Bab 19

Romance Completed 102547

Bahu Aisha digoyangkan sedikit. Apa masalah minah ni susah sangat nak bangun pagi? Dah berapa kali aku gerak dia ni tapi tak bangun-bangun jugak. Dah pukul 6.15 pagi ni. Tak reti nak bangun Subuh ke? Sekali lagi dia mencuit bahu Aisha.
Ewah minah ni! Siap tarik selimut lagi! Kali ni selimut Aisha ditarik membuatkan dahi Aisha mengerut sebab kesejukan pendingin hawa. Aisha cuba menarik kembali selimut namun pantas Zachary melarikan selimut dari Aisha.
“Oi bangun!” Aisha mencelikkan sedikit matanya bila terdengar suara Zachary.
“You ni dah kenapa? Jangan kacau I lah I nak tidur!” marah Aisha lalu tangannya cuba mencapai selimut.
“Eh! Jangan nak tidur balik eh? Bangun! Solat Subuh!”
Aisha mengecilkan matanya memandang Zachary. Rasa geram pulak dengan perangai Zachary yang baru beberapa jam jadi suamianya. Dah start nak atur hidup aku pulak dah kenapa?
“Kalau you nak solat, you pergilah solat sorang-sorang you. Dah kenapa you nak ajak I sekali? I ngantuk you faham tak?!” suara Aisha dengan nada geramnya.
Zachary mengucap di dalam hatinya. Pertama kali dia berjumpa dengan orang yang tak nak solat macam Aisha. Dia ingat solat ni benda makhruh ke?
“Aisha! Bangun! Solat!” Zachary bersuara tegas bila Aisha kembali membaringkan badannya.
Aisha bangun lalu berhadapan dengan Zachary. Wajah bengang ditayang. “Eiii! You ni bisinglah! My parents pun tak pernah kacau hidup I! Parents I tak pernah pun kejutkan I bangun solat Subuh and who are you to mess with my life! Sibuk je nak suruh I bangun solat Subuh!”
“Carolina Aisha! I’m your husband and you’re my legal wife! Apa yang kau buat sekarang semuanya atas bahu aku! Aku yang kena tanggung! Kalau kau tak solat, aku kena tanggung dosa kau! Banyak cantik kau nak suruh aku tanggung dosa kau!” kalau bab tak nak solat ni memang aku takkan bertolak ansur.
“Shut up okay! Tak habis-habis nak memekak pagi-pagi! I rimas tahu tak?! One more thing, sapa suruh you tanggung dosa I?! I tak suruh pun you tanggung dosa I! Dosa I, biar I yang tanggung ok!”
“Kau jangan nak buat hal pagi-pagi ni eh! Solat tu wajib! Kau tak belajar agama Islam ke dekat sekolah dulu!”
“Bernanah telinga I ni tau! Jangan nak ceramahkan I pagi-pagi ni! You ingat you solat, you perfect sangat dah ke hah?! Jamin dapat masuk syurga?!”
Tak tahan lagi dengan perangai Aisha, terus tubuh Aisha diangkutnya masuk ke dalam tandas. Aisha pula menjerit mintak dilepaskan sambil tangannya mengetuk-ngetuk belakang badan Zachary. Badan Aisha diletakkan ke dalam tab mandi lalu air pancut dibuka.
“Argh!!! You ni dah kenapa hah?!” mata Aisha tajam menikam mata Zachary.
“Mandi! Lepas tu ambik wuduk! Kita solat sama-sama! Cepat!”
“I tak nak you faham tak?!”
“Kau cakap apa?”
“I cakap I tak nak! Pekak ke?!” Zachary mendekatkan dirinya kepada Aisha lalu bibir itu diciumnya. Kesabaran aku ada batasnya jugak.
“What are you doing?!” marah Aisha bila Zachary melepaskan bibirnya.
“Kau nak kena lagi ke? Mandi cepat!”
“Tak nak!!!”
“Kau memang tak serik eh? Nak kena cium lagi ke?”
“Berani?”
“Kau cabar aku eh?” sekali lagi bibir Aisha diciumnya. Sekali dengan aku basah sebab kena air pancut yang dibuka.
Aisha menumbuk-numbuk dada bidang Zachary bila ciuman dilepaskan. Zachary pantas menangkap tangan Aisha.
“Kau pandang aku sekarang!” arah Zachary tegas.
Aisha melorot matanya memandang Zachary. “Aku nak kau mandi sekarang lepas tu ambik wuduk kita solat sama-sama. Jangan nak lawan cakap aku eh? Bab lain kalau kau nak melawan aku tak apa tapi kalau bab solat, aku pantang.”
Zachary keluar dari bilik mandi dan duduk di sisi katil. Tak pasal-pasal batal air wuduk aku sebab cium minah tu.
Aisha buat tak tahu dengan amaran Zachary. Keras hatinya dah mengalahkan batu. Dia hanya membiarkan tubuhnya berendam di dalam tab mandi. Air mula memenuhi tab. Bibirnya menggeletar menahan sejuk yang mula mencengkam tubuhnya.
10 minit kemudian…Aisha masih lagi tak keluar-keluar dari bilik mandi. Zachary melepaskan keluhannya lalu bangun menuju ke bilik mandi. Pintu dibuka dari luar.
“Aisha…kau…!” percakapannya terhenti bila melihat Aisha yang sudah melentokkan kepalanya di sisi tab mandi sambil tangannya memeluk tubuh menahan sejuk. Muka dan bibirnya mula pucat.
Air pancut segera ditutupnya lalu mencapai tuala yang tersidai bersebelahan dengan tab mandi.
“Kau ni dah gila ke apa?!” Zachary mengangkat tubuh Aisha lalu dibalut dengan tuala di tangannya. Badan Aisha menggigil menahan sejuk.
“Kalau ye pun kau protes dengan aku, tak payah nak seksa diri sendiri!” cepat-cepat baju di badan Aisha dibuka.
“You…bbbb…bbuat ap…apa ni?!” marah Aisha dengan suaranya yang menggigil sebab sejuk. Tambah pulak tubuhnya sekarang terdedah kepada pendingin hawa.
“Aku nak tukar baju kau. Kau gila ke apa nak pakai baju basah macam ni?! Kalau demam, aku susah nanti!” tangannya licah menyalinkan pakaian pada tubuh Aisha.
“I…I…bbb…boleh tuk…tukar sendiri lah!” tangannya menepis tangan Zachary pada badannya.
“Tak payah nak mengada!”
Malu Aisha dibuatnya bila Zachary menukarkan pakaiannya. Mama dan papa pun tak pernah tukarkan baju aku. Even abang Rayan pun tak pernah!
“Kau tidurlah…aku nak solat kejap,” ujarnya selepas siap menyalin baju Aisha.
Aisha tanpa mempedulikan Zachary terus merebahkan badannya di atas katil. Badannya sekarang rasa lemah semacam. Tulah Aisha, nak tunjuk sangat perangai degil tahap hutan kau tu sampai sanggup seksa diri sendiri. Kan diri sendiri dah nak dapat penyakit! Ini kalau dapat tahu dekat abang Rayan mampus kau kena kerjakan.
Lagipun, selama ni yang kejutkan dia untuk solat Subuh pun abang Rayan. Aku bangun tapi sebagai syarat je yang kononnya aku dah solat. Lepas buat gimik, aku sambung tidur balik.
Nak kata aku jahil? Silakan! Dari aku jadi munafik yang kononnya solat tapi sebenarnya perangai aku serupa apa lagi. Dari aku jadi munafik, baik aku jadi diri aku sendiri.
Apa-apa pun harapnya satu hari nanti kau berubah Aisha. Buang pemahaman macam tu dari dalam diri kau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience