Bab 2

Romance Completed 102547

“Asal muka you masam je ni?” tanya Sophea. Sejak dari tadi lagi muka Aisha asyik masam je. Selalunya bab-bab hanging out dengan kawan ni muka selalu happy je.
“I stress lah! Kalau I tahu life I jadi teruk macam ni, I takkan balik Malaysia lah!” balasnya dengan nada tinggi.
“Apa yang dah jadi? Cuba you cerita dekat kitaorang?” giliran Tania pula bertanya.
“Look, mama dan papa I keep nagging dekat I sebab I selalu balik lambat. Alah…bukannya lambat mana pun I balik rumah. Dalam pukul 2-3 pagi macam tu je. Lepas tu abang I tu! Busy nak masuk campur life I!” tangannya dibawa memeluk tubuhnya. Mukanya jelas tak puas hati.
Tania dan Sophea saling berpandangan sebelum masing-masing mengeluh perlahan.
“Macam nilah Aisha…kitaorang bukannya tak support you tau tapi apa yang family you buat tu memang betul. You kena ingat kita sekarang dah dekat Malaysia bukannya London lagi. Satu lagi you kena ingat, kita ni agama Islam. Ok, I bukan nak acah-acah baik tapi…” ayat Tania terhenti bila Aisha segera menyampuk.
“Oh! You pulak nak ceramahkan I sekarang ni?! You nak cakap pasal agama dengan I?! You tengok diri you dulu! You pun agama Islam jugak tapi pakai lebih kurang macam telanjang jugak!” bidas Aisha pedas.
“Aisha…dengarlah dulu apa yang I nak cakap ni.”
“Ah!!! I dah malas nak dengar apa-apa pun. I ingatkan I keluar lepak dengan korang berdua ni boleh hilangkan stress I ni tapi lagi bertambah stress! Baik I pergi ke lain je!” Aisha mengambil beg tangannya lalu berlalu dari situ. Panas pulak hati ni bila nak kena ceramah.
“Aisha! Aisha! Haih…” Tania mengeluh perlahan buat seketika. Sophea memegang perlahan bahu Tania.
“You jangan ambik hatilah dengan perangai Aisha tu. Dia kan memang macam tu?”
“I tak pernah ambik hati pun sebab apa-apa pun dia kawan baik kita yang dah pernah tolong kita waktu kita susah dulu. Walaupun kita ni macam ni, tapi I tak sukalah tengok Aisha pergi clubbing…balik lewat. I mengaku I pun teruk tapi teruk I tak adalah sampai ke clubbing.”
“Ye I faham you. Aisha jadi macam tu pun sebab culture shock je. Tak apa, kita sama-sama doakan untuk Aisha eh?”
“Ya…”

USAI menikmati sarapan pagi, dia menuju ke arah taman rumah yang dibina bersebelahan dengan kolam renang. Kerusi ditarik lalu punggungnya dilabuhkan ke atas kerusi tersebut.
“Anak mummy termenung pasal apa pulak ni?” Zachary memandang mummynya yang duduk berhadapn dengannya. Bibirnya mengukirkan senyuman kecil.
“Tak ada apalah mummy. Cuma terfikirkan pasal kerja je sekarang ni,” bukan pasal kerja pun yang aku fikir. Tapi terfikirkan masa depan. Uhuks!
“Weekend macam ni pun takkanlah nak fikirkan pasal kerja lagi? Letakkan ke tepi dulu pasal kerja. Bukannya lari mana pun kerja tu,” ujar Puan Julia.
“Zach…mummy nak tanya boleh?”
Macam dia dah dapat agak soalan apa yang mummy nak tanya. Tak lain tak bukan mestilah pasal bila aku nak kahwin. Yelah, umur aku dah 29 tahun tapi masih lagi tak ada calon isteri. Hahaha…bukan nak riaklah kan tapi muka aku ni hensem jugak ala-ala pelakon Hollywood tapi tulah tak ada sapa pun yang berkenan. Nak kaa aku memilih? Emmm taklah sangat.
“Tanya apa?”
“Bila Zach nak kahwin? Umur dah makin meningkat sepatutnya ada orang yang boleh uruskan Zach sekarang ni.”
Ha kan aku dah cakap. Mesti mummy akan persoalkan hal-hal macam nilah punya. Bila aku nak kahwin…calon isteri ada ke tak lagi? Hmmm…
“Entahlah mummy. Jodoh belum sampai lagi kot? Nak buat macam mana?” jawapan yang sama diberinya setiap kali Puan Julia bertanyakan hal-hal bila dia nak kahwin.
“Anak mummy memilih sangat kot? Hmmm??? Manalah tahu taste anak mummy ni anak mat salleh dekat luar sana kan?”
“Hesy mummy ni. Mana ada. Orang perempuan dekat Malaysia ni pun ada je yang cantik-cantik. Lagipun buat apalah nak cari perempuan mat salleh kalau anak mummy ni datang dari keturunan mat salleh? Arwah daddy kan pure mat salleh?” Puan Julia mencubit perlahan paha anaknya membuatkan Zachary ketawa. Sejak arwah daddy meninggal, akulah yang ambik alih segala tugas arwah daddy.
“Orang tengah serius boleh pulak eh dia nak main-main?”
“Ok-ok sorry mummy. Alah mummy jangan risaulah. Insya-Allah nanti mummy dapatlah menantu. Ataupun kalau mummy nak lagi cepat, mummy yang tolong carikan. Ok?” biar betul kau ni Zachary? Kau dah macam bagi green light dekat mummy je untuk carikan kau calon isteri.
“Betul ni?” aku dah nampak muka mummy memang berseri-seri.
“Errrr…tak betul!” terus dia bangun lalu berlari masuk ke dalam rumah.
“Zach! Ya Allah! Bertuah punya budak!” bibir Puan Julia tersenyum. Bahagia dengan anak-anaknya sekarang. Nasib baiklah semuanya membuat keputusan untuk sambung belajar dekat Malaysia je kecuali Zachary yang sekarang ni tengah uruskan syarikat arwah daddy nya.
Nak harapkan ke si Aqil, sekarang ni Aqil tengah mengaji dalam bidang master pulak dalam bidang perniagaan. Si kembar, Danish dan Raycarl pulak di tahun akhir diploma dalam bidang kedoktoran. Danish dan Raycarl memang minat bab-bab kedoktoran ni.
“Mummy kenapa termenung sorang-sorang dekat luar ni? Mana along?” soal Aqil lalu mengambil tempat di tempat yang diduduki Zachary tadi.
“Along kamu larilah bila mummy tanya pasal bila dia nak kahwin…” Aqil tergelak. Along memang terkenal dengan perangai suka larikan diri bila berdepan dengan bab-bab soal kahwin ni.
“Hahaha…tapi tulah angah terfikir along tu dah umur 29 tapi takkanlah tak nak kahwin lagi? Nak kata perempuan tak minat dekat dia, macam mustahil je sebab muka along tu memang pakej lengkap dengan hensemnya, macho…tapi tulah along tak pernah sebut mana-mana nama perempuan pun.”
“Entahlah angah. Pening mummy fikirkan. Bukan apa, mummy kadang-kadang kesian tengok along tu balik rumah dengan keadaan penat, mummy pulak kadang-kadang tak ada dekat rumah pergi jumpa dengan ahli persatuan mummy…nasib baiklah ada Mak Liah yang tolong tengokkan. Sekurang-kurangnya kalau along dah ada isteri, bolehlah isteri dia tolong apa yang patut. Tak adalah dia kena handle everything diri sendiri. Walaupun along tak tunjuk yang dia stress, tapi naluri mummy sebagai seorang ibu, mummy dapat rasakan yang along stress. Yelah, sejak syarikat arwah daddy makin meningkat, makin banyak tender dan makin banyak pelabur yang melabur dekat syarikat daddy. Tulah, mummy harap sangat angah dapat tolong along dekat syarikat tu nanti. Boleh kan?”
“Insya-Allah boleh mummy. Lagipun, arwah daddy dulu pernah pesan dekat angah yang dia nak angah tolong along handle kan syarikat tu. Nasib baiklah angah terfikir nak sambung belajar dalam bidang perniagaan. Sekurang-kurangnya angah tahu jugak pasal perniagaan ni.”
“Baguslah kalau angah fikir macam tu. Sekurang-kurangnya kalau angah ada, boleh tolong ringankan sikit beban along tu.”
“Mummy jangan risau. Angah akan tolong along handle syarikat arwah daddy,” janjinya.
“Yelah. By the way, kejap lagi angah boleh tak tolong hantar mummy ke tempat persatuan mummy? Nasib baiklah mummy ingat. Hari ni mummy ada mesyuarat dengan semua ahli persatuan. Boleh tolong hantar mummy?” pinta Puan Julia.
“Boleh je mummy…”
“Beul ni? Manalah tahu angah nak study? Yelah, nak dekat final exam dah ni. Kalau angah rasa nak study, tak apa mummy mintak tolong along hantar.”
“Tak apa mummy. Lagipun angah dah study lepas Subuh tadi. Sekarang angah nak rileks kejap. Tak pa, angah hantarkan mummy ye?”
“Baiklah kalau macam tu. Mummy masuk dalam dulu nak bersiap.”
“Ok mummy,” Aqil memandang Puan Julia yang berjalan masuk ke dalam rumah sehinggalah kelibat Puan Julia hilang dari matanya.

Share this novel

Qiasara Sara
2020-03-29 03:12:12 

assalamualaikum sis...beul tu salah.."betul"..


NovelPlus Premium

The best ads free experience