Bab 1

Romance Completed 102547

Coke di dalam gelas diteguk sehingga tinggal setengah di dalam gelas. Suasana zouk yang bising dengan lagu-lagu rancak dan dengan beratus orang yang sedang menari di tengah-tengah ruang zouk langsung tak merimaskannya. Apa yang dia tahu hanyalah enjoy!!!
Fariq yang sedang memeluk tubuhnya langsung tak dihiraukan. Asalkan pelukan ni tak lebih kepada pelukan untuk seks. Pergaulan bebas masa dia belajar di luar negara dulu terbawa-bawa sampai sekarang. Mama dan papa? Dah tak larat nak halang aku dah pun. Kalau mereka halang aku sekalipun, aku tetap dengan keputusan aku.
Tangan Fariq hinggap di paha putih gebunya. Aisha pantas menepis tangan Fariq lalu bangun dari sofa tersebut. Matanya tajam memandang Fariq. Oh lupa pulak mesti korang tertanya-tanya kan sapa si Fariq ni? Well, Fariq ni teman lelaki aku. Dah 3 tahun aku jalinkan hubungan as couple dengan dia.
“Fariq! I cakap apa dengan you?! Jangan sentuh pada bahagian sensitif I! Berapa kali I nak kena ulang hah?!” dah berapa kali Fariq cuba ambik kesempataan ke atas dirinya.
Eloklah Aisha…pakai baju terbelah dekat bahu lepastu pakai skirt paras lutut. Lelaki dalam zouk tu yang mana je tak tergoda dengan penampilan seksi kau ni? No wonderlah semuanya nak ambik kesempatan dekat kau.
“Ok look I’m so sorry…I janji dengan you yang I takkan buat lagi macam tu,” Fariq meraih tangan Aisha namun pantas Aisha menarik kembali tangannya.
“Pergi matilah dengan janji-janji you tu! I tak ada mood! I nak balik!” Aisha mencapai beg tangannya lalu segera keluar dari zouk.
Fariq pantas mengejarnya dari belakang. Tangannya dicapai lalu tubuhnya dibawa menghadap kembali dengan Fariq.
“I mintak maaf ok. I tak dapat kawal perasaan I tadi. You cantik, you perfect sangat. So, I takut kalau you jatuh ke tangan orang lain suatu hari nanti. Lagipun, I dah ajak you kahwin tapi you je tak nak dengan alasan you tak bersedia lagi.”
“Kalau you rasa you tak boleh nak tahan lagi dengan I, then just go away and get you sucks life okay! I don’t give a fuck with your words.”
“Bukan macam tu tapi I…”
“Argh! Dahlah!” tubuh Fariq ditolaknya sepuas hati lalu menuju ke arah kereta Porsche Cayenne miliknya. Enjin kereta dihidupkan lalu memandu pergi dari situ. Fariq pula hanya mengeluh.

BARU saja dia membuka pintu rumah, papanya dah siap sedia berdiri di hadapan pintu. Wajah papanya sekarang ni langsung tak menakutkan Aisha. Malah, dia buat don’t know ada lah.
“Dah pukul dua pagi baru reti nak balik rumah?!” jelas suara Tuan Amin Louis mendatar. Tapi Aisha? Suara papanya langsung tak menggerunkan hatinya sekarang.
“What’s goin’ on with you Aisha? Papa tak pernah ajar Aisha macam ni tau! Makin lama papa bersuara, makin keras hati Aisha!” bebelan yang sama setiap hari. Dah naik jemu telinganya mendengar.
“Abang…dahlah tu. Nanti sakit jantung abang menyerang pulak,” Puan Suzie mengurut lembut dada suaminya. Cuba mengurangkan amarah suaminya.
“Aisha, please behave this time? Tak kesian ke dekat papa? Every single day he has been worried about you! Tolonglah dengar cakap mama dan papa! We both do this for your sake Aisha! Aisha nak mama dan papa upah bodyguard untuk Aisha ke? Balik ke rumah ikut time before 10 malam! Nak?!” kali ni angin kesabarannya dah sampai tahap kemuncak. Dah tak boleh nak sabar dah dengan perangai anak yang makin lama makin degil.
“Mama dan papa tak boleh buat Aisha macam ni!”
“Then?! Dengar cakap mama dan papa!” suara Puan Suzie masih lagi melengking tinggi.
“This is my life and I have the right to choose my own life! Mama dan papa tak ada hak untuk tentukan masa depan Aisha dan kehidupan Aisha! Aisha tak suka kena kongkong!”
“For God sake Aisha, mama dan papa akan kongkong hidup Aisha kalau Aisha buat perangai macam ni lagi. Please lah! This is Malaysia and not London anymore. Tolong sedar diri! Aisha beragama Islam but you’re having your life like a bitch!” kali ni betul-betul kemarahannya sudah memuncak.
“Su…” Tuan Amin Louise ingin menegur isterinya. Perkataan yang digunakan isterinya tadi kedengaran kesat.
“How could you mama! Bandingkan Aisha macam seorang bitch?! Damn!” Aisha terus berlari memanjat anak tangga menuju ke biliknya. Air mata mengalir laju di pipinya.
Puan Suzie mengucap panjang. Dia sedar dia sudah terlanjur kata. Tapi apa yang dia boleh buat? Bila tengah lepaskan kemarahan perkataan apa yang keluar dari mulut pun kita tak sedar.
“Abang…abang ok ke?” soalnya bila Tuan Amir Louis mengusap perlahan dadanya.
“Abang ok…dahlah jom kita masuk bilik. Lagi lama abang dekat sini boleh masuk hospital terus!”
“Yelah…” Puan Suzie memimpin suaminya menuju ke bilik. Dalam kepalanya masih lagi ligat berfikir macam mana nak ubah perangai anaknya yang liar tu. Marah? Dah banyak kali dah pun, dah berbuih mulut ni marahkan dia tapi tetap sama perangai. Tak berubah jugak! Cara apa lagi yang aku boleh pakai untuk ubah perangai anak aku ni?
“Su fikirkan apa tu?” soal Tuan Amir Louis bila isterinya hanya diam tanpa satu patah perkataan keluar dari mulutnya. Mesti terfikirkan pasal Aisha.
“Saya tengah terfikirkan pasal Aisha. Saya dah buntu sangat fikir macam mana nak ubah perangai Aisha tu. Makin hari makin degil!” bila difikirkan balik memang geram rasanya. Terfikir jugak sampai bilalah Aisha nak berperangai macam ni.
“Abang pun terfikir benda yang sama. Silap abang jugak sebab hantar dia pergi mengaji dekat London dulu. Kalau abang tahu Aisha berubah jadi macam ni, abang takkan hantar dia ke London dulu.”
“Dahlah abang, jangan salahkan diri sendiri. Lagipun, kita berdua tak jangka yang perangai dia akan berubah jadi macam ni. Kita dah cuba yang terbaik untuk didik dia tapi tulah mungkin sekarang Allah nak uji kita dengan perangai Aisha yang macam tu.”
“Tapi, abang tak sanggup lagi nak tengok Aisha keluar merata-rata ke tempat yang tak elok. Balik pulak tengah-tengah malam. Ya Allah…”
“Sabarlah abang. Kita sama-sama fikir jalan penyelesaian untuk Aisha.”
“Nasib baiklah anak kita yang sorang tu je buat perangai. Buatnya kalau kakak dan abang dia sekali buat perangai? Mahu mati kejung saya dibuatnya.”
“Dahlah tu. Tak payah difikirkan sangat. Kalau abang fikir banyak, kang masuk hospital lagi. Jomlah kita tidur. Mata saya ni pun dah mengantuk sangat.”
Rayan yang dari tadi mencuri dengar perbualan antara mama dan papanya terus rasa berasap. Aisha ni memang tak habis-habis lagi buat hal! Tak serik-serik lagi ke kena marah dengan mama dan papa? Aku rasa kalau papa orang lain dah lama naik tangan. Untung je papa dikurniakan kesabaran yang tinggi.
Kakinya dibawa menuju ke bilik Aisha. Tanpa sebarang amaran terus dirempuh masuk ke dalam bilik adiknya. Aisha yang tadi ralit menonton cerita English di tv dalam biliknya, terus terkejut dengan terjahan tiba-tiba abangnya.
“What’s wrong with you? Masuk bilik orang tak bagi salam?”
“Dengan kau ni memang aku tak pandai bagi salam! What the fuck do you think you are?! Hey! Cukup-cukuplah buat mama dan papa stres dengan perangai kau!”
“What?” sejujurnya dengan Rayan memang dia rasa gerun. Rayan memang terkenal dengan sikap panas barannya. Ni pun acah-acah berani je.
“Kau tak payah nak buat-buat bodohlah dekat sini! Belajar tinggi dekat luar negara tapi otak bodoh mengalahkan lembu! Lembu lagi pandai dari kau!”
“Excuse me?!”
“Apa excuse-excuse?! Hey! Kau ingat eh! Kau jangan sampai aku buat balik perangai aku yang lama tau! Tak kira kau ni adik aku ke apa! Aku dah penat tengok mama dan papa asyik sakit disebabkan kau! Aku tak tahulah kau ni manusia ke alien dari Marikh sebab perangai kau ni tak serupa manusia! Memang sebijik macam alien baru turun ke bumi!” puas hati Rayan bila dapat bahasakan adiknya. Aku dah lama simpan dah ni.
“Sampai hati abang samakan adik dengan alien?!”
“Memang kau ni alien! Kau ingat satu benda je, kalau kau rosakkan nama family kita, aku sendiri tak akan anggap kau ni adik aku dan kalau papa tak halau kau keluar dari rumah, aku akan ambik alih tempat papa dan halau kau dari rumah! Faham?! Baru belajar dekat luar negara dah propa macam minah salleh walaupun hakikatnya kita ni mix. Ingat! Jangan pernah buat benda yang bodoh!”
“Shit!”
“Ha teruskanlah shitkan aku ni. Aku tak kisah pun. Apa yang aku tahu aku nak maruah keluarga kita ni kekal terjamin! Kalau sampai kau buat macam-macam, memang nahas kau aku kerjakan.”
Aisha terdiam. Suara Rayan memang mampu buatkan dia terdiam. Apa yang Rayan cakap, itulah yang dia akan buat. Dia tak pernah main-main dengan apa yang dia cakap.

Share this novel

ESTHER
2020-05-22 18:10:59 

terbaik...

Oyokisaloma Sham
2020-04-24 19:48:56 

Update lah cepat

Bungabiru
2020-04-24 15:38:37 

xsabarnya...update cepat!


NovelPlus Premium

The best ads free experience