Bab 39

Romance Completed 102547

Aisha mengeliat kecil. Membetulkan urat-urat sarafnya yang dah tersimpul. Maklumlah, tidur banyak hari ni. Mahu tak bersimpul semua urat aku. Dia menoleh ke sebelah. Zachary tak ada di sebelahnya. Mana suami aku ni? Takkanlah sembang dengan papa lagi?
Baru saja bercakap pasal suaminya, pintu bilik dikuak dari luar. Zachary melangkah masuk bersama dulang berisi makanan dan minuman untuknya. Zachary melabuhkan punggungnya di sebelah Aisha.
“Dah bangun?” Aisha mengangguk.
“Memandangkan kau dah bangun, makan ni…” Aisha memandang lauk yang tersedia di atas dulang tersebut. Nasi putih dengan sup ayam plus sayur campur.
“Serius I kena makan benda ni Zach? Dah tiga hari tau I asyik makan benda yang sama.”
“Sayang…kau baru je keguguran. Pantang orang keguguran ni sama dengan pantang orang lepas bersalin. Kalau kau tak makan makanan macam ni, macam mana kau nak sihat sepenuhnya?”
“You ni cakap macam you pulak doktor eh?”
“Takkanlah aku tak tahu pasal pantang ni. Mestilah aku kena tahu jugak sikit-sikit. Lagipun, sedap apa. Bukannya kau kena makan masakan kampung. Kalau kau duduk kampung, lagilah teruk. Kau boleh makan nasi putih dengan lauk kering je tau. Kau nak makan macam tu?” pantas Aisha menggeleng.
“Kalau kau tak nak, then makan,” Zachary mengambi mangkuk berisi sup ayam plus sayur campur yang telah dicampur sekali dengan nasi. Senang nak makan. Sudu dihalakan pada mulut Aisha.
Aisha membuka mulutnya menerima suapan dari Zachary. Tiba-tiba pulak rasa nak menangis sekarang ni. Entah kenapa.
“Lah sayang…kenapa kau menangis ni?” jarinya menyeka lembut air mata yang mengalir di pipi kanan Aisha.
“Entahlah Zach. Tiba-tiba je I rasa nak menangis bila you layan I baik macam ni walaupun I tahu you sebenarnya sedih kan lepas apa yang jadi?”
Mangkuk diletakkan di tepi lalu tangannya menggenggam kedua-dua belah tangan Aisha. “Aku mengaku aku sedih tapi kalau aku sedih macam mana sekalipun takkan kembalikan anak kita yang dah pergi. Jadi, aku kena kuat untuk kau dan diri aku sendiri.”
“I mintak maaf Zach.”
“Aku dah muak dengar perkataan maaf dari mulut kau Aisha. Apa yang aku nak sekarang ni bukan kata maaf dari kau tapi move on. Kau sedihlah macam mana sekali pun kau takkan dapat apa-apa. Jadi, lebih baik sekarang ni kita berdoa je pada Allah agar dimurahkan rezeki pada masa yang akan datang ok. Dahlah sedih-sedih macam ni. Sekarang ni aku nak kau makan lepas tu sihat macam dulu balik. Ok?” mangkuk tadi diambil kembali. Nasi dan sayur dicedok lalu disuakan ke mulut Aisha. Aisha tanpa banyak bunyi membuka mulutnya.

TOK! TOK! TOK! Pintu biliknya diketuk. Dahinya berkerut seribu. Zach ni takkanlah nak masuk bilik pun nak kena ketuk pintu segala. Formal betul.
“Zach! You masuk jelah! Selama ni you redah je?” ujar Aisha.
“Saya bukan suami awaklah Aisha,” ujar Sara sebaik saja dia menolak pintu bilik Aisha.
Aisha tersenyum memandang Sara. “Pandai awak kenakan saya eh?” Sara mendekati Aisha lalu kerusi meja solek ditarik dan punggungnya dilabuhkan di situ.
“Mana ada saya kenakan awak. Yelah, takkanlah suami awak masuk bilik awak nak kena ketuk bagai pulak kan?”
“Kadang-kadang perangai Zach tu boleh jangka. Oh ya, ada apa awak masuk bilik saya ni?”
“Emmm…saja nak tengok keadaan awak. Awak ok kan?”
Aisha hanya tersenyum pahit. “Saya tak ok Sara. Saya baru je nak rasa bahagia tapi akhirnya…”
“Aisha…awak tak boleh salahkan diri sendiri. Semua ni dah ditentukan oleh Allah. Mungkin Allah dah aturkan yang terbaik untuk awak dan Zach.”
“Ataupun apa yang berlaku ni sebab punca dari saya sendiri?” dahi Sara berkerut. Apa maksud Sara semua punca dari dia sendiri?
“Maksud awak?”
“Selama ni saya selalu cakap dekat Zach yang saya tak nak ada anak. Kalau saya mengandung sekalipun, saya akan gugurkan anak tu. Mungkin ini balasan Allah untuk saya?”
“Aisha…jangan cakap macam tu. Awak kena percaya ini semua takdir yang dah tertulis bukan sebab balasan Allah untuk awak. Awak kena yakin dengan takdir Allah. Jangan macam ni Aisha. Saya yakin kalau awak berterusan macam ni, awak akan buat Zachary bertambah sedih. Percayalah. Jadi, buang segala persepsi negatif dalam diri awak. Insya-Allah, rezeki awak dan Zach untuk dapat anak masih ada lagi.”
“Thank you Sara. Thank you sebab ingatkan saya. So, how about your baby? Aiman?”
“Alhamdulillah sihat je. Makin lama makin jelas muka Fariq dekat muka Aiman.”
“Awak rindu Fariq?” Sara menggeleng.
“Lepas apa yang dia dah buat dekat saya, tak ada sebab munasabab saya perlu rindukan dia. Dia dah ceraikan saya pun. Sepanjang tempoh perkahwinan dengan dia, tak pernah saya rasa bahagia. Pagi petang siang malam dia asyik sebut nama awak tapi saya tak salahkan awak. Fariq tu psiko sebenarnya. Takkan pernah puas dengan satu perempuan.”
“I’m so sorry…”
“No need to sorry. Benda dah lepas pun. Tak apalah Aisha. Saya balik bilik dulu. Tak elok pulak duduk dalam bilik orang lama-lama macam ni. Saya pergi dulu,” Sara melangkah keluar dari bilik Aisha.
Sara hanya memandang Zachary yang tercegat di sebalik dinding. Aku rasa Zachary dengar apa yang kami tengah bualkan tadi.
“Terima kasih Sara sebab bagi semangat dekat Aisha. Mungkin women talk buat dia lebih faham kot.”
“Saya hanya buat apa yang perlu je Zach. Lagipun, saya kesian tengok Aisha. Macam tak tentu arah dibuatnya. Sebab tulah saya ajak dia bersembang tadi.”
“Apa-apa pun terima kasih.”
“Sama-sama Zach. Saya masuk bilik dulu?” Zachary menghantar pemergian Sara dengan lirikan matanya sebelum masuk ke dalam bilik Aisha. Pintu bilik ditutup rapat.
“Sayang…” dia membaringkan dirinya di atas katil. Sebelah dengan Aisha. “Sayang borak apa dengan Sara tadi?”
“Borak biasa-biasa je. You pulak pergi mana tadi?”
“Aku sembang dengan abang Rayan. Saja borak-borak kosong. Sambil tu abang Rayan adalah jugak cerita dekat aku pasal perangai kau yang tak senonoh masa kecik-kecik dulu.”
“What?! Abang Rayan cerita apa dekat you?”
“Hahahaha!!!” Zachary ketawa jahat. Aisha mencubit kuat lengan Zachary. Geram pulak aku! Aku tanya dia, dia boleh pulak gelak jahat macam tu.
“Nak tahu apa yang abang Rayan cakap?”
“Nak!”
“Abang Rayan cakap yang kau ni dulu-dulu kan suka kumpul bear dengan Barbie doll. Kalau kau tak dapat dua-dua tu, kau punya mengamuk habis pasu rumah pecah eh?”
Aduh! Malu! Kenangan silam yang memalukan. Hesy! Yang abang Rayan pun rajin sangat bukak cerita dah kenapa?
“Lepas tu, abang Rayan cakap lagi kalau kau tak dapat aiskrim, kau mengamuk sambil duduk atas lantai. Betul?”
“Eiii! Tu cerita lama lah.”
“Lama tak lama but I’m sure muka kau mesti buruk!”
“Mana ada! I comel ok!”
“Perasan!” jarinya mencucuk pipi Aisha.
“Itu masa I kecik-keciklah. Bila I dah besar, I tak buat lagi dah perangai macam tu.”
“Jadi liar kan?”
“You memang suka perli I kan? Geramlah I!” tangan Aisha memukul tubuh badan Zachary bertalu-talu.
“Ok, ok sorry! Aduh! Sakit!” Zachary menangkap kedua-dua tangan Aisha. “Kan bagus kalau kau happy-happy macam ni. Aku nak Aisha yang dulu. Bukan Aisha yang sekarang yang kira monyok, bersedih…”
Hati Aisha terkesan dengan apa yang dikatakan suaminya. “I mintak maaf kalau selama ni I selalu buat you susah hati?”
“Tak apa. Aku ok. Aku faham perasaan kau. Dah…sekarang ni tutup buku. Kita tidur ok? Aku ngantuk.”
Aisha hanya mampu mengangguk lalu baring bersama-sama dengan Zachary. Akhirnya, mereka berdua sama-sama terlena hingga ke pagi.

Share this novel

Oyokisaloma Sham
2020-05-07 13:51:16 

Tolong lah update


NovelPlus Premium

The best ads free experience