Bab 14

Romance Completed 102547

“Awak nak makan apa-apa tak? Manalah tahu ada mengidam apa-apa ke?” soal Rayan bila Sara sudah selesai check-up. Sebenarnya perutnya tengah lapar sama. Tulah tanya Sara nak makan ke tak. Kalau Sara pun tengah lapar, sekali harung jelah makan dekat kedai.
Bila dia tanya ni terus aku laparlah jawabnya. Dari haritu lagi aku lapar nasi ayam. Bila teringat tu buat aku kecur liur je.
“Hello Sara? Are you okay?”
“Hah??? Arrr…ok ok.”
“Awak nak makan apa?”
“Emmm…tak apalah. Kita balik rumah jelah,” rasa segan pulak aku. Yelah, dahlah hari ni dia datang teman aku, takkanlah aku nak dia belanja aku makan pulak kan?
“Awak segan dengan saya ke Sara? Come on, kita ni dah macam family tau. Cakap je awak nak makan apa. Saya belanja. Lagipun, saya tengah lapar jugak ni.”
“Tak menyusahkan awak ke Rayan? Saya rasa saya dah menyusahkan awak ni.”
“Tak payahlah rasa macam awak tengah menyusahkan saya sekarang. Saya tak kisah pun janji awak dengan baby kenyang. So, macam mana? Nak makan apa?”
“Saya nak nasi ayam boleh?”
“Nasi ayam? Sure?”
“Ye…saya teringin lama dah. Nasi ayam dekat Chicken Rice Shop.”
“Sure boleh! Tak jauh pun dari sini. Jom,” mereka berdua sama-sama masuk ke dalam kereta. Rayan segera memandu keretanya menuju ke Chicken Rice Shop.
Telefon Sara berdering. Sara memerhatikan nama pemanggil. Ya Allah…apa lagi yang Fariq nak dari aku ni? Dia dah ceraikan aku, apa yang dia nak lagi? Takkan dia nak tuntut hak anak-anak? Mustahil! Akhirnya dia biarkan saja panggilan Fariq tak berjawab.
“Ex-husband call ke?” Sara hanya mampu mengangguk.
“Kenapa tak jawab?”
“Malas! Biar jelah dia!” jawabnya dalam nada tak ada mood. Bila teringatkan balik apa yang Fariq pernah buat dekat aku dulu memang aku sakit hati.

ZACHARY memandang segala dulang hantaran yang sudah siap dihias. Cantik! Idea menghias dulang ni semua idea mummy. Yelah, dulu mummy ni pereka fesyen tapi berhenti sebab-sebab tertentu yang aku sendiri pun tak tahu.
“Zach, macam mana? Cantik tak?”
Zachary mengangguk. “Cantik! Pandai mummy hias dulang-dulang ni.”
“Betul ni?”
“Betul…Zach suka. Simple je tapi nampak cantik. Apa-apa yang mummy buat untuk Zach, mesti Zach akan suka.”
Zachary duduk di sebelah mummy nya. Barang-barang hantaran yang telah dibeli dibelek. Hahaha…kalau Aisha tahu apa yang aku beli untuk dia ni konfem meroyan! So, for now kita rahsiakan dulu apa yang Zach beli untuk Aisha.
“Along…kedai yang along tempah kad kahwin along tu call angah cakap kad dah siap dan dah boleh ambik. So, bila along nak pergi ambik? Ke nak angah pergi ambik untuk along?”
“Ohhh dah siap? Kalau macam tu, angah tolong pergi ambik untuk along boleh? Along nak tolong mummy apa yang patut.”
“Ok, kalau macam tu angah pergi ambik sekaranglah…” Aqil berlalu ke dalam rumah lalu mencapai kunci keretanya.
“Along, mummy nak tanya sikit boleh?” pinta Puan Julia.
“Apa dia tu mummy?”
“Along ok ke nak kahwin dengan Aisha?” soalan mummy nya buatakn Zachary terdiam seketika. Kenapa pulak mummy tanya soalan macam ni?
“Kenapa pulak mummy tanya macam ni? Along ok je mummy walaupun perangai dia macam tu. Along terima je pilihan mummy. Jangan risau ok? Mungkin ini petanda yang Allah hantar along kepada Aisha untuk along ubah perangai dia sikit demi sedikit.”
Puan Julia tersenyum. Kematangan anaknya terserlah. Tambah pula dia rindu dengan arwah suaminya. Wajah Zachary saling tak tumpah dengan wajah arwah suaminya. Kalau dia rindu arwah suami, mesti muka Zachary yang akan ditenungnya.
“Mummy bangga dengan along. Tiap-tiap hari mummy nampak kematangan along. Sama seperti arwah daddy. Kalau arwah daddy ada, mesti arwah daddy akan bangga tengok anak-anak dia sekarang.”
“Mummy…janganlah macam ni. Along tahu mummy rindu dekat arwah daddy. Kalau mummy rindu arwah daddy, mummy sedekahkan al-Fatihah atau bacaan Yasin untuk arwah daddy. Kalau tak terubat jugak, tengok muka along. Muka along kan macam muka daddy?” Zachary tersenyum kepada mummy nya.
Puan Julia tersenyum lalu memegang lembut pipi anaknya. “Terima kasih sebab tak tinggalkan mummy. Terima kasih sebab along batalkan niat along untuk sambung peringkat master dekat luar negara.”
“Mummy, along ok tak sambung pengajian ke peringkat master sekalipun asalkan along ada dengan mummy. Tu Aqil, dia sambung ke peringkat master. Along anggap dia menggantikan tempat along. Yelah, dulu Aqil mana nak sambung ke master. Tengok-tengok, dia sambung master. Mummy patut bangga dengan anak-anak mummy. Danish dengan Raycarl pun sama jugak. Dah nak habis diploma dalam kedoktoran. Tak lama lagi, anak kembar mummy tu akan jadi doktor!”
“Ye…mummy bangga dengan anak-anak mummy. Mummy bersyukur sebab anak-anak mummy selalu ada dengan mummy sekarang ni.”
“Mummy, tak naklah nangis-nangis ni. Mummy dah tak cantik. Senyum sikit?” jarinya menyeka air mata yang mengalir di pipi Puan Julia. Tak sanggup rasanya dia tengok mummy sedih-sedih macam ni.
“Pandai je eh ambik hati mummy. Dah…mummy nak siapkan ni dulu. Mak Liah, tolong ambilkan bunga-bunga kertas dalam stor tu.”
“Baiklah puan,” Mak Liah segera bangun menuju ke stor mengambil bunga-bunga kertas yang telah dibeli oleh Puan Julia.
“Mummy nak along tolong apa-apa tak?” tengok mummy buat kerja ni dengan Mak Liah buat aku rasa nak join jugak. Tapi, aku manalah tahu bab-bab nak decorate ni.
“Tak pa. Mummy boleh buat dengan Mak Liah. Ni, hari ni along tak kerja ke?”
“Kerja tapi along masuk lambat sikit hari ni.”
“Ha ini kad jemputan kahwin along,” Aqil meletakkan sebuah kotak berisi kesemua kad-kad kahwin yang sudah siap dicetak.
“Bagi dekat mummy satu,” pinta Puan Julia. Aqil menyerahkan satu kad kahwin kepada Puan Julia.
“Hmmm cantik,” Zachary turut memandang kad kahwin tersebut.
Panjang betul nama minah ni. Mampuslah aku nak sebut nama perempuan tu. Tak boleh panjang lagi ke? Eleh Zachary! Tak payah cakap pasal nama Aisha tu panjang. Nama kau pun apa bezanya? Panjang lebih dari nama si Aisha tu ha.
“Lepas ni dah boleh edar kad-kad ni dekat kenalan. Aqil ajaklah kawan-kawan Aqil datang kenduri ni jugak. Zach, ajak kawan-kawan Zach sekali ok?”
“Mestilah mummy. Kang kalau tak ajak, mahu merajuk pulak.” Zachary memandang kad tersebut. Tak lama je lagi Zach kau akan berkahwin dengan Aisha. Bersiap sedia untuk pikul tanggungjawab yang besar dalam hidup kau. Kau sendiri pun tahu macam mana susahnya nak handle si Aisha yang keras kepala tu.
Tak apa, biar dia keras kepala dulu. Nanti dah duduk sebumbung dengan aku tahulah aku nak ajar dia macam mana. Just wait and see.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience