Bab 23

Romance Completed 102547

“Macam mana Aisha? Perut you still rasa pedih?” soal Doktor Diana sambil memandang Aisha yang terbaring lemah di atas katil.
“I dah ok sikit doktor tapi rasa pedih tu ada sikit.”
“Good for you…emmm I nak tanya, lelaki yang bawak you ke sini tu suami you ke?” Aisha mengangguk perlahan.
“Ok, I tinggalkan you untuk rest before you discharged kejap lagi. I nak cakap dengan suami you kejap.”
“Emmmm…doktor nak cakap apa dengan suami I?”
“About your condition, about your gastric…semua tu suami you kena ambik tahu dan alert. Lagipun, I nak tanya you, you dah makan ke belum?”
Aisha menggigit bibirnya. Macam mana aku nak makan kalau kau tak pandai masak? Lagipun, Zachary bukannya belikan aku makanan pun.
“I rasa tak payahlah cakap pasal ni dekat suami I? I yang salah sebab I tak bagitahu dia yang I ada gastrik.”
“Ini pasal kesihatan you, Aisha. Kalau suami you lambat bawak you ke hospital, entah apa yang jadi dekat you Aisha. Mungkin gastrik you jadi lebih teruk. Jadi, I nak explain everything dekat suami you. I tahu you belum makan. Perut you kosong. So, make sure bila you dah discharged kejap lagi, you balik dan makan.”
Doktor Diana segera berjalan keluar dari wad menempatkan Aisha lalu menuju ke arah Zachary yang sedang duduk di kerusi hospital.
“You ni suami kepada Aisha?”
Zachary terus bangun dari tempat duduknya. “Ye, I suami Aisha. Aisha macam mana? Ok?”
“Alhamdulillah isteri you ok. But before that, I nak tanya…you tahu tak isteri you ada gastrik?”
“Gastrik?” tak ada pulak Aisha or sapa-sapa bagitahu aku yang Aisha ada gastrik.
“I assumed you tak tahulah yang Aisha ada gastrik. Nasib baik you bawak dia cepat ke hospital sebelum gastrik dia jadi lebih teruk. Bila I check dia tadi, dia tak makan dan perut dia kosong. Jadi, I nak lepas ni bila you bawak dia balik rumah, pastikan dia makan.”
“Ok doktor.”
“Aisha dah boleh discharged sekarang.”
“Thank you doktor…”
“Welcome…I pergi dulu.” Doktor Diana beredar dari situ.
Zachary hanya mengeluh perlahan. Kenapalah Aisha tak bagitahu aku yang dia sebenarnya ada gastrik?

ZACHARY memapah Aisha masuk ke dalam bilik. Dia menolong Aisha untuk duduk di atas katil. Dia hanya memandang Aisha yang dari tadi hanya mendiamkan diri. Dia marahkan aku ke?
“Kau ok ke?”
“Ok…” jawabnya sepatah.
“Kau marahkan aku ke?” soal Zachary. Punggungnya dilabuhkan di sebelah Aisha.
“I tak marah pun. Buat apa I nak marah you kan? Bukan salah you.”
“Kenapa kau tak bagitahu aku yang kau ada gastrik? Kalau aku tahu kau ada gastrik, dah lama aku balik rumah.”
“Kalau you balik rumah sebab I ni ada gastrik, baik tak payah. I boleh jaga diri I sendiri. Selama ni I jaga diri I sendiri I boleh hidup je. I tak perlukan you untuk jaga I.”
Berlagaknya lahai minah ni. Dah sakit teruk macam ni pun still nak berlagak kononnya boleh jaga diri sendiri.
“Kalau kau sakit nanti, aku jugak yang susah.”
“I tak nak susahkan you pun. Kalau you rasa beban dengan I, then just go away. I pun tak suka nak susahkan diri orang semata-mata untuk I. You boleh pergi.”
“Time sakit macam ni pun kau masih nak berlagak eh?”
“I cuma cakap benda yang betul.”
“Ok, macam nilah. Dekat dapur tu ada makanan. Aku nak kau pergi makan sekarang. Kalau kau tak makan, kau gastrik balik aku yang susah nanti. Kau cakap kau tak suka nak susahkan orang kan? So, demi tak menyusahkan orang kau pergi makan sekarang.”
“Tak nak, I tak lapar.”
“Kau ni kalau degil, batu pun boleh menangis dengan kedegilan kau ni! Aku suruh kau makan je pun! Bukannya suruh kau masak balik makanan tu.” ujar Zachary geram. Nak suruh makan pun susah! Haih! Geram pulak aku dengan dia ni.
“You tak faham ke? I tak nak makan. Lagipun, kalau I tak makan, bukannya you kisah pun! Sekarang ni I nak you keluar dari bilik I. I nak rest,” Aisha membaringkan tubuhnya membelakangi Zachary. Tak ada mood rasanya nak layan Zachary sekarang.
Zachary mengeluh. Kedegilan Aisha memang tak boleh bawak bincang sekarang ni. Nak tak nak aku kena jugak paksa dia makan. Kalau dia tak makan, gastrik dia datang balik.
Zachary menuju ke ruang dapur. Nasi ayam yang dibelinya tadi dituang ke atas pinggan. Air kosong dituang ke dalam gelas lalu membawanya dengan nasi ayam ke bilik Aisha. Nasi ayam dan air kosong diletakkan di meja katil. Dia memandang Aisha yang masih diam tidak berkutik.
“Aku tahu kau tak tidur lagi. Bangun makan nasi ayam ni. Kalau tak nak habiskan, at least makanlah sikit.”
Aisha mengeraskan diri. Nak tunjuk protes. Entah kenapa aku jadi mengada macam ni. Kalau dulu, tak pernah pun nak mengada macam ni. Selalunya aku kalau gastrik je, aku mesti turun bawah cari makan.
“Sha, kau dengar tak apa yang aku cakap ni?”
“Dengar!”
“Then? Tak reti nak bangun lagi? Bangun makan.”
“I dah cakapkan yang I tak nak makan? You tak faham bahasa ke?” selimut ditarik hingga ke pangkal lehernya.
“Kenapa kau degil sangat ni?! Susah sangat ke kalau kau nak makan?! Please Aisha! Don’t be so childish because you’re grown enough.”
“You just shut up okay and leave my room now! I don’t want to see your ugly duckling face! Go away!” marah Aisha.
Apa yang kena dengan diri kau ni Aisha? Entahlah…aku pun tak faham dengan diri aku yang sekarang ni. Entah kenapa sekarang ni aku mudah sentap. Aku tak pernah jadi macam ni.
“Ikut suka kaulah nak makan ke tak. Ingat, kalau kau sakit perut lagi panggil je aku. Jangan nak pendam sorang-sorang pulak,” Zachary bangun lalu keluar dari bilik Aisha.
Selimutnya ditolak ke tepi lalu bangun dari pembaringannya bila Zachary menutup rapat pintu biliknya. Matanya memandang nasi ayam dengan segelas air kosong yang terletak di atas meja katilnya. Krukkk…krukkk…tiba-tiba perutnya berkeroncong hebat. Laparlah pulak. Tadi time suami kau pujuk kemain kau kenyang.
Aisha mengambil nasi ayam tersebut lalu dijamahnya sehingga habis. Sedaplah pulak nasi ayam ni. Kalau ada dua bungkus ni mahu aku makan dua bungkus sekali.
Mama…papa…kenapalah hidup Aisha sekarang ni complicated sangat? Aisha tak layak jadi seorang isteri dan Aisha langsung tak layak untuk dapat suami macam Zachary sebab dia perfect. Dia lagi layak dengan orang lain. Aisha tak suka jadi isteri! Hidup Aisha terbatas! Semua nak kena dengar cakap Zach! Habis tu, cakap Aisha ni sapa je nak dengar?!
Zachary menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Namun, deringan telefon bimbitnya menarik perhatian. Tangannya mencapai telefon lalu memandang nama pemanggil. Mummy.
“Assalamualaikum mummy…”
“Waalaikumussalam. Along tak tidur lagi ke? Ke mummy ganggu time rehat along sekarang ni?”
“Tak ganggu pun mummy. Along tak boleh nak lelap lagi ni. Ada apa mummy call?”
“Sajalah mummy call along nak tanya macam mana hubungan along dengan Aisha? Ok ke?”
Macam manalah hubungan along dengan Aisha nak ok kalau Aisha tu keras kepala orangnya mummy?
“Alhamdulillah ok je. Cuma tulah, sikap keras kepala dia tu susah sikit along nak handle.”
“Perkara biasalah tu. Lama-lama keras kepala dia tu hilanglah bila along pandai ambik hati dia.”
Aku? Pandai ambik hati dia? Memang taklah! Silap hari bulan aku bakar je hati dia tu.
“Insya-Allah mummy.”
“Esok along dah masuk kerja ke?”
“Emmm dah masuk kerja. Ada banyak kerja sekarang ni. Tadi Maryam ada text kata ada fail yang along nak kena sign. So, nak tak nak along kena masuk kerja jugaklah esok.”
“Hmmm yelah. Kerja tu kerja jugak. Jangan lupa ada bini dekat rumah.”
“Iye mummy. Along tak lupa.”
“Hmmm oklah kalau macam tu. Mummy letak dulu dah mengantuk sangat ni. Kirim salam mummy dekat Aisha ok?”
“Ok mummy.”
“Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam…” selepas sahaja talian diputuskan, telefonnya diletakkan ke tepi. Esok-esok jelah aku cakap dekat Aisha mummy kirim salam. Malaslah nak kacau minah tu. Ada faedah jugak kalau aku tidur. Esok kerja.
Lampu sisi katil dipadam lalu matanya dipejamkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience