Bab 11

Romance Completed 102547

“Sha! Bangun! Bangun! Hari ni Sha kena pergi tempah baju kahwin!” Puan Suzie menola-nolak tubuh anaknya. Kalau bab nak suruh bangun pagi memang liat anaknya yang sorang ni.
“Hmmm nantilah tempah…” selimutnya ditarik naik menyelimut kembali tubuhnya.
“Sha! Bangun! Mama tak kira! Sha kena jugak pergi tempah baju kahwin hari ni! Mama dah cakap dekat auntie Tiana yang Sha dengan Zach datang ke butik dia hari ni. Cepat bangun!”
“Ma!” aduh…aku nak tidurlah.
“Bangun sebelum mama simbah Sha dengan air panas!” kena ugut simbah dengan air panas barulah dia bangun. Kalau tak jangan haraplah dia nak bangun.
“Bangun sekarang, mandi dan bersiap. Zach dah on the way ke sini. Pergi butik auntie Tiana naik kereta Zach je.”
“Yelah!” Aisha melangkah longlai menuju ke bilik air. Malas betullah aku nak kena keluar pergi tempah baju kahwin pulak. Tak boleh ke kalau mama je yang pergi tempah. Huh!

“ZACH duduk kejap ye? Maklumlah anak dara sorang tu kalau bersiap memang lama. Auntie buatkan air kejap,” Puan Suzie menuju ke dapur. Air oren yang sudah siap dibancuh dituang ke dalam gelas lalu dibawa ke ruang tamu.
“Nah minumlah dulu sementara tunggu Aisha turun…” air oren diletakkan di hadapan Zachary.
“Terima kasih auntie…” Zachary mengambil gelas tersebut lalu air oren diminumnya.
“Auntie dah send location butik dekat Zach kan?”
“Dah auntie.”
“Dah sampai sana nanti, cakap je under nama auntie ye? Tapi rasanya auntie Tiana tahu kalau dia nampak Aisha dekat situ.”
“Baik auntie.”
“Manalah Aisha nak tak turun-turun lagi. Aisha! Aisha! Turun cepat! Zach dah tunggu dekat bawah ni!” panggilnya kuat. Bersiap apa ni nak dekat sejam.
“Kejaplah ma!” kedengaran suara Aisha dari tingkat atas. Tak lama kemudian, Aisha keluar dari biliknya turun ke ruang tamu.
Zachary memandang penampilan Aisha yang…alamak aiii!!! Seksi! Nak pergi butik ke nak buat body show dekat orang ramai ni? Dengan skirt paras lututnya lepas tu pakai singlet warna hitam disarung dengan jacket warna maroon. Mampuslah aku kahwin dengan dia ni. Berat bahu aku sebelah sebab kena pikul dosa minah ni.
“Hah turun pun. Agaknya kalau mama tak panggil tadi, tak adanya nak turun kan?” sengaja Puan Suzie memerli anaknya. Tahu dah perangai buruk anaknya yang satu ni. Kalau tak nak pergi, dia akan perap je dalam bilik tak nak keluar.
“Mana ada! Ha jomlah! Kang lambat pulak nak tempah baju,” Aisha keluar dari rumah lalu menyarung high heels berwarna hitam miliknya.
Aisha memandang kereta BMW 8 series yang parkir di halaman rumahnya. Mamat ni pakai kereta BMW ni ke? Isy mustahil! Orang macam dia mampu ke nak pakai kereta BMW macam ni?
“Kami pergi dulu auntie,” ujar Zachary sebelum menuju ke keretanya. Matanya memandang Aisha yang hanya tercegat di pintu keretanya. Minah ni dah kenapa pandang pelik dekat kereta aku? Kenapa? Ada taik ayam terlekat dekat pintu kereta aku ke?
“Kau tengok apa? Masuklah…” Zachary masuk ke dalam keretanya lalu menghidupkan enjin kereta. Aisha tanpa berlengah terus masuk ke dalam kereta Zachary. Banyak soalan yang dah terbentang dalam otaknya sekarang ni.
Zachary mengundurkan keretanya keluar dari halaman rumah Puan Suzie. Gear diletakkan pada D lalu memandu pergi dari situ.
“I nak tanya you something boleh?”
“Apa dia?”
“Ni kereta you ke? Taklah…I terfikir orang macam you ni mampu ke nak pakai kereta mahal macam ni?”
Stay cool Zach. Rileks…
“Kau rasa ni kereta aku ke?” soalnya kembali.
“I don’t think so.”
“Memang pun. Ni kereta kawan aku. Aku pinjam kejap. Yelah, aku ni pakai kereta Kenari je. Kalau aku bawak kereta Kenari tu, kau malu pulak nak naik. Yelah, kau kan high taste orangnya? Sebab tulah aku pinjam kejap kereta kawan aku ni.”
“Baik jugak eh kawan you ni bagi you pinjam kereta dia?”
“Aku dengan dia kawan baik dari dulu lagi…” jawab Zachary.
Aisha…Aisha…kalaulah kau tahu siapa Zachary yang sebenarnya kan? Mesti kau menangis sebulan kan?
Beberapa minit perjalanan kemudian, Zachary membelok ke kanan memasuki kawasan perumahan kedai mewah. Keretanya diparkirkan betul-betul hadapan butik auntie Tiana. Mereka keluar dari kereta dan menuju ke butik serentak.
Zachary perasan ramai mata keranjang memerhati ke arah Aisha. Mahunya mata tu tak keranjang kalau Aisha pakai pakaian yang memang menjamu mata mereka?
“Auntie Tiana…” sapa Aisha kepada perempuan yang mungkin sebaya dengan Puan Suzie.
“Eh! Aisha! Oh my god! Lamanya auntie tak tengok Aisha! You’re so beautiful darling!” puji auntie Tiana bila terpandangkan Aisha di hadapannya sekarang. Lain dari yang dulu.
“Thanks auntie…”
Mata auntie Tiana terhala pula pada Zachary yang berdiri di sebelah Aisha. “This must be Zachary right?” Zachary pula hanya tersenyum sambil mengangguk.
“Hensem! Pandai Aisha pilih suami ye? Memang sesuai dengan Aisya yang cantik ni.”
“Mana ada auntie ni…” bukan Aisha yang pilih tapi mama Aisha lah auntie. Katanya dalam hati.
“Alright…don’t waste time. That day mama Aisha ada call auntie dan bagitahu auntie pasal warna baju pengantin and your mama told me warna yang dipilih untuk pihak pengantin perempuan pastel peach dan untuk pihak pengantin lelaki pulak dark blue. So, auntie dah sediakan beberapa helai baju yang sesuai untuk both of you. Jom kita pergi tengok,” Zachary dan Aisha mengikut langkah auntie Tiana ke arah rak-rak yang bergantung dengan pelbagai warna baju pengantin.
“Untuk kaler pastel peach, Aisha pilih Aisha nak yang mana? Kalau Zachary pulak auntie cadangkan yang ini,” satu baju diambil lalu diletakkan di depan Zachary. “Nampak smart dengan Zachary. Why not you give a try first?”
Zachary tanpa banyak mulut, dia membawa baju tersebut ke bilik persalinan sementara Aisha pula masih memilih baju pengantin yang dia nak.
“Aisha rasa Aisha nak yang nilah…” Aisha menarik keluar baju pengantin tersebut.
“Cantik! Auntie rasa sesuai dengan Aisha. Tak pa, Aisha pergi try dulu…”
“Ok…” Aisha menuju ke bilik persalinan.
Zachary keluar dari bilik persalinan dengan baju pengantin di tubuhnya. Auntie Tiana tersenyum.
“Zachary nampak hensem dengan baju ni. So? Macam mana? Baju ni ok? Ke Zachary nak baju yang lain? Pilihlah…”
Zachary menggeleng perlahan. “Tak apa auntie. Saya pilih yang ni je. Lagipun, dah muat-muat dengan badan ni.”
“Sure? Betul ni?”
“Betul auntie. Yang auntie pilih untuk saya ni pun dah cantik.”
“Oklah kalau macam tu. Senang berurusan dengan Zachary ni. Kadang-kadang ada sesetengah customer lelaki dia punya demand tu buat auntie pening. Nasib baiklah Zachary bukan macam tu…”
“Biasalah auntie. Taste masing-masing…” auntie Tiana mengangguk tanda setuju.
Tak lama kemudian, Aisha pula keluar dari bilik persalinan dengan baju pengantin yang dipilihnya.
“Cantiknya Aisha!” puji auntie Tiana ketika Aisha melangkah ke arah mereka.
Cantik! Puji hati kecil Zachary. Orangnya memang cantik tapi lagi cantik kalau perangai dia tu sopan. Ini tak! Mengalahkan apa lagi. Dalam memuji sempat jugak dia mengutuk.
Aisha pula memandang Zachary yang turut dalam persalinan baju pengantin warna sama dengannya. Hmmm…kalau perhatikan balik mamat ni hensem gila sebenarnya tapi tulah disebabkan mulut dia yang kalah puaka tu buat aku nampak dia ni tak hensem langsung.
“So? Macam mana Aisha? Ok ke tak?”
“Ok je auntie. Cantik! Cuma besar sikit dekat pinggang tapi ok dah.”
“Nak auntie kecikkan dekat pinggang?”
“Boleh ke auntie?”
“Boleh je…”
“Kalau macam tu, auntie kecilkan sikit dekat pinggang ok?” auntie Tiana mengangguk.
Ha eloklah! Kalau boleh kecikkan terus baju tu biar fit! Bolehlah show off body tu dekat orang ramai. Haih…gerutu Zachary dalam hatinya.
“Sekarang ni cuba try yang warna dark blue pulak. Untuk pihak lelaki pulak, haritu mama Aisha ada cakap Zachary pakai kemeja putih dengan kot warna biru. Kott u auntie dah sediakan tapi kemeja pulak. Zachary pilihlah dulu kemeja yang ada depan Zachary ni. Pilih ikut body Zachary ok? Untuk Aisha pulak, haritu auntie ada design untuk satu customer ni. Baju tu dah siap pun tapi tak jadi ambik sebab tak jadi kahwin. So auntie simpan buat collection baru. So, Aisha dikira orang pertama pakai baju ni…” auntie Tiana mengeluarkan satu baju pengantin berwarna dark blue dengan hiasan mutiara dan manik-manik pada baju tersebut. Dekat belakang baju pulak ada kain berona sama panjang hingga ke kaki. Ala-ala fairy tale macam kartun Frozen si Elsa tu.
“Wow! Cantiknya auntie! Aisha nak try baju ni boleh?!”
“Boleh…pergilah try…” Aisha cepat-cepat menuju ke bilik persalinan.
“Zachary? Dah jumpa baju yang sesuai?”
“Dah auntie.”
“Pergilah tukar dulu. Auntie pergi ambik kot kejap…” Zachary menuju ke bilik persalinan manakala auntie Tiana menuju ke sebuah bilik tempat dia menyimpan kesemua kot.
Zachary keluar menuju ke arah auntie Tiana. “Auntie…”
“Ha cuba try pakai kot ni…” auntie Tiana menyerahkan kot berwarna dark blue kepada Zachary.
Zachary pantas menyarung kot tersebut ke tubuhnya. Memang pilihan auntie Tiana mengena. Cukup-cukup dengan tubuhnya.
“Macam mana? Ketat ke tak kot ni?” auntie Tiana tolong membutangkan satu persatu butang di kot Zachary.
“Dah muat auntie. Pandai auntie pilih saiz.”
“Auntie agak-agak je Zachary.”
Tak lama kemudian, Aisha keluar menghampiri mereka dengan baju pengantin warna dark blue yang tersarung di tubuhnya. Aisha nampak lagi elegan dengan baju warna dark blue di tubuhnya. Sekali lagi hati Zachary memuji kecantikan Aisha.
“Aisha dah macam bidadari tau! Memang sesuai baju ni dengan Aisha!”
“Aisha pun suka baju ni! Aisha nak baju ni boleh tak auntie? Aisha suka sangat dengan design baju ni!”
“Boleh…untuk Aisha auntie bagi free je ok? Anggap je ni hadiah perkahwinan auntie untuk Aisha. Macam tu jugak dengan Zachary…”
“Hah?” takkan aku punya pun dikira hadiah jugak?
“Aunty bagi kot dan baju tu free untuk Zachary. Anggap je ni sebagai hadiah auntie untuk kamu berdua. Zachary jangan risau sebab baju yang Zachary pakai tu semuanya baru-baru. Bukannya yang orang dah pakai…”
“Serius ni auntie?” tanya Aisha dengan nada teruja.
“Serius.”
“Yeay!!! Thanks auntie!”
“Welcome…” auntie Tiana tersenyum melihat gelagat Aisha yang teruja. Lagipun dia dah anggap Aisha ni macam anaknya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience