Bab 37

Romance Completed 102547

“Sayang!” panggil Zachary sambil memegang tali lehernya. Aisha cepat-cepat menghampiri suaminya.
“Ye Zach? Ada apa you panggil I?”
“Tolong pakaikan aku tie ni,” tali leher dihulurkan pada Aisha sambil tersengih. Sengaja nak mengada kejap pagi-pagi macam ni.
Aisha mencekakkan pinggangnya. “Seriously Zach you panggil I semata-mata nak suruh I ikatkan you tie?”
“Yep! Tak salahkan?”
“Mengada!” Aisha mengambil tali leher di tangan Zachary. Zachary menarik kerusi meja solek lalu duduk di hadapan Aisha. Memudahkan kerja Aisha mengikat tali leher.
“Tak salahkan aku nak mengada dengan kau?”
“Ye…tak salah. Untuk suami I yang hensem ni, semuanya tak salah…” tangan Aisha mencubit pipi Zachary. Haih…satu ja tabiat aku yang pelik sekarang. Suka cubit pipi suami aku. Kalau sehari tak cubit memang tak sah. Lagi satu, makin hari aku nampak suami aku ni makin hensem. Hahaha.
Mata Zachary ralit melihat wajah Aisha yang berseri-seri dengan bibirnya yang masih lagi tersenyum. Habit aku dari dulu. Memang suka tengok muka Aisha. Dahlah bini aku ni pendek, comel pulak.
“Zach!” tangannya kuat memukul bahu suaminya.
“Auch! Dah kenapa kau pukul aku?”
“You tu dah kenapa tenung I macam nak telan?” nasib baik muka hensem. Kalau muka tak hensem, dah lama aku debik.
“Ye ke? Aku tengok kau mana ada nak telan pun. Cuma aku geram dengan kau je sebenarnya…”
Aisha membetulkan kolar baju kemeja Zachary bila dah siap ikat tali leher. “Kenapa pulak you geram tengok I?”
“Sebab kau ni dahlah pendek, comel, lepas tu muka kau ni aku nampak berseri-seri je. Mahunya aku tak geram?”
“You ni! Sengaja nak perli I kan sebenarnya?”
“Mana ada aku perli. Aku cakap benda yang betul.”
“Hmmm dah tak payah nak bodek I sangat sebab I tahu I ni memang comel pun. Dah! Sekarang you pergi kerja! Kalau you lambat, bos you marah pulak!”
“Tak nak! Aku nak stay dengan kau.”
“Haih mengada pulak suami I ni ye?”
“Mengada dengan kau je.”
“Zach! Enough! Cepat! Pergi kerja!”
“Ok madam! Husband pergi kerja dulu ye? Jangan rindu husband tau!”
Aisha mencebik. “Kalau I rindu, I call you.” Aisha menarik tangan Zachary lalu dicium. Zachary mengusap perlahan kepala isterinya sebelum meloloskan diri ke dalam perut kereta.

“ASSALAMUALAIKUM!” ucap Puan Suzie di luar pintu rumah Aisha. Puan Suzie dan Tuan Amin Louis saling berpandangan. Kenapa lama sangat Aisha nak bukak pintu ni?
“Mama!” jerit Aisha dari dalam rumah. “Mama! Tolong Aisha ma!” Aisha menjerit lagi.
“Bang! Kenapa dengan Aisha tu bang?!”
“Tak tahu. Jomlah masuk!” Tuan Amin Louis memulas tombol pintu rumah lalu dia dan isterinya segera masuk ke dalam rumah.
“Ya Allah Aisha!” Puan Suzie segera menghampiri Aisha yang terduduk di atas lantai sambil memegang perutnya. Mata Puan Suzie dan Tuan Amin Louis terhala pada darah yang mengalir di celah kaki Aisha.
“Abang! Aisha bleeding! Kita kena bawak Aisha pergi hospital sekarang!” suara Puan Suzie cemas. Darah banyak mengalir di celah kaki anaknya.
“Yelah!” Puan Suzie dan Tuan Amin Louis memapah Aisha menuju ke kereta. Puan Suzie dan Aisha duduk di tempat belakang. Tuan Amin Louis segera menghidupkan enjin keretanya lalu memandu ke hospital yang berdekatan.

KAKINYA laju melangkah ke arah Tuan Amin Louis dan Puan Suzie yang sedang duduk di kerusi ruangan menunggu. Bila dia dapat je berita pasal Aisha masuk hospital, terus dia batalkan meeting dan datang terus ke hospital. Risau dalam hati dia ni hanya Allah saja yang tahu. Sepanjang perjalanan, hatinya tak putus-putus berdoa agar Aisha dan anak dalam kandungan Aisha selamat.
Zachary menanyakan keadaan Aisha pada Tuan Amin Louis. Tak sampai hati nak tanya dekat Puan Suzie sebab tengok keadaan Puan Suzie masih lagi tak stabil. Pertanyaannya hanya dijawab dengan gelengan kepala. Lagi menambahkan risau dalam hatinya. Ya Allah…Engkau selamatkanlah isteri dan anakku.
Seorang doktor perempuan keluar dari wad menempatkan Aisha. Zachary, Tuan Amin Louis dan Puan Suzie menghampiri doktor tersebut. Berdebar-debar je rasanya nak dengar apa yang keluar dari mulut doktor yang rawat Aisha.
“Ini ahli keluarga Puan Aisha ke?” soal Doktor Farihah.
“Ya doktor. Saya suami dia. Macam mana keadaan isteri saya sekarang?” lagi bertambah debar bila melihat Doktor Farihah menunduk. Raut wajah Doktor Farihah agak muram.
“Doktor?” panggil Zachary.
“Ok macam nilah. Lagi baik saya berterus-terang dengan kamu semua. Kami mintak maaf pada pihak keluarga Puan Aisha especially suami Puan Aisha sebab kami tak dapat selamatkan anak dalam kandungan Puan Aisha memandangkan kandungannya masih lagi tak kuat. Tambahan pula, Puan Aisha mengalami banyak pendarahan tapi alhamdulillah Puan Aisha selamat tapi keadaan dia masih lemah. Biarkan dia berehat dulu.”
Zachary mengucap panjang. Betul ke apa yang aku baru dengar tadi? Anak aku dah tak ada? Puan Suzie pula hanya mampu menangis manakala Tuan Amin Louis mengusap perlahan bahu isterinya. Cuba bagi semangat pada isterinya.
“Boleh kami lawat dia?” soal Puan Suzie.
“Boleh tapi dua orang sahaja yang dibenarkan masuk melawat Puan Aisha.”
“Terima kasih doktor…” Doktor Farihah hanya mengangguk lalu meminta diri untuk beredar dari situ.
“Mama dan papa masuklah dulu. Zach tunggu dekat luar,” Zachary memberi peluang kepada Puan Suzie dan Tuan Amin Louis untuk masuk dulu.
“Awak masuklah dulu. Saya temankan Zach dekat luar,” ujar Tuan Amin Louis. Puan Suzie mengangguk lalu masuk ke dalam wad menempatkan Aisha.
Tuan Amin Louis memegang lembut bahu Zachary. “Zach banyak bersabar ye? Mungkin Zach dengan Aisha belum ada rezeki untuk menimang anak.”
Zachary menyeka perlahan air mata yang mengalir dari tubir matanya. Bohonglah kalau dia tak sedih langsung dengan apa yang dah jadi tapi nak buat macam mana? Benda dah jadi pun. Tak boleh nak putar balik masa.
“Papa jangan risau. Zach boleh terima apa yang dah jadi. Mungkin bukan rezeki lagi nak timang anak.”
“Apa yang penting, kita jangan pernah putus asa. Doa banyak-banyak pada Allah supaya diberi rezeki untuk menimang cahaya mata lagi.”
“Insya-Allah papa…” Zachary tersenyum tawar. Kebahagiaan yang aku rasa beberapa hari lepas lenyap macam tu saja. Tapi ini tak bermakna aku akan bersedih. Aku perlu kuat sebab Aisha memerlukan aku. Kalau aku lemah, Aisha pun akan lemah jugak. Aku percaya aku dengan Aisha masih lagi ada rezeki untuk menimang anak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience