Bab 42

Romance Completed 102547

“So, ada apa awak nak jumpa saya?” Adira menghadiahkan senyuman manis kepada Zachary. Dia ingat dia senyum manis macam tu Zachary akan cair dekat dia kot.
“I need an explanation now!” tegas Zachary. Aku dah malas nak berkias-kias. Better aku straight to the point.
“Saya nak kena explain apa?”
Zachary tersenyum sinis. Perempuan ni memang pandai betul berlakon. Impressing. “Jangan pura-pura kau tak tahu apa yang aku cuba maksudkan, Adira!”
Adira menelan liurnya. Hesy! Ni mesti perempuan tu mengadu dekat Zach! Tak guna betul! Riak mukanya cuba dikawal.
“Serius saya tak tahu apa yang awak cuba maksudkan Zach.”
“Since aku tanya elok-elok, kau tak nak jawab it’s okay tapi aku nak warning kau satu benda! Keep your feet away from my wife! Aku warning kau jangan pernah kacau bini aku dan jangan cakap yang bukan-bukan pasal dia because she is not typically macam apa yang kau cakap dekat dia! Start from now, aku tak nak tengok lagi muka kau! Kau jangan ingat sebab kita ni kawan itu tiket untuk kau control everything! Ingat!”
“Tapi Zach!”
“Enough! Aku tak nak dengar apa-apa lagi dari mulut kau. You know what? I love my wife so much! Tak ada sapa yang boleh ganti dia even perempuan lain termasuk sekali dengan kau! Remember this!” tanpa menunggu lebih lama, dia beredar dari situ.
“Zach! Zach!” panggilannya tak diendahkan Zachary. “Tak guna betul! Habis jahanam semuanya!” bentak Adira.
Tulah Adira…lain kali nak jadi jahat fikir dulu kesan baik buruknya. Padan muka kau! Padah jadi jahat.

“AISHA, banyaknya kau makan. Macamlah kau tak pernah makan sebulan?” ujar Rayan sambil memerhatikan adiknya yang dari tadi tak henti-henti makan. Gaya dah macam tak makan sebulan.
“Alah abang ni. Adik laparlah. Lagipun abang tahukan adik ni bukannya pandai masak sangat pun. Setiap kali adik masak je, rasa tak sedap. Lain pulak Zach, dia cakap adik masak sedap.”
Oh ya, lupa nak bagitahu korang. Abang aku dengan Sara dah kahwin beberapa bulan yang lepas. Dan sekarang ni Sara tengah mengandung 2 minggu. Tak sangka pulak yang abang aku betul-betul akan kahwin dengan Sara.
“Maknanya masakan kau memang sedaplah kalau Zach cakap macam tu. Benda biasalah kalau kita masak rasa tak sedap. Tapi kau ni lain benar cara makan.”
“Alah abang ni. Tak payahlah komen. Dah lama ok adik tak makan masakan mama,” isi ayam yang terakhir dimasukkan ke dalam mulut. Nikmat tak terkata. Tambah-tambah lagi bila mama buat ayam goreng madu. Memang merecik!
Aisha tersandar di kerusi kekenyangan. Memang dah gaya ular sawa dah ni. Perutnya yang buncit diusap. Boleh kenyang sampai esok ni.
Fokus Rayan pada Aisha terhenti bila deringan telefonnya berbunyi. Incoming call from Zachary. Ha ni mesti cari isteri tecintalah ni.
“Yes adik iparku?”
“Sorry abang iparku mengganggu malam-malam. Tapi Aisha ada dekat sana tak?”
“Ada je ni ha. Baru lepas makan. Perut kembung macam ular sawa dah.”
“Abang!!!” tangannya menampar paha Rayan. Ada pulak label aku macam ular sawa.
“Oklah. Aku ke sana sekarang,” talian dimatikan Zachary. Rayan meletakkan kembali telefonnya ke atas meja.
“Kau tak bagitahu dekat Zachary ke yang kau ada dekat sini?” Aisha tersengih. Lupa pulak nak bagitahu.
“Lupa. Yelah, bila dah mama cakap dia masakkan ayam goreng madu, adik pun cepat-cepatlah balik sini. Terliur tau dengar mama cakap macam tu.”
“Eloklah…laki kau pulak risau kau tak ada dekat rumah. Hmmm…perangai kau suka buat orang susah hati memang tak hilang-hilang eh? Kalau aku jadi Zach, aku pun risau tau kau hilang ke mana. Dahlah malam sekarang ni.”
“Yelah abangku sayang. Jangan nak membebel lagi. Sekarang ni adik nak pergi cuci tangan lepas tu naik bilik. Rasa mengantuk pulak.”
“Hah eloklah. Lepas makan tidur! Mahunya tak gemuk!” Aisha buat muka sambil menuju ke sinki. Kisah pulak aku. Janji aku bahagia dapat makanan.
Zachary melangkah masuk ke dalam rumah. Dia menghampiri Rayan yang sedang menonton tv di ruang tamu.s
“Mana Aisha?”
“Ada ha dalam bilik dia. Tengah bergolek sakanlah kot. Baru lepas makan je tu.”
“Dia makan banyak sangat ke?”
“Aku rasa lima ketul ayam tadi dia baham. Adik aku tak pernah makan banyak macam tu. Pelik jugak aku ni tengok dia makan banyak macam tu.”
“Tulah, aku pun pelik sebenarnya sebab Aisha makan banyak sangat lately ni. Bila aku tanya kenapa dia makan banyak sangat, jawapan dia lapar.”
“Benda yang sama dia jawab dekat aku tadi.”
“Tak apalah, aku pergi tengok dia dekat bilik dulu,” Zachary bergegas ke tangga lalu masuk ke dalam bilik Aisha.
“Sayang!” panggilnya. Namun, telinganya tertancap pada bunyi pancuran air di bilik mandi. Oh…mungkin Aisha tengah mandi kot. Badannya direbahkan ke atas katil. Risau jugak aku bila aku balik rumah tiba-tiba Aisha tak ada dekat rumah sebab perancangan aku sebenarnya nak bawak Aisha balik ke rumah parents aku. Dah lama aku nak bawak dia balik ke vila tapi tak ada masa. Jadi, bila aku dah ada masa ni, aku rasa baik aku bawak dia balik sana dan mulakan life baru di vila.
“Abang!” Aisha terjerit kecil bila ternampak Zachary yang sedang berbaring di atas katilnya.
“Hai sayang!” Zachary bangun lalu memeluk tubuh Aisha. Namun, pelukannya dirungkaikan bila terasa perut Aisha yang buncit.
Dia menyelak tuala yang melilit tubuh badan Aisha. “Abang!!! Apa ni?!” Aisha memegang kemas tualanya. Ikut suka hati dia je nak selak tuala aku. Tahulah suami aku pun tapi dah kenapa nak selak bagai?
“Sayang…why perut sayang buncit sangat ni?” tangannya menyentuh perut Aisha yang buncit. Serius aku cakap memang buncit lepas tu keras pulak. Bini aku ni makan banyak sangat ke tadi?
“Tulah abang…perut sayang buncit sangat ni! Ni mesti sebab sayang makan banyak. Macam mana tak nak bagi perut sayang ni buncit lagi?”
“Kurangkan makanlah sayang oiii! Lepas tu exercise. Barulah badan tu fit balik. Ini tak, makan tidur je. Mahu tak buncit perut ni?”
“Masalahnya sayang dah buat tau tapi perut ni tetap buncit jugak. Lepas tu, sayang cepat letih.”
“Dah baru nak start bersenam mahunya tak letih. Bila sayang dah buat kerap nanti, tak adalah cepat letih. Emmm…sayang dah siap mandi ke?”
“Ha arrr. Kenapa?”
“Actually abang nak bawak sayang ke somewhere. Jom!”
“Nak pergi mana abang?”
“Adalah. Sayang pergi bersiap sekarang ok? Abang tunggu dekat bawah.” Zachary keluar dari bilik dan duduk di ruang tamu sambil menunggu isterinya bersiap.
Ke manalah Zach nak bawak aku malam-malam ni? Hmmm ikut jelah Aisha. Maybe dia nak bawak kau jalan-jalan ke apa.

Share this novel

Oyokisaloma Sham
2020-05-10 12:17:20 

Bila nak update


NovelPlus Premium

The best ads free experience