Bab 9

Romance Completed 102547

Dari tadi telefonnya berdering mintak diangkat. Sara hanya memandang nama pemanggil tersebut. Ah! Malaslah aku nak angkat. Kalau aku angkat, mesti dia akan tengking-tengking aku punya.
Telefonnya kembali sepi. Namun beberapa saat sahaja, telefonnya kembali berdering. Sara mengeluh. Nak tak nak nampaknya aku kena angkat jugaklah panggilan suami aku ni.
“Hah! Baru pandai nak jawab call aku ke?!” tengking Fariq di talian.
“Awak nak apa lagi ni?”
“Kau dah pandai melawan cakap aku kan sekarang ni? Kau dah lupa jalan nak balik rumah laki kau ke?!”
Sara mengeluh perlahan. Perlu disabarkan hatinya untuk hadap perangai baran Fariq yang tak ada kesudahannya.
“Fariq, saya rasa saya tak perlu kot untuk balik ke rumah awak kalau keadaan kita masih sama jugak. Salah sikit, saya kena halau then datang balik. Saya penatlah Fariq.”
“Menjawab! Maknanya kau tak nak baliklah ni?!”
“Ya.”
“Ok, kau dengar sini eh. Aku pun dah tak perlukan kau dalam hidup aku. Kau ni menyusahkan hidup aku je dari dulu sampai sekarang! Kau dengan anak kau sama-sama menyusahkan aku!”
Pedih! Itulah yang mampu dia ungkapkan sekarang ni. Perutnya bergetar memegang perutnya. Tanpa dipinta, air mata mula meleleh. Pedih hatinya bila suami sendiri cakap macam tu.
“Untuk memudahkan kerja aku sekarang ni, Nur Alisha Sara...” Sara memejamkan matanya. Dia tahu apa yang bakal terjadi lepas ni. Fariq akan menceraikannya. Itu sudah pasti.
“Aku ceraikan kau dengan talak satu!” tut…tut…tut…panggilan diputuskan sebaik saja Fariq melafazkan talak.
Air matanya mula mengalir dengan laju. Tak mampu rasanya nak menahan perasaan yang dia rasa sekarang ni. Mahu saja dia menjerit tapi tak mampu. Terasa seperti hatinya disiat-siat.
Terima kasih Fariq sebab ceraikan saya. Sekurang-kurangnya saya tak sakit berada dalam ikatan yang kita berdua sama-sama tak rela. Tapi, sekurang-kurangnya saya cuba menerima awak tapi…
Pintu biliknya dibuka. Tersembul wajah Aisha di muka depan pintu. Lupa pulak aku sekarang aku tidur di rumah family Aisha memandangkan mama dan papa Aisha meminta aku untuk tidur di sini. Puan Suzie cakap dia bolehlah pantau keadaan aku dan baby.
“Sara?” Aisha pantas menghampiri Sara yang masih lagi menangis. “You kenapa ni? Sara? Kenapa you menangis? Cerita dekat I,” risau dia dibuatnya bila melihat Sara yang menangis tak henti-henti sambil memegang perutnya.
“Kenapa ni? Perut you sakit ke ni?” Sara hanya menggeleng. “Habis tu? Ceritalah dekat I. Risau I tengok you macam ni.”
“Fariq…” percakapannya tersekat-sekat.
“Kenapa dengan Fariq? Dia buat dekat you?”
“Dia ceraikan I…” ujarnya dalam nada yang masih tersekat-sekat.
“Hah?! But why? Kenapa tiba-tiba dia ceraikan you?”
“Sebab I tak balik rumah…”
Aisha mendengus geram lalu bangun ingin menuju ke biliknya. Nak call Fariq tak guna tu.
“Aisha! Please jangan call Fariq.”
“Tapi Sara…”
“Jangan…I tak nak you termasuk dalam masalah I dan Fariq. Benda ni I boleh settle dengan Fariq sendiri. Ok?”
“Sara, you sure ke ni you boleh settle kan sendiri?”
“Ya, I boleh settle kan sendiri. You jangan risau ok?”
“Yelah kalau macam tu…tapi! Kalau you perlukan bantuan I, you cakap je dengan I ok? I akan tolong you no matter what.”
“Alright…thanks Aisha.”
“Welcome…dah sekarang ni tak naklah nangis. You rest dulu ok? Tak naklah stres macam ni. Tak baik untuk baby dan you. I keluar dulu. Kalau ada apa-apa, ketuk je pintu bilik I.” Sara hanya mampu mengangguk. Aisha melangkah keluar dari bilik Sara. Perasaan simpatinya kepada Sara makin menebal. Apalah nasib Sara dan anaknya nanti?
Tak boleh jadi. Aku kena jumpa dengan Fariq jugak malam ni. Telefonnya diambil lalu menaip mesej kepada Fariq.

Me: Fariq, I nak jumpa you. You dekat mana sekarang ni?

Fariq: I dekat club. Macam biasa…

Me: I on the way ke sana sekarang.

Fariq: Why? You rindukan I ke?

Ha arrr…aku rindu nak bagi kaki dan tangan dekat kau!

Me: Mestilah I rindu you. I tak boleh jauh dari you. You tunggu I dekat sana…

Fariq: Alright sayang…

Geli aku! Apa sayang-sayang? Sayang pergi balik Selayanglah! Tanpa berlengah lagi, Aisha segera bersiap-siap.

KAKINYA diaturkan ke dalam club. Matanya melilau mencari kelibat Fariq. Dia ternampak Fariq yang sedang duduk di sofa berdampingan dengan perempuan-perempuan seksi. Bagus eh kau ni? Kau ceraikan bini kau malam ni, malam ni jugak kau dah berkepit dengan perempuan lain? Segera dia menghampiri Fariq.
“Hai Fariq…” sapa Aisha.
Fariq memandang Aisha yang sedang berdiri di hadapannya. Dia tersenyum. “Hai sayang…”
Aisha mengambil tempat di atas paha Fariq. Kepalanya dilentokkan pada bahu Fariq sambil tangannya berlari-lari di sekitar wajah Fariq. Tak lama je lagi Aisha, kau bagi je penampar jepun dekat mamat tak sedar diri ni.
“Wow…you rindukan I ke hmmm? Tak pernah-pernah pun you macam ni?” Fariq memegang tangan Aisha.
“Hmmm…I rindu you…” Aisha merengek perlahan. “I rindu nak tampar you!” serentak itu pipi Fariq ditamparnya kuat. Perempuan-perempuan yang berada di sekeliling Fariq terus melarikan diri.
Aisha segera bangun dari paha Fariq lalu memandang wajah Fariq yang kelihatan terkejut dengan perbuatannya.
“Kenapa you tampar muka I?!” suara Fariq melengking tinggi.
“You tanya kenapa? You cuba rewind balik apa yang you baru buat malam ni?”
“I buat apa?”
Sekali lagi pipi Fariq jadi mangsa tamparannya. Bravo Aisha. “You lupa ke buat-buat lupa?”
“Sebab I ceraikan Sara ke?”
“Yes! Exactly! Hey! Lelaki jenis apa you ni?!”
“She deserves this! Lagipun dia yang buat hubungan kita jadi macam ni sayang…”
“Oh really? Hubungan kita jadi macam ni pun sebab perangai kasanova you! Bukan sebab dia! Dahlah…buang masa je cakap dengan orang yang tak faham bahasa macam you ni!” Aisha berlalu pergi dari situ namun tangannya direntap dari belakang memaksa dia berhadapan kembali dengan Fariq.
“I sayangkan you Aisha. Jangan buat I macam ni please?”
“I tak sayangkan you. Clear kan? Get lost from my life!” Aisha berjalan pergi namun sekali lagi tangannya direntap.
“You jangan sampai I malukan you dekat sini Fariq! Tonight is your night dan you pergilah tebuk mana-mana perempuan yang you suka! I tak kisah langsung ok! I’m done!” tangannya direntap dari pegangan Fariq dan berlalu dari situ. Puas hatinya kerana dapat sound kan Fariq.
Telefon bimbitnya berbunyi. Aisha ambil telefonnya dari dalam beg tangan. Incoming call from Sara. Pantas panggilan Sara dijawabnya.
“Aisha…you dekat mana?”
“I…I dekat luar ni. Kenapa?”
“You jumpa Fariq ke?” Aisha menggigit bibirnya. Baru je lepas jumpa dia. Sara ni macam tahu-tahu je aku pergi jumpa Fariq.
“Tak…I pergi Tesco kejap nak beli aiskrim. Kenapa?”
“Ohhh…I ingatkan you keluar jumpa dengan Fariq.”
“Tak adalah…I tak jumpa dengan dia pun. Emmm…you ada apa-apa nak kirim ke?”
“Boleh jugak. You boleh tolong carikan I aiskrim potong durian? I tiba-tiba pulak teringin.”
“Boleh! Lagi?”
“Itu je. Thanks Aisha.”
“Welcome…” panggilan diputuskan. Aisha menghembus nafas beratnya. Fuh…nasib baiklah Sara tak syak lebih-lebih. Alamatnya sekarang ni aku memang kena ke Tesco lah jawabnya nak beli aiskrim. Aisha segera masuk ke dalam keretanya lalu memandu ke Tesco.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience