Bab 27

Romance Completed 102547

Aisha melangkah menuju ke ruang makan. Sarapan pagi sudah dihidangkan di atas meja. Macam biasa, Mak Inah mesti akan masakannya nasi goreng ayam sebab nasi goreng ayam memang favourite aku dari dulu lagi untuk sarapan pagi. Nasi goreng ayam dicedok ke atas pinggannya.
“Awal Aisha bangun hari ni?” tegur Mak Inah sambil meletakkan jag minuman di atas meja.
“Entahlah Mak Inah. Tiba-tiba pulak hari ni rasa nak bangun awal. Mak Inah dah makan ke?”
“Mak Inah sebelum masak sarapan lagi dah makan. Aisha makan dulu ye? Mak Inah nak kemas dapur kejap.”
“Emmm Mak Inah…mana mama dengan papa? Sunyi je rumah hari ni?” soalnya bila kelibat mama dan papanya langsung tak nampak pagi ni.
“Tuan dengan puan dah lama keluar. Katanya ada meeting. Meeting apa Mak Inah tak pasti.”
“Oh ok. Sara dengan abang Rayan pulak?”
“Sara dengan Rayan baru je keluar tadi. Tadi Rayan bagitahu dekat Mak Inah yang dia nak teman Sara pergi check-up kandungan dia. Maklumlah dah nak dekat bersalin ni memang lagi kerap kena pergi check-up.”
“Ohhh…Sara dengan abang Rayan ada apa-apa ke?” bukan apa, aku nampak macam abang Rayan memang dah sukakan Sara. Yelah, susah untuk tengok abang Rayan rapat dengan mana-mana perempuan sebelum ni. Bila dengan Sara, siap boleh pergi teman buat check-up lagi. Hmmm…curiosity kills my cat right now.
“Mak Inah pun tak pasti cuma apa yang Mak Inah perhatikan, Rayan memang ambik berat pasal Sara sekarang ni. Kalau Sara nak ke mana-mana ataupun mengidam nak makan, mesti Rayan akan usahakan jugak.”
“Mak Inah tak rasa ke yang abang Rayan tu memang sukakan Sara?”
“Entahlah Aisha. Mak Inah pun tak berani nak agak. Tak apalah, Aisha makan dulu. Mak Inah nak kemas dapur dulu.”
“Ok…” Mak Inah kembali ke dapur.
Aisha menyuap nasi ke dalam mulutnya. Tiba-tiba fikirannya terhala kepada Zachary. Argh! Kenapa pulak aku nak teringat dekat dia tu pulak? Dia dah sakitkan hati aku! Lepas tu, sentuh aku tanpa mintak kebenaran aku dulu. Lelaki…memang bernafsu kuda.
Ding dong! Ding dong! Suapan Aisha terhenti bila loceng rumah berbunyi. Siapa pulak yang datang ni? Aisha bangun dari kerusinya lalu menuju ke pintu rumah. Pintu rumah dibuka. Tiba-tiba perasaan marahnya muncul bila terpandangkan Zachary yang sedang berdiri di hadapannya sekarang.
“What are you doing here?”
“Kenapa? Salah ke kalau aku datang sini untuk jenguk isteri aku?”
“I’m not your wife!”
“What do you mean by I’m not your wife? Aku dah ceraikan kau ke? Aku rasa aku belum ceraikan kau lagi.”
Aisha buat rolling eyes sambil tangannya disilangkan di dada. “Whatever. I rasa better you balik sebab I meluat nak hadap muka you.”
“Meluat tak meluat kau kena hadap jugak.”
“Pleaselah ehhh…I malas nak layan you sekarang ni! So, please berambus!” Aisha menoleh untuk beredar dari situ namun niatnya tergendala bila Zachary memegang tangannya dari belakang. Cepat-cepat dia menepis tangan Zachary.
“Apa you ni?! Tak faham bahasa ke?!”
“We need to talk.”
“About what? I rasa tak ada apa yang kita perlu cakapkan sekarang ni.”
“Ok aku tahu apa yang aku buat memang salah. Aku sentuh kau tanpa keizinan kau tapi sumpah…”
“You tak payah nak main dengan sumpah you! Apa yang I tahu I tak nak tengok muka you. I just need my space and time. Oklah terus-terang I cakap…apa yang berlaku antara kita malam tu satu kesalahan!” perkataan kesalahan ditekankan. Zachary tersentap seketika. Satu kesalahan?
“Kalau I mengandung, I akan gugurkan anak ni sebab apa? Sebab I tak bersedia untuk jadi seorang ibu dan I tak nak pun jadi seorang ibu! You faham tak?! Ingat sampai mati apa yang I cakap! I tak nak ada anak!”
“Aisha! Please tarik balik apa yang kau cakap.”
“Kenapa I perlu tarik balik apa yang I cakap? I cakap benda yang betul! I tak nak jadi seorang ibu apatah lagi mengandung! Clear?! I takkan tarik balik apa yang I cakap! Kalau I mengandung sekalipun, I akan gugurkan anak tu!”
“But why? Takkan dalam hati kau tak ada sikit pun perasaan kasih dan sayang? Kau sanggup ke nak bunuh anak kau sendiri?”
“Kalau I mengandung, itu bukan anak I tapi anak you. I tak nak mengandung anak you!”
“Habis tu kau nak mengandungkan anak Fariq?” Zachary menggenggam penumbuknya. Rasa amarahnya memuncak. Dia dah siasat sapa yang spike minuman Aisha dan semua tu kerja Fariq sebenarnya.
“Apa kena mengena dengan dia?”
“Kalau bukan aku yang sentuh kau malam tu, mesti Fariq yang sentuh kau! Aku dah siasat sapa yang spike minuman kau dekat zouk tu! Semua tu kerja Fariq! Oh…aku tahu sebab apa kau tak nak mengandungkan anak aku sebab dalam hati kau tu masih mengharap Fariq yang sentuh kau kan?! Memang kau nak mengandungkan anak Fariq! Ok, sekarang aku dah faham. Kau pergunakan aku semata-mata nak jauhkan diri kau dari Fariq! Aku tak cukup bodohlah Aisha! Kalau bukan sebab kau nak jauhkan diri kau dari Fariq, kau takkan mintak perkahwinan kita dipercepatkan! Satu je aku nak cakap dekat kau sekarang ni, thank you for all your fake and kindness!”
Usai berkata, Zachary terus berlalu dari situ. Entah apa yang merasuk dirinya sekarang sampaikan dia marah Aisha macam tu. Entahlah…aku rasa aku ni hina sangat di mata Aisha sampaikan Aisha sanggup gugurkan kandungannya kalau dia mengandung nanti. Sedarlah Zach! Kau dengan dia kahwin bukan atas dasar cinta pun. Kenapa kau susah-susah nak pertahankan hubungan yang baru kau bina ni? Masing-masing boleh buat hal sendiri. Kau dengan hal kau, dia dengan hal dia.
Tapi, apa pun dia isteri aku. Isteri yang diamanatkan oleh Allah untuk aku jaga dia, belai dia dengan penuh kasih-sayang serta pimpin dia ke jalan yang benar. Tapi, kalau macam nilah cara Aisha, mampu ke aku bertahan? Dengan perangai degilnya yang memang menguji kesabaran aku. Memang mummy ada cakap yang perangai aku ni lebih kepada perangai arwah daddy yang caring, manja, penyabar…tapi entahlah. Aku rasa bila aku berhadapan dengan Aisha memang aku tak boleh nak sabar.
Aisha menutup pintu rumah. Dia berjalan menuju ke sofa lalu punggungnya dilabuhkan ke situ. Dadanya berombak dengan kencang. Jadi you yang letak dadah dalam minuman I sampai I jadi tak betul malam tu?! Tak guna you ni Fariq!
“Aisha…” panggilan Mak Inah menyedarkan Aisha dari amarahnya.
“Ye Mak Inah?”
“Mak Inah nak cakap sikit boleh? Bukan maksud Mak Inah nak campur dalam hal rumah tangga Aisha dengan suami Aisha tapi Mak Inah harap Aisha tak marah dengan apa yang Mak Inah cakap dekat Aisha.”
“Mak Inah…selama ni apa yang Mak Inah cakap dekat Aisha, Aisha pernah marah ke?”
“Mak Inah tahu tapi manalah tahu mood Aisha kali ni tak stabil?”
“Tak apa Mak Inah. Aisha takkan marah. Apa yang Mak Inah nak cakap dengan Aisha?”
“Tak ada apa pun cuma Mak Inah nak cakap yang kita sebagai isteri ni kenalah hormat suami. Kesian Mak Inah tengok Zachary tadi. Dalam kehidupan berumah tangga ni Aisha, tak ada sapa pun yang perfect sebenarnya. Setiap pasangan mestilah ada kesalahan masing-masing. Macam apa yang berlaku antara Aisha dengan Zachary. Mak Inah tengok sungguh-sungguh dia datang nak pujuk Aisha tapi Aisha pulak layan dia macam tu.”
“Mak Inah nak salahkan Aisha ke?”
“Mak Inah tak salahkan sesiapa pun Aisha. Cuma, apa yang Mak Inah tak suka tadi bila Aisha cakap pasal gugurkan kandungan kalau Aisha mengandung nanti. Subhanallah Aisha…anak adalah rezeki yang dikurniakan oleh Allah sebagai penyeri rumah tangga. Bila Aisha cakap macam tu tadi, Mak Inah takut Allah murka kerana Aisha tolak pemberian-Nya sampai sanggup nak gugurkan.”
“Tapi Aisha cakap benda yang betul. Aisha tak ready untuk jadi seorang ibu apatah lagi anak ada anak!”
“Mak Inah faham tu Aisha tapi bukan apa Aisha…kita sebagai perempuan dianugerahkan sifat penyayang. Tahu tak kenapa dalam tubuh kita ni adanya rahim? Sebab dari dahulu lagi Allah memang ciptakan kita ni sebagai seorang yang penyayang. Bila kita mengandung, akan lahirnya satu sifat iaitu sifat penyayang pada anak yang kita kandungkan. Percayalah Aisha…jika suatu hari nanti Aisha mengandung, Aisha akan alami perasaan yang Mak Inah cakapkan ni.”
Aisha terdiam. Cuba memproses apa yang Mak Inah cuba sampaikan. Biar betul?

ZACHARY duduk termenung di kerusi yang menghadap pada cermin tingkap ofisnya. Memaparkan keadaan Kuala Lumpur yang sememangnya sesak. Tak pernahlah tak sesak. Keadaan sesak di Kuala Lumpur sama sesak macam dalam kepalanya sekarang. Memikirkan hubungannya dengan Aisha sekarang.
Memang aku marah dengan apa yang Aisha cakapkan tadi. Bohonglah kalau aku cakap aku tak sayang dengan perkahwinan ni. Aku dengan Aisha baru je berkahwin dua minggu. Sebolehnya hubungan yang dah terikat ni aku tak nak berakhir dengan penceraian.
Mungkin Aisha tak rasa apa yang aku rasa sekarang ni. Mungkin dia rimas dengan cara aku yang protective tapi inilah cara aku. Aku buat semua ni sebab dia dah dibawah tanggungjawab aku dan aku perlu lindungi dia. Tapi mungkin cara yang aku guna ni tak mengena sangat. Habis tu, aku perlu guna cara apa lagi? Kan bagus kalau arwah daddy still ada lagi sekarang ni? Bolehlah aku mintak tips.
“Bos?” Maryam berdiri di sebelah Zachary. Aiii bos aku ni. Termenung jauh nampak.
“Bos?” masih diam.
“Bos!” bahu Zachary terangkat sebab terkejut. Terus dia menoleh memandang Maryam yang tersengih ke arahnya.
“Ya Allah awak ni Maryam. Terkejut saya dibuatnya. Kenapa tak ketuk pintu dulu?” Zachary mengurut dadanya. Sikit lagi jantungnya nak tercabut.
“Bos…nampak tak jari saya ni dah bengkok?” kesemua jarinya diangkat di hadapan muka Zachary. “Semua ni salah bos tau sebab saya ketuk banyak kali pintu ofis tapi bos tak menyahut. Sebab tulah saya masuk. Tengok-tengok bos tengah termenung. Termenung sebab apa? Bos gaduh lagi ke dengan isteri bos tu?”
“Lebih kuranglah. Oh ya, awak masuk ofis saya ni ada apa?”
“Oh lupa pulak nak cakap! Saya just nak bagitahu dalam pukul 3 petang macam tu bos ada meeting dengan Dato Sri Ikhwan. Saya nak tanyalah bos boleh tak attend meeting dengan Dato Sri Ikhwan kejap lagi. Manalah tahu bos nak postpone ke?”
“Tak apa. Saya masuk meeting tu.”
“Ok bos.”
“Maryam.”
“Ya?”
“Awak tahu tak perempuan suka apa?”
Maryam tersengih lalu duduk di sofa sebelah Zachary. “Bos nak buat surprise dekat isteri bos eh?”
“Kind of. So, boleh tak bagitahu saya apa yang perempuan suka?”
“Kalau dari pengamatan saya terhadap isteri boslah kan, saya nampak dia suka barang-barang yang mahal. Daripada gaya isteri bos, saya cadangkan bos beli mekap sebab saya tengok isteri bos suka mekap.”
“Selain dari mekap?”
“Selain dari mekap??? Hmmm…beg tangan ataupun baju yang branded. Kalau bos ada niat nak buat macam cerita drama melayu nak pujuk isteri bagi bunga ros tak payahlah. Taktik ketinggalan zaman.”
“Ok…boleh tak tolong saya?”
“Tolong apa?”
“Teman saya pergi shopping mall belikan hadiah untuk isteri saya?”
“Saya dengan bos?”
“Habis tu? Nak ajak satu ofis?” Maryam tersengih bila diperli Zachary. Tulah Maryam…tanya soalan bodoh lagi!
“Bilanya nak pergi tu?”
“Lunch time.”
“Alah bos ni! Lunch time tu kan time saya makan! Janganlah ganggu lunch time saya!”
“Saya bayar gaji awak double!”
“Bos jangan nak rasuah saya eh!”
“Mana ada rasuah!” memandai je cakap kita rasuah.
“Bos rasuah sayalah tu! Nak double gaji bagai sebab nak suruh saya ikut bos pergi beli hadiah waktu lunch.”
“Ok, saya belanja awak makan dekat Texas Chicken.”
Berseri-seri terus mata Maryam. “Serius ni bos?!”
“Dengar je Texas Chicken terus bersinar eh?! Dasar mata makanan!” Zachary mencebik ke arah Maryam.
“Sedap tu! Ok on! Texas Chicken tau bos!”
“Ermmm yelah!”
“Yahuuu!!! Saya keluar dulu bos! Duduk lama-lama dalam bilik bos ni nanti ada pulak yang cop saya ni skandal dengan bos!” Maryam segera keluar dari ofis Zachary. Kita happy sebab bos nak belanja makan Texas Chicken. Dah lama rasanya tak makan dekat situ.
Zachary hanya menggeleng kecil. Macam-macam betullah Maryam ni. Walaupun perangai dia macam tu tapi etika kerja dan tahap pencapaian kerja dia memang terbaik setiap tahun. Tak pernah merungut kalau aku suruh dia belikan itu ini.

Share this novel

maira
2020-04-23 23:08:01 

love this story, continue please


NovelPlus Premium

The best ads free experience