Bab 45

Romance Completed 102547

Aisha memandang Zachary yang sedang mengelap rambutnya dengan tuala. Isy! Nak cakap ke tak eh? Nak cakap pun serba salah. Bukan apa, selama tempoh aku mengandung ni, aku selalu fikir yang bukan-bukan. Takut kandungan aku gugurlah, takut Zachary tinggal aku bila aku keguguran lagi. Everything bermain dalam fikiran aku sekarang ni.
“Sayang? Kenapa tengok abang macam tu?” tanya Zachary bila perasan Aisha hanya memandangnya dengan pandangan tak berkelip.
“Emmm…tak ada apalah. Saja tengok abang. Hensem!” bohong Aisha. Tapi dia tahu, Zachary takkan percaya cakapnya sebab Zachary boleh tahu dia bohong ataupun tak.
Zachary duduk di sebelah isterinya. “Sayang abang bohong ni…” see? Kan aku dah cakap yang dia boleh tahu aku tengah bohong dia. “Cuba sayang cakap apa yang bermain dalam fikiran sayang sekarang ni. Kalau setakat sayang tenung abang semata-mata nak cakap abang hensem, tak logik rasanya sebab abang tahu abang memang hensem dari dulu lagi.”
Pap! Tangan Aisha mendarat kuat di bahu Zachary. Zachary ketawa. “Ada je benda yang suka buat sayang loya kan? Perasan!”
“Dah tu? Cuba cakap dekat abang apa yang ganggu sayang sekarang ni?”
Aisha memandang Zachary seketika sebelum dia mengalihkan tubuhnya menghadap Zachary. Tangan Zachary digenggam.
“Abang…maybe apa yang sayang nak cakap ni abang tak suka but what if sayang keguguran lagi kali ni? Semenjak ni sayang selalu tak sedap hati. Kalau sayang kegu…” percakapannya terhenti bila jari telunjuk Zachary dihalakan pada bibirnya tanda suaminya menyuruh dia diam.
“Apa ni cakap pasal keguguran? Abang tak suka sayang cakap macam ni.”
“Yelah, sayang takut kalau sayang keguguran lagi kali ni abang dah tak sayangkan sayang lagi. Sayang takut…” sekali lagi dia terdiam bila bibir Zachary lekap pada bibirnya.
“Abang!” mata Aisha membulat bila Zachary menjauhkan bibir mereka.
“Sayang cakap yang bukan-bukan lagi. Kang kena cium macam tadi!” Zachary mengugut. “Sayang jangan terlampau fikirkan negatif sangat. Apa pun yang terjadi, abang akan selalu sayangkan sayang. Ok? Jangan fikir yang bukan-bukan. Yang penting babies dalam perut sayang ni selalu sihat dan sayang kena selalu berdoa supaya babies ni kekal dalam perut sayang sampai sayang melahirkan.”
“Sorry abang sebab fikir bukan-bukan.”
“It is okay. Abang tak marah sayang pun. Maybe perasaan sayang masih tak stabil.” jawabnya senang.

Enam bulan kemudian…

TANGISAN babies memecahkan suasana hening rumah. Ha pening kepala kau nak uruskan tiga baby! Sorang je menangis, yang lain pun terjangkit virus menangis sekali.
“Mama! Papa! Macam mana ni?!” soal Aisha cemas bila anak-anaknya masih lagi menangis di pangkuannya. Puan Suzie mengambil Ezzairy lalu cuba didodoikannya. Tuan Amin Louis cuma memandang isterinya yang tengah mendodoikan Ezzairy. Bukan tak nak membantu tapi kalau dia ambik silap hari bulan cucu dia ni menangis lagi kuat.
“Aisha cuba dakap dia sambil berzikir atau berselawat…”
“Ok Aisha cuba…” Ezzryn dan Nurrisa didakapnya lalu cuba petua mamanya tadi. Nak kata lapar macam tak je sebab baru je lepas menyusu. Anak-anak mama ni dah kenapa?
“Ya Allah kenapa menangis ni?” soal Zachary sebaik saja melangkah masuk ke dalam rumah.
“Thank God abang dah balik! Abang! Tolong sayang!” suamiku si penyelamatku. Bila aku perlukan bantuan je, dia selalu ada.
“Kenapa ni mama?” Zachary menyoal Puan Suzie pulak.
“Mama pun tak tahu Zach. Ezzairy ni tiba-tiba tadi menangis. Bila sorang je menangis, yang lain pun terjangkit jugaklah…”
Zachary mengambil Ezzryn dan Nurrisa di pangkuan Aisha lalu cuba dodoikan anak-anaknya. Puan Suzie tersenyum bila cucu-cucunya mula berhenti menangis di dalam dakapan Zachary.
“Nampaknya cucu-cucu mama ni rindukan ayah dia…” ujar Puan Suzie. Zachary hanya tersenyum.
“Ye ke?” Aisha menyampuk. Jeles jugak aku bila anak-anak dengan Zachary, cepat je senyap. Kalau dengan aku, kemain lama diorang nak senyap pun.
“Jangan jeles…” Zachary menambah minyak ke dalam api.
“Tak ada masa nak jeles!” Aisha buat muka.
Oh ya lupa nak bagitahu pulak nama triplets ni. Nama anak sulung Zachary dan Aisha ialah Alexander Adam Ezzairy. Yang kedua pulak nama Alexander Adam Ezzryn dan yang ketiga Alexandra Carolina Nurrisa. Panjangkan nama? Dahlah nama anak panjang, nama bapak pun sama panjang jugak. Nak isi borang nanti kena spare banyak space.
“Assalamualaikum!” suara Rayan di luar pintu rumah. Mereka berempat menjawab salam dari Rayan. Rayan dan Sara melangkah menghampiri mereka. Tuan Amin Louis mengambil Aiman dari dukungan Rayan.
“Hmmm…macam meriah je rumah ni?” soal Rayan.
“Memanglah meriah. Tengok cucu mama ada berapa?” jawab Puan Suzie.
“Yelah-yelah…tahulah cucu mama ramai pun.”
“Dah alang-alang semua ada dekat sini, jomlah makan dulu. Mama masak banyak hari ni.”
“Mesti yang sedap-sedap kan?” sengaja Rayan nak menyakat mamanya.
“Habis tu? Nak suruh mama masak yang tak sedap ke Rayan Danny Louis?” bila mama dah sebut nama panjangnya, tahulah mama dia sedang perli.
“Ok tak.”
“Sara dengan baby sihat?” soal Aisha. Tak silap aku lagi dua bulan rasanya Sara nak labour. Dalam tahun ni mama dapat 4 cucu! Wah!
“Alhamdulillah sihat…Aisha dengan babies macam mana?”
“Macam nilah. Mama babies terperuk je tak tahu nak buat apa. Yang babies pulak kerja tidur,” komen Aisha.
“Biasalah baby kan? Diorang mana boleh marathon macam kita lagi…” mereka berdua ketawa. Betul jugak tu!
“Oklah, Sara pergi dapur kejap. Haus pulak,” Sara berlalu pergi dari situ.
Cerita pasal Fariq dan Rania Adira? Entah apa yang jadi dengan dua orang tu sebab dah lama tak nampak batang hidung diorang. Fariq tak muncul lagi depan Aisha lepas kes dekat warung cendol tu dan Adira pun dah tak muncul lagi bila Zachary sound dia habis-habis. Tak tahulah bunuh diri ke, masuk hospital tanjung rambutan ke apa tak tahu. Janji hidup Aisha dan Zachary aman tanpa gangguan mereka berdua.
“Sayang…” panggil Zachary.
“Ye?”
“Thanks sebab tahun ni bagi hadiah abang banyak sangat.”
“Hadiah? Hadiah mana pulak ni?”
“Triplets.”
Aisha tersenyum. “Alah…nothinglah abang kalau nak dibandingkan dengan apa yang abang dah korbankan untuk sayang. Sayang nak ucap terima kasih for everything yang abang dah buat untuk sayang. Thank you so much.”
“You’re mostly welcome sayang. Cuma, apa yang abang harapkan hubungan kita kekal sampai ke Jannah dan anak-anak kita jadi anak yang soleh dan solehah.”
“Amin…”

Mereka berdua tersenyum antara satu sama lain sambil dalam hati mendoakan agar hubungan yang mereka bina ini akan berkekalan sampai akhir hayat.
I love you Carolina Aisha Louis.
I love you too my husband, Alexander Zachary Adam.


TAMAT.

Assalamualaikum...hai...cerita ni tamat smpai di sini saja and insyaAllah akan ada crita bru plk yg akn mnyusul...tq so much yg mna suka dgn crita ni and always comment positif. tq so much :)

Share this novel

aerina
2020-05-14 23:55:54 

wow bestnyaaaa tapi dh tamat sedih pula...


NovelPlus Premium

The best ads free experience