Bab 17

Romance Completed 102547

Aisha melabuhkan punggungnya di atas katil hotel. Upacara akad nikah akan bermula beberapa minit saja lagi. Debar di dada tak payah cakaplah. Berdebarnya kalah larian marathon 100 meter. Baju pengantinnya yang berwarna pastel peach ditilik.
Hari ni majlis pihak perempuan bermula pukul 11 pagi dan bagi pihak lelaki pulak 9 malam seperti yang dirancangkan sebelum ni. Sejak kejadian Adira cerita macam-macam dekat Zachary dan Zachary pun macam nak tuduh aku, aku rasa sekarang macam aku nak lari je dari majlis pernikahan aku ni. Tapi, sebab aku masih waras aku tak lari. Hello, ini bukan drama ok nak kena lari segala. Kalau aku lari, mesti mama dan papa dapat malu.
“Amboi bakal pengantin ni. Termenung jauh sampaikan kita sapa dia pun dia tak sedar eh?” suara Tania menyedarkan Aisha dari lamunannya.
“Eh? Bila korang sampai?”
“Baru je. Yang you ni termenung dah kenapa?” soal Tania bila dia perasan riak wajah Aisha lain macam tadi.
“Entahlah Tania. I rasa macam I nak lari je sekarang ni.”
“But why? You jangan nak buat kerja gila Aisha!” ujar Sophea dengan nada tegasnya.
“You gaduh dengan Zachary ke Aisha?” soalan Tania memang tepat kena batang hidung Aisha.
“Tak tahulah but obviously memang sounds like I ni macam gaduh dengan dialah. Entahlah, bila teringatkan dia dengan Adira tu, buat I sakit hati!” serius aku tak boleh terima apa yang Adira dah buat. Kalau ikutkan hati aku, aku nak ganyang je mulut minah puaka tu.
“Kenapa ni? Kenapa you tak cerita dekat kitaorang? Kenapa you pendam? Tengok…you dah sakitkan sekarang?” Sophea beriak bimbang. Sama jugak dengan Tania.
“No, it’s okay. I boleh hadam benda ni. Tapi tulah! Apa yang buatkan I sakit hati bila si Adira tu jaja cerita apa entah pasal I dekat Zachary. Kononnya perangai I ni buruk!”
“Eiii! Bodoh betul si Adira tu. You nak I dengan Tania settlekan minah tu?”
Aisha menggeleng. “Tak payahlah. Kalau you pergi settlekan minah tu, tak pasal-pasal nama I jugak yang dia akan burukkan dan keadaan I dengan Zachary akan buruk. So, tak payah.”
“Sure?” tanya Sophea ingin kepastian.
“Sure.”
Pintu bilik hotel ditolak dari luar. Terjengul wajah Daisha yang sedang tersenyum ke arah mereka sekarang.
“Aisha, jom turun. Pengantin lelaki dah tunggu dekat dewan.”
“Sekarang?”
“Yelah adikku sayang. Takkanlah esok pulak. Jom!”
Aisha mengangguk lalu bangun dari tempat duduknya melangkah keluar dari bilik hotel menuju ke dewan diiringi kak Daisha, Tania dan Sophea.
Ketika dia melangkah masuk ke dalam dewan, semua mata memandang ke arahnya. Ini buatkan dia nervous. Tambah pulak dengan silauan cahaya kamera yang diambil oleh fotografer yang diupah. Apa yang dia mampu buat sekarang ni hanyalah tersenyum.
Dari jauh dia terpandang Zachary yang sedang duduk bersila di hadapan tok kadi. Zachary turut memandang ke arah Aisha. Dalam diam, hatinya sekali lagi memuji kecantikan yang terserlah pada diri Aisha. Aisha nampak lain hari ni. Nampak lagi cantik dari sebelum ni.
Puan Suzie mengambil tempat di sebelah Aisha. Aisha menggengam tangan mamanya. Tangan aku dah sejuk kaku habis dah ni. Entah kenapa aku rasa nervous lain macam sekarang ni. Matanya dan mata Zachary bertentang bila Zachary menoleh memandangnya sebelum menoleh ke arah tok kadi semula.
Aisha memandang tok kadi yang sedang menghampirinya. Hah sudah! Tok kadi nak buat apa pulak dah datang dekat aku ni?! Kalau dia tanya aku macam-macam bab agama, mampuslah aku!
“Assalamualaikum saudari Carolina Aisha Louis…”
“Waalaikumuusalam…” jawabnya dengan nada gementar.
“Saya ingin bertanya pada saudari, adakah benar lelaki di hadapan saudari sekarang ini adalah bakal suami saudari?”
Dah kenapa tok kadi ni tanya aku macam tu? Mestilah Zachary tu bakal suami aku.
“Ya…dia bakal suami saya.”
“Adakah saudari sudi terima Alexander Zachary Adam sebagai suami saudari yang sah?”
Tanpa menjawab pertanyaan tok kadi, hanya anggukan menjadi jawapan kepada soalan yang dituju kepadanya tadi.
“Alhamdulillah…saudari boleh turunkan tandatangan saudari di sini dan juga muka surat belakang…” tanpa berlengah Aisha segera menurunkan tandatangannya pada helaian kertas tersebut.
“Terima kasih…” ucap tok kadi tersebut selepas Aisha menyerah kembali fail kepadanya. Dia kembali mengambil tempat di hadapan Zachary.
“Baiklah…sebelum kita mulakan upacara kita yang seterusnya, di sini saya ingin menyampaikan sedikit tazkirah buat bakal suami dan isteri. Dengarlah dengan sebaik-baiknya untuk menjadikan panduan kepada suami dan isteri nanti. Insya-Allah…”
Kesemua yang berada di dalam dewan tersebut mendengar dengan khusyuk tazkirah yang diberikan oleh tok kadi. Terutama sekali Zachary yang bakal menjadi pemimpin dalam keluarganya dan Aisha nanti.
“Alhamdulillah…dah selesai sesi tazkirah kita. Semoga apa yang saya sampaikan tadi bolehlah menjadi panduan untuk tuan-tuan dan puan-puan sekalian serta untuk bakal pengantin kita. Jadi, bolehlah kita mulakan sesi akad nikah ya? Semua dah bersedia?” saksi-saksi di sekeliling Zachary mengangguk.
“Saudara dah bersedia untuk diakad nikahkan?” tok kadi mengajukan soalan kepada Zachary. Biasalah untuk setiap pengantin mesti ada perasaan nervous time nak akad nikah.
“Dah…” jawabnya yakin.
Zachary menggenggam tangan tok kadi. Dah tiba masanya.
“Bismillahirahmanirahim…Alexander Zachary Adam bin Alexander Abdullah…” panjanganya nama!
“Saya…”
“Aku nikah akan dikau dengan Carolina Aisha Louis binti Amin Louis berwalikan bapanya kepadaku dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit tunai…”
Zachary mengambil nafas dalam-dalam. Makin kuat jantung ni nak berdegup. Aisha pula menanti balasan akad nikah dari Zachary.
“Aku terima nikah Carolina Aisha Louis binti Amin Louis dengan mas kahwinnnya lima ratus ringgit tunai…”
“Sah?”
“Sah!”
“Alhamdulillah…”
Semuanya menarik nafas lega mendengar laungan perkataan sah dari bibir-bibir saksi. Puan Suzie mengalirkan air matanya sebaik saja perkataan sah dilaungkan. Pipi anaknya dicium.
Aisha turut menangis bila melihat mamanya menangis. Tiba-tiba hati ni rasa sebak bila tengok mama menangis.
“Amin!” laung mereka apabila doa sudah habis dibaca tok kadi.
Zachary menghampiri Aisha lalu mengambil tempat di sebelah isterinya. Matanya dan mata Aisha bertentangan. Senyuman nipis dihadiahkan kepada Aisha.
Oh my God! I’m melting here! Ya Allah…kenapalah aku baru perasan senyuman Zachary manis sangat! Dia nampak lagi hensem bila senyum macam tu! Isy Aisha! Behave!
Aisha tersentak bila tangannya dipegang Zachary. Dia memandang Zachary yang sedang menyarungkan cincin di jari manisnya. Entah kenapa hati aku rasa berbunga-bunga sekarang ni. Rasa indah je. Haish Aisha! Sudah! Jangan nak berbunga sangat! Aisha menunduk mencium tangan Zachary.
Gilirannya pula untuk menyarungkan cincin kepada jari manis Zachary. Sebaik sahaja cincin tersemat di jari manis Zachary, terus bibir Zachary mendarat di dahi Aisha. Aisha terkaku. Keras di tempatnya. Zachary cium aku depan semua orang?! Ya Allah…entah kenapa aku rasa malu sekarang ni.
“Nampak cute je orang tu blushing,” ujar Zachary perlahan sambil tersenyum.
Oksigen! Oksigen! Please aku perlukan oksigen! Sekali lagi aku melting bila Zachary senyum dekat aku. Someone please give me oxygen! Mengada kau ni Aisha! Hahaha…
“Photo time!” adik-beradik family Aisha berkumpul di atas pelamin yang diduduki Aisha. Puan Suzie mengambil tempat di sebelah Aisha manakala Tuan Amin Louis mengambil tempat di sebelah Zachary.
“Smile!” arah fotografer di hadapan mereka sekarang. Macam-macam gaya ambik gambar. Selepas ambik gambar dengan semua family…giliran pengantin pulak.
“Aisha, Zachary…rapat sikit…” arah fotografer.
Zachary dan Aisha saling berpandangan. Zachary merapatkan dirinya dengan Aisha lalu pinggang itu diraih ke dalam pelukannnya. Jantung Aisha dah berdegup kencang. Haih! Dah kenapa dengan jantung aku ni! Tak pernah-pernah pun jadi macam ni sebelum ni.
“Senyum!” nak tak nak Aisha terpaksa jugak senyum sambil memandang Zachary.
Zachary terpukau melihat senyuman Aisha. Ya Allah…manis betul senyuman Aisha. Senyuman dia macam bidadari. Ha sudah! Zach! Bila masa kau pandai berjiwang bidadari bagai ni. Lah! Aku cakap benda yang betul. Senyuman Aisha memang cantik. Aku yang tengok ni pun tak berkedip mata.
“Tukar posting…Zachary…you cium dahi Aisha and Aisha you pulak letak kedua-dua tangan you dekat dada Zachary. Jangan lupa senyum!”
Hah ini kekok! Aisha teragak-agak untuk letakkan tangannya pada dada Zachary. Perlahan-lahan dia mendaratkan kedua-dua tangannya pada dada bidang Zachary. Sekali lagi dia terkaku bila bibir Zachary mencium dahinya.
Aduh! Perlu ke buat posting semua ni! Macam seksa je! Gumam Aisha dalam hati.
“Good job! Cantik!” puji fotografer tersebut. Aisha mampu menarik nafas lega bila dah habis sesi bergambar. Aku rasa dah banyak gambar ambik tadi. Entah cantik ke tak kesemua gambar-gambar tu.
Zachary dan Aisha sama-sama menuju ke meja makan untuk sesi makan beradab. Lauk-pauk yang terhidang memang buatkan perut Aisha berkeroncong hebat. Bayangkanlah dari semalam aku tak makan lagi. Tulah sekarang bila dah nampak makanan ni, rasa nak baham je!
Sekali lagi gambar mereka diambil oleh fotografer. Haih aku tak tahulah berapa banyak gambar yang nak kena ambik hah. Sejujurnya aku dah tak larat nak senyum. Aku tengok suami aku dekat sebelah ni senyum je. Tak kebas ke pipi tu kira senyum je?
Dan yang tak boleh blah sekali lagi bila time makan pun nak kena bersuap! Aduh! Nak tunjuk kata kami ni sweet ke macam mana?
“Senyum sikit sayang…”
Hampir tersedak Aisha dibuatnya bila Zachary menggelarkannya sayang. Zachary hanya tertawa kecil bila riak wajah Aisha berubah.
Aisha hanya tersenyum paksa sebelum menerima suapan dari Zachary. Nak tak nak, dia pun kena suap Zachary jugaklah. Elok saja sudu masuk ke dalam mulut Zachary, Aisha mengenyitkan matanya. Balas balik!
Wah! Aku pun hampir tersembur bila Aisha kenyit mata dekat aku. Sumpah aku cakap…dia nampak seksi kenyit mata macam tu. Aduh! Tergugat iman aku dibuatnya.
Aisha pula ketawa kecil bila Zachary beriak gelabah. Hah tahu pun gelabah encik suami macam mana aku gelabah bila kau panggil aku sayang tadi.
Selesai sesi makan beradab, Zachary dan Aisha berjalan seiring ke setiap pelusuk dewan untuk menyapa ahli keluarga Aisha. Ada yang datang dari luar negara. Yang datang dari luar negara tu semestinyalah adik-beradik sebelah papa Aisha.
Sophea dan Tania menghampiri Aisha. “Congrats beb!” ujar Tania dan Sophea serentak.
“Thanks.”
“Congrats bro. Tak sangka akhirnya kau kahwin jugak. Tinggal kitaorang jelah yang still bujang terlajak,” ujar Faiz, kawan kepada Zachary.
“Thanks bro. Tulah, aku rasa korang kena cari cepat-cepat. Manalah tahu jodoh ada dalam dewan ni ke?”
“Hahaha you’re great in joke man!” Ilman menumbuk bahu Zachary.
“Hahaha…”
“Aisha…I nak cakap satu benda je!” pinta Tania.
“Apa?”
“Mamat yang pakai baju oren tu nampak hensemlah! Serius hensem!” mata Tania menoleh ke arah Faiz.
“Betul! Yang sebelah dia tu pun hensem!” Sophea turut setuju.
“Hailah korang ni. Kalau nak pergi jelah cakap dekat kawan-kawan Zachary tu, I nak kahwin dengan you boleh? Ha cuba pergi cakap.”
“You gila ke apa Aisha? Malulah I!” Tania mencebirkan bibirnya. Idea tak bernas langsung.
“Bro, yang pakai baju kurung warna baby blue tu sapa?” soal Faiz. Zachary dah tersenyum jahat.
“Kenapa? Kau suka dekat dia ke?”
“Aku tanya je.”
“Nama dia Tania. Kawan baik Aisha tu. Kalau kau nak, kau pergi je cakap terus terang dekat Tania tu.”
“Kau gila ke bro? Buatnya kawan dia tu ada pakwe dah macam mana? Malulah aku!” gumam Faiz.
“Tak pa, nanti aku try tanya Aisha kawan dia tu dah berpunya ke belum. Kalau belum, aku recommend Tania tu untuk kau eh?” Zachary menepuk-nepuk bahu Faiz.
“Itupun kalau dia suka aku…”
“Bro! Jangan dekat Faiz sorang je. Dengan aku sekalilah. Yang sebelah Tania tu pun boleh tahan jugak. Aku rasa berdebor je tengok perempuan sebelah Tania tu.”
“Sapa? Sophea? Korang ni memang demand yang cantik-cantik ke macam mana?”
“Eh! Mana ada!” serentak Faiz dan Ilman bersuara. Zachary hanya ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience