Bab 38

Romance Completed 102547

Aisha mecelikkan matanya perlahan-lahan. Tekaknya terasa kering. Aku dekat mana ni? Dia cuba mengamati bilik yang didudukinya. Aku dekat hospital ke? Aisha menoleh ke sebelah bila terasa tangannya macam digenggam oleh seseorang. Zach? Macam mana pulak aku boleh end up dekat hospital ni?
Dia cuba recall balik apa yang jadi semalam. Semalam aku turun tangga lepas tu dan entah kat mana silapnya, aku tergelincir jatuh lima anak tangga. Apa yang aku tahu lepas tu perut aku sakit. Ada darah yang keluar kot celah paha aku. Pantas tangannya beralih ke perut. Anak aku tak apa-apa kan?
Zachary terjaga dari lenanya bila terasa pergerakan pada tangannya. Dia memandang Aisha yang sedang meraba perutnya sendiri.
“Aisha…”
“Zach! Zach!”
“Hey…kenapa ni? Kenapa gelabah sangat ni?” tangannya naik mengusap rambut halus Aisha.
“Zach! Anak I tak apa-apa kan? Anak I still ada dalam perut I kan?” soal Aisha dengan nada cemasnya. Tolonglah cakap yang anak aku masih ada dalam perut aku.
Zachary memandang wajah Aisha dengan pandangan sayu. Rasa sedih menyelubungi dirinya tapi dia tak boleh tunjukkan kesedihan yang dia rasa depan Aisha sebab kalau dia sedih, Aisha seribu kali ganda sedih darinya.
“Zach! I tanya you ni!”
“Sayang…doktor tak dapat selamatkan anak kita. Anak kita dah tak ada sayang…”
Air mata Aisha makin lebat mengalir di pipi. Zachary bangun dari kerusi lalu duduk di sebelah Aisha. Tubuh isterinya dibawa ke dalam dakapannya sambil tangan kanannya mengusap lembut belakang badan Aisha.
“Jangan sedih-sedih macam ni. Mungkin kita belum ada rezeki nak dapat anak…” ujar Zachary dengan nada sayu. Jujur dia terkesan bila tengok isterinya sedih macam ni. Siapa je tak sedih bila cahaya mata yang selama ini ditunggu-tunggu akhirnya tiada?
“Ini semua salah I Zach…”
“Syhhh…ini bukan salah sapa-sapa. Cuma Allah belum bagi kita rezeki lagi untuk timang cahaya mata. Mungkin Allah dah aturkan percangan yang terbaik untuk kita…”
“Tak! Ini semua salah I Zach! Kalau I hati-hati masa turun tangga tu…mungkin anak kita selamat sekarang ni!”
Makin erat pelukan Zachary pada tubuh Aisha. “Sayang…listen here. Tak ada salah sapa pun. Benda dah nak jadi. Jangan pernah salahkan takdir yang terjadi pada kita.”
“I mintak maaf Zach. Sebabkan I, anak yang you tunggu selama ni pergi macam tu je…”
“Aku ok. Kau jangan risaukan aku. Mungkin kita boleh cuba lagi. Cuma jangan pernah berputus asa.” dahi Aisha dikucup perlahan. Cuba menghilangkan rasa bersalah dalam hati isterinya.

SELEPAS 3 hari ditahan di wad, akhirnya Aisha dibenarkan pulang ke rumah. Zachary membawa Aisha balik ke rumah mama dan papanya memandangkan itu permintaan Aisha sendiri. Zachary hanya akur. Apa salahnya kan kalau dia duduk rumah parents dia buat sementara waktu? Mungkin bila Aisha duduk rumah parents dia selama tempoh berpantang, hati dan perasaan dia lebih tenang?
Zachary membantu Aisha memanjat satu persatu tangga menuju ke bilik Aisha. Pintu bilik dibuka lalu tubuh Aisha didudukkan ke atas katil. Zachary menutup pintu bilik Aisha lalu dia mengambil tempat di sebelah Aisha. Mata Aisha masih lagi sembab penangan menangis 3 hari. Ni pun dia dah ok sikit. Sikit je.
Tangannya menggenggam erat jemari Aisha. Cuba menghulurkan semangat kepada isterinya sekarang ni. Tengok Aisha sedih lagilah hati dia sedih. Ya Allah Ya Tuhanku, aku bermohon kepada-Mu agar Engkau kuatkanlah jiwa isteriku ini. Keluarkanlah dia dari dunia kesedihan yang dia tengah alami sekarang ini. Amin Ya Rabbal Alamin…
“Zach…I mintak maaf.”
Ayat yang sama dituturkan Aisha sepanjang tiga hari dia di hospital. Zachary menayangkan senyumannya pada Aisha.
“Sayang…berapa kali aku nak cakap? Kau tak payah mintak maaf sebab apa yang jadi ni bukannya salah kau.”
“Tapi…”
“Sayang…” tangannya menarik wajah Aisha supaya bertentangan mata dengannya. “Look at me. Apa yang dah jadi dekat kita bukan salah kau. Benda dah nak jadi sayang. Kita tak boleh salahkan takdir yang Allah dah tentukan untuk kita. Please sayang? Jangan salahkan diri kau lagi? Aku tak suka. So now give me your beautiful smile?” jari telunjuknya mencuit dagu Aisha.
“Zach…” terharu dia dengan Zachary. Dia tahu Zachary tengah bersedih sekarang tapi Zachary langsung tak tunjuk di hadapannya. Malah, macam-macam cara Zachary buat untuk dia tersenyum.
“No! What I want is your beautiful smile. Smile please?” Aisha mengalah. Bibirnya perlahan-lahan menguntum senyuman buat suaminya. Bertambah senyumannya bila melihat senyuman bahagia Zachary.
“That’s my wife. Lepas ni tak nak sedih-sedih ok? Kalau kau sedih-sedih depan aku, aku cium kau!” amaran keras dari Zachary.
“You ni…sempat eh nak menggatal dengan I?” Zachary memeluk bahu Aisha dengan tangan kirinya. Merapatkan kedudukan mereka berdua.
“Apa salahnya kalau aku menggatal dengan kau? Kau kan isteri aku? Tak salah pun nak menggatal. Lagipun, aku tak nak tengok kau sedih memanjang. Kalau boleh, aku nak tengok kau happy macam dulu-dulu. Boleh?” Aisha mengangguk. “Macam nilah isteri aku. Dah…sekarang ni kau rehat dulu. Aku nak turun bawah sembang dengan papa kejap.”
“Ok…tapi janji dengan I you jangan tinggalkan I?”
Zachary mengusap pipi Aisha. “Aku janji. Now, rest.” Zachary menolong Aisha merebahkan badannya di atas katil. Selimut ditarik hingga ke paras dada Aisha. Ciumannya dilabuhkan pada dahi Aisha. Selepas memastikan Aisha tidur, dia beredar keluar dari situ.
Zachary melangkah ke arah Tuan Amin Louis yang sedang bersantai di halaman rumah. “Papa…” dia menarik kerusi berhadapan dengan bapak mertuanya.
“Zach…” Tuan Amin Louis tersenyum kepada Zachary. “How’s your feeling?”
“Better than yesterday…” jawabnya perlahan.
“Zach tak marahkan Aisha kan?”
Zachary pantas menggeleng. “Buat apa Zach nak marahkan dia papa? She’s wrong nothing. Aisha dah buat yang terbaik untuk jaga anak kami tapi dah tak ada rezeki lagi papa.”
“I’m so proud of you Zach. You’re so strong like you being.”
“Zach kenalah tabah dan kuat untuk Aisha. Kalau Zach tak kuat, Aisha lagi terkesan. Zach tak nak dia salahkan diri dia lagi lepas apa yang dah jadi.”
“Papa nak ucapkan terima kasih dekat Zach sebab sanggup layan perangai diva anak papa yang satu ni.”
Kedua-dua mereka tergelak. Perangai diva Aisha memang mengalahkan miss world.
“Saya kesian tengok Aisha dan Zach. Baru je nak rasa bahagia, sekelip mata rasa tu lenyap,” ujar Sara. Matanya masih memerhati raut wajah Zachary yang nampak…sedih.
“Kalau awak rasa, saya lagilah rasa for both of them. Saya faham perasaan kehilangan tu. Tapi apa yang saya nampak Zachary tu tabah orangnya. Depan orang pun dia masih boleh tersenyum. Kalau saya, saya rasa saya murung lagi teruk dari Zachary dan Aisha,” ujar Rayan pula. Dia ternampak macam mana Zachary memujuk adiknya tadi sebelum masuk ke dalam bilik. Kalau aku, belum tentu mampu jadi tabah macam Zachary.
Suara tangisan Aiman kedengaran dari bilik Sara. Baru je Sara nak melangkah ke tangga, Rayan terlebih dahulu menghalang.
“Biar saya yang pergi ambik Aiman…”
“Tak apa. Tak payah susah-susah.”
“Tak ada yang susah pun. Ingat, awak tu masih dalam tempoh pantang. Lagi seminggu je nak habis.”
“Tapi…”
“Tak ada tapi-tapi,” Rayan segera memanjat tangga menuju ke bilik Sara. Mengambil Aiman yang masih lagi menangis di atas katil. Walaupun Aiman bukan anaknya tapi kasih-sayangnya pada Aiman dah macam anak sendiri. Dan…yang sebenarnya aku memang dah jatuh cinta pada mak Aiman sendiri, Sara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience