Bab 10

Romance Completed 102547

Aisha melalak sepuas hatinya di dalam bilik karaoke tersebut. Melepaskan stres yang dihadapinya. Stres dengan hidup. Dah lama rasanya dia tak karaoke. Last karaoke pun sebulan yang lepas. Kalau tak silaplah.
Punggungnya dihenyakkan ke atas sofa. Dia mengambil tempat di antara Sophea dan Tania. Air coke di hadapannya diambil lalu diteguk. Lepas dah melalak ni, rasa haus pulak.
“Dah berapa lama you ketagih nak karaoke ni Sha?” Tania menyoal. Yelah, tengok cara Aisha tadi pun dia dah tahu.
“Dah lama dah dan sekarang I baru boleh lepas gian I ni.”
“You dah bosan dengan club ke?” Aisha mengangguk.
“Bosan dah. Yelah, sejak dulu lagi I asyik pergi club je. Sekarang ni I rasa I nak karaoke pulak. I malas nak pergi club sebab ada mamat tak guna tu…” teringatkan Fariq buatkan hatinya panas terus. Nasib baiklah aku tak kahwin dengan dia lagi. Kalau aku kahwin dengan dia, entah-entah aku dapat nasib yang sama macam Sara.
“Kesian Sara. Sara macam mana sekarang ni? Dia ok ke?” Aisha hanya menjongket bahu dengan pertanyaan Sophea.
“I pun tak tahu sebab Sara jarang tunjuk kalau dia sedih. Kalau I paksa dia cakap, barulah dia nak cakap. Tulah, I terfikir macam manalah nasib masa depan dia dengan anak dia nanti.”
“I pun terfikir benda yang sama,” sokong Tania.
Tiba-tiba pintu bilik karaoke yang mereka duduki ditolak dari luar. Aisha mendengus kuat bila Fariq melangkah masuk. Haih! Dekat mana aku ada, dekat situ jugaklah dia ada. Geram betullah aku! Tak boleh ke bagi hidup aku ni aman sikit?!
“You nak apa datang sini?!” Aisha berhadapan dengan Fariq.
Fariq pantas menggenggam tangan Aisha. “Aisha…you jangan tinggalkan I please? Look, I janji nasib you takkan sama dengan Sara. I akan sayang you sepenuh hati I.”
Aisha tersenyum sinis. Tangannya direntap dari pegangan Fariq. “You ni Tuhan ke nak tentukan nasib I ni sama ke tak dengan Sara? You dengar sini Fariq. I takkan pernah terima you dalam hidup I. Cukuplah sekali you tak jujur dengan I. I pantang orang yang tak jujur dengan I.”
“Tapi…”
“Dahlah! I malas nak cakap dengan spesis yang tak faham bahasa macam you ni. I pun tak tahu nak cakap macam mana lagi dekat you! Ke you nak I cakap bahasa Siam baru you faham?!”
“Aisha, please lah I merayu jangan buat I macam ni.”
“Really? Begging for me? You know what? What goes around, it will comes around. Just look at yourself right now…begging for something that has no chance anymore. I will give you no chance Fariq because this is what you deserve than you expected. I’m doing this on Sara behalf. She was through same conditions just like you right now begging for something that might have no chance anymore but kept begging like a stupid one. Did you ever think about Sara’s feelings? Did you? No…zero! Malah you halau dia dari rumah macam anjing kurap! Mana hati dan perasaan you as a husband who need to protect his own wife?! Mana?! Hey! Kalau you boleh buat macam ni dekat Sara, apatah lagi I pun you boleh buat macam nilah!” kali ni Aisha ceramahkan si Fariq cukup-cukup. Sudah lama dia pendam ayat ni.
“You jangan samakan I dengan Sara!”
“Look…ego control yourself. Oh ya I don’t care kalau ego you yang control diri you sebab I pun dah malas nak layan you Fariq. I dah muak dengan perangai you! I mintak sangat-sangat you jangan kacau life I sebab I bakal jadi isteri orang! Ok?! Sopeha, Tania jom blah! I rasa nak muntak tengok muka orang yang tak sedar diri lagi ni!”Aisha berlalu pergi dari situ. Tania mengambil beg tangan Aisha lalu segera keluar dari bilik karaoke dengan Sophea.
Nafas Fariq mula tak teratur. Marahnya makin meningkat. Ini semua salah kau Sara! Kau memang pembawa sial! Kalau bukan sebab kau, hubungan aku dengan Aisha tak retak macam ni!

ZACHARY memandang telefon bimbitnya. Satu mesej dari siput sedut a.k.a. Aisha. Dah kenapa minah ni mesej aku malam-malam macam ni. Kalau tak, jangan haraplah! Mesej dari Aisha dibuka.

Siput Sedut: We need to discuss.

Discuss benda apa lagi? Hailah minah ni macam-macam betul! Nak discuss pasal mas kahwin ke macam mana? Ke pasal wang hantaran?

Me: Nak discuss kebendanya? Haritu semua dah jelas kan?

Siput Sedut: Bukan pasal hantaran ke apa tapi ni about us.

About us? Uish! Macam serius je bunyi.

Me: Kenapa? Tak jadi dengan aku ke? Kalau tak jadi, bagus jugak.

Siput Sedut: Bukan tulah! Tapi I nak cepatkan tarikh perkahwinan!

Nasib baik aku tak tercampak telefon ni bila baca mesej dari Aisha yang satu ni. Nak cepatkan tarikh perkahwinan. Tapi dah kenapa pulak minah ni? Tiberr…

Me: Kau demam ke dah disahkan gila nak kahwin?

Siput Sedut: Tak payah nak merepek sangat eh! Lagipun, I dah bincang dengan family I pasal ni dan diorang ok je. Diorang suruh I bincang dengan you pulak. So what say you?

Me: Dah kenapa tiba-tiba ni? Aku syak kau ni dah gila lah.

Seput Sedut: I belum gila lagilah. Setakat percepatkan tarikh nikah tak adanya gila. Cepatlah! I nak bagitahu family I so that nanti I boleh bincang balik dengan family you.

Haih permintaan yang berat ni. Yang minah ni pun satu. Nak sawan babi pun time-time macam ni jugak. Aku punyalah lega bila lagi 6 bulan nak berlangsungnya majlis. Lagi lambat lagi bagus. Tup tup si siput sedut ni mesej aku nak percepatkan tarikh pulak. Terus mood aku hilang.

Me: Hmmm yelah. Kalau aku tak setuju kang kau meroyan pulak.

Siput Sedut: Ok thanks!

Mesej Aisha tidak dibalas. Mukanya dibenamkan ke atas bantal. Waaaaa…apa ni!!! Aku syak minah ni memang sawan babi! Tiba-tiba je nak percepatkan tarikh nikah. Hesy! Seksa betullah! Nasib kaulah Zachary. Pusing terbalik macam mana sekalipun kau tetap akan jadi suami dia jugak nanti. Rasa nak hempuk kepala ni dekat dinding sampai pecah!
Setengah jam kemudian, Aisha kembali mesejnya. Haih minah ni nak apa lagi! Namun, matanya membulat bila baca mesej Aisha. Biar betik?!

Siput Sedut: Parents I dah bincang dengan mummy you tadi…diorang dah setuju untuk cepatkan pernikahan kita dalam masa dua bulan je lagi.

WTF!!! Dua bulan?! Ini lawak antarabangsa Afrika ke ni?! Seriuslah dua bulan lagi. Oh! Katakanlah aku sedang bermimpi sekarang ni. Jarinya digigit. Auch! Sakit! Maknanya aku tak bermimpi.

Me: Oiii siput! Kau tak buat lawak kan?

Siput Sedut: Anda rasa saya ada masa untuk berlawak?

Dia tiru ayat Panadol Actifast pulak dah!

Me: Tapi kenapa cepat sangat?

Siput Sedut: Sebab I yang mintak.

What?! Aku syak dia tengah buat lawak sekarang ni.

Me: Lawak sangat.

Siput Sedut: I tak buat lawak ok.

Me: Serius?

Siput Sedut: SERIUS!

Kalau serius tu dia tulis huruf besar semua tu tandanya dia memang serius.

Me: Kau tengah sawan babi kan sekarang ni?

Siput Sedut: No…I’m fine. Sihat walafiat lagi.

Me: Ok…aku nak murung kejap sebab kena kahwin cepat dengan kau.

Siput Sedut: Murunglah…I tak kisah langsung. Lepas kahwin dengan I, I akan buat you lagi murung!

Ohhh…peringatan awal ni. Bersiap sedialah Zach!

Me: Ok…aku pun akan buat kau murung dengan aku jugak.

Siput Sedut: Don’t care. Dah, I nak tidur. Malas nak layan you! Nite!

Telefonnya dicampak ke tepi. Tangannya naik meraup wajahnya. Rasa macam kepala dah nak pecah sekarang ni. Oh indahnya dapat kahwin awal dengan siput sedut ni. Hmmm…aku harap aku murung ni taklah sampai kena angkut ke hospital sakit jiwa. Waaaa!!! Aku murung! Mummy! Zach tak nak kahwin awal!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience