Bab 15

Romance Completed 102547

Aisha menyerahkan sampul yang berisi kad kahwinnya kepada Sophea dan Tania. Seperti yang dia dapat agak, kedua-duanya muka reaksi terkejut. Mungkin tak sangka kot yang aku betul-betul dah nak kahwin. Yelah, kalau selama ni topik-topik nak kahwin ni aku akan elak dulu.
“You serius ni Aisha nak kahwin dengan Zach? Selama ni I ingatkan you tipu tau Aisha!” ujar Tania dengan nada tak percayanya. Selama ni dia ingat Aisha tipu je bab dia nak kahwin.
“I told you before this right yang I memang nak kahwin dengan Zach. Memang I nak jauhkan diri I dari Fariq yang gila tu. Tak sanggup I nak hadap Fariq tu. Kalau dia boleh buat Sara macam tu, tak mustahil nanti dia boleh buat dekat I pulak. I tak nak ambik risiko berkahwin dengan dia.”
“Betul jugak apa yang you cakap. Dari you kahwin dengan dia, baik you kahwin dengan Zach je. I yakin once you dapat anak dengan Zach nanti, mesti anak-anak you comel kan? You dengan Zach kan mix blood?” ujar Sophea sambil tersengih.
“You cakap apa Fia? I? Ada anak dengan Zach? Common, that’s doesn’t make sense ok. Nonsense! I tak naklah mengandung. Nanti body I dah tak meletop. Lepas beranak, mesti badan I akan berubah mendadak. Tak naklah I! Nanti nampak buruk!”
Tania dan Sophea masing-masing menepuk dahi mendengar kata-kata Aisha. Apalah yang kolot sangat pemikiran si Aisha ni hah?
“Aisha…you pregnant then giving birth tak semestinya badan you totally berubah tau. Badan you akan totally berubah bila you tak jaga pemakanan you time you pantang. Ok?” ujar Tania.
“No, pantang or not I tak nak ada anak.”
“Then? You fikir Zach macam mana pulak? Dia mesti nak ada anak jugak. You nak ke tak nak kena jugak bagi Zach tu anak,” Tania menyampuk lagi.
“I akan bagi syarat dekat dia. Syarat utama ialah I tak nak ada anak ok?”
“You ni Sha…tak boleh ke consider sikit. Ok, time ni you cakaplah you tak nak mengandung, you tak nak ada anak but if one day, you nak ada anak dan you tak dapat anak even you dan Zach dah berusaha. Macam mana? You tak boleh cakap macam ni Aisha. Kalau Allah tutup rezeki you untuk mengandung, susah you Aisha.” giliran Sophea pula memberi nasihat. Kata-kata yang keluar dari mulut kita ni pun diibaratkan satu doa jugak. Jadi, berhati-hati dengan apa yang kita cakap. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari.
“Tutup topik ni ok? I malas dah nak dengar…”
Sophea dan Tania hanya mampu mengeluh kecil. Apapun sekali nasihat mereka untuk Aisha, mereka tahu Aisha takkan dan tak nak dengar pun. Kenal sangat dah perangai Aisha ni macam mana.
“So, lepas ni kita nak pergi mana?” Tania menyoal bila cengkerik tumpang lalu. Krik-krik…
“Kita pergi shopping nak?” Sophea memberi cadangan.
“Boleh jugak tu!” Tania dan Aisha sama-sama setuju. Kalau bab shopping, always on!

SARA melangkah keluar dari 7 eleven dengan plastik berisi roti gardenia di tangannya. Namun, baru saja langkahnya hendak menuju ke kereta Rayan, dirinya ditarik dari belakang membuatkan tubuhnya terus pusing menghadap gerangan yang sedang memegang tangannya sekarang ni.
“Fariq?! Apa awak nak ni?! Lepaslah!” Sara meronta meminta tangannya dilepaskan. Tapi Fariq? Ada dia kisah?
“Aku nak kau balik rumah aku sekarang jugak!”
“Fariq?! Awak dah gila ke apa?! Kita dah tak ada apa-apa hubungan! Awak dah ceraikan saya dah pun Fariq! Perlu ke saya balik ke rumah awak!” ujarnya sambil cuba melepaskan tangannya dari genggaman Fariq.
“Look, aku tak sengaja lepaskan talak dekat kau ok? Aku cuma tertekan time tu. Please balik rumah aku?”
“No! Senangnya awak cakapkan Fariq? Awak tak sengaja lepaskan talak pada saya?! Awak ingat talak tu main-main ke hah?! Dah! Lepaskan tangan saya sekarang!”
“Kenapa kau degil sangat hah?! Susah sangat ke nak balik rumah aku?! Susah sangat ke?!” Fariq versi psiko dah keluar.
“Tak nak!!!” Sara memberontak.
“Hoi!” genggaman Fariq pada tangan Sara terlepas. Sara menggosok pergelangan tangannya yang sakit akibat dicengkam kuat oleh Fariq.
“Kau sapa?” soal Fariq.
“Yang kau kisah aku ni sapa apasal? Sekarang ni, aku nak tanya kau ni sapa? Apahal pegang tangan dia?” Rayan menunjukkan wajah tegangnya.
“Dia ni isteri aku!”
“Bekas isteri!” Sara menekankan perkataan bekas isteri.
“Ouhhh…bekas isteri? That’s mean kau ni bekas suami dia kan? Kaulah lelaki dayus tu?”
“Aku tak dayuslah!”
“Oh ya? Tak dayus? Kalau tak dayus, kenapa pukul-pukul dia masa dia masih lagi sah jadi isteri kau? Kau ingat dia binatang ke?”
“Eh! Kau ni orang luar je tau? Kau tak ada hak nak campur urusan aku dengan Sara!”
“Tak ada hak? Buat pengetahuan kau, aku dengan Sara akan berkahwin sebaik saja dia melahirkan anak ni dan tamat tempoh iddah dia. Kau faham?”
Rahang Fariq bergerak-gerak. Tak puas hati dengan kenyataan Rayan. “Kau jangan harap dapat kahwin dengan dia! Dia hak aku!”
“Dia bukan hak kau lagi selepas dia melahirkan anak ni. Ok? Jom Sara. Kalau layan dia ni, sampai esok tak sudah!” Rayan menarik tangan Sara mengikut langkahnya ke kereta.
Fariq memandang mereka dengan pandangan tak puas hati! Tak guna! Sorang-sorang aku terlepas! Sial betul!
Sara memandang Rayan yang sedang fokus dengan pemanduannya. Haih…aku nak bukak mulut pun tak berani sekarang ni bila tengok muka Rayan yang tengah tegang sekarang ni.
“Awak nak cakap apa Sara? Cakap jelah,” Rayan bersuara. Bukan dia tak perasan berapa kali Sara pandang ke arahnya macam ada benda yang nak dia cakap.
“Emmm…kalau saya tanya ni awak jangan marah eh?”
“Pasal apa tu?”
“Pasal apa yang awak cakap dekat Fariq. Kenapa awak cakap awak nak kahwin dengan saya?”
Rayan menghembuskan nafas kasarnya. “Salah ke saya cakap macam tu?”
“Emmm…” aduh! Tak tahu nak balas apa.
“Saya cakap macam tu sebab saya nak selamatkan awak dari jantan tak guna tu. Kalau saya tak cakap macam tu, entah sampai bila dia akan kacau awak lagi.”
Sara mampu mengangguk. Terkaku kejap. Tiba-tiba pulak aku rasa otak aku blank sekarang ni. Tak apalah Sara, janji Rayan dah selamatkan kau tadi dari Fariq psiko tadi. Sekurang-kurangnya Rayan ada, kau takkan diapa-apakan oleh Fariq tu.

KETIKA dia sedang membelek barang mekap, dirinya ditegur dari belakang. Aisha menoleh. Eh…Adira? Kebetulan ehhh jumpa dia lagi hari ni? Aisha hanya mampu memberi senyuman kepada Adira.
“Nice to meet you again Aisha…” Adira menghulurkan tangannya untuk bersalam. Aisha tanpa teragak-agak menyambut huluran tangan Adira. Kalau tak sambut kang kata aku sombong pulak.
Namun, apa yang buat dia tak senang bila Adira menilik dirinya dari atas hingga bawah. Haih…dah kenapa minah ni tilik aku from head to toe ni? Spesis lesbian mata keranjang ke macam mana? Janganlah cakap dia ni lesbian! Tak sanggup aku!
“Kenapa you tengok I macam tu?” soal Aisha.
“You know what? I can’t think wisely how come Zachary fallin’ in love with you? Just look at yourself. Pakaian terdedah sana-sini. Pakai skirt pulak tu. Hmmm…I pelik sebab Zachary ni tak suka sangat dengan perempuan yang terdedah macam you ni. You langsung tak sesuai dengan Zachary!”
Haih! Panas pulak hati aku dengar minah ni komplen macam-macam pasal aku! Ikut suka hati akulah aku nak pakai apa pun! Kau sapa nak tegur aku?!
“I’m sorry Miss Adira if my words sound inappropriate to be heard but I have to say this. I admit you’re so beautiful with who you are to be. You wear jubah and hijab but that’s not a license you can critics me with your fucking foul mouth! It is a shame for a woman like you who are better than me talking like you have no manners at all! Are you God that can judge me with your silly minded whether I’m good enough for Zachary?! No, you’re not God! You don’t have the right to judge me with my looking right now! Oh ya, pasal I ni sesuai ke tak dengan Zachary? Yes, I memang sesuai dengan dia sebab I ni bukannya jenis fucking minded macam you. I rasa Zachary lagi merana kalau berbinikan macam you ni.”
“Eh! You jangan nak berlagak sangat eh? You ni baru je jadi tunang Zachary tau! You jangan ingat yang Zachary akan bertahan lama dengan perangai berlagak sombong you ni. Habis senget bahu Zachary sebab terpaksa tanggung dosa-dosa you!”
“I takut bahu Zachary tu patah terus sebab dosa yang dilakukan oleh mulut you ni. Jangan lupa eh. Mulut kita ni lagi tajam dari mata pisau. Plus, I rasa you tak payahlah bertudung litup ni bagai sebab nampak macam you ni munafik. Harap pakai jubah dan tudung litup tapi hati hitam, busuk! Dahlah, I malas nak layan you. Bye!” Aisha segera melangkah pergi dari situ. Mood nya nak shopping terus melayang sebab Adira. Dia ingat dia bagus sangat kot!
“Kurang ajar!” gumam Adira tak puas hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience