Bab 13

Romance Completed 102547

Rayan menunggu Sara di ruang tamu rumah. Dah alang-alang dia pun tak ada kerja apa ni, bolehlah buat part time teman Sara pergi buat check-up hari ni. Apa salahnya kan? Niat aku cuma nak menolong je.
“Rayan? Segak-segak nak pergi mana ni?” tanya Puan Suzie bila terpandangkan anaknya di ruang tamu.
“Rayan nak hantar Sara pergi buat check-up kejap.”
“Ohhh…ok…” pelik pulak rasanya. Selalunya anaknya bukan nak sangat pun teman-teman orang segala ni.
“Mama jangan nak fikir macam-macam eh? Rayan teman dia pun sebab Rayan kesian. Yelah, dengan keadaan dia macam tu takkanlah nak biarkan dia pergi sorang-sorang kot?”
“Mana ada mama fikir macam-macam. Mama cuma bangga dengan sikap Rayan yang satu ni…suka tolong orang.”
“Yelah ma…orang tengah susah takkanlah kita tak tolong pulak kan?” Puan Suzie mengangguk tanda setuju.
“Oklah mama nak pergi masak dulu. Jaga Sara elok-elok. Ingat, dia mengandung. Jangan buat dia stres!”
“Baiklah mama…nasihat Rayan macam Sara tu isteri Rayan pulak…”
“Isteri ke tak isteri kena jugak nasihat. Perangai Rayan ni bukannya boleh kira sangat! Mama pun boleh stres dengan perangai Rayan!” ujar Puan Suzie sambil ketawa.
“Ada pulak mama ni!” Rayan buat muka.
“Hah tak payah nak buat muka sangat. Dah, mama nak pergi dapur dulu. Kalau ada apa-apa, bagitahu mama ye?”
“Ok mama…”
Sara turun perlahan-lahan dari tangga sambil tangan kirinya memegang pemegang tangga dan tangan kanannya memegang perutnya. Rayan pantas menghampiri Sara lalu menolongnya turun tangga.
“Ehhh aw…awak buat apa ni?” terkejut Sara dibuatnya bila Rayan tiba-tiba datang dan memegang lengannya.
“Saya nak tolong awak turunlah…”
“Tapi saya boleh turun sendiri,” tak selesa rasanya bila Rayan menolongnya waktu ni. Rayan dengannya tak ada apa-apa ikatan.
“Tak apa saya tolong. Sekurang-kurangnya nanti kalau awak nak terjatuh ke apa saya boleh tolong…” Rayan memimpin Sara sehingga ke bawah.
“Buat susah awak je,” ujar Sara dengan nada segan. Kalau dengan Fariq dulu, jangan haraplah dia dapat layanan macam ni. Dia dapat kaki dan tangan je.
“Tak ada susah pun. Jom…” Rayan keluar dari rumahnya lalu menuju ke kereta. Enjin kereta dihidupkan dan menghidupkan pendingin hawa.
Belum sempat Sara bukak pintu kereta, Rayan terlebih dahulu membukanya untuk Sara. Ya Allah! Kenapalah Rayan perlu buat semua ni untuk aku sedangkan dia bukannya suami aku. Alangkah indah kalau semua ni Fariq yang buat?
Ah! Malaslah aku nak fikir pasal dia lagi. Dia dah pun ceraikan aku. Lagipun, inilah yang aku nak dari dulu lagi. Memang dari dulu lagi aku nak Fariq ceraikan aku sebab aku dah tak tahan lagi dengan perangai dia yang suka pukul aku sesuka hati dia. Sakitnya hanya Allah saja yang tahu.
Termenung punya pasal sampaikan apa yang Rayan tanya dia pun dia tak perasan.
“Sara?” Rayan memanggil Sara sekali lagi.
“Hah? Awak cakap dengan saya ke tadi?” termenung pasal Fariq sampaikan apa yang Rayan cakap pun aku tak dengar.
“Saya tanya awak ok ke tak? Saya tengok awak diam je?”
Sara pantas mengangguk. “Saya ok je. Cuma pening sikit.”
“Ohhh…by the way selalunya awak buat check-up dekat klinik mana? Doktor?”
“Dekat Klinik Ehsan. Doktor Jasmine.”
“Oh…saya kenal Doktor Jasmine tu. Dia isteri kepada kawan saya.”
“Ohhh…”

“NUR ALISHA SARA…” seorang nurse memanggil namanya. Sara pantas bangun dan menuju ke bilik Doktor Jasmine diikuti oleh Rayan.
“Eh? Kenapa awak ikut?” soal Sara.
“Tak apalah kan kalau saya ikut? Saya pun nak tahu jugak pasal baby.”
“Tapi…”
“Jangan nak bertapi. Jom masuk…”
Sara mengalah. Haih Rayan ni. Nak tak nak aku bagi jugaklah dia masuk dengan aku sekali.
“Hai Sara…” sapa Doktor Jasmine.
“Hai…” Sara menghadiahkan senyuman kepada Doktor Jasmine.
Doktor Jasmine memandang pula ke arah Rayan yang mengambil tempat di sebelah Sara.
“Rayan?”
“Terkejut ke Jas aku datang teman Sara hari ni?” Rayan tergelak.
“What are you doing here? Wait, are you Sara’s husband?” soal Doktor Jasmine dengan nada tak percaya.
“Well, in this case just let say I’m her husband but in reality I’m not.” balas Rayan selamba.
“You make me dizzy with your statement you know? Sara…Rayan ni suami you ke?” Doktor Jasmine bertanya kepada Sara pulak.
“No, he is not my husband. Rayan cuma teman I datang check-up je hari ni…” jawab Sara.
“Ohhh macam tu…terkejut I tau! Rayan! You suka main-mainkan I kan?”
“Hahaha…lawak muka you Jas sebab terkejut. You know what? Your husband is my best friend and of course kalau I nak kahwin, I akan ajak you both to my wedding. In this year, you don’t receive any wedding invitation from me right? So that’s mean I tak kahwin lagi.”
“Manalah tahukan you nikah senyap-senyap ke. Taklah, sebelum ni Sara datang check-up sorang-sorang je. Tup tup hari ni you muncul dengan tiba-tiba. Mahunya I tak terkejut.” Rayan ketawa kuat. Dah lama rasanya dia tak pekenakan Doktor Jasmine.
“Bagi I buku rekod you Sara…kalau I layan si Rayan ni, I boleh jadi mentel tau!” ujar Doktor Jasmine lalu mengambil buku rekod milik Sara lalu memantau perkembangan Sara melalui rekod-rekod sebelum ini.
“Ok Sara…macam biasa. I nak timbang berat you dulu ok?” Sara mengangguk lalu bangun dari situ menuju ke arah alat timbang berat. Doktor Jasmine memerhati berat Sara yang ditunjukkan oleh alat tersebut.
“Bagus…berat you bertambah 10 kg. That’s mean baby dapat keperluan yang mencukupi. Kalau dulu berat you makin berkurang tau. Tapi sekarang I rasa lega sebab berat you dah bertambah dari yang dulu.”
“Kenapa kalau berat dia tak bertambah Jas?” soal Rayan ingin tahu.
“Kalau berat dia tak bertambah antara 10-20 kg semasa tempoh kehamilan, maknanya baby dia tak dapat nutrient yang secukupnya. Tapi, kalau berat dia bertambah melebihi 20 kg pun tak elok jugak takut Sara hidap diabetes. So, amalan pemakanan dia kena seimbanglah.” Rayan hanya mengangguk tanda dia faham.
“Sekarang berat you 65 kg,”Doktor Jasmine mencatat dalam buku rekod Sara.
Sara kembali ke tempat duduknya.
“Sekarang ni kita buat ujian tekanan darah pulak,” Sara menyelak lengan bajunya. Doktor Jasmine membalut kaf (benda yang warna hitam doktor selalu pakai dekat kita tu) pada bahagian atas siku Sara. Butang start pada electronic sphygmomanometer ditekan. Doktor Jasmine membaca bacaan yang tertera pada skrin electronic sphygmomanometer tersebut.
“Alhamdulilla…tekanan darah you dah normal kepada 110/70 daripada sebelum-sebelum ni.”
“Sebelum ni berapa?” Rayan menyibuk.
“Over 140/90 dan memang bahaya untuk ibu dan baby.” Rayan memandang Sara dengan penuh tanda tanya. Macam mana tekanan darah dia boleh over 140/90? Stres sangat ke?
Kaf dibuka lalu disimpan kembali ke tempatnya. Seorang nurse menghampiri mereka dengan sebuah mangkuk besi dan terdapat satu botol di dalamnya. Sara yang memahami terus mengambil botol tersebut dan menuju ke tandas.
“Dia buat apa tu Jas?”
“Kenapa you nak tahu?” pertama kali dia nampak Rayan terlampau prihatin terhadap seorang wanita. Mungkin Rayan sukakan Sara?
“Saja nak tambah ilmu pengetahuan. Bagitahulah I apa yang dia buat dengan botol tu?”
“Tak payah nak tahu sangatlah…” Doktor Jasmine sibuk menulis sesuatu pada kertasnya.
“Kedekutlah you ni Jas!” Rayan memeluk tubuhnya.
Sara kembali ke bilik Doktor Jasmine dengan botol berisi air kencingnya. Botol tersebut diserahkan kepada nurse tadi.
“Awak kencing dalam botol tu ke?” Sara mengangguk. Buat apa nak tipu lagi kan? Baik aku angguk je.
“Jas! Kenapa dia kencing dalam botol tu?” serta-merta kepala Rayan diketuknya dengan pen.
“Sibuk je nak tahu! Ini nama dia pemeriksaan antenatal. I perlukan sampel air kencing dia untuk tahu kot-kotlah Sara ada penyakit. Paling senang diabetes I bagi contoh. Then, kalau protein terlebih dalam air kencing Sara ni pun tak elok jugak tandanya buah pinggang dia berfungis dengan tak baik dan mungkin dia ada penyakit darah tinggi. Faham dah sekarang?”
“Faham-faham.”
Selepas ujian air kencing, kini ujian darah pulak. Rayan memandang Sara yang rileks bila jarum sudah dibenamkan di pelipat tangannya. Eiii!!! Tak sakit ke? Asal aku tengok Sara ni rileks je? Sakit tu!
Beberapa minit kemudian, nurse kembali dan memberi keputusan air kencing dan darah kepada Doktor Jasmine. Doktor Jasmine membelek kertas warna putih tersebut.
“Air kencing you elok Sara dan darah you pun elok. So, tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan. Before kita buat ultrasound, boleh I tengok pergelangan kaki you?” Doktor Jasmine membelek pergelangan kaki Sara. “Tak bengkak. So, kita boleh buat ultrasound sekarang.”
Sara bangun menuju ke arah katil yang disediakan untuk membuat ultrasound. Sara segera membaringkan badannya ke atas katil tersebut. Doktor Jasmine memandang Rayan yang turut berada di situ.
“Hey…you tak malu ke?”
“Nak malu apanya?” blur kejap.
“Sara ni bukan isteri you tau? I nak kena selak baju dia untuk buat ultrasound.”
“Alah you ni I bukannya nak tengok perut dia pun. I nak tengok baby yang you nak scan tu. Sara…please?”
“Tapi…saya ada aurat dengan awak.”
Rayan tak berputus asa. “Ok, tirai ni tutup dan saya berdiri dekat dengan monitor tu ehhh??? Saya janji saya tak mengendap awak.” Rayan angkat tangannya seperti berjanji.
Kesian pulak aku tengok Rayan ni. Beriya-iya sangat nak tengok baby. “Yelah…tapi janji jangan tengok saya!”
“Ok! Janji!”
“Macam-macam dia ni!” gumam Doktor Jasmine. Transducer (alat scan) yang dah disapu dengan gel dilekapkan pada perut Sara. Transducer digerakkan pada kawasan yang hendak diperiksa. Monitor komputer memaparkan imej baby di dalam perut.
“Macam tahu-tahu je eh mama dia nak tengok dia. Terus dia bergerak-gerak dalam perut,” ujar Doktor Jasmine sambil tersenyum.
Sara yang memerhati turut sama tersenyum gembira. Tanpa dipinta, air matanya mengalir turun di pipinya. Tak lama je lagi anaknya akan melihat dunia dalam masa berbaki 2 bulan.
Rayan turut teruja melihat monitor komputer yang memaparkan imej baby dalam perut Sara. Tiba-tiba pulak dia terasa nak jadi seorang ayah sekarang ni. Alangkah bahagia kalau baby dalam perut Sara ni adalah baby nya. Matanya ralit memandang imej baby tersebut sehingga tak sedar bibirnya mengukir senyuman.
“Muka you nampak teruja Rayan. Macam anak Sara ni anak you.”
“Tulah…tiba-tiba I rasa I nak jadi ayah sekarang ni. Rasa best je tengok baby dalam perut ni.”
Tiba-tiba Sara rasa sebak. Alangkah bahagianya kalau Fariq yang cakap macam tu dan bukannya Rayan. Ah!!! Lupakan Fariq. Fariq dah pupus dari kamus hidup kau Sara! Ingat tu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience