Bab 24

Romance Completed 102547

Rambutnya disisir rapi sebelum melangkah keluar dari bilik menuju ke ruang bawah. Namun, belum sempat kakinya menjejak tangga, dia terpandangkan pintu bilik Aisha. Aiii…minah ni tak bangun tidur lagi ke? Kakinya dibawa menuju ke bilik Aisha.
Pintu bilik Aisha diketuk perlahan. Sekali lagi tangannya mengetuk pintu. Tiada tanda-tanda yang Aisha nak bukak pintu dari dalam.
“Aisha! Kau bangun ke tak lagi?” senyap. Tiada suara menyahut.
Memang sahlah minah ni tak bangun lagi. Tombol pintu dipulas. Dia memandang Aisha yang masih lagi tidur nyenyak di atas katil. Kakinya melangkah menghampiri Aisha. Memang sah dia tak sedar.
“Aisha…Aisha…” jarinya mencucuk lengan Aisha.
“Apa?” Aisha bersuara dalam mamai.
“Dah pagi ni. Bangunlah woi! Membuta je.”
“Eiii! Yang you ni memekak dah kenapa? I mengantuk! I nak tidur!”
“Kerja je tidur. Patutlah muka dah berkedut!” terus Aisha bangun dari pembaringannya sambil tangannya meraba-raba muka.
Seriuslah muka aku dah berkedut? Aisha cepat-cepat berlari ke arah cermin meja solek. Menilik mukanya. Manalah tahu memang betul ada kedut-kedut. Tapi…tak ada pun! Terus badannya ditoleh menghadap Zachary yang tersenyum jahat ke arahnya. Ohhh! Maknanya dia kenakan akulah ni! Kurang asam betul.
“You ni memang sengaja kenakan I kan?!” marahnya betul-betul di hadapan muka Zachary.
“Wooo wooo wooo…rileks girl. Dahlah mulut tu busuk, nak marahkan orang pulak. Kalau ye pun nak marah, tolong pergi gosok gigi dulu then barulah marah aku.”
“Eiii you ni!!!”
“Lagi busuk! Eiii! Pengotor! Dahlah, dari aku layan mulut busuk kau pagi-pagi ni, baik aku pergi kerja dulu. Ingat! Jangan lupa gosok gigi tu. Berbau betul mulut kau!” Zachary melangkah keluar dari bilik Aisha.
Aisha menghentakkan kakinya tanda protes. Geramnya aku!!!

PINTU ofisnya diketuk dari luar. Matanya dilarikan dari skrin komputer sebelum memberi kebenaran kepada Maryam untuk masuk ke dalam ofisnya. Maryam melangkah masuk menghampiri meja kerjanya dengan fail berkulit tebal di tangannya. Fail tersebut dihulurkan kepada Zachary.
“Fail apa ni Maryam? Sorry saya lupa. Maklumlah dah berapa hari tinggal kerja ni,” Zachary tersengih lalu membelek fail tersebut.
“Ini fail dari Encik Zakuan pasal dokumen syarikat. Encik Zakuan cakap bos ada mesej dia untuk tengok fail ni. Jadi dia mintak saya serahkan fail ni dekat bos.”
“Oh ya saya lupa. Maklumlah hari ni saya ada banyak kerja nak kena siapkan. Cuti lamalah katakan…”
Maryam tersenyum. Faham maksud bosnya. “Faham. Tapikan bos, bos tak kisah langsung ke tinggalkan isteri bos dekat rumah tu sorang-sorang? Yelah, isteri bos tu dahlah cantik orangnya. Saya rasa kalau saya jadi bos, saya takkan tinggal isteri dekat rumah. Kalau nak datang kerja pun bawak isteri sekali.”
“Ada pasang niat nak jadi lesbian ke?” sengaja Zachary menyakat Maryam.
“Isy bos ni. Ada pulak cakap saya pasang niat nak jadi lesbian. Saya ni waras lagi ok.”
“Manalah tahu tukar selera.”
“Eiii bos ni. Ada pulak cakap saya macam tu.”
“Saya gurau je. Oh ya Maryam, boleh tak tolong buatkan saya hot chocolate? Saya lapar tapi malas nak turun pergi café.”
“Nak saya tolong belikan untuk bos ke?”
“Eh tak apa. Tak payah…”
“Kalau macam tu, kalau tak silap saya tadi dekat pantri ada sandwich. Saya bawakkan bos hot chocolate dengan sandwich ok?”
“Emmm boleh jugak. Makan sandwich tu kenyanglah sikit. Thanks Maryam…”
“Welcome bos. Saya pergi dulu,” Maryam keluar dari ofis Zachary menuju ke pantri.

DARI tadi jam di dinding rumah ditiliknya. Dia mengeluh besar sebelum kembali membelek telefon bimbitnya. Bosannya aku duduk dekat rumah ni! Tak kisahlah! Aku kena keluar jugak dari rumah yang dah macam puaka ni. Langsung tak best! Dahlah astro pun tak ada. Bosan!
Nombor Sophea didail. Harap-haraplah minah sorang ni tak busy. Yelah, kalau nak ajak Tania keluar maybe tak bolehlah sebab dia kerja. Lainlah Sophea, dia bukak butik sendiri.
“Hello beb.”
“Hello! Beb, you busy tak? Kalau tak busy, I nak ajak you keluar? I dah bosan duduk dekat rumah ni sorang-sorang. Suami I pergi kerja. Jom?”
“Sorry beb. Sekarang ni I busy sangat handle stok-stok barang yang baru sampai ni. Maybe esok?”
“Lah ye ke? You tak boleh ke skip kerja you tu? Lagipun you kan bos? Suruh jelah pekerja you buat semua tu.”
“Tak boleh Sha. Aku kena jugak handle semua ni. I janji esok kita keluar ok? Esok I dah check jadual I dan I tak busy esok.”
“Hmmm oklah. Janji esok?”
“I janji.”
“Ok beb.”
“Sorry Sha. I nak kena letak fon dah ni. Nanti kita chit-chat lagi.”
“Ok beb. Bye…” talian diputuskan. Aisha mengeluh lagi. Waaa!!! Bosannya! Untuk hilangkan bosan aku ni, nak tak nak aku kena jugaklah keluar sorang-sorang. Pergi jelah mana-mana pun asalkan aku tak bosan.

AISHA melangkah masuk ke dalam The Mine. Akhirnya! Dapat jugak aku tengok suasana shopping ni. Hilanglah sikit rasa bosan aku ni dari aku terperuk je dalam rumah yang dah macam puaka tu. Baju-baju yang bergantungan di dalam butik ditiliknya.
Butik yang menjual beg-beg berjenama pula ditiliknya. Harga pun semestinya cantik jugaklah. Tapi, since papa dah stop masukkan duit dalam akaun aku, so aku dah tak boleh nak beli barang-barang mahal macam ni. Memanglah Zachary ada bagi duit belanja bulanan dekat aku tapi kau bayang eh? Sebulan seratus. Cukup ke? Memang tak cukup untuk beli barang-barang keperluan aku yang sememangnya beratus ringgit.
“Well, well, well…we meet again huh?” tak payah teka memang aku dah tahu suara sapa yang tegur aku sekarang ni. Sapa lagi kalau bukan si Adira tu?
“I rasa you ni memang stalker yang paling berjaya dalam dunia ni sebab tak kiralah I dekat mana sekalipun, you mesti ada kan? Ataupun you ni sebenarnya fanatik I huh?”
Adira tersenyum sinis sambil memeluk tubuhnya. “Well, consider semua ni hanya kebetulan. I bukannya apa. Sejak hari you kahwin dengan Zach, I rasa kesian dekat Zach sebab dapat isteri macam you ni. Pada pandangan mata I, I tak rasa you mampu bahagiakan Zach?”
“Oh I see…ambik berat jugak you pasal Zach eh? Tapi, I curious jugak. Kenapa masa dulu you berkawan dengan dia, you tak ambik hati dia eh? Sekarang, bila I dah santau dia baru you nak menyesal? Kesian you ni,” Aisha menayangkan senyuman sinisnya.
“I tak kisah pun sebab I tahu perempuan murahan macam you ni Zach takkan simpan sampai bila-bila.”
Pang!!! Pipi Adira terus ditamparnya. Aku memang tak boleh kawal bila orang hina aku macam-macam. Tambah-tambah pulak cop aku perempuan murahan. Dia tak ada hak untuk hina aku macam ni.
Bahang pipi Adira bila dirinya dilempang di khalayak ramai. “Hey perempuan jalang! Kau sedar sikit diri kau tu memang murahan! Kau ni memang asalnya perempuan murahan!”
Terus tubuh Adira ditolaknya kuat sampai Adira jatuh terduduk di atas lantai mall.
“Aku dah lama bersabar dengan perempuan macam kau ni! Harap je pakai tudung tapi perangai macam mintak masuk neraka je kau ni! Tak guna pun kau pakai tudung litup macam ni tapi perangai macam…heee malas aku nak sebut!”
“Aisha!” tiba-tiba namanya diseru dari hadapan. Mata Aisha tertumpu ke arah Zachary dengan seorang perempuan di sebelahnya.
“Apa yang kau buat ni Aisha?”
Aisha menarik nafas dalam-dalam sebelum memandang perempuan di sebelah Zachary dan Adira berselang-seli. Hati yang dah sedia panas ni tak boleh nak dibendung lagi. Tanpa mempedulikan soalan Zachary, terus dia melangkah pergi.
“What’s going on here? Adira! Apa yang kau buat lagi dengan Aisha?!”
“Mana ada saya buat apa-apa. Awak tak nampak ke isteri awak yang mulakan dulu!”
“Dia takkan buat macam tu kalau kau tak cakap yang bukan-bukan dekat dia!” Zachary berlari mengejar langkah Aisha yang dah menjauh. Maryam turut mengikut langkah Zachary.
“Aisha! Aisha!” makin lama suara Zachary makin dekat dengannya. Kalau aku pakai sandals, nak je aku lari tapi masalahnya sekarang aku pakai high heels. Kalau aku lari jugak silap hari bulan aku terpelecok.
“Aisha!” tangannya dipegang dari belakang. Aisha memberhentikan langkahnya lalu memandang Zachary dan Maryam.
“Tak payahlah nak pegang I!” marah Aisha lalu kembali merentap tangannya dari pegangan Zachary. “By the way, you boleh sambung dating balik dengan perempuan ni. Bye!” Aisha melangkah pergi.
“Aisha!”
“Bos…saya rasa isteri bos tu cemburu kot tengok kita berdua. Lagipun, isteri bos tak kenal saya lagi.”
“Maryam, boleh tak awak balik ofis dulu dan cancel semua appointment saya hari ni? Saya nak balik rumah kejap.”
“Boleh bos. Kalau ada apa-apa lagi, call je saya.”
“Ok thank you Maryam.” Zachary berlari-lari anak menuju ke arah keretanya yang diparkir tidak jauh dari mall.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience