Bab 36

Romance Completed 102547

Dari tadi bibirnya tak lekang dengan senyum. Kalau boleh rasa macam nak senyum sampai bila-bila. Bila doktor dah sahkan yang Aisha mengandung 3 minggu, rasa macam nak melompat. Tapi, aku tak melompatlah tadi. Kang kena cop beruk pulak dengan doktor.
Aisha yang berada di sebelahnya dipandang. Dari tadi isterinya hanya mendiamkan diri. Sepatah kata tak keluar dari bibir comelnya. Nampak muka dia pun macam…tak happy.
“Aisha…what’s wrong with that smoky face?” soalnya. Aisha tak happy ke bila dapat tahu yang dia tengah mengandung?
Zach! Kau dah lupa ke? Dulu Aisha pernah cakap yang dia tak nak mengandung dan tak nak ada anak pun! Jadi, bila dia dah disahkan mengandung, kau rasa dia akan happy ke?
“Zach…serius ke I mengandung?”
“Kenapa? Kau tak happy? Feeling burden to carry my baby?” Zachary menyoal balik. Tak menjawab soalan Aisha.
“That’s not what I meant. I’m just asking is that true I am pregnant now?”
Zachary melepaskan nafasnya perlahan sebelum menjawab pertanyaan Aisha. “Yes! You’re pregnant for 3 weeks. Don’t you feel happy?”
Teragak-agak untu Aisha menjawab soalan Zachary. Serba salah nak menjawab.
Zachary mengangguk kecil. Faham apa yang Aisha cuba sampaikan. “You don’t have to answer me because I already know what your answer is. The answer is you’re not happy sebab aku masih ingat apa yang kau pernah cakap dekat aku dulu. Kau tak nak mengandung apatah lagi nak ada anak.”
“Who says so?”
“It’s you!”
“But that was back then but now I’m not!” tangannya dijatuhkan pada perutnya lalu diusap perlahan.
Zachary memberhentikan keretanya di bahu jalan. Matanya memanah tepat dalam anak mata Aisha. “What do you mean?”
Aisha melokekkan senyuman buat Zachary. “I am so sorry about what I’ve said to you. I know I was so mean to you. But right now, bila I dapat tahu yang I mengandung, I tiba-tiba rasa sayang dekat anak ni. I tak sampai hati nak buang anak ni. I’m not that kind of mother. Anak ni tak salah.”
Zachary menyimpulkan senyumannya lalu tubuh Aisha dibawa ke dalam pelukannya. Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya dia bila Aisha cakap macam tu.
Aisha turut tersenyum. Tangannya melingkar pada pinggang Zachary. Membalas pelukan suaminya. Betul cakap Mak Inah. Mungkin dulu aku tak nak langsung mengandung or tak nak ada anak. Tapi sekarang bila aku dah rasa sendiri, tiba-tiba aku rasa sayang dekat anak ni.
Zachary merungkaikan pelukan mereka lalu menghadiahkan ciuman pada dahi Aisha sambil dalam hatinya mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka akan berkekalan sampai bila-bila dengan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga mereka.
“Thank you sebab sudi mengandungkan anak aku. Thank you sebab sudi jadi ibu kepada anak aku dan thank you jugak sebab kau tak ada niat nak buang anak ni…”
“Anak ni sebagai tanda terima kasih I sebab sudi jadikan I isteri you dan sanggup layankan kerenah I yang selalu menyakitkan hati you. Jadi, sebagai reward, I hadiahkan you anak ni.”
“Thank you once again sayang…”
“Welcome. Cuma…”
“Cuma?”
“I…emmm tak apalah.”
“Kenapa? Cakaplah…”
“I rasa I teringin nak…”
“Nak?”
“Nak makan burger…” Aisha tersengih. Tiba-tiba je tekak ni rasa nak makan burger. Terbayang burger pun dah kecur liur.
“Boleh! Kau nak makan burger apa? Burger KFC atau burger Mcd?”
“I tak nak burger tu. I nak makan burger biasa yang jual dekat tepi jalan tu!”
“Seriously kau nak makan burger tu?” kalau tak, kemain susah nak makan burger tepi jalan tu. Selalunya lebih memilih burger Mcd.
“I serius! Jomlah…”
“Ok, ok. Aku bawak kau pergi satu tempat yang aku selalu lepak dengan member dan adik-adik aku. Confirm kau suka burger dia.”
“Jangan cakap je. Bawaklah I!”
“Aku nak bawaklah ni,” Zachary memandu keretanya menuju ke gerai burger yang selalu dilepaknya dengan kawan-kawan dan adik-adiknya.

ZACHARY memandang gerai burger dan Aisha berselang-seli. Mereka berdua masih dalam kereta. Teragak-agak dia nak ajak Aisha turun. Yelah, Aisha manalah makan tempat-tempat yang low class macam ni.
“Zach, you tak nak turun ke? I dah lapar ni. Dah tu, kenapa muka you macam tu? Macam tak sudi je nak makan dekat sini?”
“Emmm…aku terfikir kau nak ke makan dekat sini? Dekat sini makanan dia low class. Kau boleh ke makan makanan low class?” manalah tahu Aisha tiba-tiba tak jadi makan ke?
“Zach, for now I tak memilih ok. I betul-betul rasa nak makan burger dekat sini. Jomlah keluar! Jomlah!”
“Ok, ok kita keluar but…”
“Eiii Zach! Tapi apa lagi?!”
“Kejap…” Zachary mencapai jaket denim miliknya lalu disarungkan pada tubuh Aisha yang agak terdedah. Jaketnya dizip.
“Kalau macam ni, baru boleh keluar. Nanti aku tak nak tengok kau pakai macam ni bila kau keluar rumah. Aku tak suka orang tengok barang berharga aku sesuka hati.”
“Tadi you ok je masa jumpa dengan doktor?”
“Tadi tu aku happy sangat sampaikan aku tak boleh nak cover diri aku. Dah…kau lapar burger kan? Jom kita turun,” enjin kereta dimatikan lalu dia dan Aisha keluar dari kereta.
“Kau cari tempat duduk, biar aku yang pergi order…”
“Ok…” mata Aisha melilau mencari tempat duduk yang kosong. Banyak betul orang makan dekat sini. Maklumlah, dekat sini bukannya ada gerai burger je tapi food truck pun ada sekali.
Akhirnya, dia dia memilih meja makan berhampiran dengan food truck yang menjual pulut cendol. Tiba-tiba tekaknya terasa nak makan pulut cendol.
“Bang…”
“Ye dik? Nak pulut cendol ke?”
Aisha mengangguk pantas. “Sedap ke bang?”
“Adik kena rasa dulu barulah tahu sedap ke tak,” balas abang tersebut sambil tangannya ralit melatakkan pulut di dalam mangkuk cendol.
“Emmm saya tengok macam sedap. Saya nak satulah bang!”
“Adik tunggu kejap ye.”
“Hai cantik!” Aisha terus menoleh kepalanya memandang gerangan yang menegurnya. Terus dia bangun dari kerusi bila melihat Fariq yang sedang berdiri di sebelahnya.
“Fariq?!”
“Glad to hear you say my name again. Well, you look beautiful as usual.”
“You buat apa dekat sini?!” matanya melilau mencari kelibat Zachary. Zachary masih lagi beratur membuat pesanan.
“Saja…tak sangka pulak I dapat jumpa you dekat sini. Hmmm…lepas kahwin you nampak makin cantik.”
“You jangan nak melebih dekat sini Fariq! Just move on with your life!”
“You know what sayang? I tak boleh move on lagi dengan you. Lepas you dah kahwin ni, you nampak lagi cantik dari dulu. Body goals…”
“You blah dari sini!”
“Why? You takut suami you marah you bila tengok kita berdua…” Fariq mendekatkan dirinya dengan Aisha. “Macam ni…???” sambungnya.
“You jangan nak buat gila dekat sini!”
“Fariq!” namanya diseru dari belakang. Serentak Aisha dan Fariq menoleh ke arah Zachary yang sedang menghampiri mereka.
“Well, well, well…hero dah datang nak selamatkan princess dia. Hai bro, long time no see lepas kau dah rampas Aisha dari aku!”
“Huh…lawak bro. Since when aku rampas Aisha dari kau? Kau ada bukti?”
“Eh! Kalau tak disebabkan kau, Aisha takkan pilih untuk kahwin dengan kaulah! Kalau bukan sebab kau jugak, Aisha akan pilih aku!”
“You tak payah nak salahkan Zach dalam hal ni sebab I yang pilih dia untuk jadi suami I. Sebab apa? Sebab I tahu Zach mampu bimbing I berbanding dengan you yang hanya ikut nafsu you! So, sekarang ni I nak you berambus! Berambus!!!”
“Sayang!” Zachary segera mendapatkan Aisha. Tangannya mengusap perlahan belakang Aisha. Cuba menenangkannya. Dalam keadaan Aisha berbadan dua ni tak elok dia stress.
“Do you get it dude? Leave us! Now!”
“Jangan fikir semua ni dah berakhir!” ujar Fariq dengan nada amarannya.
“I don’t care who you are dude because Aisha is my wife and always being mine! Not yours. Don’t be so bloody.”
Fariq menggigit bibirnya geram sebelum pergi dari situ. Aisha menarik kerusi lalu duduk. Kepalanya rasa pening sedikit. Zachary menarik kerusi lalu duduk di sebelah Aisha.
“Aisha? Kau ok ke tak ni?”
“I ok…cuma pening sikit ja…”
“Kalau kau tak ok, kita balik rumah jelah?”
“Tak nak…I nak makan burger dengan pulut cendol!”
“Pulut cendol? Datang mana pulak pulut cendol tu?”
“Ni…” jarinya straight menghala ke food truck yang menjual pulut cendol.
“Banyak pulak yang kau mengidam eh?”
“Hehehe…I tengok pulut cendol tu I terliur pulak. Kenapa? You tak ada duit ke nak bayar?”
Tangannya menggenggam kemas tangan Aisha lalu tangan Aisha diletakkan pada pipi kirinya. Bibirnya tak pernah jemu untuk senyum pada Aisha. “Kau kena ingat satu benda. Untuk kau, selagi aku mampu…aku akan cuba bagi apa yang kau nak. Kau jangan risau pasal aku ada duit atau tak. Apa yang penting kehendak kau aku akan cuba dapatkan.”
“I sayang you Zach…”
“Aku pun sayangkan kau…”
“Adik…” abang tadi meletakkan semangkuk pulut cendol di atas meja makan. “Ni pulut cendol adik. Sorry lambat sikit. Tadi banyak yang order.”
“Tak apa bang. Terima kasih…”
“Seronok ye dapat cendol? Kau tunggu kejap dekat sini, aku nak pergi tengok burger kejap.”
“Ok…” Zachary menuju ke gerai burger. Lagi larut malam lagi ramai orang yang datang. KL…terkenal dengan bandar yang sememangnya sesak dan tak pernah tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience