Bab 44

Romance Completed 102547

Berdebar-debar je dia rasa sekarang menunggu keputusan doktor. Mintak-mintaklah apa yang mummy cakapkan tu betul. Aku berharap sangat kandungan aku kali ni tak gugur. Aku betul-betul nakkan anak ni.
Doktor Rafa tersenyum memandang Aisha dan Zachary. Dah dapat rasa aura positif dekat situ. Kalau betul aku mengandung, akulah orang yang paling bersyukur sekali.
“Alhamdulillah Puan Aisha…tahniah…puan positif hamil. Kalau Puan Aisha dan Encik Zachary nak tahu lebih lanjut keadaan baby dan usia baby…kita boleh buat imbasan.”
“Boleh jugak tu,” jawab Aisha dengan nada teruja. Tak sabar nak tengok keadaan baby dalam perut.
Doktor Rafa menyapu gel pada transducer (alat scan) lalu transducer tersebut dilarikan pada perut Aisha sehinggalah imbasan baby keluar pada skrin komputer. Imej baby terpapar pada skrin komputer.
“Hello baby. Say hi to your mom and dad,” ujar Doktor Rafa. Aisha dan Zachary sama-sama teruja melihat imej baby pada skrin komputer tersebut.
Air mata Aisha mengalir keluar melihat babynya di dalam perut. You’re so cute when you’re in my tummy. I can’t wait to see you baby.
“Oh wait…” Doktor Rafa memerhati lebih mendalam pada skrin komputer.
“Kenapa doktor?” ada nada cemas pada pertutursn Zachary. Ada masalah dekat baby ke?
“Alhamdulillah…Allah turunkan rezeki for you both! You guys having triplets!”
“Hah?!” Aisha dan Zachary sama-sama terjerit. Tercengang kejap bila Doktor Rafa cakap mereka akan dapat kembar tiga.
“Tahniah Puan Aisha dan Encik Zachary. Puan Aisha sekarang tengah mengandung kembar tiga. Nampak tak ada macam tiga kepala di sini? For your information, Puan Aisha sekarang tengah mengandung 3 bulan.”
“Dah 3 bulan doktor?” soal Zachary dengan nada tak percaya. Doktor Rafa hanya mengangguk.
“Alhamdulillah sayang…” Zachary menghadiahkan senyuman kepada Aisha. Tidak menyangka langsung yang Aisha akan mengandung kembar. Terima kasih ya Allah atas rezeki yang Engkau berikan pada kami.
“Tapi ingat, saya sarankan Puan Aisha jangan terlalu aktif kerana risiko hamil kembar ni sangat tinggi. Macam-macam boleh terjadi. Puan Aisha jangan buat kerja berat sangat. Takut menjejaskan puan dan babies sekali.” Doktor Rafa memberi nasihat.
“Baiklah doktor. Terima kasih…” Aisha memandang suaminya. Terpancar riak gembira di wajah suaminya. Ya Allah…semoga kebahagiaan yang suami aku rasa sekarang ni akan berkekalan sampai bila-bila. Amin.

“MACAM mana along? Doktor cakap apa? Aisha betul-betul mengandung?” soal Puan Julia bertalu-talu sebaiksaja Aisha dan Zachary langkah masuk ke dalam rumah.
“Alhamdulillah mummy…doktor cakap Aisha mengandung dah 3 bulan sebenarnya.”
“Allahuakhbar. Dah 3 bulan? Alhamdulillah…memang betul firasat mummy selama ni. Mama dengan papa Aisha dah tahu pasal ni?”
“Dah mummy. Aisha baru je call diorang tadi,” jawab Aisha.
“Bukan tu je mummy, along ada lagi berita gembira nak sampaikan dekat mummy ni.”
“Apa dia along?”
Zachary memandang Aisha. Aisha hanya mengangguk tanda mengerti maksud suaminya.
“Sekarang ni Aisha tengah mengandung triplets.”
“Triplets?!” suara Puan Julia melantun tinggi. “ Ya Allah…mummy tak salah dengar ke along?”
Zachary melangkah ke arah Puan Julia lalu bahu Puan Julia dirangkulnya erat. “Along tak tak tipu mummy. Memang betul sekarang ni Aisha tengah mengandung triplets.”
“Subhanallah Aisha…!” Puan Julia menghampiri Aisha lalu terus tubuh menantunya dibawa ke dalam pelukan. “Mummy tumpang gembira for both of you. Mummy doakan kandungan Aisha kali ni selamat sampai melahirkan.”
“Amin…” ucap mereka berdua serentak.
“Mummy rasa mummy nak buat kenduri kesyukuran dengan doa selamat sekali. Dah lama rasanya tak buat. Alang-alang tu buat sekali dengan kenduri arwah. Boleh kan?” riak wajah gembira Puan Julia tak boleh nak gambarkan macam mana. Terlampau seronok.
“Boleh je mummy. Kan sayang?”
“Betul tu mummy. Aisha tak kisah pun.”
“Kalau macam tu, mummy ingat mummy nak buat hujung minggu ni since anak-anak mummy still ada dekat rumah ni. Kalau nak buat weekend minggu depan, Raycarl dengan Danish pulak tak ada. Dah kena balik hostel.”
“Hah…ada apa pulak ni sebut nama kami berdua?” soal Danish sambil turun tangga serentak dengan Raycarl.
“Tulah…bergosip ke?” sampuk Raycarl.
“Mana ada mummy bergosip. Mummy cuma cadangkan nak ada majlis kesyukuran, doa selamat dan kenduri arwah hujung minggu ni.”
“Untuk apa mummy? Tiba-tiba je?” soal Danish pelik.
“Kakak Aisha kamu ni mengandung lagi. Kali ni kembar tiga…”
“Wow!” mulut Danish dan Raycarl terlopong. Biar betik kak long mengandung kembar tiga?!
“Tutup mulut tu! Kang lebah masuk naya je…” tegur Zachary.
“Biar betul along?! Fuh terer arrr along! Sekali dapat kembar tiga!” ujar Raycarl sambil angkat thumbs upnya. Zachary turut angkat thumbs up.
“Kejap! Macam mana boleh jadi kembar tiga?” tiba-tiba Danish jadi orang bodoh dekat situ.
“Oiii! Kita ni bakal doktor tau! Jangan memalukan masa depan bakal doktor! Achik ni! Benda simple pun tak tahu ke?” Raycarl menyekeh kepala Danish buatkan Danish tersengih. Boleh pulak tanya soalan bodoh tu.
“Maaf…otak loading lambat. Hahahaha…by the way tahniah along! Eiii!!! Tak sabar nak tengok anak buah! Mesti hensem kan?”
“Hensem macam alanglah…” Raycarl buat muka bangga.
“Eh! Muka achik ok!” Danish turut tak nak mengalah.
Puan Julia, Zachary dan Aisha hanya menggeleng melihat mereka adik-beradik bertekak. Tak pernah nak matang!
“Bergaduh ni dah kenapa? Anak-anak along mesti ikut muka hensem angah!” tiba-tiba Aqil menyampuk dari atas.
“Puih!” serentak Danish dan Raycarl buat aksi nak muntah hijau.
“Eh! Eh! Eh! Ni apa ni cup anak along muka tak hensem-hensem belaka ni? Anak-anak along mestilah ikut hensem macam bapaknya! Buat apa nak ikut macam angah, achik dan alang? Semuanya tak hensem!” Zachary menambah bara api. Aqil, Danish dan Raycarl memandang Zachary dengan pandangan berapi. Berani along cakap kitaorang tak hensem?!
“Along!!!” Zachary dah bukak langkah seribu. Menyelamatkan dirinya dari jadi mangsa adik-adiknya. Aqil, Danish dan Raycarl berlari mendapatkan Zachary. Nak balas dendam sebab berani cakap mereka tak hensem! Apalah! Kami ni pun hensem ok! Muka mat salleh semua!
“Along jangan lari!!!” jerit Raycarl.
“Meriahlah rumah ni kalau ada diorang. Tambah-tambah lagi kalau Zach ada dekat rumah ni,” ujar Puan Julia sambil bibirnya tersenyum melihat keletah anaknya yang masih mengejar abang mereka.
“Selalu macam ni ke mummy?”
“Sejak dari kecik lagi diorang memang rapat macam ni. Dioranglah kebahagiaan mummy. Bila mummy tengah sedih, diorang akan cuba hiburkan mummy. Sebab tu bila diorang tak ada dalam rumah ni, mummy rasa sunyi je.”
“Zach memang rapat dengan adik-adik dia?”
“Rapat sangat-sangat. Sebab tulah bila dah tua bangka pun still perangai macam budak-budak sebab Zach memang suka sakat adik-adik dia. Ada je benda yang dia nak usik.”
Ohhh…perangai suka mengusik rupanya. Patutlah dulu aku asyik kena usik je. Rupanya mengusik tu perangai sejak azali.
“Oklah, mummy nak pergi masak dulu. Aisha nak makan apa? Mummy masakkan.”
“Aisha tolong mummy eh?”
“Eh tak payah! Aisha rehat je. Biar mummy masakkan. Aisha tak boleh lasak sangat.”
“Tapi mummy…”
“Tak ada tapi-tapi. Cakap dekat mummy Aisha nak makan apa?”
“Serius tak susahkan mummy?”
“Tak adanya nak susah untuk menantu dan cucu-cucu mummy ni.”
“Kalau macam tu, mummy masak jelah apa-apa pun. Aisha makan,” senang. Tak gaduhlah susah-susahkan mummy walaupun mummy cakap aku tak menyusahkan dia.
“Betul ni?”
“Betul mummy.”
“Baiklah kalau macam tu. Mummy masuk dapur dulu nak masak,” Puan Julia meninggalkan Aisha di ruang tamu menuju ke dapur untuk masak makanan tengahari.
Aisha melabuhkan punggungnya di kerusi ruang tamu. Suami aku pun tak habis lagi main aci ligan dengan adik-adik dia. Aku? Hmmm mampu belek fon jelah. Layan apa yang ada.

Share this novel

Oyokisaloma Sham
2020-05-14 09:39:59 

Bila nak uodate ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience