Bab 18

Romance Completed 102547

Pintu bilik hotel ditolak dari luar. Aisha yang baru nak sarung baju pengantinnya menjerit kuat bila ternampak Zachary yang melangkah masuk ke dalam bilik.
“Sorry-sorry!” Zachary menoleh ke belakang. Aduh Zach! Apahal lah kau tak ketuk pintu dulu sebelum masuk?
“You ni tak reti ketuk pintu dulu ke?!” marah Aisha. Cepat-cepat dia menyarungkan baju pengantin.
“Aku dah cakap sorry kan? Dah pakai ke belum?”
“Dah!” Zachary menoleh kembali menghadap Aisha.
“Lain kali kalau nak pakai baju, make sure kau lock pintu ni. Ini tak. Biar tak kunci. Ini nasib baik aku yang masuk. Kalau orang lain yang masuk macam mana?”
Aisha mencebik lalu duduk di kerusi meja solek. “Sapa je yang nak masuk bilik ni selain you? Kan?”
“Hmmm…senang je eh kau cakap sapa je nak masuk bilik ni selain aku? Eh! Kalau orang bernafsu kuda boleh je masuk bilik ni sebab orang yang secantik kau ni sapa je tak nak kan?”
Aisha mengecilkan matanya lalu bangun menghadap dengan Zachary. “Ohhh…maksudnya you ni bernafsu kuda lah kan sebab you masuk bilik I!”
Rambut Aisha ditarik kuat oleh Zachary. Aisha menjerit sakit.
“Kau ni fikir yang tak masuk akal eh? Bilik kau bilik aku jugak. Setakat muka kau dengan body kau macam ni…” jari telunjuk Zachary dilarikan ke muka dan badan Aisha. “Aku tak bernafsu sangat pun.” jari telunjuknya ditunjal lembut pada dahi Aisha. Aisha pantas menepis jari Zachary.
Zachary pula ketawa jahat bila Aisha mengerutkan mukanya. Ini baru sikit aku kenakan kau Aisha. Lepas ni macam-macam lagi aku akan kenakan kau! Tunggu.
“Sakit pulak hati aku dengan dia ni!” punggungnya dihempas kasar ke atas kerusi meja solek. Rileks Aisha. Jangan marah-marah nanti muka kau cepat tua.

TANGANNYA dilingkarkan pada lengan Zachary. Eh cup cup! Bukan tandanya aku nak menggatal dengan suami aku eh tapi ini sekadar gimik. Nak tunjuklah kata yang aku dengan Zachary ni tengah bahagia sekarang ni. Kononnya lah.
“Munafiknya isteri aku ni…” ujar Zachary perlahan.
Aisha menjegilkan matanya kepada Zachary. Kurang asam punya suami! Dia cop aku munafik?!
“You jangan nak cari pasal eh!”
“Mana ada. Aku cakap yang betul!”
“Hello! Takkanlah kita nak tunjuk dekat semua tetamu yang kita ni kena kahwin paksa! Tak pasal-pasal family I dengan family you kena bersoal jawab! Lagipun I pelik kenapa banyak sangat reporter datang hari ni? Ada tetamu ke hormat ke datang ke sini?” matanya melilau melihat reporter yang berkumpul di satu sudut dewan.
“Manalah aku tahu. Adalah tu…” Zachary hanya beriak selamba.
Pintu dewan dibuka. Zachary dan Aisha melangkah masuk beriringan menuju ke pelamin. Mereka berdua hanya tersenyum bila fotografer mengambil gambar mereka. Kang kalau tunjuk muka masam viral pulak. Terus dapat title Pasangan Pengantin Paling Muram 2018. Fuh!
Aisha melambai perlahan sambil tersenyum ke arah mama dan papanya yang turut senyum ke arah mereka. Namun, senyumannya mati bila ternampak kelibat Adira. Hak alah minah ni! Menghilangkan mood pengantin aku je malam ni.
“You invite Adira datang majlis kita ni ke?” bisik Aisha perlahan sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi pelamin bersebelahan dengan Zachary.
“Dia kan kawan aku. Apa salahnya kalau aku ajak dia datang kenduri kita?” matanya menikam lembut mata isterinya. Nampak perubahan riak wajah Aisha bila cakap pasal Adira. Memang ada yang tak kena ni.
“Kenapa ni?” tanya Zachary bila Aisha mendiamkan diri.
“Tak ada apalah…” tak ada mood aku nak cakap pasal Adira sekarang ni. Menyakitkan hati bila diingatkan balik.
“Kenapa ni? Cuba cerita dekat aku…” dagu Aisha ditarik supaya menghadap mukanya. Aisha hanya menjeling. Sumpah aku tak ada mood kalau nak cakap pasal Adira sekarang ni. Benci aku dengan mulut tempayan tu.
“Tukar posting…” suara fotografer menyedarkan mereka berdua. Nak buat posting apa pulak ni?
“You nak buat apa ni?” Aisha mula cuak bila Zachary mula dekatkan muka mereka. Aisha terdiam bila bibir Zachary naik mencium dahinya. Dah kenapa pulak jantung aku ni dup dap lain macam pulak ni?
“You ni ambik kesempatan eh?” gumam Aisha bila Zachary melepaskan ciuman di dahinya.
“Mana ada.”
“Aisha, Zachary…boleh you both berdiri? Lepas tu, Zachary you peluk pinggang Aisha dan Aisha you pun peluk pinggang Zachary jugak.”
“Seriously?” Aisha mengeluh perlahan. Ya Allah! Seksanya nak buat posting macam ni!
“Senyum sikit. Jangan tunjuk sangat muka masam tu,” Zachary menarik Aisha supaya merapatinya lalu pinggang itu dipeluk.
“Zach…I tak selesalah…”
Zachary menghadiahkan senyuman manis pada Aisha. “Aku pun sama tapi buat jelah ok? Kalau tak buat entah apa pulak nanti diorang fikir.”
“Yelah!” Aisha nak tak nak terpaksa jugak peluk pinggang Zachary. Bergegor tangan nak peluk suami sendiri.
Adira hanya mencebik menyampah bila melihat adegan antara Zachary dan Aisha. Aku yakin yang rumah tangga diorang takkan kekal lama pun sebab Aisha bukanlah calon isteri yang Zachary nak.

BADANNYA direbahkan ke atas katil. Dia menghembuskan nafas beratnya. Penatnya! Matanya dipejam seketika. Kalau tahulah penat dia macam ni, memang aku dah cakap dekat mama dengan papa tak payah buat kenduri besar-besaran macam ni.
Zachary memandang Aisha yang dah terbongkang atas katil dengan baju pengantin masih tersarung di badannya. Penat sangatlah tu. Tengok riak muka dia pun aku dah tahu. Satu-persatu butang bajunya dibuka.
“Wowowo!!! You buat apa ni?” Aisha menutup mukanya bila terpandang Zachary yang sedang buka butang bajunya.
“Aku buat apa? Aku nak bukak bajulah…” pelik-pelik sangat minah ni.
“Kalau you nak bukak baju, bukaklah dalam bilik air. Dah kenapa nak bukak depan I?! You ingat badan you sado sangat ke hah?!” Aisha!!! Celupar gila mulut kau! Mulutnya ditampar berkali-kali.
Zachary tersenyum sinis lalu menghampiri Aisha sambil membuka baju kemejanya. Gaya sexy man lah tu.
“Zach! You nak buat apa ni?! Eiii!!! Jangan dekat dengan I!”
“Kenapa? Salah ke seorang suami nak dekat dengan isteri dia sendiri?”
“Zach! Tak lawaklah!”
“You know what Aisha? Selalunya malam-malam macam ni pengantin enjoy je malam pertama diorang. Kenapa kau nampak takut ni?”
“I tak takutlah!”
“Betul ni? Ok…kalau macam tu kau tunggu aku mandi eh? Lepas je aku mandi kita start!” Zachary meluru masuk ke dalam bilik air.
Aisha menurunkan tangannya dari menutup mata. Eiii! Miang nak mati betullah mamat ni. Jangan harap malam pertama antara aku dengan dia akan terjadi! No way!
Tak lama kemudian, Zachary keluar dari bilik mandi dengan baju t-shirt dan seluar pendek tersarung di tubuhnya.
Aisha terus bangun dan ingin masuk ke dalam bilik mandi namun ditegah oleh Zachary. Senyuman nakal diukirkan pada Aisha.
“Yyy…you ni dah kenapa?” dah tiba-tiba tersenyum macam tu. Creepy pulak rasanya.
“Nak pergi mana?”
“Nak mandilah! Takkan nak berdisko pulak.”
“Jangan mandi lama sangat. Nanti aku rindu…”
“Eiii!!! Jangan nak merepek!” terus Aisha menolak tubuh Zachary ke tepi lalu segera meloloskan diri ke dalam bilik mandi.
“Tak hingin aku nak rindu kau!” tuala disidai kembali ke dalam almari lalu tubuhnya dibaringkan ke atas katil. Ya Allah…bestnya dapat baring atas katil ni.
30 minit kemudian…Zachary memandang pintu bilik air. Spesis badak berendam ke macam mana minah ni? Dah 30 minit dalam bilik air tu.
“Sayang!”
Aisha yang berdiri di sebalik pintu mengherotkan bibirnya. Geli pulak usus aku ni dengar dia panggil aku sayang. Buang tebiat ke apa?
“Buat apa lama sangat dalam tu? Abang dah rindu ni…”
“You jangan nak menggedik eh!” Aisha memberi amaran.
“Mana ada. Abang cakap benda yang betul!”
Terus pintu bilik air dibuka dari dalam. Aisha berdiri di sebelahnya. “You ni dah hilang akal ke?”
“Taklah…betul lagi ha.”
Zachary bangun dari katil lalu mengambil dua biji bantal dan menuju ke sofa bilik.
“You nak tidur mana?”
“Tidur dekat sofalah.”
“Kenapa tak tidur atas katil?” aku rasa katil ni dah cukup luas untuk aku dengan Zachary.
“Tak apalah. Nanti kau tak selesa pulak. Kau tidur jelah atas katil tu,” badannya segera direbahkan ke atas sofa lalu menutup matanya.
Aisha tak banyak bunyi. Ikut suka dialah nak tidur mana pun. Aisha membaringkan tubuhnya lalu memejamkan matanya. Tak sampai 10 minit Aisha hanyut dalam mimpinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience