ambik tahu ni? “Emmm…pukul sepuluh pagi. Kenapa?”
“Esok saya hantar.”
“Eh tak apalah. Saya boleh pergi sendiri. Tak payah susah-susah.”
“No. Saya akan hantar awak esok ok? Dengan keadaan yang dah bonyot macam ni nak pergi sorang-sorang? Kalau jadi apa-apa macam mana?”
“Insya-Allah tak jadi apa-apa pun.”
“Sara, I just want to make sure you’re safe bila dah sampai klinik nanti. I don’t care. Saya akan hantar awak esok. Ok?”
“Hmmm yelah…” nak tak nak kenalah jugak setuju. Kalau aku tak setuju, Rayan tetap jugak akan paksa aku.
“Good. Tunggu saya esok,” Sara hanya mampu mengangguk sebelum berlalu pergi dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience