Bab 40

Romance Completed 102547

Setahun kemudian…

Siap melilit shawl di kepalanya, Aisha segera melangkah keluar dari bilik menuju ke meja makan. Aku ingatkan aku nak buat surprise dekat suami aku memandangkan sehari dua ni dia busy. Katanya banyak projek masuk. Jadi, aku dengan baik hatinya masakkan dia lunch hari ni.
Hari ni aku masak lauk kegemaran dia. Asam Pedas Johor. Mesti dia suka! Yelah, Zachary ada cakap antara masakan yang aku masak dekat dia, dia paling suka asam pedas Johor yang aku masak. Katanya lagi umph! Aku pun kembang kempis kena puji macam tu. Dalam masa setahun tu jugak aku belajar masak dengan Mak Inah. Habis aku kena leter dengan Mak Inah. Puncanya sebab aku takut minyak panas lepas tu takut nak blender bawang, cili apa semua tu. Memang aku kena leter cukup-cukup. Tapi, sebab leter Mak Inah tulah aku pandai masak sekarang!
Oh ya…aku bukan lagi Aisha yang dulu. Aisha yang sekarang lagi manis orangnya. Uhuk! Uhuk! Nak perasan kejap boleh kan? Hahaha…lagipun apa yang jadi dalam hidup aku selama setahun lebih ni banyak mengajar aku. Alhamdulillah…sekarang hati aku dah terbuka untuk pakai tudung. Bila aku cakap aku nak pakai tudung, Zach lah orang yang paling happy sekali. Dia cakap aku nampak cantik kalau pakai tudung.
Habis tu? Pakaian seksi aku dulu tu aku campak mana? Hmmm…aku pakai dekat rumah jelah. Tayang dekat encik suami je tak apa. Aisha mengambil bekas makanan berisi lauk yang dimasaknya tadi lalu keluar dari rumah menuju ke keretanya. Tak sabar rasanya nak bagi Zachary makan lauk yang aku masak ni. Mesti dia suka!
Setahun yang lepas jugak, aku keguguran lagi. Aku salahkan diri aku sendiri dan aku percaya bahawa semua ni balasan Allah dekat aku sebab aku pernah derkaha dekat Dia. Tapi untung aku ada Zach yang selalu kembalikan semangat aku. Dah dua kali aku keguguran dan aku hampir putus asa untuk mengandung lagi. Tapi, bila aku tengok wajah bersungguh-sungguh Zach…aku kuatkan diri aku dan semangat aku untuk cuba mengandung lagi. Aku nak Zach happy. Aku tak nak tengok dia sedih-sedih macam dulu lagi.

SEBAIK saja kakinya melangkah masuk ke dalam bangunan yang serba mewah, ramai mata yang memandang ke arahnya. Dah kenapa diorang semua pandang aku macam tu? Aku ni nampak penjenayah pulak dekat mata diorang. Dah tu ada pulak yang tersenyum-senyum. Tak faham aku.
Dia menuju ke kaunter pertanyaan. Seorang perempuan manis bertudung berdiri di hadapannya.
“Selamat pagi Puan Aisha…” sapa perempuan di hadapannya. Aisha membaca tag nama yang terlekat di tudungnya. Nuril. Tapi, aku pelik macam mana dia tahu yang aku ni dah dapat pangkat puan?
“Selamat pagi. Mintak maaf Cik Nuril…Cik Nuril kenal tak dengan staf yang bernama Alexander Zachary Adam?” soalnya dengan senyuman manis.
Dapat dia lihat sedikit perubahan riak wajah pada muka Nuril. Aku tanya pasal suami aku pun dia nak kerut macam tu ke? Ke dia ni crush dalam diam dekat suami aku? Haih! Tak boleh jadi ni.
“Puan Aisha ni lawaklah.”
“Bila masa saya buat lawak Cik Nuril? Betullah kan Alexander Zachary Adam tu staf dekat sini?” ke aku silap ofis?
“Sebab nilah saya cakap Puan Aisha buat lawak sebab suami puan bukannya staf dekat sini tapi pemilik syarikat ni,” ujar Nuril.
“Hah?” ok aku blur. Suami aku pemilik syarikat ni? Tapi, apa yang dia cakap dekat aku dulu dia hanya kerja sebagai marketing je?
“Ye Puan Aisha. Alexander Zachary Adam pemilik syarikat ni. Bukan staf…”
“Tapi suami saya cakap dia staf marketing dekat sini.”
“Suami puan bergurau lah tu…”
Biar betul Zachary ni? Macam mana pulak dia cakap dia staf marketing dekat ofis ni sedangkan Nuril ni cakap dia pemilik syarikat dekat sini? Sah! Zach sorok something dari aku sebenarnya.
“Ohhh…mungkin dia main-main dengan saya kot. Maklumlah saya tak pernah datang ofis dia. Emmm…boleh Cik Nuril tunjukkan saya pejabat dia?”
“Boleh!” Aisha mengikut langkah Nuril ke lif. Zach! I need your explanation! Serius aku tengah konfius sekarang ni.
Sampai di tingkat 10, mereka langkah keluar dari perut lif. Nuril menyapa Maryam.
“Maryam, bos ada dekat dalam?”
Hah! Ini lagi satu pengetahuan baru aku. Diorang ni gelarkan suami aku bos. Maknanya memang betullah Zachary pemilik syarikat ni?!
“Ada. Kenapa?”
“Isteri bos datang…” panjang jari Nuril ditunding tepat ke arah Aisha yang berdiri tercegat di situ. Maryam bangun dari kerusi lalu tersenyum kepadanya. Aisha hanya senyum senget.
Maryam menghampirinya. “Puan nak jumpa dengan bos?”
“Ya saya nak jumpa dengan dia. Dia ada dekat dalam?”
“Ada. Kejap saya panggil…” belum sempat ayatnya habis, tangannya dipegang Aisha. “Tak apa, tak payah panggil dia. Saya nak buat surprise dekat dia. Lagipun, bos you tak busy kan?” Maryam hanya menggeleng.
“Good.” Aisha melangkah ke bilik Zachary. Tangannya mengetuk pintu kaca bilik Zachary.
“Masuk!”
“Hai Zach…” ujar Aisha sebaik saja dia dibenarkan masuk. Zachary yang sedang hadap fail syarikat terus bangun dari kerusi bila terpandangkan Aisha di hadapannya sekarang.
“H…hai…”
“Surprise to see me?” tanyanya dengan nada sinis.
“A little bit of surprise. Sayang buat apa dekat sini?”
“What do you guess?” Aisha menarik kerusi lalu duduk di hadapan Zachary. “Asal muka cuak tu?”
“Nothing.”
“Mind to tell me something?”
“Sayang…” Zachary menghampirinya lalu melutut di sebelahnya. “Abang mintak maaf. Abang tak ada niat nak sembunyi semua ni dari sayang.”
“Almost 2 years abang simpan rahsia ni?” Zachary mengangguk. “And why don’t you tell me? Sebab tak nak sayang kikis harta abang? Macam tu? Sebab abang takut kesemua harta abang ni hilang macam tu je sebab sayang?”
“No! Sayang salah faham. Abang langsung tak terfikir langsung nak rahsiakan benda ni dari sayang. Yes! Dulu memang abang simpan rahsia ni dari sayang sebab nak ajar sayang apa itu erti hidup susah but not anymore…”
“Then? Kenapa still berahsia dengan sayang? Kalau sayang tak datang sini, rasanya sampai bila-bila sayang bodoh percaya abang ni orang susah! Sanggup susahkan diri kerja siang malam sebab nak sara hidup sayang!”
“Sayang…jangan macam ni please? Abang mintak maaf sangat-sangat sebab rahsiakan semua ni dari sayang. Abang sepatutnya bagitahu sayang awal-awal lagi tapi maklumlah abang ni dah tua. Umur pun dah masuk 30 tahun. Faktor tua kot abang mudah lupa. Abang mintak maaf sangat sayang…I’m so sorry…” Zachary menggenggam tangan Aisha lalu mukanya disembamkan pada tangan Aisha.
Tak sampai hati pulak aku tengok suami aku macam ni. Aku bukannya kejam sangat sampai suruh dia melutut dekat aku macam ni. Mungkin aku hanya terkejut kot. Yelah, dulu Zach cakap dia kerja marketing. Bila datang pejabat yang kononnya suami aku staf dekat sini, staf pulak cakap yang suami aku ni CEO syarikat ni. Maunya aku tak terkejut beruk?
“Abang…dahlah tu. Sayang tak marah pun. I’m just shocking. Yelah, dulu cakap dekat sayang abang kerja marketing. Sekali datang sini staf abang cakap abang CEO. Mau tak pening sayang dibuatnya?” kalau korang pening tak? Konfem pening punya.
“Once again sorry.”
“Nothinglah abang. But I have surprise for you!”
“Surprise apa tu? Sayang mengandung lagi?” laju je tangan Aisha menampar bahu Zachary buatkan Zachary ketawa besar.
“Itu je yang difikirnya. Sayang tak mengandung lagilah tapi sayang masakkan makanan kesukaan abang.”
“Asam pedas Johor?”
“Exactly!”
“That’s why I love you so much. Mesti sedap ni! Abang nak makan sekarang boleh?” bila makanan dah ada depan mata tambah-tambah lagi makanan kesukaan, semua kerja dia letak tepi.
“Kerja abang dah habis ke?”
“Ah! Kerja tu kejap lagi boleh sambung. Sekarang ni apa yang penting abang nak makan masakan sayang. Mesti sedap ni!”
Aisha tersenyum bahagia. Setiap apa yang dia buat mesti Zachary akan hargai. Dalam hati terselit rasa syukur sebab dikurniakan suami seperti Zachary. Tupperware berisi nasi dan asam pedas Johor dibuka. Aroma asam pedas menusuk ke dalam hidung Zachary.
“Bau pun dah sedap! Abang makan dulu!”
“Eh kejap! Kejap!”
“Apa lagi sayang?” muka Zachary tak boleh blah. Macam muka budak-budak bila kena rampas coklat. Muka tak puas hati.
“Baca doa dulu abang.”
“Oh hehehe…” Zachary mengangkat tangan membaca doa makan. Selepas membaca doa makan, terus dingap nasi dengan asam pedas Johor tersebut. Memang pergh lah rasanya! Memang betul-betul sedap!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience