Bab 34

Romance Completed 102547

“Mak Inah! Mak Inah!” jerit Aisha sambil memanggil nama Mak Inah. Terkocoh-kocoh Mak Inah keluar dari dapur sambil memegang sudip di tangannya.
“Ada apa Aisha?”
“Mak Inah kena tolong Aisha!” ujarnya sambil tangannya menggenggam tangan kiri Mak Inah.
“Nak Mak Inah tolong apa?”
“Mak Inah tahu tak tadi Zach beli barang dapur dan guess what? Zach suruh Aisha masak! Aisha manalah tahu masak! Eeee!!! Mak Inah cakap dekat Zach boleh tak? Cakap dekat dia jangan suruh Aisha masak?”
“Hailah Aisha ni. Mak Inah ingatkan apalah tadi sampai kamu terjerit-jerit panggil Mak Inah macam tu. Rupanya sebab Zach beli barang dapur dan dia suruh Aisha masak?” Aisha mengangguk laju. “Apa susahnya? Aisha masak jelah apa yang Aisha pandai masak.”
“Mak Inah ni! Tak sporting langsung! Mak Inah sendiri pun tahu kan yang Aisha memang zero bab masak-masak macam Mak Inah ni. Aisha pandai masak maggi je.”
“Aisha tahu tak? Memasak ni benda mudah je. Simple. Nak Mak Inah ajarkan?”
Aisha tayang muka tak minat. Masak-masak ni memang aku tak minat langsung! “Tak apalah Mak Inah. Aisha tak minat. Nanti rosak tangan Aisha.”
“Sampai bila nak simpan tangan Aisha tu dari tak buat kerja? Lama-lama tangan Aisha tu kasar jugak. Nak tak nak one day Aisha kena belajar masak jugak.”
“Mak Inah tahu tak? Bagi Aisha masak tu ibarat cuba nyalakan api dengan kayu api tau! Susah yang amat!”
“Tak susah kalau kita dah tahu cara nak masak. Tak apa, Mak Inah ajar Aisha masak ye?”
“Alah Mak Inah ni…”
“Bak kata orang tua-tua, nak kekalkan rumah tangga bahagia salah satu darinya isteri pandai masak.”
“Boleh pakai ke Mak Inah?”
“Insya-Allah boleh. Ya Allah Aisha! Gulai aku!!!” mencicit Mak Inah berlari ke dapur bila teringat gulai yang dimasaknya dalam periuk. Aisha pula ketawa kuat melihat gelagat Mak Inah tadi. Marathon!

PUAN JULIA menghampiri pintu rumah bila terdengar bunyi ketukan pintu. Sapa pulak yang datang malam-malam ni? Puan Julia membuka pintu rumah lalu mengundur ke belakang sikit bila anaknya melangkah masuk ke dalam rumah.
“Along? Datang sorang je ke? Mana Aisha?” Zachary mencapai tangan mummynya lalu dicium.
“Along datang sorang je. Aisha tadi katanya nak balik kejap je rumah parents dia tapi sampai ke malam tak balik-balik lagi. Sebab tulah along datang sini.”
“Along dengan Aisha bergaduh ke?”
Zachary menggeleng sambil berjalan menuju ke sofa. Punggungnya dilabuhkan di atas sofa. “Along tak bergaduh pun. Mummy janganlah risau.”
“Mahunya mummy tak risau. Mummy tak suka tengok anak menantu mummy bergaduh. Betul ni along dengan Aisha tak bergaduh?”
“Betul mummy. Mummy masak apa? Along laparlah…”
“Emmm…mummy masak simple je hari ni. Ayam masak merah dengan acar mentimun. Yelah, achik dengan alang kan dah masuk semester baru. Tinggal jelah mummy dengan angah berdua je dalam rumah ni. Along pulak bila nak pindah duduk sini dengan Aisha? Along tak nak bagitahu Aisha lagi ke pasal Along?”
“Belum lagi mummy. Tak sampai masanya lagi. One day nanti insya-Allah Zach bagitahu dia.”
“Sampai bila Zach? Aisha pun ada hak jugak nak tahu siapa diri along yang sebenarnya. Takkanlah sampai bila-bila along nak simpan rahsia besar ni dari dia? Kesianlah dekat Aisha. Along kena fikir jugak apa perasaan dia bila dia dapat tahu yang dia kena tipu yang kononnya along ni keluarga susah tapi rupa-rupanya yang sebaliknya.”
“Mummy jangan risaulah. Buat masa sekarang along nak ajar Aisha apa yang along patut ajar dia. Lebih-lebih lagi pasal agama ni. Along takkan simpan rahsia ni lama-lama dari dia sebab along pun tahu dia ada hak untuk tahu.”
Puan Julia mengangguk. “Hmmm yelah kalau macam tu.”
Aqil yang baru saja turun dari tangga terus meluru ke arah abangnya. Punggungnya dilabuhkan di sebelah Zachary.
“Hai along, apa mimpi along balik sini? Mana isteri kesayangan along?”
“Ada dekat rumah mama dia. Yang angah ni dah habis paper ke? Along tengok angah rileks je?”
“Along dengan angah boraklah dulu. Mummy pergi dapur panaskan lauk kejap…” Puan Julia bangun menuju ke dapur.
“Alhamdulillah dah habis paper kelmarin. Semuanya angah boleh jawab.”
“Alhamdulillah…tak lama lepas angah grad, angah boleh ganti tempat along lah ni?”
Aqil mengherotkan bibirnya macam memikirkan something. “Angah tak terfikir langsung nak gantikan tempat along. Lagipun, along lagi cekap handle pasal business ni. Angah jadi PA along jelah. Boleh?”
“Angah ni sambung belajar degree semata-mata nak jadi PA along ke?”
Aqil tersengih. “Apa salahnya?”
“Sia-sia je sambung belajar sampai degree tapi in the end jadi PA. Kalau jadi marketing ke apa ke, bolehlah jugak. Ini nak jadi PA?”
“Alah along…buat masa sekarang angah tak fikir lagilah nak handle business arwah daddy. Angah tak ready lagi kecuali along mintak tolong angah untuk handle, angah sedia membantu but not in charge your seat ok.”
“Hmmm yelah…but before you grad dan still ada time ni, why not angah ikut along ke pejabat? Bolehlah angah belajar sikit-sikit.”
“Serius?”
“Yep!”
“Boleh! Bila tu?”
“Semangat betul. Nak suruh duduk kerusi CEO tak nak?”
“Oh yang tu memang tak nak.”
“Esok pun boleh. Angah free always.”
“Ok…along akan fikirkan sebab lately jadual angah pack sikit.”
“Baik bosskurrr…” Aqil mengangkat tangannya gaya seperti tabik. Kepala Aqil disekehnya perlahan. Bosskurrr…bosskurrr…trademark zaman sekarang.
“Along, angah…jom makan? Mummy dah panaskan lauk,” panggil Puan Julia sambil menghidangkan lauk ayam masak merah dengan acar mentimun di atas meja.
“Kita race! Sapa lambat sampai, dia tak boleh makan ayam masak merah!” ujar Zachary.
“Ok boleh! Angah kira sampai tiga. Satu…dua…ti…” Zachary menolak Aqil ke tepi. Cepat-cepat dia meluru ke arah meja makan meninggalkan Aqil yang tak puas hati di belakang.
“Woi along! Mana aci! Along main tipu!” Aqil mengejar langkah Zachary dari belakang. Zachary ketawa kuat sambil menjelir lidah dekat Aqil.
“Wekkk!!! Like I care…”
Puan Julia hanya menggeleng melihat keletah anak-anaknya. Dah besar pun perangai macam budak-budak lagi.
“Mana aci along! Along main tipu! Siap tolak badan orang lagi!”
“Mana ada dalam dunia ni main adil! Hahahaha…jawapannya angah tak boleh makan ayam masak merah! Makan acar mentimun tu je.”
“Alah! Mummy! Tengok along ni! Mana aci!”
“Ya Allah dua orang budak bertuah ni. Macam budak-budak! Haih…semua boleh makan. Jomlah makan.”
Aqil menjelirkan lidahnya pada Zachary. Tak padan dengan umur 23 tahun tapi perangai kalah budak-budak 5 tahun. Zachary hanya mencebirkan bibir tanda dia tak kisah langsung.

“ARGH!!! Mak Inah! Tak nak!!! Tolonglah Mak Inah!!! Aisha tak nak buat! Mak Inah jelah yang buat! Euwww!!!” habis bergegar satu dapur dengan jeritan Aisha. Geli dengan perut ikan punya pasal. Yelah, perut ikan kan ada warna merah, hijau…maunya tak geli?
“Dah itu geli, ini geli, macam mana Aisha nak handle lepas tu pandai nak masak? Aisha kena biasakan tangan Aisha tu pegang perut ikan tu. Biasa dengan bau hanyir semua ni.”
“Masalahnya mak Inah…buskkkkkk!!!!” tangan kirinya memicit sabun ke atas tangan kanan lalu ditonyoh sekuat hati. Yeksss!!! Busuk! Busuk dia memang tahap meloyakan.
Selepas membilas tangannya, dia mencium tangannya. Ya ampun! Ada lagi bau hanyir tu. Eiii!!! Bencinya aku!
“Aisha…cepat! Buat sampai habis…”
“Alalala Mak Inah. Tak naklah! Apa kata Mak Inah je yang buat. Lepas tu, bab-bab nak masuk bawang ke rempah ke apa bagi Aisha yang buat. Ok?”
“Aisha…Aisha…haih…yelah Mak Inah buat. Tapi ingat, bab-bab memasak kejap lagi Aisha yang buat! Mak Inah arahkan je.”
“Baik bos! Hamba menerima arahan tuanku!” matanya memandang Mak Inah yang sedang menyiang ikan sekali dengan perut ikan. Mak Inah ni tak geli ke pegang perut ikan macam tu je? Kalau aku, mahu pengsan!
“Aisha, Zach tahu tak yang kamu masak untuk dia ni?” manalah tahu Zachary tak tahu lepas tu makan dekat luar. Dah tu sapa nak makan lauk-lauk ni nanti?
“Tak tahu Mak Inah. Aisha ingat Aisha nak buat surprise dekat Zach.”
“Hmmm…sweetnya Aisha. Kalau Zach tahu ni, bertambah sayang dia dekat kamu…”
“Ye ke Mak Inah?”
“Yelah. Dari cara Zach tu pun Mak Inah tahu yang dia memang sayangkan Aisha.”
Aisha tersenyum sampai ke telinga. Orang tua-tua lagi berpengalaman dari kita. Memang betullah kot apa yang Mak Inah cakap tu. Dulu pun Zach pernah cakap dekat aku yang dia memang sayangkan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience