Bab 31

Romance Completed 102547

Sara turun dari katilnya bila tiba-tiba rasa nak terkucil. Perlahan-lahan dia turun dari katil lalu menuju ke bilik air. Namun, belum sempat kakinya melangkah masuk ke dalam bilik air, tiba-tiba perutnya sakit. Ada banyak air yang mengalir melalui celah pahanya.
Air ketuban! Sempat matanya merenung ke arah jam yang terletak di dinding bilik. Dah pukul 4.50 pagi. Ya Allah…aku nak mintak tolong sapa ni? Dah sakit sangat ni! Aku rasa Puan Suzie belum bangun lagi. Takkan nak mintak tolong Rayan pulak? Awal pagi mestilah dia tidur lagi.
Tapi, aku dah tak tahan sakit sangat dah ni. Sara segera melangkah keluar dari biliknya. Baru turun tiga anak tangga, dirinya ditegur dari belakang.
“Sara? Kenapa ni?” suara Puan Suzie melegakan Sara. Dia menoleh memandang Puan Suzie.
“Auntie, perut Sara sakit. Air ketuban Sara dah pecah…”
“Ya Allah…tunggu kejap. Auntie kejutkan Rayan suruh bawak Sara pergi hospital,” Puan Suzie segera menuju kebilik anaknya.
“Rayan! Rayan! Ya Allah Rayan! Bangun!”
“Ada apa ma?” suaranya perlahan dengan suara serak-serak basah.
“Bangun!” tanpa banyak membantah, Rayan bangun dari tidurnya.
“Ada apa mama? Kenapa cemas sangat ni?”
“Rayan tolong hantar Sara ke hospital. Dia dah nak bersalin tu. Air ketuban dia dah pecah…”
“Hah?!” matanya dari tadi mengantuk terus segar-bugar. Sara dah nak bersalin?!
“Ye Sara dah nak bersalin. Bangun cepat! Tolong hantar dia ke hospital sekarang!”
“Ok ma!” Rayan bingkas bangun dari katil menuju ke bilik mandi. Cuci apa yang patut dekat muka sebelum keluar dari bilik mandi dan mencapai dompet dan kunci kereta.
“Sara dekat mana sekarang?”
“Ada dekat tangga tu…” Rayan pantas lari keluar dari biliknya.
“Sara…jom saya tolong awak…” Rayan dibantu mamanya memapah Sara turun perlahan-lahan anak tangga sehingga ke kereta Rayan. Selepas memastikan Sara berada dalam keadaan selesa, Rayan menutup pintu kereta.
“Mama tak nak ikut?”
“Tak apa, Rayan pergi dulu hantar Sara ke hospital. Mama pergi dengan papa nanti.”
“Ok, Rayan pergi dulu,” Rayan segera masuk ke tempat pemandu. Enjin kereta dihidupkan. Dia memandu pergi dari situ.
“Rayan…sakit…rasa macam dah nak keluar…”
“Sabar sikit. Tak lama kita sampai hospital,” jeritan sakit yang meniti di bibir Sara mencemaskan lagi hati Rayan.

“RAYAN! Macam mana dengan keadaan Sara sekarang ni?” soal Puan Suzie bila anaknya masih lagi duduk di ruangan menunggu di hadapan wad bersalin.
“Tak tahu lagi ma. Lepas je sampai sini, Sara terus kena tolak masuk wad. Sampai sekarang belum ada berita lagi pasal Sara dengan anak dia.”
“Insya-Allah Sara akan ok. Kita perlu berdoa je…” ujar Tuan Amin Louis pula. Puan Suzie dan Rayan hanya mengangguk.
“Kejap, Rayan dah call Aisha ke belum pasal Sara?”
“Lupa pulak Rayan. Tak apa, Rayan pergi call dia kejap…” Rayan berjalan ke sudut hospital lalu mendail nombor adiknya.
“Hello abang?” Aisha bersuara serak. Maklumlah orang tengah sedap lena ada pulak yang mengacau pagi-pagi buta macam ni.
“Hello adik. Kau dekat mana sekarang?”
“Adik still dekat Pahang lagi ni. Kenapa?”
“Tak ada apa cuma aku nak bagitahu yang Sara sekarang ni dalam labour room.”
“Serius?!” Rayan menjarakkan telefon dari telinganya. Boleh pekak telinga aku kalau dia jerit macam tu. Bergegar gegendang telinga aku.
“Kalau ye pun tak payahlah jerit macam tu. Ha arrr…sekarang ni dia ada dalam labour room tapi tak tahu lagi keadaan dia macam mana,” sedang dia bercakap telefon, dia terpandang ke arah doktor perempuan yang menghampiri mama dan papanya.
“Oklah kalau macam tu. Hari ni jugak adik balik.”
“Sure? Tak sayang ke honeymoon kau tu?”
“Bukan honeymoonlah! Vacay je!”
“Hmmm yelah. Cakap dekat adik ipar aku tu bawak kereta jangan laju sangat.”
“Ye bos!”
“Oklah aku off dulu. Nanti kalau dah sampai KL, call aku.”
“Ye bos!”
Rayan mematikan panggilan telefon. Segera dia menghampiri mama dan papanya yang tersenyum lega sekarang ni. Kalau mama dan papa tersenyum macam ni, maknanya tak ada berita buruklah.
“Apa yang doktor perempuan tadi tu cakap?”
“Alhamdulillah Sara dah selamat bersalin. Dapat baby boy.”
“Ya? Alhamdulillah…” Rayan tersenyum. Entah kenapa rasa bahagia sangat bila dengar Sara dah selamat bersalin. Macam anak yang baru lahir tu anak dia sendiri.
“Dah boleh jumpa Sara ke?”
“Belum lagi sebab keadaan Sara sekarang ni lemah. Yelah, first time bersalin kan? Biarlah Sara rehat dulu. Kita balik rumah dulu. Mama nak masakkan makanan untuk Sara. Kesian dia…nanti dia bangun mesti dia lapar.”
“Hmmm yelah kalau macam tu,” mereka bertiga beransur pulang ke rumah.

“SAPA yang call tu?” soal Zachary bila selesai menunaikan solat Subuh. Sejadah yang digunanya dilipat dan disangkut pada penyidai kecil di sebelah almari baju.
“Abang…”
“Kenapa dia call pagi-pagi macam ni? Ada emergency?” dengar suara Aisha tadi macam serius. Siap nak balik hari ni lagi.
“Tak ada emergency apa pun cuma abang call kata Sara dah bersalin. You…jom balik hari ni? I nak tengok keadaan Sara dengan baby dia. Mesti comelkan baby Sara?”
“Yelah kita balik hari. Talking about baby, macam suka baby je? But why bila sebut pasal soal anak sendiri, kau tolak mentah-mentah?”
Aisha terdiam seketika. Lain pulak topik yang keluar. “Yeahhh I like baby and kids but that doesn’t mean that I would love to have my own child. Just you imagine one day I give birth to our child and my body change in a blink of eye like a fatty. Oh no! That’s was a nightmare okay!”
“Haih otak kau ni ketinggalan zaman betul. Kalau ye pun badan kau up lepas bersalin, apa salahnya? Biasalah…lagipun kalau badan kau up after give birth, kau boleh je kuruskan badan kau balik dengan pergi gym ataupun waktu pantang jaga pemakanan. That’s it.”
“No way! I nak jaga badan I ok. I tak nak mengandung dan I tak nak ada anak.”
“Whatever. Dah! Bangun! Solat Subuh.”
Aisha buat muka. “Nak perli I ke?”
“No.”
“Then, why you ask me to solat?”
“Because solat one of your kewajipan untuk ditunaikan. So go.”
“You tahukan I ni tak ada telekung.”
“Sebab aku tahulah aku spare belikan telekung untuk kau. Telekung ada dalam beg kertas tu,” jarinya dihalakan ke arah beg kertas warna coklat di atas meja solek.
Aisha tarik muka. Zach ni memang sengaja nak perli aku! Bukannya dia tak tahu yang selama ni dia kahwin dengan aku ni, aku tak pernah solat. Bahkan before kahwin pun aku dah tak solat.
“Don’t make your witch face ok. Bangun.”
“Zach, sekalipun I pakai telekung dan diri atas sejadah, itu takkan mengubah apa-apa sebab I tak tahu macam mana untuk solat. You know what? I dah tinggalkan solat for 6 years.”
“You what?”
“Booming huh? Yes! I dah tak solat dah 6 tahun dan I dah lupa cara untuk solat.”
Zachary bersitighfar di dalam hati. Astaghfirullahalazim…tak apa Zachary. Jangan cepat melatah. Tujuan kau jadi suami dia adalah untuk bimbing dia ke jalan yang betul. Jadi bila Aisha dah berada di jalan yang tak betul, kau kena tarik dia balik ke jalan yang betul supaya dia tak tersasar jauh walaupun sebenarnya dia memang dah tersasar jauh.
Zachary duduk di sebelah Aisha. Senyuman dihadiahkan kepada isterinya. “Aku suami kau. Aku boleh tolong ajar kau cara untuk solat dan apa yang perlu dibaca dalam solat. Kau jangan risau. Kau boleh mula sikit-sikit. Ok?”
“Tapi Zach…”
“Untuk buat sesuatu kebaikan, tak perlu ada tapi-tapi. Aku nak kau selalu ada pada jalan yang Allah tetapkan iaitu jalan yang lurus untuk ke syurga Allah dan bukannya jalan yang lurus untuk ke neraka Allah. Apa gunanya aku jadi suami kau kalau aku tak boleh nak bimbing kau ke arah kebaikan? Inilah tujuan aku jadi suami kau. Sebab? Sebabnya aku mampu jadi imam untuk kau. Aku mampu untuk bimbing kau ke jalan yang betul walaupun hebat aku tidak boleh dibandingkan dengan kehebatan Rasulullah iaitu nabi kita, Nabi Muhammad. Kau, aku dan seluruh umat di bumi ni semuanya anak cucu cicit Nabi Adam dan Hawa. Sebab apa Nabi Adam dan Hawa keluar dari syurga? Sebab Nabi Adam dan Hawa dihasut oleh Iblis untuk makan buah yang terlarang. Buah tu nama Khuldi. Jadi, apa kesimpulan yang aku nak buat ni? Kita yang manusia ni pun tak mustahil untuk kena dengan hasutan syaitan sebab kita manusia ni mudah terhasut dengan hasutan syaitan dan mudah untuk membuat perkara yang mungkar.”
Aisha terdiam bila Zachary membuka cerita pasal kisah-kisah dahulu. Cuba mengamati satu-satu.
“Cuma satu je aku nak cakap dekat kau. Kalau kau tak kesiankan diri kau, at least kesianlah dekat aku. Ni…” Zachary meletakkan tangan kanannya ke atas bahu kirinya. “Berat sebelah bahu aku ni sebab apa? Sebab memikul dosa kau. Ye betul, dulu semua dosa kau, kau yang tanggung tapi bila kau dah kahwin, dosa kau tu dialihkan pulak atas bahu aku ni. Jadi, untuk seimbangkan balik bahu aku ni, aku perlulah bimbing kau, tegur salah kau…kau tak kesian dekat aku ke?”
Aisha terdiam lagi. Entah kenapa tiba-tiba dia rasa nak nangis.
“Aku bukan nak tazkirahkan kau sebab aku ni orang baik. Tak! Aku pun ada yang jahat jugak dan tak baik mana pun. Cuma, apa yang aku cakap ni adalah untuk kebaikan kita. Kau nak ke nanti bila abang kau, papa kau dengan aku sekali setapak je lagi dah nak melangkah ke pintu syurga tapi akhirnya kami diheret ke dalam neraka sebab apa? Puncanya senang je. Kau tidak menutup aurat dengan sempurna. Itu tak kira lagi kalau kau gelek-gelek tayang body macam budak Tik Tok buat. Memang jam terus. Aku cakap macam ni bukannya sebab aku annoying dengan kau. Tak! Kau tak annoying tapi aku cuba untuk bawak kau ke arah kebaikan. But, it is up to you kalau kau nak berubah. Kalau kau tak nak, nak buat macam mana lagi? Aku tak boleh nak paksa kau sebab kalau kau berubah pakai tudung apa semua tapi bukan niat kerana Allah tapi niat kerana aku paksa kau, tak ada guna jugak. Tak dapat apa markah. Kosong.”
“Sebab tulah aku mintak sangat kau solat. Solat itu penting. Aku buat semua ni sebab aku sayangkan kau. Ok?”
“Ok…”
“Sekarang aku nak kau pergi ambik wuduk. Lepas kau ambik wuduk, aku ajar kau macam mana nak solat dan apa yang kau kena baca dalam solat tu.”
“Ok…” Aisha terus menuju ke bilik air. Rasa macam hatinya terbuka bila dengar apa yang Zachary cakap tadi. Ya Allah…aku dah jauh dari kau. Untung macam mana nak ambik wuduk aku masih ingat.
“Nah…pakai telekung ni,” Aisha cepat-cepat mengambil telekung yang dihulurkan suaminya lalu dipakai. For the first time…aku rasa tenang. Tenang sangat.
“Sekarang ni aku nak ajar kau cara untuk solat lepas tu apa yang kau kena baca dalam solat.”
Aisha mendengar dengan tekun apa yang Zachary ajarkan pada dia. Satu persatu dia cuba fahami. Selepas selesai mengajar Aisha, mereka mendirikan solat Subuh secara berjemaah.

USAI mengaminkan doa yang dibaca, Zachary menoleh ke belakang lalu tangannya disuakan pada Aisha. Aisha memandangnya pelik. Dah kenapa pulak Zach bagi tangan dia dekat aku?
“Salam isteriku sayang…” ujar Zachary seolah-olah dapat memahami apa yang tersirat di dalam hati Aisha.
Aisha tersenyum lalu menyambut tangan Zachary dan dikucupnya lembut. Tangan kiri Zachary diletakkan pada atas kepala Aisha sambil berdoa agar Aisha kekal diberi hidayah untuk berubah.
“Macam mana? Kau ok?”
Aisha mengangguk. “I ok. Cuma, I rasa kekok bila nak solat tadi. Yelah, dah lama kan I tak solat.”
“Tak apa perlahan-lahan. Insya-Allah kau boleh.”
“Zach…I ni dah 6 tahun tak solat. Allah still boleh terima I lagi ke? Banyak dosa I dengan Allah. Nak ke Allah ampunkan dosa-dosa I ni?”
Zachary mengusap perlahan pipi Aisha sambil tersenyum manis. “Allah tu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani. Allah sentiasa mengampuni dosa-dosa kita walaupun sekecil zarah dan sebesar alam. Jadi, pentingnya dalam solat untuk kita selalu meminta pada Allah untuk mengampuni segala salah-silap kita dekat Dia. Allah dengar setiap doa-doa hamba-Nya. Allah tidak pernah berlaku zalim kepada setiap umat-Nya. Kalau kau berdoa sekarang ni, Allah tengah mendengar. Jadi, kau jangan takut untuk meminta sesuatu pada Allah. Insya-Allah, tidak hari ni mungkin esok atau pada hari yang akan datang Allah akan makbulkan segala doa-doa kau.”
Tak semena-mena air mata Aisha mengalir keluar dari tubir matanya. Rasa sebak menyelubungi jiwanya. Rasa menyesal kerana meninggalkan segala perintah Allah dulu. Kenapa sekarang baru aku nak sedar semua ni?
“Aisha…” ibu jarinya menyeka air mata isterinya yang dari tadi mengalir laju di pipi mulus itu. “Dah…janganlah sedih macam ni. Kang kalau aku menangis jugak macam mana?”
“Alah you ni…mengada je nak menangis!”
“Hahaha…betullah. Aku ni cepat sensitif tau kalau tengok orang menangis ni. Dah…janganlah menangis.”
“Zach…walaupun perangai I teruk macam ni, you still akan ada dengan I?”
“Always because I love you so much…”
“You cakap apa tadi?”
“Alah…buat-buat tak dengar pulak. Aku malas tau nak repeat apa yang aku cakap tadi.”
“Cakap jelah sekali lagi.”
“I love you so much. Clear?”
“Clear. Tapi kenapa you cintakan I?”
“Soalan susah betul! Tak boleh nak tanya soalan yang susah lagi?” Aisha tergelak bila Zachary menunjukkan muka annoyingnya.
“Aku cintakan kau sebab Allah. Allah hadirkan kau dalam hidup aku untuk aku belai, aku bagi kasih-sayang, untuk dimanjakan…untuk aku bimbing ke jalan yang benar…sebab tu aku cintakan kau. Sebab tu aku boleh terima kau seadanya.”
“Zach…you buat I lagi rasa nak menangis tahu tak?”
“Alololo my baby…janganlah nangis. Nanti tak cantik sebab mata tu lebam macam panda,” jarinya menyeka pergi air mata Aisha lalu bibirnya mengucup kedua-dua belah mata Aisha.
“You buat apa tadi?”
“Bagi kiss je. Untuk elakkan mata kau dari lebam.”
“Eiii!!! You ni memang suka ambik kesempatan kan?!” Aisha menarik muncungnya.
“Apa salahnya? Kau kan isteri aku? Hahaha…dah jom bangun. Kita bersiap lepas tu bertolak balik KL.”
“Yes boss!” mereka berdua segera bersiap untuk pulang ke KL.

Share this novel

Oyokisaloma Sham
2020-04-28 19:31:06 

Ala bila nak apdate


NovelPlus Premium

The best ads free experience