Bab 16

Romance Completed 102547

Beg tangannya dibaling kasar ke atas katil. Pinggangnya dicekakkan ke pinggang dengan nafasnya yang naik turun dengan laju. Geram dengan Adira punya pasal.
“Eiii!!! Kau ingat kau tu cukup baik sangat ke hah?! Bertudung litup tapi mulut puaka nak mampus!” punggungnya dihenyak ke atas katil. Tangannya menumbuk katil bertubi-tubi melepaskan geram.
Ting! Whatsapp nya berbunyi. Ada chat masuk. Aisha mengambil fonnya kasar dalam beg tangan. Dia membuka chat yang dihantar oleh Zachary.

Kambing: Apa yang kau dah buat ni?

Ni lagi sekor! Apalah masalah dia chat aku tanya apa yang aku dah buat? Apa yang aku buat?

Me: What are you talking about?

Kambing: Kenapa kau cakap macam tu dekat Adira? Kenapa mulut kau ni celupar sangat eh hina dia?

Ohhh! Minah tu mengadu dekat Zachary lah ni?! Mesti mengampu tak habis-habis! Tak guna punya perempuan!

Me: Oh…sekarang ni you nak bekap kawan you yang baik sangat tulah?

Kambing: Kau tak sepatutnya cakap dekat dia macam tu.

Tak tahan lagi dengan Zachary, henfonnya dicampakkan ke tepi. Benci! Minah tu memang dah lama tak makan kaki! Siap mengadu dekat Zachary! Huh! Kau ingat aku takut? In your dreams lah perempuan!
Aisha menoleh ke sebelah bila telefonnya berdering. Tertera incoming call from Kambing. Apa lagi yang dia nak?!!! Punat hijau disentuh.
“Nak apa lagi?!” jerkahnya tanpa memberi salam.
“Aku nak tanya kenapa kau cakap macam tu dekat Adira sedangkan dia datang nak jumpa kau dengan niat baik?”
Niat baik kepala hotak dia! Dia yang datang serang aku dulu!
“Seriuslah you percaya dia?”
“Of course!”
“Then, tak gunalah kalau I nak explain the situation that happened to me!”
“Maksud kau?”
“Dah! Tak payah nak cakap banyak! Kalau I cakap pun you tak akan percaya! You akan lebihkan Adira daripada I, tunang you!” butang merah disentuh. End call.
Mesti kau jaja cerita macam-macam dekat Zach kan? Sabar Aisha…sabar. Tak ada guna pun kau nak marahkan perempuan macam tu.
Sekali lagi telefonnya berdering. Panggilan dari Zachary lagi. Aisha mendengus kuat. Tak faham bahasa ke mamat ni?!
“Nak apa lagi?!” terjahnya sebaik saja dia menjawab panggilan Zachary.
“Aku nak kau explain dekat aku what actually happened?”
“I rasa you tak perlukan explanation apa-apa dari I. Adira dah explain everything dekat you dan apa yang dia explain dekat you semuanya betul-betul belaka! Ok? Puas hati? Jangan call I!” talian diputuskan. Aisha menarik nafas dalam-dalam.
Rileks Aisha…kau perlu sentiasa be cool. Setakat mulut longkang tu tak ada apalah sangat. Lama-lama bau longkang dia tu akan merebak jugak. Kebenaran akan terbongkar jugak akhirnya.
Telefon yang berdering tidak dihiraunya. Panggilan dari Zachary. Kau call lah sampai bateri kau mati! Aku tak akan jawab! Dari layan sakit hati ni, baik aku pergi berendam dalam tab. Tak adalah sakit hati!

ZACHARY mengeluh kuat bila panggilannya tidak dijawab Aisha. Ya Allah…apa ni? Serius aku keliru. Yang mana satu betul? Ok, kalau betullah dia tak bersalah, kenapa dia tak berterus terang je dengan aku? Kenapa perlu protes macam ni?
Kau pun satu Zach! Tadi kau terjah dia seolah-olah dia yang bersalah dalam hal ni. Kan Aisha dah tak layan kau! Padanlah muka kau! Lain kali, tanya elok-elok. Bukannya main hentam terjah macam tu je. Padanlah Aisha sakit hati.
“Along dah kenapa ni? Gelisah semacam je achik tengok?” tegur Danish. Abang aku ni dah macam kucing nak beranak lagaknya.
“Tak ada apalah. Ada masalah sikit dengan Aisha.”
“Ohhh…along buat kak Aisha kecik hati eh??”
“Mana ada.”
“Iyelah tu. Kalau bukan sebab tu, sebab apa? Achik kenallah along. Kalau along yang salah, along takkan senang duduk punya macam sekarang ni. Ke hulu ke hilir…”
Zachary ketuk kepala Danish perlahan. “Memandai je achik ni.”
“Achik cakap benda yang betul!”
“Dah! Jangan nak menyibuk! Sibuk je kerjanya!” Zachary melangkah masuk ke dalam rumah menuju ke biliknya.
Dia mencuba sekali lagi mendail Aisha. Macam biasa…panggilannya tak diangkat. Hantar chat dekat whatsapp, tinggal satu tick je. Hmmm…nampaknya Aisha marah betul dekat aku. Zachary mengetuk dahinya menggunakan telefon. Macam mana lagi aku nak buat supaya Aisha tak marahkan aku lagi? Dia mencuba sekali lagi hantar chat kepada Aisha.

Me: Ok…aku mintak maaf kalau aku sakitkan hati kau tapi aku tak berniat pun. Aku cuma curious je ok? Aku tak tuduh kau pun. So, aku mintak sangat kau explain dekat aku apa yang dah jadi supaya aku clear with both situation.

Selepas saja chatnya dihantar, chatnya naik tanda bluetick. Perkataan typing berlayar dibawah nama Aisha.

Siput Sedut: I dah cakap dekat you kan? Apa yang Adira cakap dekat you semuanya betul. I dah tak ada benda yang nak diexplainkan dekat you. Ok? Please lah jangan ganggu I! I need my time and space!

Me: Kenapa kau pilih untuk suruh aku percayakan apa yang Adira cakap dekat aku sedangkan aku tak dengar apa-apa explanation daripada kau lagi?

Siput Sedut: You ni spesis tak faham bahasa kan? Jawapan yang you nak Adira dah cakap pun! Apa yang you tak faham lagi?! You nak I explain apa lagi kalau Adira dah explain dekat you dengan jelas!

Me: Aku nak dengar penjelasan dari kau sendiri!

Siput Sidut: Whatever ok! I malas nak layan you! Better I tidur lagi bagus!

Perkataan last seen tertera tanda Aisha dah tutup whatsapp. Kenapalah kau berkeras sangat tak nak explain dekat aku Aisha apa yang dah jadi antara kau dengan Adira? Explain je pun! Susah sangat ke Aisha?!

PADAN muka kau! Susah sangat nak faham! Kalau aku explain sekali pun apa yang terjadi, aku yakin yang Zach takkan percayakan aku. Yelah, aku nikan sapalah sangat dalam hidup dia? Adira tu dia dah kenal lama jadi mestilah dia akan percayakan Adira lebih dari aku!
Badannya dibaringkat ke atas katil menghadap kipas yang berpusing perlahan. Tak lama lagi, aku akan kahwin dengan Zach. Tapi, bahagia ke nanti aku dengan Zach? Aku dengan dia bukannya bercinta pun. Kenal rapat pun tak. Haih…macam manalah aku nak hidup dengan dia nanti.
Agak-agaknya boleh ke dia sara aku nanti? Boleh ke dia beli beg Louis Vuitton mahal untuk aku dengan hidup dia yang serba sederhana je? Nasib kaulah Aisha dapat suami yang tak kaya. Daripada aku fikir pasal ni, lebih baik aku tidur! Aisha memejamkan matanya lalu hanyut dalam lenanya.
Kalaulah kau tahu Aisha…Zachary mampu tampung hidup kau sampai tujuh keturunan pun takkan habis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience