Bab 28

Romance Completed 102547

“So, memandangkan kita dah ada dekat shopping mall ni, agak-agak bos nak beli apa dekat isteri bos?” Maryam melihat butik-butik yang menjual pelbagai barang berjenama. Memang sesuai sangat kalau beli untuk isteri bos.
“Ha itulah function saya bawak awak datang sekali ke shopping mall ni sebab saya tak tahu nak beli apa dekat isteri saya sebenarnya.”
Maryam memandang bosnya dengan pandangan sukar ditafsirkan. Dengan kening terjongket sebelah.
“Seriuslah bos tak tahu nak beli apa? Come onlah bos. Sekarang ni zaman abad 21 tau! Takkanlah otak bos abad 18 lagi kot? Bukaklah sikit minda tu. Kalau bab bisnes otak kemain lagi terbukak…” Maryam! Celuparnya mulut kau! Aduhhh...time lunch macam ni jugaklah mulut kau nak memanas. Kalau buatnya bos kau tarik balik tak nak belanja kau makan Texas Chicken macam mana?
“Amboi sedapnya perli saya! Nak kena pecat?”
“Alamak bos! Alah alah alah…janganlah pecat saya bos! Saya mintak ampun banyak-banyak walaupun sekarang bukan hari raya! Jangan pecat saya bos!” Maryam dah angkat tangan gaya merayu tak nak kena pecat.
“Hah tahu pun takut.”
“Gila tak takut bos. Kalau saya kena pecat, habislah saya bos. Zaman sekarang ni dahlah susah nak cari kerja. Ok ok, lupakan apa yang saya cakap tadi. Sekarang ni saya rasa better bos belikan isteri bos tu baju.”
“Baju?”
“Ya…baju.”
“Selain dari baju? Awak tahu baju isteri saya tu dah penuh satu almari. Rasanya better beli yang lain kot.”
“Ok…baju reject. Beg tangan dengan minyak wangi? Beg tangan dan minyak wangi selalunya perempuan takkan tolak. Serius!”
“Beg tangan dengan minyak wangi? Ok boleh! Jom kita borong. Tapi, saya nak awak pilih yang cantik-cantik!”
“Orait bos! No problem!”

AISHA memandang sekeliling shopping mall. Hmmm…bila dah datang mall ni tak tahu pulak nak buat apa sebab barang-barang keperluan aku ada lagi. Nak beli beg tangan baru? Malaslah! Aku baru je beli sebulan yang lepas. Still boleh pakai lagi.
Dia memandang ke dalam Texas Chicken. Baru je nak berlalu dari situ, matanya terpandang ke arah…ehhh??? Macam aku kenal? Tu bukan ke Zach dengan…sapa perempuan tu eh? Tak silap aku, aku pernah nampak perempuan ni dengan Zach time aku bergaduh dengan Adira dekat The Mines.
Pagi tadi beriya-iya datang mintak maaf dekat akulah apa semua. Tapi, bila aku buat tak tahu, cepat je kau cari baru. Aisha membetulkan rambutnya serta senyuman tak ikhlas terbit di bibirnya sebelum melangkah masuk ke dalam Texas Chicken menghampiri Zachary dan Maryam.
“Wow…how a sweet couple! Emmm…siap bergelak ketawa lagi eh? Macam bahagia je?”
“Aisha? What are you doing here?”
“Asal muka terkejut ni? Oh…kantoi sebab you dating dengan orang lain dekat belakang I?”
“Apa yang kau merepek ni?”
“I tak merepek! And you…thank you sebab berjaya ganti tempat I dalam hidup suami I!” Aisha menjeling Zachary dan Maryam serentak lalu beredar keluar dari Texas Chicken.
“Aisha!”
“Bos…saya rasa bos patut kejar dia. Cepat! Saya ok. Kejap lagi barang-barang yang dah beli ni saya hantar terus ke rumah bos.”
“Ok thank you Maryam!” Zachary segera mengejar langkah Aisha. Nampaknya Aisha dah salah faham.
“Aisha! Berhenti!”
Aisha menghentikan langkahnya lalu menoleh Zachary yang menghampirinya. “Nak explain apa dekat I?”
“Kau salah faham ni.”
“I? Salah faham? Ye ke? Bukan memang betul ke you dengan perempuan tu bercinta? Ini kali kedua I nampak you berdua dengan dia tau! Dulu dekat The Mines sekarang dekat Texas Chicken! You jangan ingat I buta! I nampak you belikan dia barang-barang mahal dekat dia!”
“Kau jeles ke ni?”
“I? Nak jeles dengan you dan perempuan tu? Memang taklah! Cuma, I impressed dengan you sebab tak sampai berapa hari you dah dapat pengganti I! Bagus you ni Zach. I ingatkan you lain dari lelaki lain rupanya you sama je!”
Zachary cepat-cepat memegang tangan Aisha bila Aisha ingin berlalu dari situ. “Aku tak kisah kalau kau nak salahkan aku tapi cuma satu je aku tak faham. Why dalam banyak-banyak tempat untuk kau lepaskan stres, kenapa kau perlu pergi ke zouk? Apa yang ada sangat dekat zouk tu sampaikan kau addict nak pergi sana? Lagi satu, kenapa kau bergaduh dengan Adira hari tu?”
Aisha menepis kuat tangan Zachary. “Ikut suka hati I lah I nak pergi mana pun! You tak ada hak ke atas I!” aku baru je lembut hati nak berbaik balik dengan Zachary tapi bila aku nampak dia berdua dengan perempuan tu siap mesra-mesra lagi…baik aku tak payah berbaik terus! “Kenapa? You nak salahkan I ke sebab I bergaduh dengan Adira? Yelah! Dekat mata you I ni memang tak beradab kan?! Kan?!”
Zachary menarik tangan Aisha keluar dari shopping mall menuju ke keretanya. Kalau asyik bertekak macam ni, sampai bila pun masalah takkan selesai.
“You nak bawak I pergi mana ni?! Lepaslah!!!” Aisha menampar kuat tangan Zachary yang sedang memegang tangannya. Dahlah cengkam kemain kuat.
Pintu sebelah penumpang dibuka. Zachary mengarahkan Aisha untuk masuk.
“Buat apa I nak masuk? I tak nak ikut you.”
“Boleh tak sekali ni je kau tak degil? Masuk!”
“Hesy!” nak tak nak, terpaksa jugaklah masuk. Zachary menutup pintu lalu menuju ke tempat memandu. Enjin kereta dihidupkan dan segera memandu pergi dari situ.
“You nak bawak I pergi mana ni?”
“Jauh lagi tempat ni. Kalau kau rasa kau nak tidur, kau tidurlah.”
“You cakap dekat I you nak bawak I ke mana?!”
“Adalah…”
“Tak payah nak berahsia sangat!”
“Well, aku nak rahsiakan jugak.”
“Fine!”
Zachary tersenyum. Pandai pun mengalah minah ni. Ingatkan kira nak pot pet je tak pandai diam. Tangannya menyeluk poket seluar mengambil telefon lalu mendail nombor Maryam.
“Hello Maryam…saya tak masuk ofis lepas ni. Pasal meeting dengan Dato Sri Ikhwan tu, boleh tak postpone ke hari lain?”
“Ok thank you Maryam. Kalau dia tak nak postpone jugak, nanti saya call sendiri Dato Sri Ikhwan. Oh ya lagi satu, barang-barang yang saya beli tadi tu boleh tak hantar ke alamat ni. Nanti saya hantar alamat tu.”
“Thanks again Maryam…”
Panggilan diputuskan. Dia memandang Aisha yang sedang memandangnya dengan pandangan pelik. Dah kenapa pulak dia pandang aku macam tu?
“Kenapa kau tengok aku macam tu?”
“I tertanya-tanya. Sapa eh Maryam tu? Apa pekerjaan you sebenarnya sampaikan you boleh arah orang itu ini. Siap boleh suruh postpone meeting. Macam you ni bos dekat syarikat tu.”
“Maryam tu PA aku. Aku ni kerja tak besar mana pun. Aku kerja sebagai marketing ja dalam syarikat tu.”
“I see…kerja marketing macam you ni boleh sesuka hati postpone meeting client eh? Lepas tu siap ada PA lagi. Wow!”
“Alah…Dato Sri Ikhwan tu memang kenal aku pun. Aku selalu deal business dengan dia. Dato Sri Ikhwan tu seorang yang open-minded. So, no hallah!”
“Ohhh…I harap disebabkan tindakan you ni, you tak kena pecatlah.”
“Insya-Allah tak…” sapalah yang nak pecat aku wahai isteriku? Aku bukannya pekerja marketing tapi aku CEO dekat syarikat tu.
Bukannya aku tak nak bagitahu Aisha perkara yang sebenar tapi rasanya belum sampai waktu yang sesuai. Insya-Allah bila dah sampai waktu yang betul, aku akan bagitahu Aisha sapa aku yang sebenarnya. Takkanlah sampai bila-bila aku nak tipu dia yang aku ni sebenarnya orang susah kan? Lambat-laun pun dia akan tahu jugak sapa aku.

Share this novel

Oyokisaloma Sham
2020-04-25 08:16:32 

Bila nak update ni....


NovelPlus Premium

The best ads free experience