Bab 30

Romance Completed 102547

Beep! Beep! Beep! Beep! Bunyi alarm pada telefonnya ditutup. Aisha mengeliat puas. Kalah gajah mengeliat. Mulutnya menguap besar ditutup dengan tangan. Kalau tak tutup, ada jugak yang pengsan di pagi hari ni kang. Bau aroma yang terlampau busuk keluar dari mulut aku.
Dia bangun dari pembaringannya. Dia memandang ke sebelah lalu terpandang Zachary yang nyenyak tidur di atas sofa. Kenapa dia tak tidur je sebelah aku ni? Katil ni tak cukup besar ke untuk aku dengan dia tidur? Dah tu tidur mengerekot sebab sejuk.
Selimut yang dipakainya tadi diambil lalu menghampiri Zachary. Tubuh Zachary diselimutkan. Kesian pulak aku tengok dia tidur dalam keadaan sejuk macam tu. Selepas mengambil tuala, terus dia menuju ke bilik mandi.
Usai mandi, dia menghampiri meja solek lalu rambutnya disikat rapi. Emmm…aku nak keluar jalan-jalan dekat pantai. Agak-agaknya Zach marah ke tak ehhh kalau aku keluar sorang-sorang aku? Aku rasa dia tak marah kot. Bukannya aku pergi ke mana pun. Aku pergi pantai je. Nak kejutkan dia rasa kesian pulak. Nampak macam penat.
Aisha keluar dari vila lalu menuju pantai yang berhampiran. Hmmm bestnya! Dah lama tak jalan dekat tepi pantai. Udara yang segar dihirup. Matanya memandang sekeliling pantai. Rasa segar je pagi-pagi macam ni jalan dekat tepi pantai.
Penat berjalan, Aisha melabuhkan punggungnya di atas pasir pantai sambil menikmati angin laut yang menampar dingin wajahnya. Rasa macam nak tidur dekat tepi pantailah pulak. Aku dari kecik memang suka pantai tapi sebab peristiwa aku lemas tu…aku dah tak datang ke pantai sampailah hari ni. Bohonglah kalau aku cakap aku tak takut tapi sampai bila aku nak fobia kan?
Zachary melepaskan keluhan besarnya. Haih! Dia ada dekat pantai rupanya! Aku ingatkan dia pergi manalah tadi. Aku bangun je dari tidur tengok-tengok dia tak ada. Aku gelabah cari satu vila dia tak ada jugak. Nasib baiklah aku tergerak hati nak cari dia dekat pantai.
Perlahan-lahan dia menghampiri Aisha lalu tubuh itu didakapnya dari belakang membuatkan Aisha terjerit besar. Zachary ketawa besar. Serius buruk muka bini aku bila jerit macam king kong tadi.
“Hahahaha!!!”
“Eiii you ni! Nasib baik I tak ada sakit jantung tau!”
“Hahahaha…lain kali keluar vila tak bagitahu aku lagi. Kan dah kena! Aku ni punyalah gelabah cari kau sana sini. Rupanya kau ada dekat pantai. Lain kali kalau tak nak ajak aku ke pantai pun, bagitahulah aku. At least mesej. Buat aku risau je.”
“Alololo…my husband ni risau dekat isteri dia ni ye?”
“Yelah! Kalau kau hilang, apa aku nak cakap dekat parents kau?”
“Ok sorry sebab buat you risau. I bukan tak nak bagitahu you tapi I tengok you tidur nyenyak sangat. I tak sampai hati nak kejutkan you.”
“Lepas tu hilang, buat aku risau je. Haih…” tangannya memaut bahu Aisha.
Aisha memandang Zachary pelik. Dah pehal sampai peluk bahu aku pulak ni? “You ni buang tabiat ke?”
“Apa pulak? Salah ke kalau aku ni nak bermanja dengan kau? Yelah, selama ni kan kita asyik gaduh je kan? Lagipun, kalau aku peluk kau macam ni then aku happy, kau dapat reward pahala tau sebab buat aku happy.”
“Merepek je you ni.”
“Apa yang aku merepeknya? Ni, kau pernah tak dengar lagu ni? Isteri yang solehah…penyejuk mata…penawar hati…penajam fikiran...di rumah dia isteri di luar dia kawan…” sempat lagi dia menyanyi. Aisha mencebik.
“I tak pernah dengar lagu tu ok.”
“Ha tulah kau. Asyik dengar lagu omputih ja. Cuba dengar lagu-lagu yang islamik pulak?”
Aisha mencebik lagi. “Ikut suka hati I lah. Oh ya, tadi you nyanyi tu ada lirik yang penyejuk mata, penawar hati? Hahaha…I rasa lagu tu tak sesuailah you nyanyikan dekat I sebab I ni pemanas mata you dan peluka hati you. Lagipun, I ni bukan isteri yang solehah.”
“Mana kau tahu?”
“Tak payah cakap pun I dah tahu. Dengan cara pakaian I yang terdedah ni.”
“Perlahan-lahanlah kau berubah. Aku tak memaksa tapi sebolehnya aku nak kau tutup aurat kau ni. Biar aku sorang je yang tengok dan bukannya orang lain. Aku tak nak barang berharga aku yang sorang ni jadi tatapan orang lain.”
“I tak janji Zach.”
“Tak apa aku faham. Insya-Allah selagi aku hidup, aku akan bimbing kau.”
“Emmm Zach…”
“Ya?”
“I lapar…” dia tersengih. Zachary menjelingnya sekilas.
“Kalau aku bukak topik macam ni, cepat je kau lapar eh?” Aisha memeluk tangan Zachary sambil buat muka manja.
“Alah Zach…bolehlah…dari semalam I tak makan. Kalau I gastrik, you jugak yang susah kan? I tak nak susahkan you.”
Dahi Aisha ditunjalnya lembut lalu tersenyum. “Jom makan.” Zachary berdiri sambil mengibas punggung seluarnya yang terlekat pasir. Dia memandang Aisha yang masih lagi duduk di atas pasir sambil memandang k arahnya.
“Kenapa tak bangun lagi?”
“Tolong tarik I?” Aisha mengangkat tangannya. Mintak Zachary menariknya untuk bangun.
“Mengada kau ni eh! Sejak bila kau pandai mengada macam ni?” namun, dalam hatinya terselit rasa syukur pada Ilahi kerana hubungannya dengan Aisha sekarang tidak lagi macam dulu yang asyik gaduh, tarik muka. Alhamdulillah…permulaan yang baik.
“Alah…salah ke kalau I mengada dengan you? Ke you nak I mengada dengan lelaki lain dekat sini? I boleh je buat tapi takut you panas hati pulak.”
Riak muka Zachary terus berubah. Tangannya dicekakkan pada pinggang. “Kau berani kau buatlah. Tahulah aku nak ajar kau macam mana. Jangan sampai endingnya kita berdua atas katil tak keluar bilik langsung.”
Mata Aisha terus membulat. “Euuwww!!! You’re such a jerky pervert!” pasir digenggam lalu dibalingkan tepat pada seluar Zachary. “Ops sorry! Reflex action!”
“Reflex action ehhh?”
“Oh no Zach! You jangan nak mula ehhh! Please??? I dah lapar ni,” dia buat muka comel. Zachary mengalah.
“Ok, ok. Jom!”
“Tarik I!”
“Mengada!” Zachary menarik tangan Aisha berdiri dari tempatnya. Tangannya laju mengibas pasir yang terlekat di punggung seluar Aisha.
“Zach!!! You buat apa ni?!” tangannya cepat-cepat menangkap tangan Zachary. Malu aku dibuatnya! Eiii! Dahlah dekat pantai ni ada orang. Kalau kami berdua je, tak apalah jugak.
“Aku buat apa? Aku buang pasir dekat punggung kau je pun?”
“Biarlah I yang buat. Malu I!”
“Malu apanya? Aku ni suami kau. Dah jom pergi makan.”
“Jom…” Aisha membiarkan Zachary berjalan dulu darinya. Dalam otak dah ada idea sebenarnya. Bila Zachary mula jauh darinya, cepat-cepat dia berlari ke belakang Zachary lalu melompat ke atas belakang badan Zachary.
“Woiii!” terjerit Zachary dibuatnya bila tiba-tiba Aisha melompat naik di belakangnya. “Dahlah berat! Suka hati je nak lompat atas belakang orang eh?”
Pipi Zachary dicubit kuat. “Mana ada I berat!”
“Berat! Nasib baik aku ni gagah tau!”
“Eiii! Perasannya. Suami sapalah ni?”
“Suami kaulah. A lovely husband for Carolina Aisha Louis…” Aisha tersenyum.
“Kalau you lovely, I pulak gorgeous.”
“Perasan!”
“Betullah! A gorgeous wife for Alexander Zachary Adam…”
“Yelah! Yelah! Aku bagi chance untuk kau perasan.”
“You ni!” tangannya menampar bahu Zachary.
Zachary mendukung Aisha sampai ke café. Aisha turun dari dukungan Zachary bila tiba di café. Takkanlah nak suruh Zach dukung aku sampai ke dalam café pulak kan? Malulah dekat orang yang tengok.
“Aku pergi order kejap. Kau duduklah dekat meja mana yang kau nak.”
“Ok…” Aisha mengambil tempat meja di hujung café. Best sikit. Ada privasi.
Zachary memandang ke arah Aisha yang ralit memandang ke luar tingkap café. Tersenyum dia seketika sebelum matanya jatuh pada seorang lelaki yang usyar Aisha macam nak telan. Aku tahulah bini aku cantik dan seksi tapi tak payahlah nak usyar sampai macam tu. Yelah, Aisha hanya pakai singlet hitam dengan seluar jeans hitam. Mahunya orang tak pandang.
Selepas membuat order, cepat-cepat kakinya melangkah menuju ke arah Aisha. Jaket yang tersarung pada tubuhnya dibuka lalu membalut tubuh Aisha yang terdedah.
“You buat apa ni?”
“Just lindung benda-benda yang patut dari tontonan orang ramai,” selepas menyarungkan jaketnya pada tubuh Aisha, dia mengambil kerusi berhadapan isterinya.
“Kenapa tiba-tiba?”
“Aku tak suka lelaki mata keranjang tengok kau dengan badan kau macam nak telan.”
“Sapa?” matanya melilau memandang sekeliling.
“Tak payah tengoklah sapa,” tegas Zachary.
“You jeles?”
“Aku tak suka.”
“Ok sorry. My mistake…I sepatutnya pakai jaket or sweater. Memang betul pun apa yang Adira cakap. I ni teruk.”
“Apa pulak cakap macam tu? Tak payahlah dengar sangat apa yang orang cakap ok? Lupakan apa yang Adira cakap dekat kau. You’re my wife dan hanya aku yang berhak judge kau selain Allah Ta’ala. Ok?” Aisha hanya mengangguk lalu tersenyum nipis. Tak nak rosakkan mood holiday mereka.
Pesanan yang dipesan oleh Zachary tadi tiba. Zachary mengucapkan terima kasih kepada pelayan tersebut.
“Now enjoy your breakfast.”
“Macam tahu-tahu I suka makan nasi goreng time pagi-pagi.”
“Aku agak je. Dah, makan. Kalau tak kenyang bagitahu aku. Aku order satu lagi.”
“Ok bos!” Aisha mengangkat tabik. Zachary pula tersenyum sambil ketawa dengan gelagat Aisha. My cutie sweetie pie also my wife, Carolina Aisha Louis…I think I have fallen in love with you.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience