Chapter 54

Romance Completed 19927

Bab 54

Rihanna merenung pisau itu lama. Akalnya sudah tidak waras lagi bila dapat tahu Naurah hidup dan bahagia bersama Vincent.

Aku tak boleh terima semua penghinaan ini! Aku tak boleh hidup tanpa Vincent!!!

Dia meletak pisau itu di pergelangan tangannya dan dekat di nadinya. Daripada aku tengok diorang bahagia, baik aku mati!!!

Zappp! Darah mengalir keluar dari pergelangan tangannya lalu dia rebah tidak sedar diri.

Alin memandang jiran berhadapan dengannya. Sudah lama manusia dalam apartment itu tidak keluar dari rumah. Sakit ke apa? Hati Alin tergerak untuk ke apartment tempat Rihanna tinggal.

Dia mengetuk pintu apartment milik Rihanna. Beberapa kali diketuk namun tak dijawab. Diketuk lagi dan tiada sahutan. Dia memulas tombol pintu. Tak berkunci! Dia melangkah masuk perlahan.

Diperhati segenap ruang tamu itu. Tak ada orang. Dia melihat di dapur pula. Terkejut dia melihat wanita itu terbaring dengan tangannya berlumuran darah.

“Cik! Cik! Cik! Bangun cik!” Alin menepuk pipi Rihanna kuat namun tiada sahutan. Dia segera menelefon ambulans. Usai menelefon ambulans, dia kembali menyimpan telefonnya dan memampah kepala Rihanna di ribanya sehinggalah ambulans datang.

VINCENT membuka berita terkini. Ada satu berita yang menarik perhatiannya. Dari Malaysia.

Hot news! A woman from Malaysia found died in her apartment and doctor say that she was kill by herself! Plus, doctor say that she’s in stress condition.

Vincent zoom gambar wanita itu. Dan…

“Ya Allah… Rihanna?” Vincent memerhati gambar itu dengan rasa tak percaya.

“Kenapa?” soal Naurah yang baru melangkah masuk ke dalam bilik.

“Rihanna…”

“Kenapa dengan Rihanna?”

“She’s died…”

“What?! But why?”

“Dia bunuh diri…maybe stress!”

“Stress pasal kita?”

“Yes maybe. Or maybe that one. Sebab dia tak dapat saya…”

“Ya Allah…” Naurah turut berdukacita dengan berita kematian Rihanna.

“Lagipun dia sebenarnya psiko! Dia memang psiko! Dia dah berapa kali rancang nak bunuh sayang tau!”

Dah beberapa kali?! Oh my!

“Tapi nasib baik tak jadi apa-apa! Kalau tak, merana saya tau! Dahlah bila dapat tahu yang sayang ni mati hari tu, nak terluruh tau jantung!”

Naurah mencebik. “Eleh! Yelah tu! Waktu tu sebab niat awak nak dera saya lagi kan?”

“Eh! Mana ada! Waktu tu saya baru sedar tau yang saya ni sebenarnya cintakan sayang dan perlukan sayang dalam hidup saya ni!”

“Ayat jiwang sangat! Meluatlah pulak!”

“Tapikan, saya rasa saya nak dera sayang lah!” ayat tiba-tiba. Naurah dah mengambil langkah berhati-hati. Dia mengundur perlahan-lahan nak beredar keluar. Faham maksud Vincent apa sebenarnya!

Tiba-tiba Naurah terasa tubuhnya seperti di awang-awangan. Vincent sedang mendukung dirinya lalu dibawa ke atas katil. Huhuhu…

VINCENT membawa Naurah berjalan-jalan di Paris. Kota cintalah katakan! Paris je pun!

“Cantik tak?” soal Vincent.

“Bolehlah…” jawab Naurah seolah-olah tiada perasaan.

“Bolehlah? Hello! Ini tempat yang paling seronok ok bagi pasangan couples macam kita ni!”

“Errr…entahlah! Saya lebih prefer Malaysia dari Paris! Oh no no no! Saya prefer Kota Mekah! Lagi indah!”

Zapp!! Kena sindir saja! Hesy! Agak-agaklah nak sindir aku! Aku ni bukannya seorang Muslim yang sempurna!

“Sayang nak ke Kota Mekah?”

“Boleh jugak! Best nya kalau dapat pergi!”

“Insha-Allah! Kalau kita ada masa, kita pergi ya?”

“Kenapa?”

“Lagipun saya banyak kerja. Saya nak kumpul duit untuk anak-anak kita nanti!”

Naurah tersenyum mendengar kata-kata Vincent. “Insha-Allah…”

SELEPAS beberapa hari ber honeymoon, mereka pulang ke tanah air. Vincent pula sibuk dengan kerjanya yang berlambak di pejabat. Fuh! Penat!

Tok! Tok! Tok! pintu ofisnya diketuk.

“Coming!” pintu biliknya diketuk.

“Boss…”

“Yes Safia?”

“Errr…” sengaja Safia buat muka cuak.

“Kenapa?” Vincent turut cuak.

“Hai!!!!” kemudian, wajah Naurah muncul di bilik pintunya.

“Ya Allah! Sayang! Kenapa datang tak bagitahu?” Vincent mendapatkan isterinya di pintu hadapan. Safia sudah mengorak langkah pergi.

“Saje…” Vincent dapat menangkap bungkusan plastik yang berada di tangannya.

“Sayang masak apa tu?” dia tahu mesti Naurah yang masak.

“Nasi putih dengan kari daging yang abang mintak tulah! Lagipun tengoklah! Dah lunch time pun tak makan-makan lagi!” bebel Naurah.

“Best nya!” Vincent segera membuka bekal yang dibawa oleh Naurah. Naurah yang baunya sudah mula terasa meloya.

“Uwekk!!” Naurah segera berlari ke tandas. Kenapa aku jadi macam ni?? Masa tengah masak pun berapa kali uwekk!!

“Sayang? Kenapa ni?” Vincent mengusap lembut belakang isterinya. Dah kenapa pulak isteri aku ni? “Sayang sakit ke?”

“Taklah…tapi entahlah kenapa nak termuntah je hari ni! Masa tengah masak kari daging pun saya rasa nak termuntah!” adu Naurah. Memang dia terasa loya sangat sekarang ini.

“Kita pergi jumpa doktor ya? Abang risaulah dengan keadaan sayang ni.”

“Tak apa. Saya ok je. Tak payahlah sampai nak bawak ke klinik!” Naurah cuba menolak namun ditegah oleh Vincent.

“Mana boleh! Buatnya sayang ada penyakit, tak ke abang yang merana?!”

“Tak nak…”

“Sayang! Sayang nak Vincent yang sekarang ataupun Vincent yang dahulu?” Naurah memandang Vincent yang beriak serius.

Dia mengeluh. “Oklah…” tak naklah kalau Vincent berubah jadi macam dulu.

“Macam tulah isteri abang! Jomlah kita pergi sekarang!”

“Tak payahlah…abang makan dulu! Lepas abang makan, baru kita pergi ya?”

“Serius ok ke?”

“Saya ok je…” Naurah meyakinkan Vincent. Vincent hanya mengangguk. Dia menikmati makanan yang dimasak oleh isterinya.

NAURAH dan Vincent berdebar-debar menanti keputusan dari Doktor Ri. Apa agaknya keputusannya?

“Naurah memang serius dalam penyakit!” kata Doktor Ri tegas. Sejak dia mengandung ni, muka Doktor Rim akin tembam.

“Serius?!” Vincent mula cuak. Naurah apatah lagi.

“Memang serius! Penyakit buatan orang!” ujar Doktor Ri lagi.

“Buatan orang? Dia kena sihir ke?” soal Vincent bodoh.

“Buatan kaulah!” balas Doktor Ri.

“Aku?” Vincent mula terasa pelik. Naurah turut pelik.

“Apa maksud akak?” soal Naurah pula.

“Ok ok…kesiannya pasangan merpati sejoli ni pening! Sebenarnya, Naurah ni pregnant! Perbuatan youlah kan Vincent?” soal Doktor Ri kembali.

“What?! Seriously?!!! Oh my gosh!!!!” Vincent memeluk Naurah di hadapan Doktor Ri.

“Isy! Apa ni peluk-peluk? Malulah!” Naurah merungkaikan pelukan suaminya.

“Tahniah both of you! Akhirnya! Dapat jugak anak! Vincent! I nak kali ni you jaga Naurah elok-elok! I tak nak you buat dia macam dulu! Ingat!”

“Ok madam! Well, Denny mana?”

“Of course lah kerja! Tak lama lagikan I dah nak labour.”

“Congrats to both of you!” Naurah turut bahagia mendengar berita gembira dari Doktor Ri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience