Bab 5

Romance Completed 102547

Tok! Tok! Tok! Pintu ofisnya diketuk. Zachary bagi kebenaran untuk masuk. Maryam melangkah masuk lalu meletakkan sebuah fail berhadapan dengan Zachary.
“Ni fail yang bos mintak kelmarin. Saya dah check semua laporan dalam fail tu,” ujar Maryam. Secretary Zachary.
Zachary menyelak helaian demi helaian dalam fail tersebut. Setelah berpuas hati dengan laporan tersebut, dia menurunkan tandatangan lalu diserahkan kembali kepada Maryam.
“Fail tu nanti awak bagi dekat Azmi ya? Dia yang akan simpan laporan tu. Oh ya by the way, kejap lagi saya ada appointment or meeting dengan sapa-sapa tak?”
“Tak ada bos. Kenapa?”
“Tak ada apa cuma saya hari ni half day sebab ada urusan keluarga. Jadi, kalau ada apa-apa berkaitan dengan syarikat terus call saya ya?”
“Baik bos…”
“Thank you Maryam.”
“Welcome bos. Ada apa-apa lagi sebelum saya keluar?”
“Tak ada.”
“Kalau macam tu saya keluar dulu,” Maryam melangkah keluar dari ofis Zachary lalu menutup pintu rapat.
Tumpuannya beralih kepada telefon bila telefonnya menjerit mintak diangkat. Panggilan dari Aqil. Ada apa pulak ni?
“Hello?”
“Hello along. Along dekat mana tu?”
“Macam biasa dekat ofis. Ada apa call ni?”
“Ganggu along ke?”
“Tak adalah ganggu sangat. Ada apa call along ni?” tangannya kanannya naik meraup wajahnya. Rasa macam letihlah pulak badan aku hari ni. Maybe aku ni terlebih time kerja kot. Kadang-kadang time rehat aku still lagi buat kerja. Sebab tu mummy bising dekat aku.
“Mummy suruh angah call along sebab mummy cakap malam kejap lagi kita buat dinner dekat rumah lama kita dulu.”
“Maksud angah?”
“Maksud angah malam ni kita dinner dekat rumah lama kita, bukan dekat vila kita ni. Faham?” Zachary mengerutkan dahinya. Pelik dengan kenyataan yang Aqil cakap tadi.
“Tapi dah kenapa? Vila kita tak cukup besar lagi ke nak muatkan tetamu?”
“Manalah angah tahu. Itu along kena tanya mummy sendiri sebab angah dah tanya tapi mummy tak nak cakap.”
“Oh ok. Tak apa, nanti waktu lunch along balik.”
“Ok along.”
Panggilan diputuskan. Dah kenapa pulak dinner nak buat dekat rumah lama. Haish mummy ni pelik betullah. Vila tu sikit punya luas tapi dekat rumah lama tu jugak yang mummy nak buat dinner.

“MUMMY, mummy tak jawab lagi soalan along. Kenapa umi buat makan-makan dekat rumah lama kita ni?” soal Zachary ketika Puan Julia sedang menghidangkan juadah mereka di atas meja makan. Lepas Isyak, keluarga Puan Suzie akan datang.
“Salah ke kalau mummy nak buat dekat sini?”
“Tak salah but it’s kinda of weird. Vila kita tu tak cukup besar lagi ke?” Puan Julia memandang anaknya. Selagi dia tak jawab sejujurnya, selagi tulah anaknya akan tanya. Penat nak menjawabnya.
“Ok sebenarnya ini bukan plan mummy ok tapi plan Puan Suzie. Dia yang suruh kita buat dinner ni dekat rumah lama.”
“But why?”
“Mummy pun tak tahu apa motif Puan Suzie. So, jangan tanya mummy banyak soalan lagi ok? Mummy nak kemaskan dapur yang tengah berselerak tu,” Puan Julia menuju ke dapur. Nasib baiklah rumah ni sempat jugak cuci. Kalau tak, duduk dalam keadaan berhabuk.
Manakala orang di sana pulak tak habis-habis memberontak tak nak ikut. Dah macam-macam alasan dia bagi tapi semuanya tak dilayan. Dirinya tetap jugak dipaksa untuk ikut.
“Mama dengan papa faham tak Aisha tak nak ikut jugak! Aisha tak nak kahwin dan Aisha tak nak kenal pun sapa laki tu!”
“Papa tak kira. Apa yang papa tahu Aisha kena ikut. Tak ada alasan lagi. Cepat! Pergi bersiap! Papa bagi 10 minit. Kalau tak turun jugak, papa heret Aisha masuk dalam kereta.”
“Bencilah!” bentak Aisha bila diugut sedemikian. Mahu tak mahu terpaksa jugaklah dia mengalah. Bagus sangat ke mamat yang papa dan mama nak jodohkan dekat aku tu!
Tuan Amin Louis dan Puan Suzie tersenyum menang. Senang je nak handle anaknya yang sorang ni. Ugut sikit je terus nak dengar cakap.

“ASSALAMUALAIKUM…” ujar Puan Suzie apabila mereka sudah berdiri di hadapan muka pintu Puan Julia. Kedengaran Puan Julia menjawab menjawab salam mereka dari dalam rumah.
Aisha di belakang pulak melihat sekeliling rumah tersebut. Heeee…tak ada kelas langsung! Aku ingatkan rumah dia mewah macam rumah papa. Rupanya hampeh! Rumah teres dua tingkat je. Dengan orang yang berkedudukan tak setaraf macam ni ke yang papa dan mama nak jodohkan dekat aku? Aduh mama dan papa ni. Langsung tak ada taste.
Pintu dibuka dari arah dalam. Puan Julia bersalaman dengan Puan Suzie lalu menjemput mereka masuk ke dalam rumah.
Aisha teragak-agak untuk masuk. Kalau aku masuk ni, agak-agaknya tapak kaki aku ni berdebu tak? Manalah tahu rumah dia ni dah lama tak cuci. Nanti kotorlah kaki aku.
Mohon sesiapa angkat cangkul, cangkul kepala si Aisha ni. Berlagak tahap apa lagi.
“Kau tunggu apa lagi?” soal Rayan bila adiknya langsung tak berganjak dari tempatnya berdiri.
“Tak naklah masuk.”
“Jangan nak buat hal!”
“Eiii!!! abang tak tengok ke macam mana rumah diorang ni. Tak ada class langsung!”
“Kau jangan nak berclass-class dekat sini eh! Ini rumah orang! Hormat sikit. Ingat kau pun bukannya kaya pun. Kaya atas duit papa je!” bidas Rayan. “Dah jom masuk!” Rayan menarik tangan adiknya menuju ke dalam rumah.
“Kejaplah nak bukak kasut!” cepat-cepat Aisha membuka kasutnya sebelum melangkah masuk ke dalam rumah diiringi abangnya.
Sebaik saja masuk ke dalam rumah, matanya melilau sekeliling ruang tamu. Kusam je aku tengok. Yang ada pun frame bunga je. Tak style langsung. Kalau macam nilah punya hidup, nanti dah kahwin mampu ke anak dia jaga aku?
Zachary keluar dari bilik air. Matanya terpandang Aisha yang sibuk menilik sekitar ruang tamu. Eh??? Minah tu? Dia buat apa dekat sini?! Oh no! Jangan cakap minah tulah yang diorang kenenkan nak jadi isteri aku! Tidak!!!
Aisha pula terpandang Zachary yang tercegat depan pintu bilik air. Matanya membulat besar bila teringat kembali kejadian yang berlaku beberapa hari lepas. Ya ampun! Mamat ni ada dekat sini! Entah-entah mamat ni tak bakal jadi suami aku?! Eiii! Mintak simpanglah. Harap muka je hensem tapi perangai haprak.
“Ha…jadi inilah Aisha ye?” tegur Puan Julia sambil memandang wajah manis Aisha yang memang tak berapa nak manis buat masa sekarang ni. Lagi bertambah tak manis bila terpandangkan Zachary.
Aisha hanya tersenyum kepada Puan Julia lalu tangan itu diciumnya perlahan. Apa? Ingat aku tak reti ke bab-bab adab ni? Malaslah nak layan si Aisha ni. Propa je lebih.
“Jomlah kita makan dulu. Makanan dah terhidang tu,” ujar Puan Julia. Mereka menuju ke ruang makan lalu mengambil tempat duduk masing-masing.
Untungnya nasib baiklah si Aisha ni pandai makan masakan kampung. Ingatkan pandai makan western je. Kalau dia tak makan masakan kampung, dah lama kena ketuk kepala.
Sambil makan, sambil mereka rancak berbual kecuali Aisha dan Zachary yang saling berpandangan dengan pandangan tak puas hati.
Apa pandang-pandang? Kau ingat kau hensem sangat ke hah? Ke kau tergoda dengan kecantikan aku yang dah terang-terang memang cantik ni. Ujar Aisha di dalam hati.
Hey! Jangan nak perasan sangat eh! Muka macam siput sedut! Kau ingat kau tu cantik macam Angelina Jolie ke? Tolonglah jangan perasan diri tu cantik sangat! giliran Zachary pula berkata dalam hati.
Kau tahu tak! Kalau bolehlah sekarang ni aku rasa nak cincang je mulut kau sebab kau cakap macam-macam dekat aku! Tak apa! Lepas kita kahwin nanti, kau tunggulah! Aku buat betul-betul!
Kau pun kena ingat! Bila dah kahwin dengan aku nanti, aku ni suami kau! Isteri patut dengar cakap suami. Jangan lawan cakap suami. Silap hari bulan aku buli kau cukup-cukup!
Masing-masing bagaikan boleh dengar apa yang dibicarakan dalam hati. Mata masih lagi kaku dan dingin menghadap wajah kau aku.
“Kalau ye pun si Zach ni hensem, tak payahlah tenung lama-lama sangat,” tegur Rayan sambil ketawa.
“Betul tu. Kamu pun Zach tenung je anak dara orang eh?” tegur Puan Julia.
Mereka berdua hanya mampu tersengih. Andailah diorang tahu yang si Zachary dan Aisha ni tengah berperang dalam diam-diam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience