Bab 20

Romance Completed 102547

“Aisha…bangun!” tangannya mengelus perlahan rambut Aisha. Rasa kesian pulak bila aku dah buat dia macam tu. Tapi, memang aku tak boleh kalau orang malas nak solat ni.
“You nak apa lagi?” soal Aisha. Badannya masih berselubung dalam selimut.
“Bangun dulu. Dah pukul 10 pagi ni. Makan breakfast sikit untuk bagi kau energy…”
“I tak nak makan.”
“Aisha, kau jangan degil boleh tak? Dengan keadaan kau macam ni, kau still nak berdegil?” geram pulak aku dengan minah ni. Dahlah pagi tadi buat hal, sekarang ni pun still nak buat hal lagi?
“Yelah…” Aisha bangun. Malas rasanya nak dengar bebelan Zachary pagi-pagi macam ni. Kalau aku berkeras jugak tak nak bangun, entah apa lagi Zachary boleh buat.
Tiba-tiba fikirannya kembali teringat apa yang terjadi pagi tadi. Pipinya berona merah. Aduh Aisha! Dah kenapa pagi-pagi macam ni kau nak terfikir benda-benda blues pulak ni? Haih.
Zachary pulak mengangkat keningnya. Pelik melihat Aisha yang tiba-tiba pipi dia jadi merah. Hah…fikir apa tu?
“Oi! Dah kenapa tiba-tiba kau blushing ni?”
“Hah? Mmm…mana ada! You ni memandai je eh?”
Zachary tersenyum sinis. Dia ingat umur aku 29 tahun ni, aku dah rabun ke? “Aku tak cukup rabun lagi ok. Pipi kau blushing tu.”
“Hmmm…kau teringat pasal aku cium bibir kau pagi tadi tu ke?” bisiknya menggoda di telinga Aisha.
“Eiii you ni! You ingat I kemaruk sangat ke sampai I nak teringat pasal you cium I pagi tadi?” sangkalnya. Tapi yang betulnya memang pun. Memang aku teringat pasal dia cium aku pagi tadi.
“Eleh! Tak nak mengaku. Kalau kau nak, aku boleh bagi sekarang. Nak?” Zachary mendekatkan jarak muka mereka.
“You ni!” Aisha pantas menolak jauh muka Zachary darinya. Gila betul. Kalau buat dia cium aku betul-betul, mahu pengsan aku!
“Tak payah nak malu sangat dengan aku. Kalau kau nak, kau cakap je dengan aku. Aku boleh bagi on time,” makin seronok dia menyakat Aisha.
“You jangan nak merepek eh. Emmm you belikan I apa pagi ni?” cepat-cepat dia mengubah topik. Makin lama makin gatal suami aku ni. Tak sangka pulak disebalik muka suci suami aku ni, rupanya penggatal! Miang!
“Aku pun tak tahu apa yang kau suka makan pagi-pagi macam ni so aku decide aku belikan kau sandwich dengan white coffee je. Ok?”
“Tapi…”
“Kenapa?”
“I lapar nasi…” Aisha tersengih. Semalam pun makan sikit je. Yelah, takkanlah depan tetamu aku nak melahap teruk kan? Malulah aku. Kang orang cop pengantin ni kuat makan.
“Lah…kau nak makan nasi ke? Aku ingatkan style kau ni makan English breakfast. Sebab tulah aku belikan kau sandwich dengan white coffee ni. Kalau kau nak makan nasi, kau tunggu kejap aku pergi belikan kau nasi.”
“Eh tak pa! Tak pa! I ok je nak makan sandwich ni. Tak payah susahkan diri you untuk I.”
“Kau sekarang isteri aku. Apa benda pasal kau semuanya dibawah tanggungjawab aku. So, kau tunggu kejap aku nak pergi beli nasi.”
“Zach…I cakap I ok kan? I makan sandwich ni je. Thanks sebab belikan I breakfast,” Aisha membuka bekas berisi sandwich inti tuna. Sandwich tersebut digigt sedikit.
“Kau nak apa lagi? Tengahari ni kita dah kena check out dari hotel.”
“I tak nak apa-apa dah.”
“Kau tahu tak? It’s kinda of weird bila perempuan high taste macam kau ni nak makan nasi pagi-pagi macam ni. Tak takut gemuk ke?” yelah, selalunya perempuan macam Aisha ni akan makan sandwich ataupun makanan yang tak berat. Tapi lain pulak Aisha yang nak makan nasi pagi-pagi macam ni.
“Kenapa? I ni manusia jugak so nothing weird when I prefer untuk makan nasi for breakfast. Lagipun, pasal I gemuk ke apa I tolak tepi sebab I minum satu coffee ni untuk I kekalkan body fit I. So, I tak payah risau pasal gemuk or whatever.”
“Oh…”
“You dah makan?”
“Aku awal lagi makan. So, lepas check out ni kita terus balik rumah aku.”
“Like seriously?”
“Ya…why?”
“Tak boleh ke balik rumah parents I?”
“Dah kenapa pulak nak balik rumah parents kau. Kau sekarang under my responsibility. Jadi, kau kena stay dengan akulah. Not with you parents anymore.”
Aisha menggigit bibirnya. Aduh masaklah aku. “Rumah you setanding dengan rumah I tak?”
“Oh…kau fikir rumah aku tu setanding ke tak dengan rumah kau? Hmmm…rumah aku tu lagi besar dari rumah kau. So, don’t worry ok.”Zachary tersenyum.
“Mampu ke orang macam you ni nak milik rumah macam parents I?”
“Mampu je. Kau je yang tak tahu.” Zachary ketawa dalam hati. Lepas ni kau tahulah rumah aku tu besar mana. Hahahaha…
Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Pasal Aisha dengan Adira. Hah, sampai sekarang aku still belum dapat jawapan yang aku nak.
“Aku nak tanya kau something boleh?”
“Jangan nak tanya soalan pelik-pelik dekat I ok?”
“Ye…aku cuma nak tanya pasal kau dengan Adira.”
Dengar saja nama Adira, terus selera Aisha mati. Dah kenapa pulaklah suami aku ni sebut nama minah tu di pagi yang indah dan nyaman ni?
“Aku tahu mesti ada sesuatu yang terjadi antara kau dengan Adira kan? Jadi, boleh aku tahu apa yang dah jadi time tu.”
“Kenapa you nak tahu? Lagipun, benda tu dah lama. I dah tak nak ingat pun.”
“Tapi aku nak tahu.”
Aisha mengeluh kuat. “Tak payahlah.”
“Sebab?”
“Zach…I malas nak bukak cerita ok.”
“Rajinkanlah…”
“Zach!” tangannya mencubit kuat paha Zachary.
“Apa? Aku cuma nak tahu je. Cerita jelah dekat aku. Aku tak nak dengar dari satu pihak je.”
“Oklah I bukak cerita since you ni suka sangat paksa kan? I tak bermaksud nak burukkan Adira sebagai kawan you tapi sumpah I tak reka cerita.”
“Yeyeye…aku percaya. Cerita je aku nak dengar.”
“First of all, that day I pergi shopping dengan kawan-kawan I dan tak sengaja I terjumpa dengan Adira. Dia yang tegur I. Then, I pun tegurlah dia balik sebab I bukannya jenis sombong. Lepas I tegur dia tu, dia terus pandang I sinis. Yelah, you tahukan pakaian I macam mana. Then, dia cakap macam-macam pasal I kononnya I ni tak sesuai dengan youlah apalah. Dia hina I sebab rupa pakaian I. Kenapa? Hina sangat ke I ni sampaikan dia nak hina I macam-macam? Dia cakap I tak sesuai dengan you dan I sedar yang I memang tak sesuai pun dengan you. Macam-macamlah dia cakap! I tak tahan Zach! I sedar diri I banyak dosa tapi perlu ke dia cakap macam-macam pasal I?!” tak semena-mena air matanya mengalir.
Zachary menarik Aisha ke dalam pelukannya. Pertama kali dia tengok Aisha menitiskan air matanya.
“Dahlah…kau tak payah menangis macam ni. Adira tak ada hak untuk cakap kau sesuai ke tak untuk aku. Yang penting sekarang ni kau dah jadi isteri aku pun.”
“Tapi betul cakap dia, I tak sesuai dengan you.”
“Syhhh…dah jangan cakap macam ni lagi,” Zachary mengusap perlahan bahu Aisha tanda memujuk. Adira ni pun satu dah kenapa cakap macam tu dekat Aisha? Tepuk dahi kejap.
“I tahu I banyak dosa…” pantas Zachary meletakkan jarinya pada bibir Aisha.
“Dah…jangan cakap macam tu. Hanya Allah je yang layak untuk menilai kau dan bukannya orang lain. Pasal Adira tu kau lupakan jelah.” Zachary masih lagi memujuk. Dia rasa apa yang Aisha rasa.
Mentaliti manusia memang macam tu dan takkan berubah. Mentaliti diorang kepada orang yang pakai ketat, terdedah aurat takkan pernah berubah sampai mati dan semestinya tergolong dalam golongan yang masuk ke neraka sedangkan mereka tak tahu golongan yang pakai tudung dan menutup aurat pun boleh ditarik masuk ke dalam neraka hanya kerana bahana mulut sendiri yang celupar. Cara pemakaian orang tak semestinya sama dengan apa yang kita fikir. Doa yang baik-baik sudah. Tak payah nak cakap buruk pasal orang.
Tiba-tiba pulak aku terbagi tazkirah dekat sini. Huhuhu…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience