Bab 3

Romance Completed 102547

Puan Julia melangkah ke arah tempat ahli persatuannya bermesyuarat. Namun, langkahnya terhenti bila ada suara yang menyeru namanya dari belakang. Dia menoleh ke belakang memandang seorang wanita yang elegan sedang menghampirinya.
“Julia? Ni Julia kan?” soal wanita tersebut.
“Ya. You ni siapa?” soalnya dengan penuh tanda tanya. Serius aku tak cam wajah perempuan depan aku ni.
“Ya Allah! Takkanlah you tak kenal I kot? I ni! Suzie! You lupa ke?”
“Suzie?” nama dah familiar. “Kejap! You ni Suzie yang kahwin dengan Amin Louis tu ke?”
“Ye! I lah tu! Sampai hati you lupa kawan baik you sendiri!”
“Ya Allah! You rupanya Suzie!” mereka berdua berpelukan sebelum masing-masing melepaskan pelukan.
“Ya Allah…I betul-betul tak cam you Suzie. You nampak cantik bila dah bertudung macam ni. Sejak bila you bertudung ni Suzie?” kalau tadi Suzie ni tak pakai tudung, memang dah lama aku cam.
“Dah lama dah I bertudung. 3 tahun yang lalu sejak I duduk dekat London. I rasa sebab I tengok you bertudung buatkan I rasa I pun nak bertudung jugak.”
“Alhamdulillah…ehhh bersembang pulak kita. Jomlah masuk. Nanti kita borak panjang ok?”
“Ok!” mereka menuju ke tempat mesyuarat bersama-sama. Bila dah lama tak berjumpa, ada je topik yang mereka nak bualkan.

“SO, you buat apa sekarang ni Julia? Ada buat bisnes ke apa?” Puan Julia hanya tersenyum lalu menggeleng kecil.
“I tak buat bisnes apa-apa pun. I duduk rumah I pantau keadaan anak-anak I. Tambah-tambah lagi Zachary yang sekarang ni busy handle syarikat arwah daddy diorang kan.”
“Ouhh…anak-anak you apa cerita sekarang?”
“Zachary sekarang macam biasalah busy dengan bisnes. Aqil pulak sambung master tapi dah nak final dalam beberapa minggu lagi. Danish dan Raycarl pulak final dalam diploma kedoktoran minggu ni.”
“Hmmm…masa depan cerah anak-anak you. So, Zachary macam mana? Still single macam dulu?” haiii auntie, tanya macam tu bunyinya macam nak buat menantu je?
“Macam tulah Suzie. Kalau orang cakap pasal kahwin je mulalah lari. Pening kepala I. Emmm…macam mana pulak dengan anak you? Dah besar ni mesti makin cantik kan?”
Hah kalau macam ni gaya bertanya, mesti nanti sama-sama plan nak satukan anak-anak mereka.
“Cantik tu yelah tapi perangai degil dia memang menguji kesabaran I. I tak tahu macam mana caranya I nak ubah perangai degil anak I tu.”
“Apa-apa pun sekarang ni apa yang you boleh buat hanyalah berdoa dan bersabar.”
“Itulah rutin I Julia.”
Telefon bimbit Puan Julia berdering mintak diangkat. Puan Julia memandang nama pemanggil. Zachary.
“Kejap ye? Anak I call,” Puan Julia menyentuh butang warnah hijau lalu telefon dilekapkan ke telinganya.
“Ye Zach?”
“Oh…mummy ada dekat café.”
“Ok mummy tunggu…” panggilan diputuskan. Puan Julia menyimpan kembali telefonnya ke dalam beg tangan.
“Anak I on the way ke sini. Kejap lagi you tengoklah…lagipun dah lama kan you tak tengok Zachary.”
“Lama jugaklah I tak tengok dia. I wonder how he looks right now…”
Tak lama kemudian, mereka disapa Zachary. “Mummy…”
“Eh Zach! Have a seat first,” Zachary hanya akur. Dia mengambil tempat di sebelah mummy nya. Takkanlah nak ambik sebelah Puan Suzie pulak kan?
“Zach ingat tak auntie Suzie?” soalnya kepada Zachary.
“Auntie Suzie?”
“Ye, kawan baik mummy.”
“Maaf Zach tak ingat.”
“In case Zach tak ingat, orang tu ada depan mata Zach…” Zachary menghalakan matanya memandang Puan Suzie dihadapannya. Kenapa aku tak ingat wajah auntie Suzie ehh??? Dah tak tahu nak buat apa, at last aku senyum jelah.
“Sorry mummy, Zach memang tak ingat.”
“Tak apalah Julia. Lagipun, dah lama dia tak jumpa I kan? Dah lama I tak jumpa anak you ni sampai dah besar hensem macam ni rupa dia. I yakin mesti ramai yang sukakan anak you ni.”
“Suka tu adalah tapi anak I ni memilih.”
“Mummy…” alah apa ni bukak topik tu. Tak sukalah. Huhuhu…mana ada aku memilih. Waaaaa!!!
Puan Suzie hanya tergelak melihat gelagat Puan Julia dan Zachary. Yang si mak pun suka sangat nak menyakat si anak.

RALIT membelek telefonnya, tanpa sengaja tubuhnya berlanggar dengan tubuh seseorang. Punggungnya sedap landing atas jalan. Fuh! Sakit siot bontot aku!!! Heeee sapa yang kurang asam sangat pergi rempuh aku ni?
“Hey you! Jalan tak tengok orang ke hah?!” marah Aisha lalu bangun dari tempatnya sambil mengibas-ngibas punggungnya yang terasa kebas. Nasib baik aku ni ada isi jugak. Kalau tak, dah lama tulang punggung aku ni arwah. Habislah baju mahal aku ni cium jalan yang kotor ni! Ni semua mamat ni punya pasallah!
“Hello cik kak! Jangan nak menyalahkan orang awam yang tak bersalah ehhh…mata dia yang letak dekat lutut nak salahkan orang pulak,” bidas Zachary. Dia tu yang jalan tak tengok depan, lepastu salahkan orang pulak. Memang cantik budi pekerti dia ni.
“Eh! Kalau you jalan nampak orang, you takkan langgar I lah!” hah defenselah diri hang tu Aisha. Hang sorang ja yang betoi. Tiba-tiba pulak aku pakai bahasa Utara.
“Memanglah I jalan nampak orang, habis tu awak jalan nampak orang ni macam tiang lampu ke?”
Berapi hati Aisha dibuatnya. Mamat ni aku cilikan jugak mulut tu kang. Aisha membelek telefonnya pulak. Dah retak sikit tempered glass aku. Waaaa dah tak cantik fon aku!!!
“I tak kisah! Apa yang I tahu you tetap salah! Tengok! Dah retak tempered glass I!”
“Saya tak fahamlah…awak ni manusia ke alien?” eeee!!! Mamat ni pun spesis abang Rayan jugak ke?! Samakan aku dengan alien! “Sebab perangai awak ni macam alien yang dalam Star Wars tu. Aku lupa pulak nama alien yang hodoh tu.”
“I bukan alien ok!”
“Oh awak ni bukan alien eh? Tapi asal perangai macam alien? Taklah…dia tahu diri dia salah sebab jalan tak tengok orang…tengok fon je memanjang. Ingatkan fon tu bagi sign lah ada hazard ke tak dekat depan rupanya tak. Rempuh orang macam tu jugak. Oh ya, about your tempered glass…I’m so sorry ok dan pandai-pandailah pergi ganti sendiri.”
“What?!”
“What for what? Awak jangka saya nak perbetulkan tempered glass fon awak tu ke? Oh sorry miss but I don’t have any money left to change your new tempered glass. Ok? Maaflah…saya ni orang susah. Tengoklah…saya pakai baju murah je tak macam awak mahal-mahal belaka. Tapi tulah saya nak tanya, awak pakai baju-baju terdedah macam ni tak cukup duit nak beli kain ke? Nak kata miskin, nampak gaya macam orang kaya,” kesian aku tengok minah ni. Pakai seluar tapi terkoyak dekat lutut lepas tu gamaknya baju dia ni kena gunting kot dekat bahagian bahu sebab keseluruhan bahagian atas paras bahu dia tak beralas.
“Eeeee!!!! Shut up your fucking mouth! Menyakitkan hati! Harap muka je ada rupa tapi perangai serupa dog!”
“Ops! Nampaknya ada yang sakit hati ni.”
“For you information, itu hak I nak pakai apa sekalipun! Apa yang you peduli! You bukan sapa-sapa dalam life I!”
Rambut Aisha ditarik kuat membuatkan Aisha menjerit sakit. “Sakitlah! What are you doing! Don’t mess with my hair!”
“Kisah pulak saya dengan rambut awak? Oh ya, for you information itu baru sikit je saya tarik dah sakit melalak. Tak kira lagi dalam neraka nanti lagi awak melalak sebab sakit rambut sekali dengan kepala tu kena bakar. Assalamualaikum,” tanpa menunggu balasan Aisha, Zachary terus berjalan pergi dari situ. Harap muka je comel, cantik tapi attitude zero! F!
“Sakit betul hati aku!” geram dengan mamat tu punya pasal, habis dicarut-carutnya si Zachary tu. Kalau aku jumpa lagi mamat tu, siaplah! Aku cincang mulut dia tu buat daging burger!

Share this novel

Lavender Ungu
2020-04-22 09:38:34 

Hahaha.. Awal pertemuan dah gaduh

NH.HANS
2020-03-28 22:23:13 

like it, smbung..

NH.HANS
2020-03-28 22:23:03 

like it, smbung..


NovelPlus Premium

The best ads free experience