Chapter 46

Romance Completed 19927

Bab 46

Doktor Ri menghampiri Naurah yang sedang menangis teresak-esak. Dia memandang pelik ke arah Naurah.

“Kenapa ni Naurah?” tanya Doktor Ri sambil mengusap bahu Naurah.

“Sekarang semuanya dah terbongkar akak!” ujar Naurah sambil tersedu-sedu menahan tangisannya.

Doktor Ri mengerutkan dahinya. Tak faham. “Apa yang terbongkarnya?”

Naurah mengusap pergi air matanya. “Vincent dah tahu siapa Naurah sebenarnya! Tak sangka dia ambik purse Naurah semata-mata nak siasat siapa Naurah sebenarnya!”

Doktor Ri mengeluh kecil. “Sabarlah Naurah…mungkin Allah bukak jalan untuk Naurah supaya kamu berdua bersatu kembali.”

“Entahlah akak…Naurah keliru sama ada dia masih sayangkan Naurah lagi ke tak…sama ada dia betul-betul cintakan Naurah ke tak!”

“Tak baik Naurah berprasangka buruk terhadap suami sendiri. Kalau dia jadi macam dulu, Naurah sanggup ke?” Naurah hanya menggeleng.

“Kalau macam tu, pergilah balik dekat dia. Tak elok berpisah dengan dia lama-lama sangat! Apa-apa pun dia masih suami kepada Naurah tau! Syurga Naurah tetap berada di bawah telapak kaki dia…”

Naurah mengeluh kecil. Perlu ke aku kembali kepada dia sedangkan perasaan aku keliru sama ada dia masih cintakan aku ataupun ungkapan dia hanya merindui tubuh aku saja??

“APA yang Vinc dah buat sebenarnya?” soal Mr Lee tegas. Mesti ada sebab kenapa Nurin lari dari rumah!

“Vinc tak buat apa-apa pun!” bentak Vincent. Apa ni?? Nak salahkan aku pulak?!

“Kalau Vinc tak buat macam-macam, dia takkan keluar dari rumah ni! Apa…Vinc ada buat benda tak senonoh dekat dia?!” mata Mr Lee mencerlung tajam ke arah anaknya.

“Astaghfirullahalazim! Apa ni dad?! Tuduh Vinc macam ni je?! Vinc tak tahu apa-apa!”

“Habis tu, give me a reason why she way out from this house?!” Vincent melepaskan keluhan kecil.

“Actually dad…we had a small argument…”

“Why?” Mr Lee menunggu jawapan dari anaknya. Bergaduh? Sebab apa?

“Actually…I’m sure all of you will be shock with what I will say after this…”

“Apa dia Vincent?!” soal Mr Lee tak sabar lagi.

“Actually she’s Naurah and not Nurin as we know her before this!”

Semuanya mata membesar. Naurah?? Bukan Nurin?? Apa benda pulak ni??

“Apa yang Vinc cuba cakap ni??” Puan Lee mula masuk padang.

“Ok…Vinc tahu benda ni tak masuk akal but yang sebetulnya ialah Nurin ialah Naurah!”

“Apa ni Vincent?! Vincent cuba nak reka cerita ke?!” tegas Mr Lee.

“I’m not! This is serious and I’ve no time to play a role with you all! Doesn’t make sense!”

“Betul ke apa yang Vinc cakap ni? Ke sebab Vinc terlalu rindukan Naurah sampai Nurin pun dianggap Naurah?” Puan Lee cuba mencari kepastian dari anaknya.

“Betul mom! Buat apa Vinc tipu?! Lagipun Vinc dah check purse dia and tak ada langsung IC yang bernama Nurin Izzaty! Yang ada hanya Dhia Naurah Nazifa dan kad kahwin kami!”

Puan Lee sudah terduduk di kerusi. “Habis tu? Kubur dia?”

“Tipu belaka! Kubur tu digantikan dengan mayat yang lain! Dan yang penting ialah list nama kematian pesakit 3 tahun lepas, langsung tiada nama Naurah! Tak pelik ke?!” Vincent cuba meyakinkan mom dan dad nya.

“Ya Allah…maknanya Naurah hidup lagilah? Tapi kenapa dia buat macam ni?” soal Puan Lee kepada diri sendiri. Mr Lee turut tidak percaya.

“Habis tu mana Naurah sekarang?” tanya Mr Lee. Vincent hanya menjongket bahunya. Sudah beberapa kali dia call Naurah namun tak berangkat.

NAURAH mengambil telefonnya yang sejak tadi berdering. Dia memerhati nama pemanggil.

Mak aiii!!! 30 missed call dari Vincent?? Dahsyat ni! Apa yang dia nak agaknya hah?? Dia menaip mesej kepada Vincent.

Ada apa call saya???

5 minit kemudian, mesejnya berbalas.

We need to talk. Please…

Belum sempat Naurah membalas, nama pemanggil tertera di skrin. Mahu tak mahu Naurah menjawab panggilan tersebut.

“Ada apa?” acuh tak acuh saja pertanyaan Naurah.

“Please balik ke rumah dad. We need to talk!”

“Untuk apa lagi Vincent? Sudahlah Vinc…saya malas!”

“Naurah please…”

“No is mean no! Bagi saya masa!”

“Berapa banyak masa yang awak perlukan Naurah?! Dah 3 tahun lebih masa awak untuk hidup tenang. Apa lagi yang tak cukup Naurah?”

“I don’t know but I need my time. So, just leave me alone!”

“Naurah…”

“Nothing to say anymore Vincent! Bye!” terus Naurah mematikan talian. Dia mengeluh. Apa dia akan membuat macam dulu lagi kepadaku?? Menyeksa fizikal aku??

“Please Denny! I don’t want hear it anymore!!!” tiba-tiba suara Doktor Ri kedengaran jelas. Macam dalam keadaan stres pun ada!

“Tak faham bahasa ke?!” Doktor Ri menengking lagi. Kemudian, telinganya tertancap suara lelaki. Begitu jelas! Ya! Suara Denny! Naurah segera memakai tudung lalu langkah keluar dari bilik.

Kelihatan Denny cuba memujuk Doktor Ri yang sedang menangis di ruang tamu. Doktor Ri menepis setiap sentuhan yang mendarat di tubuhnya.

“Doktor Ri…Denny??” suara Naurah. Denny dan Doktor Ri memandang ke arah Naurah yang sedang turun dari tangga.

“Apa yang terjadi ni?” soal Naurah.

“Jangan masuk campur Naurah…” ujar Denny sambil memandang Naurah.

“Saya kena masuk campur! Ia melibatkan Doktor Ri dan awak tak berhak nak memaksa dia terima awak balik!”

“Naurah…” Doktor Ri membuat isyarat supaya jangan masuk campur.

“Ok…” Naurah kembali ke atas. Kalau Denny buat macam-macam, siaplah!

“Sarah…”

“Don’t call me with that name! It makes me feel like a bitch!”

“No… no… no…you’re not a bitch but you’re my wife!” Denny cuba memujuk lagi.

“Please let me go Denny! I pun malas nak hidup macam ni…hati I dah banyak sakit Denny! Dulu you buang I macam anjing kurap then sekarang? You nak kutip I balik?”

“It was back then sayang…now I’m truly changed!” Denny melutut depan Doktor Ri. Dia cuba memandang wajah isterinya.

“Sarah…”

“Once more I said don’t you ever call me with that damn name! I warn you!”

“Sarah…”

“Shut up!”

“Sarah…pleases here me first? Can I?” Denny memegang erat tangan Doktor Ri. “Yes…back then I was the foolish guy because let you go and can’t see your sincere heart that you give to me. I destroy your life until we both married and…I hurt you for many times again and again…what I want to say now is I’m really-really sorry for what I’ve done to you.”

Doktor Ri menangis lagi. Ayat itu memang menusuk kalbu. Terharunya…

“Sarah…can you give me a second chance untuk I buktikan yang I memang betul-betul sayangkan you?”

Doktor Ri memandang Denny dengan pandangan yang keliru. “I don’t know…”

“Come on darling…I know you still love me.”

Doktor Ri menggigit bibirnya. Apa jawapan yang harus ku beri?? Ya atau tidak?

“Sayang…kalau jawapan you ya, I lah manusia yang paling gembira sekali but if jawapan you tidak…I akan doakan kebahagiaan you…”

Doktor Ri memandang Denny dengan pandangan mata yang berair. Ya Allah…bantulah aku dalam membuat keputusan.

“It’s okay and I think I should make a move…” Denny bangun lalu hendak beredar keluar.

“Denny…” suara Doktor Ri kedengaran. Denny berhenti melangkah.

“What if I say no?” kecewa Denny mendengar keputusan Doktor Ri.

“It’s okay…I faham!”

“Tapi yang sebaliknya??” Denny mengerutkan dahinya. Tapi yang sebaliknya?? Maknanya…Denny mengukirkan senyuman lantas berpusing ke belakang.

Dia duduk mencangkung depan Doktor Ri. “Are you serious? Please jangan mai-main!”

“I’m not and I’m seriously serious!” tanpa berkata-kata, Denny terus memeluk tubuh Doktor Ri. Gembiranya tak terkata.

“Takkanlah I nak biarkan suami yang I sayang ni hidup sorang-sorang kan??” ujar Doktor Ri selepas pelukan mereka dirungkaikan.

“Thanks!” Denny mengucup dahi Doktor Ri.

Naurah yang memandang dari atas hanya tersenyum. Akhirnya…Doktor Ri jumpa jugak kebahagiaan dia. Namun, deringan telefon membuatkan Naurah segera mengangkat telefon tersebut.

“Hello…” Naurah terkedu tiba-tiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience