Bab 29

Romance Completed 102547

Aisha terjaga dari lenanya yang lama. Matanya terpisat-pisat memandang sekelilingnya sekarang. Gelapnya! Dia memandang Zachary yang masih memandu di sebelahnya. Dah sampai dunia mana sekarang ni?
“Zach…you bawak I pergi mana sebenarnya ni?” dari tadi lagi duduk dalam kereta. Dah lenguh habis punggung aku ni.
“Sekejap je lagi dah nak sampai,” jawab Zachary senang.
Tak lama kemudian, Zachary membelok ke kanan. Aisha membaca papan nama yang tertera di sebelah kanan. Villaku Residence, Kampung Pantai Balok, Kuantan, Pahang. What?! Pahang?!!
“Zach, seriously you bawak I sampai ke Pahang?!”
“Yelah, apa salahnya?”
“But why?”
“Saja pergi bercuti.”
“Like seriously Zach? You kan kerja esok? Kalau you kena pecat, you tak ada kerja you mampu ke nak tanggung I?”
“Insya-Allah aku takkan kena buang kerja…” jawabnya selamba. Keretanya diparkirkan pada petak parking.
“Kau tunggu kejap dalam kereta. Aku nak pergi check in,” Zachary pantas keluar dari kereta lalu menuju ke kaunter pendaftaran.
Aisha memandang kawasan persekitaran Villaku Residence. Mewah! Tapi mamat ni ada duit ke nak sewa vila ni? Siap ada kolam renang lagi. Selalunya harga dia memang up to date! Memang susahlah untuk orang bergaji ciput macam Zach nak sewa tempat mahal macam ni.
“Jom!”
“Apa?”
“Kau nak tidur dalam kereta ke?”
“Zach! You silap tempat ke?”
“Apa yang aku silap tempat?”
Aisha melangkah keluar dari kereta. Dia berhadapan dengan Zachary. “You tahu tak tempat ni tempat mewah and of course mahal?”
“Ya aku tahu. Kenapa?”
“How can you afford untuk check in dekat vila semewah ni? I rasa sehari pun duit you dah melayang beratus tau!”
Zachary tersenyum lalu mengusap perlahan kepala Aisha. “You can’t ever know what I can afford to do just for you. Aku buat semua ni untuk kau. Untuk kau happy. Aku tahu kau bosan duduk dekat rumah buruk aku tu. Sebab tu bila keadaan kita macam ni, aku decide untuk bawak kau pergi bercuti.”
“Dari mana you dapat duit sebanyak ni?”
“Kenapa? Kau ingat gaji yang aku kumpul sejak aku umur 23 tahun tak cukup ke untuk aku check in dekat vila mewah ni? Aku sekarang dah umur 29 tahun. Alhamdulillah, aku mampu sikit-sikit untuk check in dekat vila ni.”
“Kenapa you buat semua ni?”
Zachary mengoyakkan senyumannya lagi. Dia mengusap lembut pipi Aisha. “Aku buat semua ni untuk kau. Untuk kau happy. Aku tak naklah disebabkan aku, kau stres. Jomlah masuk…rasa letih pulak aku drive dari KL sampai Pahang.” dia mengorak langkah meninggalkan Aisha di belakang.
Tiba-tiba pulak hati aku berbunga. Dia buat semua ni untuk aku? Ni yang buat aku nak tersenyum sorang-sorang macam ni. Pantas dia mengekori langkah Zachary menuju ke vila mereka.
Selepas membuka kunci pintu, dia mempersilakan Aisha masuk. Aisha melangkah masuk sambil matanya memerhatikan keadaan bilik vila tersebut. Ya Allah! Cantiknya! Bibirnya tersenyum sendiri.

“Cantik?” soal Zachary.
“Cantik! Ada kolam renang pulak!”
“Not even just swimming pool, pantai pun ada.”
“Serius?!”
“Ya aku serius.”
“Esok pergi pantai nak?!”
“As you wish!” Aisha dah tersenyum girang. Dah lama rasanya dia tak pergi pantai sejak…tiba-tiba pulak aku lemah semangat bila teringat balik peristiwa hitam masa aku umur 8 tahun dulu.
“Mama! Papa! Tolong Aisha!!!” jeritnya yang hampir lemas ketika itu.
“Ya Allah! Aisha!!!” suara papanya menjerit cemas.
“Mama…papa…” kudratnya dah habis untuk melonjakkan diri ke permukaan air. Akhirnya, dia lemas.
Telinganya ditekup sambil matanya terpejam. Masih terasa lagi macam mana dirinya lemas dalam laut dan macam mana arus ombak membawanya ke laut yang dalam.
“Mama! Papa!” jeritnya kuat.
“Aisha? Aisha? Kau kenapa ni?” Zachary memegang tangannya.
Cemas Zachary dibuatnya bila tiba-tiba Aisha menjerit sambil tangannya menekup telinga.
“Zach! I lemas Zach! I…I tenggelam!”
“Apa yang kau merepek ni? Apa yang kau tenggelam? Kau selamat dekat sini. Kau tak tenggelam!” tangannya dibawa ke pipi Aisha. Dia mendongakkan wajah Aisha supaya bertentangan mata dengannya.
Tanpa Zachary sangka, Aisha memeluk tubuhnya. Kenapa dengan Aisha ni? Tangannya turun memeluk tubuh Aisha yang bergetar hebat. Tak semena-mena Aisha menangis di dalam pelukannya.
“I takut Zach…”
“Kau takut apa ni? Cuba kau cerita dekat aku?” Zachary merungkaikan pelukan mereka. Kedua-dua ibu jarinya mengelap air mata yang mengalir di pipi isterinya.
“I…I…I pernah lemas dekat laut Zach waktu umur I lapan tahun. Masa tu I menjerit mintak tolong tapi tak ada sapa rescue I. I jerit lagi barulah mama dan papa I sedar. Bila anggota rescue datang nak selamatkan I, I dah lemas dalam laut. I…”
“Syhhh…benda dah lepas jangan nak ingat lagi. Kau ok dengan aku. Kau jangan takut,” senyumannya dihadiahkan kepada Aisha. Banyak peristiwa yang berlaku dalam hidup Aisha sampaikan dia fobia. Ujar Zachary dalam hati.
“Sekarang ni kau pergi mandi ok? Aku nak keluar kejap pergi beli baju. Kalau ada apa-apa, call aku.”
“Tapi Zach…”
“Jangan takut. Insya-Allah tak ada apa-apa yang berlaku. Percayalah dekat aku. Ok? Kalau kau takut, kau banyakkan mengucap dan berzikir.”
“Tapi…I tak tahu macam mana nak berzikir.”
“Kau tahu mengucap?” Aisha mengangguk kecil. “Cukuplah kau mengucap kalau kau tak pandai berzikir. Lepas aku balik dari beli baju, aku akan ajar kau berzikir ok? Dah…sekarang ni pergi mandi aku nak keluar kejap pergi beli baju. Jangan takut. Allah sentiasa ada dengan kau.”
“Balik cepat!”
“Yes sweetheart!” Zachary melabuhkan bibirnya pada dahi Aisha sebelum dia melangkah keluar dari vila.
Aisha tersenyum seketika. Hati aku dah kembang semangkuk ni bila Zach panggil aku sweetheart. Rasa macam indah je bila dia panggil aku macam tu. Lepas tu, bila dia cium dahi aku, aku rasa macam selamat dengan dia. Tak pernah aku rasa macam ni. Haish Aisha! Aku rasa kau ni dah terfall in love dengan suami kau sendiri tak?
Apa salahnya kalau aku terfall in love dengan suami aku sendiri kan? Hehehe…lagipun dia hensem apa. Memang cukup pakej untuk aku jatuh cinta. Dengan muka putihnya, bibir dia merah tanda dia tak hisap rokok, anak mata dia warna biru laut dengan rambut dia yang original perang. Memang perfect! Itulah yang aku pelik. Takkanlah tak ada sorang pun jatuh cinta or crush dekat suami aku ni? Hmmm…tapi soranglah yang aku dah dapat detect sekarang ni. Adira si mangkuk hayun tunggu nak jatuh lepas tu retak!
Huh! Sebut nama minah tu buat mood aku down je! Sebab dialah hubungan aku dengan Zach jadi macam ni. Lepas tu, sebab aku salah faham dengan Zach kononnya Zach ada perempuan lain. Tulah Aisha…lain kali siasat dulu. Ini tak, serbu tak pakai helmet! Jeles tak bertempat. Dah! Dari aku fikir macam-macam baik aku pergi mandi. Tuala yang tersangkut dalam almari diambil lalu segera menuju ke bilik mandi.

AISHA cepat-cepat menjawab panggilan telefon yang dari tadi menjerit mintak diangkat. Mama call. Pantas punat hijau ditekan. Punggungnya dilabuhkan ke atas katil. Mesti mama call aku ni sebab risaukan aku. Yelah, dah tengah malam macam ni aku tak balik lagi.
“Hello mama.”
“Aisha! Aisha dekat mana ni sayang? Dah pukul berapa ni tak balik lagi?” suara Puan Suzie beriak risau di talian. Aisha ketawa.
“Eh Aisha ni! Kita tengah risau dia gelak pulak?”
“Mama…jangan risaulah. Aisha ok. Zach culik Aisha sebab tu Aisha tak balik rumah.”
“Lah…ye ke? Lega mama dengar. Kalau ye pun, call bagitahu mama lah. Ini tak, senyap je. Risau mama dengan papa dibuatnya!”
“Sorry ma…Sha pun tak tahu Zach culik Sha sampai ke Pahang.”
“Pahang?”
“Ye Pahang. Zach cakap saja bawak Sha cuti. Dia tahu Sha bosan duduk dekat rumah dia tu.”
“Hmmm yelah. Jaga diri elok-elok dekat sana. Emmm…Sha dengan Zach dah ok ke? Kalau dah ok, bolehlah bagi mama dengan papa cucu?”
Aisha buat muka. Cakap pasal bagi cucu pulak dah. “Ma…apa ni cakap pasal cucu? Mama tahukan yang Sha tak bersedia nak jadi ibu apatah lagi nak ada anak?”
“Ye mama tahu. Tapi, kalau rezeki Allah nak bagi, takkanlah nak tolak pulak kan?”
“Entahlah ma. Apa yang Sha tahu Sha tak ready lagi. Oklah mama, Sha nak tidur dulu. Letih. Good night,” belum sempat Puan Suzie balas, Aisha terlebih dahulu memutuskan talian.
Niat nak bohong mama je pasal aku letih last-last memang aku mengantuk betul. Apa lagi? Nampak bantal pun dah start memanggil. Bila kepala dah start letak atas bantal, apa lagi? Memang tidurlah jawabnya.
“Assalamualaikum…” Zachary memberi salam sebaik saja masuk ke dalam bilik vila. Aikkk??? Ke mana pulak minah ni? Takkan tak habis mandi lagi kot?
Zachary menghampiri katil. Dia tersenyum bila ternampak Aisha yang sudah lena di atas katil. Dah lena rupanya. Patutlah senyap je. Beg-beg kertas berisi baju yang dibelinya diletakkan di atas meja bersebelahan dengan meja solek. Kakinya melangkah menghampiri Aisha. Tangannya dilabuhkan pada pipi mulus Aisha lalu ibu jarinya mengusap perlahan pipi itu.
“Have a sweet dreams sweetheart. Hopefully tomorrow will be better than the day before.”
Bohonglah kalau aku langsung tak ada rasa sayang dekat isteri aku sendiri sekarang ni. Entahlah…perasaan nak buli dia memang ada tapi mungkin tak teruk macam dulu. Apa-apa pun aku akan tetap ubah dia sikit demi sikit.
Tengok Aisha tidur, aku pun rasa nak tidur. Letih seharian memandu. Bantal sebelah Aisha diambil lalu tubuhnya direbahkan ke atas sofa. Memanglah katil tu cukup luas untuk aku dengan Aisha tapi tak apalah. Aku tak naklah Aisha fikir macam-macam pasal aku. Cukuplah sekali aku dah buat silap. Aku tak nak ulang lagi kesilapan yang aku dah buat dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience