Chapter 40

Romance Completed 19927

Bab 40

Naurah keluar membuang sampah. Kalau dibiarkan, berulat pulak nanti! Ketika dia membuang, dia perasan ada mata yang memerhati dari balkoni rumah 2 tingkat itu. Dia memandang.

Erkkk!!! Abang Saiful?! Naurah cepat-cepat lari masuk kembali ke dalam rumah Doktor Ri.

“Naurah!!” panggil Saiful. Dia lantas berlari keluar menuju ke arah rumah yang berhadapan dengan rumahnya.

“Abang! Abang nak pergi mana?” soal Diniy apabila melihat suaminya terburu-buru keluar dari rumah.

“Abang nak pergi rumah depan tu! Abang nampak Naurah!”

“Naurah?! Abang! Naurah dah meninggal 3 tahun lepas abang! Mustahil dia masih hidup!”

“Tak Diniy! Abang nampak tadi!” Saiful bergegas ke rumah Doktor Ri yang hanya berhadapan dengan rumahnya.

Alamak!!!! Macam mana abang aku boleh duduk dekat Gombak pulak?! Bukannya dia duduk dekat Cyberjaya dulu?! Huh! matilah aku kalau dia tahu aku bohong!

“Naurah! Naurah!” Saiful menekan loceng rumah itu. Naurah hanya kaku. Diam! Lebih baik kau diam!

“Naurah! Open this door! Abang tahu Naurah di dalam! Tak mungkin abang silap! Please Naurah! Bukak pintu ni!” loceng ditekan lagi.

“Kalau Naurah tak bukak pintu ni, abang panggil security. Biar dia tolong bukakkan!”

Serta-merta Naurah menjadi kalut. Kalau security yang bukak, lagi nahaslah aku!

“Abang! Dah-dahlah tu! Abang silap tengok kot!” ujar Diniy yang baru tiba di hadapan rumah Doktor Ri.

“Tak mungkin abang silap! Abang kenal dia! Dia Naurah!”

“Abang…” tiba-tiba pintu rumah itu dibuka. Kelibat Naurah sedang berdiri di hadapan pintu. Dia menuju ke arah gate.

“Abang…” panggil Naurah.

“Naurah? Ini adik kan?! Betulkan?!” Naurah mengangguk. Naurah membuka gate rumah.

Saiful terus memeluk tubuh adiknya. Naurah turut membalas.

“Abang rindu dekat adik sangat!” Naurah menitiskan air matanya.

“Adik pun sama…adik minta maaf sebab tipu abang!” Saiful merenggangkan pelukannya.

“Kenapa adik buat macam ni?” Naurah mengetap bibirnya. “Adik kena cerita semuanya!” Naurah hanya mengangguk. Dia membenarkan abang dan kakak iparnya masuk ke dalam rumah Doktor Ri.

Dari jauh, ada yang memandang sambil bercakap menggunakan telefon. “Bos…kami dah jumpa Naurah. Dia bukan ada di overseas tapi dia ada di Gombak sekarang ini!”

“Tak apa…teruskan mengintip!”

“Baik bos!” mereka menamatkan perbualan telefon.

DOKTOR Ri memakirkan keretanya di garaj. Pelik menguasai dirinya apabila pintu rumahnya terbuka. Takkan ada pencuri masuk? Doktor Ri bingkas keluar dari kereta.

“Naurah! Naurah!” Doktor Ri tercegat di hadapan pintu. Errr…

“Doktor Ri! Masuklah!” Naurah tersenyum ke arahnya. Doktor Ri hanya tersengih. Dia menutup pintu lalu menuju ke arah Naurah dan duduk di sebelahnya.

“Well, dah tahulah ni?” soal Doktor Ri. Naurah mengangguk.

“Well, thanks doktor cause tolong adik I?”

“No thanks…dah permintaan orang. Takkan I nak buat bodoh pulak kan?” Saiful hanya mengangguk.

VINCENT masuk ke dalam rumah. Dia mengawal kerusi rodanya ke ruang tamu. Mom nya sedang menonton rancangan memasak di televisyen.

“Mom…”

“Vincent! Vinc pergi mana?!” Puan Lee menghampiri ke arah anaknya.

“Vinc jumpa Denny je…just sembang-sembang!” balas Vincent sambil matanya meliar seluruh rumah agam itu.

“Mom…mana Nurin?”

“Nurin dah balik…”

“Oh…tak apalah mom. Vinc masuk bilik dulu…” Vincent menuju ke biliknya. Apasal Nurin balik awal sangat hari ni?? Hmmm…apa-apa jelah. Dia mengeluarkan telefonnya lalu menaip mesej untuk Nurin.

Kenapa balik awal sangat? Selalunya pukul 11

baru awak balik…

5 minit kemudian, mesejnya dibalas.

Sorry…tadi saya tak berapa nak sihatlah. Sorry

sebab tak bagitahu awak.

Hmmm…tak apalah. Esok jadikan awak nak bawak

saya keliling satu KL kan?

Of course lah jadi! Mana boleh tak jadi! Saya dah

janji kan?

Hahaha…thanks sebab sudi jaga saya and bawak saya

saya jalan2 esok.

No thanks. Lagipun permintaan awak kan? So, saya

ikut jelah. Awak cakap je awak nak pergi mana…saya

bawakkan!

Hahahaha…ok baik! dahlah pergi tidur…

Ok…

Vincent meletak kembali telefonnya lantas bangun sedikit dan terus duduk di katil. Fikirannya melayang teringatkan Nurin.

Apa yang sebenarnya kau sorokkan dari aku Nurin? Kenapa kau tak berterus terang siapa diri kau sebenarnya? Tiba-tiba akal Vincent terbit. Dia segera menelefon Denny.

“Hello Denny! Aku ada job baru untuk kau. Kau siasat Nurin! I mean, dia punya IC! Kau curi dia punya dompet! Aku akan tolong korang!”

“Ok!” Vincent memutuskan talian lalu telefonnya dicampak ke sebelah. Mungkin cara ni agak macam pencuri tapi aku perlu tahu identity dia yang sebenarnya!

Denny berjumpa dengan geng-gengnya. “Zack! Kau cari Nurin esok! Esok dia akan keluar dengan Vincent dan time tu Vincent akan serahkan dompet Nurin dekat korang! Make sure korang dah prepare waktu tu!”

“Ok bos! Tapi mereka ke mana esok?”

“Ke mana-mana sahaja! Nurin nak bawak dia round satu KL and aku difahamkan mereka akan singgah di Esplanade Alamanda, Putrajaya. So, be prepare!”

“Ok!”

“Blah!” geng-geng Denny segera beredar pergi. Esok akan menjadi tugasan besar!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience